Share

BAB 2

Author: Rabetkha
last update Last Updated: 2021-07-07 15:57:57

SELESAI saja program usahawan muda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Dato Edmond selaku tetamu jemputan program tersebut terus melangkah keluar dari dewan pelajar untuk menuju ke kantin sekolah. Ada sedikit jamuan telah dihidangkan oleh pihak sekolah untuknya. Dia diiringi dua orang guru lelaki bersama pemandu peribadi ketika mahu memasuki kawasan pekarangan kantin.

Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, sepasang matanya memerhatikan seorang gadis yang sibuk berdiri di hadapan kantin sambil meneguk sebotol air mineral.

Dia berjeda seketika sambil memerhati. Kornea matanya menangkap pandang figura itu. Terpukau melihat anak gadis yang nampak unik.

“Perempuan yang bersandar dekat dinding tu pekerja di sini ke?”

Dato Edmond segera bertanyakan hal gadis berbaju uniform putih. Cikgu lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum tanda mengeyakan pertanyaan Dato Edmond.

“Dia makguard di sekolah kami,” balas cikgu tersebut. Belum sempat menghirup sehingga habis air kopi yang terhidang, airnya mula tersembur keluar. Buntang biji mata mendengar jawapan itu.

Makguard? Muka cantik macam itu kerja makguard je? Selalunya orang muda ni nak kerja yang megah je. Mana mahu jadi pengawal keselamatan sekolah.” Sedikit kaget Dato Edmond dibuatnya. Gadis berwajah garang itu di pandang lama. Kagum dia melihat gadis muda tidak malu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah.

“Dia memang sesuai pun jadi makguard dekat sekolah ni. Nampak je cantik tapi garang dia tu mengalahkan harimau di hutan, anjing di daratan. Semua orang tak berani dekat,” cerita cikgu lelaki tersebut sambil membetulkan tali leher yang sudah tersenget-senget. Semua orang pun tahu sikap Esra Elvina.

“Maksud cikgu?” Dato Edmond membetulkan kedudukan. Mata dia tertumpu mendengar kisah dari Cikgu Fuad yang mula mahu bercerita.

“Dia tu tak takut semua benda. Anjing lalu depan dia pun dia halau biasa-biasa je. Haritu ada ular masuk dalam sekolah, dia yang halau. Kalau ada budak lari sibuk nak panjat tembok sepantas kilat je dia panjat tembok sampai saya pun tak sempat nak panjat. Kadang-kadang, saya merasakan yang dia layak jadi cikgu disiplin. Dia tak kuat membebel tapi wajah dia tu cukup menyeramkan. Fuh, sampai saya kadang-kadang rasakan dia tu makhluk asing sebab berperangai aneh macam tu.”

Tertarik Dato Edmond mendengar jalan cerita tersebut. Ada segaris senyuman terukir tanpa di paksa.

Wow, amazing. Super woman maybe?” Soal Dato Edmond bergurau.

“Lebih kuranglah. Tanya je budak dekat sekolah ni mereka takut dengan siapa. Sudah tentu mereka sebut makguard cantik. Dia tu tak pernah senyum langsung. Cakap pun macam gaya robot tak ada rima langsung. Tegas sepanjang masa. Setahu saya, dia memang tak suka berkawan.” Dato Edmond hanya fokus memerhati ketika mendengar.

“Kalau dia pandang orang pula memang dia pandang macam pembunuh misteri nak tikam mangsa,” cerita si perjaka di celahan cerita cikgu lelaki itu ada tawanya. Sikap Esra Elvina memang sering menjadi bualan.

“Dia tu macam robot bergerak. Saya tengok dia minum air pun tegak semacam.”

Isu Esra Elvina menjadi topik utama di meja makan. Tak ada cerita lain yang dibualkan sekarang ini.

Dato Edmond lebih tertarik mahu mendengar cerita tentang si gadis pelik.

“WEYH, cuba tengok tu.” Syida segera menarik tangan rakan-rakannya agar memerhatikan wajah seorang lelaki separuh abad yang duduk makan bersama beberapa orang guru.

“Itukan dato yang bagi ceramah dekat kita tadi. Kenapa kau terpegun sangat? Dengan orang tua pun kau nak syok ke?” bebel Syifa. Kepala tergeleng-geleng melihat Syida yang tidak berkelip memandang figura itu dikejauhan.

“Aku tahulah dia dato yang bagi ceramah dekat kita tadi. Dalam dewan tadi kita duduk jauh-jauh, jadi aku tak sempat nak beritahu siapa dia,” ucap Syida lagi. Butir bicaranya menimbulkan tanda tanya.

“Siapa dia tu? Jiran kau ke?” terletus tawa Syida mendengar soalan polos dari rakannya.

Kalaulah Dato Edmond jirannya, Syida tidak akan tanamkan angan-angan untuk bersua Erbach Arsalan suatu hari nanti.

“Itulah bapa Erbach Arsalan, boyfriend kayangan aku. Anak-beranak kacak,” ujar Syida beria-ia ketika mengintai Dato Edmond di sebalik tiang dinding kantin. Syifa turut memerhatikan Dato Edmond yang duduk bergelak ketawa bersama para guru yang duduk di bahagian meja makan guru. Agak terkejut mendengar jawapan Syida.

Uish, memang muka-muka pak cik kayangan.

“Bapa dia macam orang luar negara lah! Patutlah anak dia kacak tahap dewa. Tapikan muka Hollywood gaya percakapan macam orang Malaysia tak ada langsung pelat mat salleh.” Sempat Syifa memuji.

“Tak macam Erbach tu, bercakap ada pelat-pelat omputih. Poyo je lebih,” kutuk rakan mereka yang turut memandang. Mendengar kata-kata sinis itu, Syida hanya menjeling dari hujung mata.

Nak juga kutuk crush aku tu.

“Ayah dia tu memang asal dari turki, tapi duduk Malaysia sejak kecil. Sebab itulah mereka fasih berbahasa melayu. Mak Erbach Arsalan tu pulak kacukan Filipina. Erbach tu cakap melayu tak lancar sebab waktu kecil dia duduk Australia, tak silap aku kalau dia balik Malaysia pun dia akan balik kejap-kejap je. Sekarang ni barulah dia menetap kat sini untuk lebarkan sayap sebagai seorang selebriti. Kalau tak jadi artis, rasanya dia tak jadi orang Malaysia.”

Panjang melebar Syida memberi penerangan mengenai Erbach Arsalan. Lancar sungguh dia berkata-kata. Masing-masing ternganga mendengar segala penjelasan Syida. 

Dia ni memang kamus bergerak Khas Erbach Arsalan. Semua benda dia tahu. Macam Cik g****e.

“Oh, patutlah nama dia pun pelik. Nama macam orang turki. I See...,” seloroh rakannya seorang lagi.

“Kau ni telan kamus sejarah keluarga mamat tu ke weyh? Sampai bapa dia punya kisah pun kau tahu. Siap tahu perjalanan hidup dia dari kecil sampai ke besar lagi.” Tertawa lucu Syifa dibuatnya. Sampai ke tahap itu minat Syida terhadap selebriti pujaannya.

“Jangankan bapa dia, siapa manager dia pun aku tahu. Manager dia pun kacak juga. Tapi rasanya dah tua kut. Umur akhir 30 an. Nama manager dia Noah,” jelas Syida bersahaja.

Dia memang peminat fanatik. Semua tentang Lelaki itu dia tahu. Sebut je drama apa lelaki itu pernah lakonkan, dia akan sebut satu per satu dengan lancar.

“Kau tahu tak gosip yang orang kata mamat tu tukar - tukar personal assistant sebab dia tu cerewet? Dia punya cerewet tu mesti tahap annoying.” Syifa menyiku tangan Syida ketika bertanya. Automatik Syida mencebik bibir sambil buat rolling eyes bila mendengar suara Syifa yang berura-ura mahu bergosip.

Asyik dengar gosip je. Benda buruk aje mahu diperkatakan sampai perkara kebaikan dibutakan.

“IKUTKAN hati aku tadi, nak je aku minta sign dekat dato tu. Tak dapat jumpa anak jumpa bapa pun jadilah!” omel Syida ketika berjalan menuju ke kelas bersama Syifa. Bibir diketap kuat tangan pula mengepal penumbuk. Geram dengan diri sendiri kerana tidak berfikir lebih meluas ketika berada di kantin tadi.

Setiap hari, setiap jam dan kalau boleh setiap waktu pasti dia mahu bercerita hal berkaitan Erbach Arsalan. Seolah-olah minda hanya memikirkan lelaki itu sepanjang masa.

Kadang-kadang, Syifa pun naik bosan asyik ceritakan topik yang bersangkut paut dengan lelaki itu. Nasiblah Syida rakannya, kalau tidak memang Syifa malas nak melayan.

“Lain kali mintalah kalau kau dah obses sangat dengan anak dato tu.” Syifa membalas riak bersahaja. Syida masih lagi hampa dengan diri sendiri.

“Jalan nak masuk kelas pun lambat ke?” Esra Elvina yang sedari tadi memerhatikan langkah mereka menuju ke lorong blok A mula mrnjerkah. Dia rimas sebenarnya bila melihat ada pelajar terhegeh-hegeh nak berjalan ke kelas walaupun loceng sudah berbunyi.

Dia ingat dia pergi mall ke nak berjalan melenggang.

“Syida ni haaa kak asyik bercerita pasal si Erbach Arsalan je, sampai jalan pun lambat.” Syifa menjawab jujur. Syida yang mendengar terus membuntangkan biji mata pada wajah si kawan.

Kurang ajar betul dia pergi cerita kat makguard garang pasal aku. Syida mendecit dalam hati.

“Minatkan seseorang tu boleh, tapi jangan taksub. Artis tu tak boleh tolong kau dekat akhirat nanti, yang boleh bantu engkau dekat sana nanti hanyalah syafaat dari Rasulullah saw.” Syida tersentak mendengar kata-kata dari Elvina yang menusuk hingga ke jantung. Terkelu lidah mahu berkata-kata.

“Saya minat je, saya tak taksub pun.” Lambat-lambat Syida menjawab. Mendengar jawapan balasan dari Syida, dia hanya mengendahkan lantas pergi dari situ.

“Dia blah macamtu je? Dah sound orang lepas tu tayang muka robot pula.” Geram pula Syida melihat sikap makguard itu.

Dia tu pengawal keselamatan je, tapi nasihat orang macam dia pula yang guru kaunseling. Ergh …

DATO EDMOND tersenyum sendiri di dalam kereta. Pemandunya bernama Awie bertaut kening melihat gelagat majikannya melalui cermin kereta.

Dah kenapa Dato Edmond senyum sendiri sekarang ini?

Lepas saja mendengar cerita tentang seorang gadis, senyuman Dato Edmond tak lekang dari ulas bibir merahnya.

“Dato okey tak ni dato? Asyik tersenyum dari tadi,” soal Awie bersahaja. Sudah hampir lima tahun Awie berkhidmat bersama Dato Edmond. Setiap riak wajah Dato Edmond pun sudah di hafal dengan teliti.

“Saya suka perempuan tu.” Tertoleh sekilas wajah Awie memusing ke belakang.

Sukakan perempuan tu? Biar betul? Cinta pandang ke dua ke ni?

“Dato nak kahwin baru ke ni? Tak akanlah baru pertama kali jumpa, dato dah terjatuh hati dengan dia? Dah berbelas tahun tau dato jadi single Daddy,” bidas Awie laju. Bertalu-talu soalan diajukan seolah-olah hanya waktu itu sahaja dia dibenarkan memberi soalan.

“Asal suka je awak ingat nak kahwin. Saya suka kalau perempuan tu bekerja dengan saya.” Lama mata Awie bertembung dengan mata Dato Edmond sebelum mata dia melencong semula ke jalan raya.

“Bik Cah dengan anak-anak diakan dah kerja dengan dato. Siap duduk satu rumah lagi. Takkanlah dato nak ambil dia jadi pekerja dato? Nak kerja apa pula dia tu nanti? Tak akan nak suruh dia jadi pengawal peribadi kat pondok villa dato pula?” soal Awie lagi diiringi tawa.  

“Awak diam jelah, tahulah saya nak buat apa nanti. Dont worry.” Ada kerlingan di hujung mata Awie. Dato Edmond pula hanya tersenyum herot.

Tunggu dan lihat sajalah...

LAMA Dato Edmond memerhatikan wajahnya di hadapan cermin besar. Ada perkara yang difikirkan dalam minda sebelum keluar dari kamar mandi. Wajah gadis garang terlayar diruang mata. Sesekali, bibir mengherot senyum terkenangkan cerita dari seorang diri.

Mindanya tidak mampu didiamkan dari terus memikirkan si gadis. Dia sedang memikirkan cara untuk memastikan si gadis bekerja dengannya nanti. Ada rancangan yang ingin beliau lakukan sebelum tibanya bulan depan.

Jika rancangannya berhasil, Dato Edmond akan pastikan si gadis akan sentiasa hidup tenang jika menjadi pekerjanya. Segala kebajikan akan dia aturkan dengan cara terbaik agar gadis itu hidup selesa di villa nya nanti.

Dia perlu cari jalan keluar dari terus terperap dalam permasalahan yang berlaku. Mahu mencari anak muda seaneh insan bernama Esra Elvina bukanlah mudah, Beliau perlu ambil peluang ini dengan cara memujuk si gadis itu nanti.

Dia yakin strateginya kali ini akan menjadi.

“Aku yakin, ada hikmah aku ditemukan dengan budak tu,” ucapnya perlahan ketika pandangan kosong memandang cermin.

Related chapters

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    ERBACH ARSALAN menghirup cappucino rose dalam ketenangan. Banyak masalah yang berlaku terhadapnya, sejak dua menjak ini. Erbach perlukan ketenangan supaya minda yang kalut menjadi lebih kosong.“Weyh, Erba! Aku penatlah dengan kau ni. Berapa kali nak tukar PA ni? Dalam sebulan ni kau dah tukar tiga orangpersonal assistant tau? Abang fade up lah macam ini. Sampai bila kau nak berperangai macam budak bodoh? Kau jangan nak menyusahkan kerja abang je boleh tak?” Baru dia mahu merasa tenang, satu suara sudah menghambur kemarahan kepadanya.Noah, seorang lelaki berkulit hitam manis itu menengking kuat seolah-olah anak tekak mahu tercabut dari tekak. Bergema segenap ruang dengan suaranya.Hanya dia yang mampu bertahan dengan sikap manusia spesies pemuda itu. Noah melabuh punggung di sebelah artis jagaannnya seraya dia membebel panjang menghamburkan kemarahan.Siapa aje yang tak marah kalau kena ha

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    PAGI-PAGIlagi Dato Edmond sudah dihidangkan dengan berita yang kurang enak. Masih belum menjamah makanan ke dalam mulut, mindanya terlebih dahulu di jamah berita murahan dari pihak media. Berita yang membuatkan seluruh darahnya meluap. ERBACH ARSALAN MINUM ARAK DI KELAB TANPA BERBAJU. MUNGKINKAH BENAR DIA ATAUPUN PELANDUK DUA SERUPA? Baru saja baca tajuk berita, kemarahan Dato Edmond menyapa diri. Jantungnya bagai terhempas keluar tatkala ekor matanya berkali-kali membaca artikel tersebut. Emosi marahnya makin mencucuk-cucuk jiwa tatkala kornea matanya disajikan dengan melihat gambar Erbach Arsalan separuh bogel bersama para gadis di kelab. Mengucap panjang lelaki separuh abad itu. “Apa tak senonoh sangat budak ni?” Tangan sudah mengepal penumbuk menahan geram. Menggigil segenap tubuh tuanya. bibir bergetar-getar mahu melepaskan hamburan kemarahan. Sungguh, hal itu membuatkan jantu

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    SEAWAL jam lapan pagi Dato Edmond sudah meminta Noah menemaninya bersua seseorang yang mahu dijadikan pembantu peribadi buat Erbach Arsalan. Seingat Noah, Dato Arsalan terlalu sibuk dengan kerjanya dan dia menganggap lelaki separuh abad itu sukar mencuri masa untuk mencari pekerja yang baru. Ternya dia silap. Dato Edmond melakukan misi mencari dengan kadar yang segera. Pasti dia benar-benar mahu mencari seseorang yang sesuai untuk bersama Erbach Arsalan.Agak-agaknya pembantu yang bagaimana akan mengisi kekosongan sebagai PA si jejaka? Ah, Noah pula yang nervous bila memikirkannya.“Kamu okey ke Noah? Saya nampak kamu ni macam tak boleh duduk tenang aje dalam kereta saya?” Dato Edmond memandang sekilas wajah Noah sebelum menjunam Kembali pandangan ke arah akhbar yang di baca.“Saya berdebar pula bila dato ajak saya berjumpa PA yang baru. Rasa macam cepat sangatlah pula dato dah jumpa pengganti,” balas Noah jujur.

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    “ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam. “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega. Alhamdulillah. Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini. “Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakaisunglasses, pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Fr

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    NOAH menggaru sisi kepala setelah tiba di kawasan pondok pengawal. Entah mengapa dia merasa gementar mahu bersua si gadis. Tangan kanan lantas menyentuh dada sendiri. “Mak ai… Dah kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni?” Dia sendiri terkejut dengan dirinya. Jantung berkocak laju seolah-olah mahu melamar seorang gadis. Hari ini dia bertekad mahu bersua Esra Elvina secara persendirian. Dia mahu bertanya lebih lanjut tentang persetujuan si gadis yang pantas memberi jawapan setuju kepada Dato Edmond beberapa hari lepas. Setelah menghentikan langkah tepat di hadapan pondok, dia mula memberi salam. Tidak lama kemudian, Esra Elvina keluar dari pondok pengawal untuk memerhatikan Noah yang sudah berdiri teguh. “Ya kenapa?” Esra Elvina kenal gerangan yang berdiri depannya. Tanpa berkira-kira, dia bertanya tujuan Noah bersua dengannya. “Saya datang sini sebab nak tanya awak beberapa soalan.” Noah menguntum senyuman walaupun

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    TEPAT jam tujuh pagi, Esra Elvina berdiri tegak di hadapan pagar Villa Edmond. Dia menanti pengawal keselamatan Dato Edmond membukakan pagar untuknya. Pengawal keselamatan sudah diberi pesanan awal sehari tentang kehadiran Esra Elvina pagi ini. Sesekali, pandangan mata Esra Elvina mengerling ke arah jam tangannya. Noah yang keluar dari perut kereta terus memandang ke arah gadis berjaket hijau dan bertudung hitam. Tanpa berlengah lagi, dia menuju ke arah si gadis. Sambil dia berjalan sempat matanya melingas ke arah jam untuk melihat jarum jam terletak di angka berapa. “Sekarang jam tujuh satu minit, bagusnya dia menghargai masa.” Sempat dia mengomel sendiri. Dia ini memang menghargai masa. “Assalamualaikum, bagusnya awak sampai tepat pada waktunya.” Ceria saja sapaan Noah. Namun sapaan itu hanya diperhatikan tanpa sebarang reaksi. Walaupun hakikatnya Noah sedikit ralat mahu menerima kehadiran si gadis di dalam Villa Edmond, dia

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    ERBACH ARSALANmenarik nafas dalam ketika berhadapan dengan para media yang hadir. Degupan jantungnya laju sejak tadi. Langsung tidak mahu berdegup normal. Sesekali, dada disentuh untuk menenangkan ombak kencang di hatinya. “RelaksErbach, abang ada.” Sempat Noah berbisik tatkala sepasang mata dapat memerhatikan riak wajah yang pucat lesu. Dia perasan, mata Erbach Arsalan berkaca kerana terlalu takut. Terlalu banyak hal yang dia risaukan. Detik ini, Erbach menggali ketenangan sebanyak mungkin ketika mahumenyusun butir ayat sebelum memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. ‘Tenang Erbach. Kawal emosi kau,’ bisiknya perlahan. Dia perlu berada dalam keadaan yang sangat tenang ketika menghadapi situasi begini. Dia tidak boleh lemah. Kerana kelemahan itu mampu membuatkan dia mudah melakukan kesalahan dalam bicaranya nanti. Takut-takut nanti, salah cakap mulalah wartawan sebarkan berita yang mampu menyebabkan p

    Last Updated : 2021-07-07
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    “PEREMPUAN tu biadablah papa. Apa yang Erbach buat semuanya dia tak setuju. Dia pula yang macam bos arah Erbach buat itu dan ini. Baru sehari dia bekerja, dia dah buat hal. Mulut tak reti nak jaga langsung!” Pagi-pagi lagi Erbach Arsalan berdiri di hadapan pintu kamar Dato Edmond semata-mta mahu memberitahu ketidakpuasanhati. Dia sanggup bangun lebih awal semata-mata mahu bersua papa sebelum bersarapan pagi. Dato Edmond yang mendengar luahan hati anaknya hanya tersenyum nipis. “Kamu tak buli dia pula? Kalau dia biadab, kamu tengkinglah dia macam kamu tengking pekerja kamu yang sebelum ni. Membuli tu kepakaran kamu.” Dato Edmond menguntum senyuman depan anaknya. Sengaja lelaki itu memperli. Mendengar perlian si papa, Erbach Arsalan mencebir bibir. Tidak pernah Erbach Arsalan rasa tercabar dengan pekerjanya sendiri. Pilihan aku memang tepat. “Erbach marah dia pun macam tak ada apa. Dia tetap berdiri macam patung macam tak

    Last Updated : 2021-07-07

Latest chapter

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    "KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 29

    “HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 28

    PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 27

    DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 26

    "EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 25

    ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 24

    ELVINAmengelus telefon bimbit milik Noah dengan penuh ketelitian. Dia mengulangi video yang tular di laman sosial sekarang ini. Tak sangka pula Erbach sanggup tak bersolek malam anugerah hari itu semata-mata ingin menunaikan solat. Bagus pula pemikiran mamat celup tu. Noah yang memandu kereta tersengih-sengih sendiri.Dia bahagia dengan apa yang di tularkan oleh jurusolek bernama sally.Hai uolls, hari ini I nak cerita sikit dengan uolls tentang Erbach Arsalan si jejaka malaya hot kata kau. Baru sekarang I ada masa nak ceritakan kejayaan dia dekat laman instagram I ni haaa...Actually, video dekat atas ni I ambil curi-curi tau, sumpah bukan dia yang suruh I ambil dan tularkan video dia. Ini ikhlas dari hati I nak share

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 23

    THEA FREYAtermenung panjang di dalam bilik. Dari tadi satu kerja pun belum dilakukannya lagi. Selalunya dia tidak pernah membuang masa seperti itu. Baginya setiap minit yang berlalu itu amat berharga. Pasti dia akan menggunakannya dengan begitu baik.Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini?Mungkin disebabkan malam tadi dia bermimpi melihat rambut palsu.Kenapa dalam banyak-banyak mimpi, malam semalam punya mimpi yang serasa paling pelik sekali?Orang tua-tua kata, kalau seseorang itu bermimpi terlihat rambut palsu maknanyaDia akan ditipu orang yang tak di sangka-sangka. Dan orang itu kawannya sendiri.Argh, apa maksud di sebalik mimpi itu sebenarnya? Dia masih tertanya-tanya. Perasaan gelisah menyelinap masuk sejak tadi.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 22

    "ABANG!!!" Terlompat-lompat Erbach Arsalan bagaikan anak kecil dapat mainan tatkala dua anak matanya melihat kelibat Noah berdiri tegak di hadapan pintu bilik persalinan. Hari ini Anugerah Popular bakal bersiaran langsung jam sembilan malam. Dia benar-benar berharap Noah akan datang dan menyokong dirinya. Dan kini, dia bersyukur harapannya tidak sia-sia. Dia bersyukur Noah lembutkan hati untuk datang menemui dirinya seawal jam enam setengah petang. Elvina yang bersandar di dinding tunjuk lambang bagus bila Noah hadirkan diri. "Aku datang sini sebab Elvina je," balas Noah mendatar tanpa segaris senyuman. Seketika kemudian, matanya menghala ke arah Elvina begitu juga Erbach Arsalan.

DMCA.com Protection Status