ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan ke kanan. Dia mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak.
“Engkau tak akan dapat tangkap aku.” Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat ke arah tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. ASP Jimmy terus tersenyum senget.
“Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut sudah menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu. Razlan Ishak mati akal untuk mencari jalan keluar. Dia masih terpinga-pinga sendiri. Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah kehabisan peluru. Makin lama ASP Jimmy semakin hampir. Sepantas kilat, lelaki itu berlari tangkas menendang Razlan Ishak.
Kemudian, ASP Jimmy segera memusingkan tubuh pihak lawan. Razlan Ishak tidak sempat berbuat apa-apa. Pipi kanan sudah melekat ke atas jalan tar. Kedua belah tangannya pula di bawa ke belakang, lantas tangannya digari.
“Kurang ajar punya polis! Lepaskan aku.” Razlan Ishak meronta kesakitan. Dia mahu dilepaskan.
“Kau tak akan terlepas lagi. Dah bertahun kau larikan diri. Sekarang ini pihak polis tak akan biarkan engkau terlepas lagi, Razlan Ishak!” tegas ASP Jimmy. Dia menarik nafas lega kerana akhirnya pembunuh bersiri sudah berada dalam genggaman pihak polis.
“Aku tak bunuh sesiapa! Aku kena fitnah,” teriak Razlan Ishak mahu membela diri. Semakin kuat tubuhnya di tolak ke hadapan agar berjalan lebih pantas.
Kena fitnah konon! Dia ingat pihak polis nak percaya?
Terlalu banyak bukti kukuh yang mampu sabitkan Razlan Ishak atas kesalahan merogol dan membunuh.
“Kita cerita dekat balai eh? Dekat sana kau menangis air mata darah pun orang tak akan percaya yang engkau tu mangsa Fitnah!” bicaranya bercampur tawa. Lucu rasanya bila seorang penjenayah buruan polis menyatakan yang dirinya telah difitnah.
“Lepaslah bodoh!” Razlan masih lagi melawan walaupun dia sudah digari kemas.
“Bawa dia ke balai!” arah ASP Jimmy. Sarjan Munir mengangguk laju. Pantas dia mengambil alih tugas ASP Jimmy untuk mengheret Razlan Ishak masuk ke dalam kereta.
“TUAN memang suka buat kerja seorang diri, kan? Sepatutnya saya yang ditugaskan untuk menangkap Razlan Ishak dan bukannya tuan. Bukan ke itu perancangan awal kita? Kenapa tuan sibuk ubah perancangan. Tuan nak tunjuk hebat ke?”
Baru saja masuk ke dalam perut kereta, suara Inspektor Mastura sudah memecahkan suasana dingin. Pantas ASP Jimmy mengerling ke arah mata Inspektor Mastura.
“Bertindak mengikut arahan. Kalau Tuan Jimmy dah arahkan supaya Puan Mastura hanya menjadi backup untuk kes ini, maknanya orang bawahan tak boleh nak pertikaikan arahan dari pihak atasan. Faham?” ASP Jimmy senyum kecil. Jelas kelat.
“Tuan Jimmy tak boleh ubah pelan kita di saat akhir. Tuan sedar tak yang tindakan tuan tadi, mampu menggagalkan misi kita!” suara Mastura melaung kuat. Dia tidak bersetuju dengan tindakan ASP Jimmy. Selalu sangat tukar perancangan saat misi sedang di jalankan.
Pentingkan diri!
“Misi kita tak gagalkan? Jadi, kenapa awak nak marahkan saya?” riak wajah ASP Jimmy sangat menyakitkan hati. Inspektor Mastura menggenggam penumbuk. Geram!
“Tuan memang tak reti beri kerjasama! Tuan pentingkan diri. Tuan saja nak buat kerja seorang diri sebab tuan nak dapat nama, kan? Tuan memang lebih pentingkan pujian dari pentingkan keselamatan rakan sepasukan. Kenapalah dekat dalam dunia ini, masih wujud manusia macam tuan.”
Terbuntang biji mata ASP Jimmy bila Inspektor Mastura selamba sinis dia begitu. Lancang dia berkata-kata. Tergeleng ASP Jimmy bila gadis di hadapannya selamba menuduh dia begitu rupa. Pandangan mata ASP Jimmy sudah berdesis dengan satu pandangan yang sangat tajam.
“Misi kita untuk tumpaskan penjenayah tak pernah gagal bila kita ditugaskan untuk menjadi rakan sepasukan. Tapi awak tetap nak cari salah saya dalam memberi arahan. Kenapa ya? Awak rasa insecure dengan saya ke?”
ASP Jimmy lagi menyambung seraya bibir mengherot senyum senget.
Inspektor Mastura tersentak. Dahinya mula berkerut seribu.
Cis... Berlagak!
“Kalau berjaya tumpaskan penjenayah tapi Tuan Jimmy seorang saja yang dipandang oleh pihak atasan, lebih baik tuan buat kerja seorang diri. Tak payah sibuk nak mengharapkan kami.”
Inspektor Mastura mendengus kasar. Matanya sudah dijuling ke atas.
“Saya sebenarnya masih tak faham dengan situasi kita sekarang ini. Kenapa dalam banyak-banyak anggota, Inspektor Mastura juga diarahkan untuk menjadi rakan sepasukan saya dalam misi jenayah malam ini. Orang seperti awak memang tak layak berada dalam pasukan saya. Kenapalah awak ditakdirkan untuk berpindah unit tahun lepas. Kalau awak stay dekat IPD Subang Jaya, mesti hidup saya ni aman tanpa gangguan. Unit ini tak perlukan manusia keras kepala macam awak,” ucapnya sedingin salju.
Ekor mata ASP Jimmy melirik sepasang mata milik Inspektor Mastura. Tajam dan garang.
“Kenapa Tuan Jimmy kata macam itu?” Tertanya-tanya sendiri.
“Saya rasa ini dah banyak kali kita bekerjasama menjalankan misi. Dan setiap kali itu jugalah awak selalu mempertikaikan kemahiran saya dalam mengatur strategi. Kalau awak tak puas hati dengan cara saya berkerja, apa kata awak boleh buat aduan dekat pihak atasan tentang diri saya. Kalau boleh, ajak Sarjan Munir dan Koperal Raju untuk buat aduan tentang sikap selfish saya ni!”
Buat kesekian kalinya ASP Jimmy senyum. Jelas senyuman itu sangat sinis. Hati Inspektor Mastura mula disuntik rasa tidak enak. Dia yakin yang ASP Jimmy sengaja kata begitu kerana ingin menambahkan bara dihatinya.
“MACAM mana aku nak beritahu motif, kalau aku memang tak bunuh anak orang tua tu!”
Razlan Ishak berteriak seperti orang gila. Inspektor Mastura yang berada di hadapan mata terus diludah. Terkejut ASP Jimmy yang berdiri di bahagian kanan Razlan Ishak.
“Engkau masih lagi nak sembunyikan kejahatan engkau, kan? Semua orang dah tahulah engkau suspek utama dalam kes rogol dan bunuh anak Raja Azree. Baik engkau mengaku saja sebelum aku sumbat pistol aku dalam mulut kau!” tegas ASP Jimmy kasar. Tangannya sudah menyilang dada.
“Bukan aku yang bunuh. Lepaskan aku!” masih lagi menbentak.
Tubuhnya terbangun dari duduk. Dia menggoncang tubuh sehinggakan kerusinya terjatuh. Razlan Ishak mahu menyerbu ke arah Inspektor Mastura, akan tetapi langkahnya terbatas bila tangannya yang masih bergari di kaki meja mematikan pergerakan.
“Jangan nak melawan. Duduk!” segera Sarjan Munir mencengkam bahu Razlan Ishak agar duduk semula. Sukarnya mahu mengawal lelaki itu. Keras kepala!
“Aku tanya lagi sekali, siapa yang terlibat dalam kes ini selain engkau. Aku nak tahu apa motif engkau buat semua ni.” Tangan ASP Jimmy mula mencengkam leher Razlan Ishak. Saja dia gunakan kekerasan. Dia mahu persoalannya segera di jawab.
“Tuan... Jangan kasar sangat,” bisik Inspektor Mastura. Dia tidak mahu ASP Jimmy menggunakan kekerasan untuk mendapatkan maklumat. Itu bukan etika kerja mereka. Semerta, hujung mata ASP Jimmy hanya menjeling. Dia tidak perlukan nasihat sesiapa saat ini.
Aku tahu kerja aku! Aku tahu apa yang aku buat.
“Engkau bijak dalam merogol dan membunuh orang. Tapi engkau tak bijak untuk tahu di mana CCTV berada. Gambar-gambar ni memang jelas membuktikan engkau terlibat dalam kes pembunuhan anak Raja Azree.”
ASP Jimmy melemparkan beberapa keping gambar ke atas meja lantas tangannya laju menolak kepala Razlan Ishak agar memandang kepingan gambar tersebut dengan jarak lebih dekat.
“Engkau juga terlibat dalam kes pembunuhan anak Dato Junid, kan? Jadi aku nak engkau beritahu pihak polis tentang motif pembunuhan yang telah engkau jalankan!” Giliran Inspektor Mastura pula menunjukkan beberapa bukti kepada Razlan Ishak.
“Macam mana engkau tahu yang lelaki dalam gambar ini memang aku? Engkau tak rasa ke lelaki dalam gambar ini pelanduk dua serupa yang menyerupai wajah aku ke? Dalam erti kata lain, kembar.” Lelaki itu ketawa mengilai. Saja dia mahu menguji kerja anggota polis. Saja dia mahu menduga.
“Jangan uji kesabaran aku! Aku tak ada masa nak layan engkau. Jadi tolong jawab segala persoalan aku dengan jujur!” tegas ASP Jimmy lagi. Nada suaranya semakin lama semakin keras sama seperti pandangan matanya yang sudah menikam ke dalam mata Razlan Ishak.
“Aku nak keluar. Jangan buang masa aku untuk jawab soalan bodoh macam ini.” Razlan Ishak masih melawan. Dada ASP Jimmy sudah berombak kencang.
“Aku ni dah lama tak tembak orang. Kalau kau rasa engkau nak jadi arwah, engkau tak payahlah jawab soalan aku ni. Biar engkau mati je dekat tangan aku!”
ASP Jimmy mengherot senyuman janggal. Kemudian tangannya segera mengeluarkan senjata dari dalam poket. Masing-masing terkejut bila ASP Jimmy menghalakan muncung pistol tepat pada bahagian kepala si penjenayah.
"Jangan bunuh aku.” Raut muka Razlan Ishak berubah. Wajahnya pucat bagaikan tiada darah.
“Kalau kau rasa tak mahu kena bunuh dengan ASP Jimmy, lebih baik kau cerita hal yang sebenar.” Makin kuat tangannya menekan pistol di bahagian kepala Razlan Ishak. Tingkahnya membuatkan lelaki itu tidak mampu bernafas dengan tenang.
“Tuan ... Kita tak boleh buat macam ini tuan. Ini bukan etika kita.”
Sempat Inspektor Mastura berbisik. Makin Mastura menegur, makin kuat dia melekatkan pistol itu di bahagian tepi kepala Razlan Ishak. ASP Jimmy sekali lagi mengabaikan kata-kata gadis itu.
“Beri tahu segala-galanya sebelum otak kau bersepai.” Kini, jerkahannya lebih kuat berbanding tadi.
“Kau polis, kau tak akan berani buat macam itu,” getus Razlan Ishak. Bibir diketap.
“Kalau aku terpaksa, aku sanggup je buat. Aku tak kisah masuk penjara sebab bunuh orang macam kau, janji aku puas.”
Suara ASP Jimmy semakin rapat menyinggah ke cuping telinga Razlan. Anggota polis yang berdiri di sisi mereka hanya terdiam kaku. Tidak berani untuk menegur tindakan ASP Jimmy yang semakin menggila.
“Jangan bunuh aku. Baaa baik aku akan cerita apa yang aku tahu.” Akhirnya, Razlan Ishak mengalah. Kata-kata dari ASP Jimmy menggerunkan seluruh jiwa. Polis di depannya menakutkan, tidak boleh di buat main. ASP Jimmy yang mendengar jawapan yang memuaskan hatinya, terus mengherot senyum.
Takut mati rupanya!
“ARGH, saya ingatkan Razlan Ishak tu dalang dalam kes ini. Rupanya ada lagi penyangak yang terlepas. Kenapa dia tak mahu beritahu kita siapa dalang yang sebenar? Setakat cerita ada orang upah dia, tapi tak mahu sebut nama lebih baik tak payah!” ASP Jimmy melempiaskan geram di hadapan rakan sepasukannya. Rupanya masih ada lagi penjenayah yang melepaskan diri. “Tuan sibuk sangat tumpukan sepenuh perhatian kepada dia sampai Pendapat orang lain sikit pun tuan tak mahu dengar.” Selamba Inspektor Mastura menempelak. “Saya dah agak yang Razlan Ishak tak buat kerja ini seorang diri. Mesti ada orang lain yang arahkan dia untuk menjalankan kegiatan jahat ni. Saya dah pernahhandlekes yang lebih kurang sama dengan kes ini dulu.” Koperal Raju bersuara pula. Masing-masing jeda buat seketika. Kes kali ini memerlukan akal yang panjang untuk membuat andaian dan spekulasi. “Kes ini masih belum selesai selagi kita semua belu
“THUFAILA!”jerkah ASP Jimmy dari arah rumah sebelah. Terkejut Thufaila bila lelaki itu selamba menjerit di cuping telinganya. Kalau tak ganggu hidup orang memang tak sah dia ni! “Astaghfirullah. Engkau ni dah kenapa Jimmy! pagi-pagi sibuk nak buat orang naik hantu. Dah tak ada kerja lain ke yang engkau nak buat selain mengejutkan jantung aku ni?” Thufaila mengomel nada sebal. Bibir diketap rapat. Benci betul denganmamatni. Suka sangat buat orang nak gugur jantung. Hatinya sungguh sakit melihat ASP Jimmy muncul depan mata. Lelaki itu sering menghilangkan keceriaan setiap kali mereka bersua muka. “Aku memang tak ada kerja pun hari ini. Sebab itulah aku kacau hidup kau. Tak boleh ke?” Lelaki itu tersenyum nakal sambil anak matanya melirik nakal di hadapan Thufaila. “Engkau ni memang tak ada rumah, kan? Asalkan cuti aje engkau melepak dekat rumah Ahmad. Kahwinlah cepat-cepat supaya engkau tak men
MIMPIitu datang lagi. Ahmad terjaga dari tidur lenanya. Dia melihat jam yang melingkar di dinding. Jarum jam menunjukkan ke angka lima setengah pagi. Lantas, Ahmad sandarkan tubuhnya pada kepala katil. Kerap benar mimpi itu hadir dalam lenanya. Adakah mimpi itu hanyalah mainan syaitan semata atau ia sebenarnya petunjuk? Kalau benar ianya satu petunjuk, apakah yang perlu Ahmad lakukan andai ia menjadi kenyataan? Tak akan pula dia perlu menyelamatkan manusia yang hadir dalam mimpinya itu? “Musibah apa lagi yang bakal menimpa hidup aku!” Ahmad buntu. Dia tertekan bila terpaksa membebankan minda dengan mimpi yang aneh. Ahmad melepaskan perasaan yang bercampur-campur. Bibir bergetar-getar menahan perasaan takut yang sudah menjelma. “Mata aku ni selalu bawa musibah. Sekarang ini, mimpi aneh pula yang hadir untuk bebankan emosi aku. Kenapa hidup aku tak pernah amanhaaa?” Ahmad memejamkan mata. Dia
“SAYAtak fahamlah dengan Puan Mastura. Dia selalu cari kesalahan Tuan Jimmy. Dia tak pernah nak berfikiran positif bila suatu perkara itu melibatkan tuan.” Sarjan Munir meluah perasaan aneh yang sudah sekian lama terpendam. Koperal Raju yang baru saja menyedut air menggunakan straw terus mendongak kepala. Pantas matanya meneliti Sarjan Munir. Sambil menunggu ASP Jimmy tiba di kedai makan, mereka sempat lagi bercerita berdua. “Saya pun pening juga. Tapi apa yang Puan Mastura katakan tu, ada betulnya. Kita pun dah sedia maklum yang Tuan Jimmy memang suka tukar pelanlast minute. Mungkin ada baiknya Puan Mastura selalu menegur kelemahan yang wujud dalam pasukan kita. Walaupun dia baru berpindah ke unit kita setahun yang lepas, dia juga ada hak untuk berikan pendapat tersendiri.” Sarjan Munir mencemik bibir. Kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Mereka perlu hormati orang atasan dan bukannya jadi pembangkang tega
ASPJimmy mengintai bahagian dalam gudang sambil dia berselindung di sebalik guni yang tersusun tinggi di bahagian pintu gudang tersebut. Lelaki itu terpaksa memanjat papan-papan yang tersusun tinggi agar pandangan matanya mampu melihat suasana dari arah dalam. Inspektor Mastura yang berada di bahagian bawah bersama beberapa anggota yang lain hanya duduk menunggu. Menanti maklumat dan arahan dari orang atasan mereka. ASP Jimmy berhati-hati meneliti segenap ruang. Tidak mahu penjenayah perasan akan kehadiran mereka yang mahu membuat serbuan. Tidak mahu rancangan mereka kali ini gagal. Sudah beberapa kali mereka gagal menumpas sindiket dadah. “Sampai bila kita nak duduk di sini? Kita perlu masuk ke dalam segera sebelum mereka dapat hidu gerak-geri kita.” Inspektor Mastura bersuara nada bisik dari bawah. Kepala mendongak agar lebih fokus memerhatikan AP Jimmy yang sibuk mengintai-ngintai tanpa suara. Dia membiarkan persoalan Inspektor Mastu
“HEI,Abang Jimmy.” Athuf terus menepuk bahu ASP Jimmy dari belakang. Lelaki itu mencangkung untuk mengambil milo dari dalam peti. Mendengar sapaan Athuf, segera ASP Jimmy berdiri dan memusing tubuh menghadap suara itu. Riak wajahnya sedikit terkejut memerhati wajah yang sudah lama tidak ditemui. “Athuf.” Nama itu menitip di bibirnya. ASP Jimmy melebarkan senyuman. Athuf pun begitu. Bertemu juga mereka setelah sekian lama tidak bersua. “Makin kacak ya bakal adik ipar abang ni. Dah pandai pakai seluar koyak-koyak dah sekarang.”ASP Jimmy jatuhkan pandangan ke arah seluar jeans berwarna biru. Tergelak Athuf mendengar usikannya. Perangai Jimmy tidak pernah berubah walaupun sudah menjadi pegawai polis. “Inilah seluar trend terkini. Abang orang tua, mestilah abang tak tahu sangat trend remaja zaman sekarang.” Athuf membalas lagak bersahaja. “Pandaiehpanggil ab
ATHUFtersengih seperti kerang busuk bila Mak Awe menghulurkan bekal makanan kepada kakaknya Thufaila. Dia yang berdiri di hadapan pintu sudah memasang telinga untuk mendengar perbualan Mak Awe bersama kakaknya.“Susah-susah aje Mak Awe masakkan makanan untuk kami. Saya ni dah boleh masaklah Mak Awe,” tutur Thufaila sopan. Tidak menyangka wanita itu sanggup berjalan kaki semata-mata mahu menghantar bekal. Rajin sungguh.“Jimmy beria-ia suruh mak sediakan lauk ni untuk kamu. Dia kata kaki kamu terseliuh teruk sebab itulah dia nak Mak Awe sediakan makanan untuk kamu adik-beradik.” Pipi Thufaila memerah menahan malu.Alahai, kenapalah Mak Awe ni baik sangat?Jimmy tu pun dah kenapa beria-ia sangat suruh Mak dia masakkan makanan untuk aku?“Kaki saya ni dah sembuh dah. Kaki ni terseliuh hari khamis minggu lepas. Bengkak pun dah surut dah Mak Awe,” jelas Thufaila perlahan. Dia tidak mahu wanita itu
“SELAMATkau siap cepatbro. Aku dah kebulur sangat dah ni,” tutur ASP Jimmy yang sudah mengusap lembut perutnya. Ahmad hanya mengangguk seraya mata memandang ke hadapan. Seperti biasa, Ahmad tidak akan mulakan perbualan sebelum ASP Jimmy yang bercerita panjang.“Eh, aku nak tanya pasal jiran sebelah rumah kau boleh tak?” semerta, jantung Ahmad berdetak laju. Dia hairan bila ASP Jimmy bertanyakan hal Thufaila Ajwa. Teragak-agak ingin mengangguk.“Latelyni aku nampak kau kerap keluar dengan dia. Kau dengan dia tu ada hubungan istimewa ke? Kalau ia, sejak bila pula kau berkenalan dengan dia?”ASP Jimmy menyoal tenang walaupun hati sudah bergejolak ingin tahu tentang hubungan sebenar mereka. Ahmad menarik nafas sedalamnya sebelum memberi jawapan yang sebenar.“Tak ada hubungan yang istimewa. Aku dan dia hanya jiran sebelah rumah. Kenapa?” Ahmad memberi ja
ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam
SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia. Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas
"ROSAK?biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerutkan dahi. Kepala didongak tinggi memanda
2009, Kuala Lumpur. JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata. "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki
LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t
"TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik." Mendengar bicara dari Akhbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik."Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama."Lelaki itu menyudahkan kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius.Pakai rasa-rasa pula."Teman lelaki mangsa? Siapa namanya?" Mata terkebil-kebil. Bibir terasa berat ingin bertanya. Mendengar pertanyaan ASP J
TANGANberdarah-darah. Bajunya pula dipenuhi darah kering yang tersisa dan melekit. Inspektor Keith tergamam melihat keadaannya sendiri. Terkejut bukan kepalang. "Keee kenapa ni?" Kepala yang terasa pening sejak semalam terus dipicit. Tidak dapat mengimbas kembali ingatannya tentang semalam. Mindanya bagaikan kosong, tidak mampu mengingat beberapa perkara yang berlaku semalam. Apakah yang tak kena dengan dirinya? "Argh, keee kenapa jadi macam ni? Aku bunuh siapa?" Sumpah, dia tidak mengerti apa yang berlaku. Tergeleng-geleng kepala memerhatikan tubuh sendiri. Kepala diketuk-ketuk berulang kali cuba memikirkan hal apa yang terjadi semalam. Tetapi, minda tidak dapat memproses apa-apa hal lain selepas makan malam. Setahunya, lepas bersua teman wanitanya dia pulang ke rumah memandangkan emosinya tidak stabil selepas mereka bergaduh. Rasanya dia tiada ke tempat lain. "Argh, aku tak ingat aku tak
BERLARI-lari Athuf menuju ke arah Thufaila yang sibuk membalas mesej dari para pelanggan yang berduyun-duyun masuk. Sampai tidak menang tangan dibuatnya. Jumlah pelanggan naik mendadak tanpa Thufaila tahu puncanya. Sejak pagi tadi, dia dikejutkan dengan mesej dari aplikasi Shopdan juga f*. Ini namanya rezeki yang diturunkan dari Tuhan buatnya. Dia perlu hargai rezeki itu sebaik mungkin. Customer always right. Dia perlu melayan mereka sebaik mungkin dan memberi servis terbaik supaya sentiasa dipercayai. "Kau dah kenapa lari-lari macam nampak hantu?" Kepala segera ditoleh memandang Athuf. Si adik berlari punyalah laju sampai termengah-mengah menggali nafasnya sendiri. Dari hujung mata, Thufaila memerhati sekilas. "Akak tahu tak sebab apa dari pagi mesej tak henti-henti masuk untuk beli baju jualan akak?" Soalnya sambil mata membulat. Setelah menyudah bicara, na
MATA melilau memandang sekeliling. Tangan diangkat mendekati wajah. Terasa bahagian kepalanya dibaluti sesuatu. Pantas, jemari menyentuh dahi. Ahmad terkejut bila kepalanya dibaluti dengan kain anduh. Terfikir, siapakah yang membalut kain pada kepalanya. Sesekali, liur ditelan likat. Apa yang berlaku? Kepala aku luka ke? Bisik hatinya perlahan. Dia tidak ingat, apa yang berlaku kepadanya semalam ketika berada di rumah. Selepas terjumpa Pak Jabir dan bertikam lidah bersama Thufaila, dia sudah terlupa apa yang berlaku terhadap dirinya. Mungkin kerana kemarahannya semalam menguasai tubuh dan mindanya. Seketika, Ahmad berjeda. Ahmad cuba muhasabah diri sendiri terkenangkan hal semalam. Pagi ini, dia merasa lebih tenang berbanding semalam. Dia dapat mengawal emosi dan minda dari terus marahkan orang tua itu. "Ahmad... Kawal emosi. Teringatkan orang tua tu tak apa, tapi jangan jadi syaitan sampai