“HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.
Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…
Desus Noah meluat.
Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!
“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.
Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih
"KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a
“TOLONG mak ... tolong.” Esra Elvina meronta-ronta meminta pertolongan. Dia menangis tanpa henti apabila baju dikoyak tanpa belas kasihan. Lelaki berkulit hitam manis dan berkumis halus menekup mulutnya sehinggakan dia tidak mampu bernafas tenang. Cuba melepaskan tubuh dari genggaman itu, tetapi gagal. “Kau nak pergi mana ni budak? Kau akan jadi hak aku,” ujar si pelaku bernada keras. Suaranya sangat garau dan menakutkan. langsung tidak mengendahkan rayuan dan esak tangis yang kedengaran. “Saaa sakit.” Dalam kepayahan dia mengadu kesakitan. Wajah si pelaku sangat dikenali. Wajah yang sentiasa disanjungi akhlak dan budinya. Tangisan air mata Esra Elvina mengalir deras mencemari pipi. Hanya nama Allah yang terbit dalam hati. Ya Allah ... Selamatkan aku. Jangan biarkan dia terus menyakiti aku. “Tak apa, sakit sikit je.” Sang pelaku bersuara dicelahan tawa. Makin lama, derua
“YA Allah, kacaknya dia ni. Untungnya ada kacukan turki belanda. Jatuh gugur iman aku pandang wajah dia ni weyh.” Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di atas bukit sekolah mula berbual kosong. Mata masing-masing tertumpu memandang gambar jejaka idaman Malaya masa kini. Kekacakan selebriti ternama yang sedang meningkat naik itu, menjadi bualan sehingga mereka menjadi ralit. Nama itulah yang selalu menjadi bualan ramai. Di dada akhbar, di sosial media malah di kaca televisyen juga sering terpapar wajah si jejaka sehingga diangkat menjadi selebriti popular tahun ini. Wajah tampan yang digilai ramai. Pelajar-pelajar tersebut tidak merasa gerun berkumpul ketika sesi pembelajaran sudah bermula. Sudahlah ponteng kelas, berani pula mereka duduk di bahagian bukit sekolah. Langsung tidak takut jika guru disiplin dapat menangkap tindakan mereka yang salah di sisi undang-undang. “Dia ni memang kacak, tapi dengar kata dia ni s
SELESAI saja program usahawan muda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Dato Edmond selaku tetamu jemputan program tersebut terus melangkah keluar dari dewan pelajar untuk menuju ke kantin sekolah. Ada sedikit jamuan telah dihidangkan oleh pihak sekolah untuknya. Dia diiringi dua orang guru lelaki bersama pemandu peribadi ketika mahu memasuki kawasan pekarangan kantin.Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, sepasang matanya memerhatikan seorang gadis yang sibuk berdiri di hadapan kantin sambil meneguk sebotol air mineral.Dia berjeda seketika sambil memerhati. Kornea matanya menangkap pandang figura itu. Terpukau melihat anak gadis yang nampak unik.“Perempuan yang bersandar dekat dinding tu pekerja di sini ke?”Dato Edmond segera bertanyakan hal gadis berbaju uniform putih. Cikgu lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum tanda mengeyakan pertanyaan Dato Edmond.“Diamakguard 
ERBACH ARSALAN menghirup cappucino rose dalam ketenangan. Banyak masalah yang berlaku terhadapnya, sejak dua menjak ini. Erbach perlukan ketenangan supaya minda yang kalut menjadi lebih kosong.“Weyh, Erba! Aku penatlah dengan kau ni. Berapa kali nak tukar PA ni? Dalam sebulan ni kau dah tukar tiga orangpersonal assistant tau? Abang fade up lah macam ini. Sampai bila kau nak berperangai macam budak bodoh? Kau jangan nak menyusahkan kerja abang je boleh tak?” Baru dia mahu merasa tenang, satu suara sudah menghambur kemarahan kepadanya.Noah, seorang lelaki berkulit hitam manis itu menengking kuat seolah-olah anak tekak mahu tercabut dari tekak. Bergema segenap ruang dengan suaranya.Hanya dia yang mampu bertahan dengan sikap manusia spesies pemuda itu. Noah melabuh punggung di sebelah artis jagaannnya seraya dia membebel panjang menghamburkan kemarahan.Siapa aje yang tak marah kalau kena ha
PAGI-PAGIlagi Dato Edmond sudah dihidangkan dengan berita yang kurang enak. Masih belum menjamah makanan ke dalam mulut, mindanya terlebih dahulu di jamah berita murahan dari pihak media. Berita yang membuatkan seluruh darahnya meluap. ERBACH ARSALAN MINUM ARAK DI KELAB TANPA BERBAJU. MUNGKINKAH BENAR DIA ATAUPUN PELANDUK DUA SERUPA? Baru saja baca tajuk berita, kemarahan Dato Edmond menyapa diri. Jantungnya bagai terhempas keluar tatkala ekor matanya berkali-kali membaca artikel tersebut. Emosi marahnya makin mencucuk-cucuk jiwa tatkala kornea matanya disajikan dengan melihat gambar Erbach Arsalan separuh bogel bersama para gadis di kelab. Mengucap panjang lelaki separuh abad itu. “Apa tak senonoh sangat budak ni?” Tangan sudah mengepal penumbuk menahan geram. Menggigil segenap tubuh tuanya. bibir bergetar-getar mahu melepaskan hamburan kemarahan. Sungguh, hal itu membuatkan jantu
SEAWAL jam lapan pagi Dato Edmond sudah meminta Noah menemaninya bersua seseorang yang mahu dijadikan pembantu peribadi buat Erbach Arsalan. Seingat Noah, Dato Arsalan terlalu sibuk dengan kerjanya dan dia menganggap lelaki separuh abad itu sukar mencuri masa untuk mencari pekerja yang baru. Ternya dia silap. Dato Edmond melakukan misi mencari dengan kadar yang segera. Pasti dia benar-benar mahu mencari seseorang yang sesuai untuk bersama Erbach Arsalan.Agak-agaknya pembantu yang bagaimana akan mengisi kekosongan sebagai PA si jejaka? Ah, Noah pula yang nervous bila memikirkannya.“Kamu okey ke Noah? Saya nampak kamu ni macam tak boleh duduk tenang aje dalam kereta saya?” Dato Edmond memandang sekilas wajah Noah sebelum menjunam Kembali pandangan ke arah akhbar yang di baca.“Saya berdebar pula bila dato ajak saya berjumpa PA yang baru. Rasa macam cepat sangatlah pula dato dah jumpa pengganti,” balas Noah jujur.
“ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam. “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega. Alhamdulillah. Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini. “Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakaisunglasses, pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Fr
"KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a
“HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih
PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.
DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.
"EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara
ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b
ELVINAmengelus telefon bimbit milik Noah dengan penuh ketelitian. Dia mengulangi video yang tular di laman sosial sekarang ini. Tak sangka pula Erbach sanggup tak bersolek malam anugerah hari itu semata-mata ingin menunaikan solat. Bagus pula pemikiran mamat celup tu. Noah yang memandu kereta tersengih-sengih sendiri.Dia bahagia dengan apa yang di tularkan oleh jurusolek bernama sally.Hai uolls, hari ini I nak cerita sikit dengan uolls tentang Erbach Arsalan si jejaka malaya hot kata kau. Baru sekarang I ada masa nak ceritakan kejayaan dia dekat laman instagram I ni haaa...Actually, video dekat atas ni I ambil curi-curi tau, sumpah bukan dia yang suruh I ambil dan tularkan video dia. Ini ikhlas dari hati I nak share
THEA FREYAtermenung panjang di dalam bilik. Dari tadi satu kerja pun belum dilakukannya lagi. Selalunya dia tidak pernah membuang masa seperti itu. Baginya setiap minit yang berlalu itu amat berharga. Pasti dia akan menggunakannya dengan begitu baik.Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini?Mungkin disebabkan malam tadi dia bermimpi melihat rambut palsu.Kenapa dalam banyak-banyak mimpi, malam semalam punya mimpi yang serasa paling pelik sekali?Orang tua-tua kata, kalau seseorang itu bermimpi terlihat rambut palsu maknanyaDia akan ditipu orang yang tak di sangka-sangka. Dan orang itu kawannya sendiri.Argh, apa maksud di sebalik mimpi itu sebenarnya? Dia masih tertanya-tanya. Perasaan gelisah menyelinap masuk sejak tadi.
"ABANG!!!" Terlompat-lompat Erbach Arsalan bagaikan anak kecil dapat mainan tatkala dua anak matanya melihat kelibat Noah berdiri tegak di hadapan pintu bilik persalinan. Hari ini Anugerah Popular bakal bersiaran langsung jam sembilan malam. Dia benar-benar berharap Noah akan datang dan menyokong dirinya. Dan kini, dia bersyukur harapannya tidak sia-sia. Dia bersyukur Noah lembutkan hati untuk datang menemui dirinya seawal jam enam setengah petang. Elvina yang bersandar di dinding tunjuk lambang bagus bila Noah hadirkan diri. "Aku datang sini sebab Elvina je," balas Noah mendatar tanpa segaris senyuman. Seketika kemudian, matanya menghala ke arah Elvina begitu juga Erbach Arsalan.