Home / All / CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA) / Chapter 31 - Chapter 35

All Chapters of CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA): Chapter 31 - Chapter 35

35 Chapters

BAB 31

LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat.  Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat.  Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t
last updateLast Updated : 2021-07-19
Read more

BAB 32

2009, Kuala Lumpur.  JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata.  "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki
last updateLast Updated : 2021-07-28
Read more

BAB 33

"ROSAK? biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerutkan dahi. Kepala didongak tinggi memanda
last updateLast Updated : 2021-08-02
Read more

BAB 34

SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia.  Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas
last updateLast Updated : 2021-08-20
Read more

BAB 35

ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam
last updateLast Updated : 2021-10-06
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status