NOAH menggaru sisi kepala setelah tiba di kawasan pondok pengawal. Entah mengapa dia merasa gementar mahu bersua si gadis. Tangan kanan lantas menyentuh dada sendiri.
“Mak ai… Dah kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni?” Dia sendiri terkejut dengan dirinya. Jantung berkocak laju seolah-olah mahu melamar seorang gadis.
Hari ini dia bertekad mahu bersua Esra Elvina secara persendirian. Dia mahu bertanya lebih lanjut tentang persetujuan si gadis yang pantas memberi jawapan setuju kepada Dato Edmond beberapa hari lepas.
Setelah menghentikan langkah tepat di hadapan pondok, dia mula memberi salam. Tidak lama kemudian, Esra Elvina keluar dari pondok pengawal untuk memerhatikan Noah yang sudah berdiri teguh.
“Ya kenapa?” Esra Elvina kenal gerangan yang berdiri depannya. Tanpa berkira-kira, dia bertanya tujuan Noah bersua dengannya.
“Saya datang sini sebab nak tanya awak beberapa soalan.” Noah menguntum senyuman walaupun dia tahu yang senyuman manisnya tidak akan dibalas.
“Soalan apa yang kau nak tanyakan? Kalau tak penting, aku tak akan jawab,” tegas Esra Elvina yang sudah bertanya senada. Si jejaka sudah mengecilkan biji mata bila mendengar ulas bibir itu seolah-olah tidak mahu melayan kehadirannya dengan baik.
“Sebab soalan pentinglah saya datang ke sini. Kalau tak penting, saya tak akan buang masa nak datang sini menghadap robot macam awak ni.” Dia merengus seraya mengherotkan bibir ke tepi. Noah menghembus nafas berat sebelum meluncur bicara yang selanjutnya.
“Okey, tanya.” Esra Elvina memberi keizinan untuk bertanya.
“Awak yakin ke nak jadi pembantu Erbach Arsalan? Awak tiba-tiba setuju dengan pelawaan dato sebab awak ni peminat Erbach ke?” Persoalan dari Noah membuatkan Esra Elvina senyap sebentar. Lama dia merenung wajah Noah yang sudah menimbulkan pelbagai persoalan melalui riak wajahnya.
“Aku tak minat lelaki muka gay macam dia. Kalau aku setuju dengan sesuatu perkara, itu hak aku. Jadi kau tak perlu tahu,” tutur Esra Elvina selamba. Bundar mata Noah mendengar kejujuran dari si dia. Tak tahu nak gelak ke tidak bila mendengar jawapan itu.
Kalau aku gelak, nanti kena marahlah pula.
Uih, tak baiknya dia cakap macam tu.
“Erbach tu seorang lelaki yang kasar dan dia tak kiralah awak perempuan atau lelaki, kalau dia nak uji mental dan fizikal awak dia akan tetap uji sampai awak berhenti.” Noah memberitahu lebih lanjut tentang sikap artis jagaannya. Dia berkata begitu kerana mahu memberi peringatan kepada Esra Elvina sebelum melangkah masuk ke dalam dunia Erbach Arsalan.
Banyak hal yang akan si gadis tempuhi jika dia sudah menjejakkan kaki di villa itu.
“Kalau aku dah bekerja dengan dia, aku tak akan berhenti dengan mudah.” Dia menjawab sambil kedua-dua belah tangannya dimasuk ke dalam poket. Diteliti wajah Noah yang masih tertancap merenungnya.
“Awak jangan cakap besar. Saya kenal artis bawahan saya tu. Dia …” belum sempat menghabiskan ayat, Elvina sudah mencantas kata-katanya.
“Aku tak cakap besar. Engkau datang sini semata-mata nak halang aku dari bekerja dengan Dato Edmond ke?” akhir katanya diselitkan dengan persoalan. Noah mengangguk tanpa berkira-kira.
“Saya cuma risaukan awak. Kalau terjadi apa-apa dekat awak lepas jadi pembantu dia, saya yang rasa serba salah,” ujar Noah seolah-olah mengambil berat tentang kehidupan gadis di masa akan datang. Kini, mata Noah tidak beralih dari memandang Esra Elvina walaupun wajah si gadis masih kosong tanpa senyuman.
“Kita tak pernah kenal. Tak perlu risaukan aku dan aku tak perlu simpati dari kau.” Terletus tawa Noah bila Esra Elvina kata begitu.
Aduh, siapa pula yang nak ambil berat pasal dia? Hati Noah menafi.
“Saya tak cakap pun yang saya ni bersimpati dengan awak, saya cuma cakap yang saya akan serba salah je kalau ada apa-apa perkara berlaku dekat awak.”
Esra Elvina merenung tanpa sebarang balasan.
Kali ini, mata mereka kian bertatapan sehinggakan Noah sendiri terpaku memandang renungan kosong itu. Walaupun kosong, kornea matanya membuatkan Noah terpaku.
Setelah beberapa detik berlalu, Esra Elvina memusing tubuh untuk masuk ke dalam pondok pengawal. Sudah tiada hal yang ingin dibincangkan. Segera dia menutup pintu pondok kerana tidak mahu diganggu.
“Eeh, dia main tutup pintu pula. Punya feeling pandang biji mata dia, boleh pula dia pergi. Aku baru nak feeling drama melayu.” Dia menggetus perlahan. Ucapan itu hanya dia yang mendengarnya.
Sungguh, Noah tergumam setiap kali melihat si gadis mempamerkan tingkah yang janggal.
“Pergi balik, tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan.” Keras suara Esra Elvina mengarah si jejaka untuk pulang dan tidak menganggu kerjanya.
“Saya tak mahu awak bekerja dekat situ bukan sebab saya dengki ataupun saya nak tutup periuk nasi awak. Tapi percayalah, saya jumpa awak hari ni sebab saya nak awak berfikir baik-baik sebelum awak masuk dalam dunia kami. Bekerja di Villa Edmond bukan semudah yang awak sangka.” Walaupun Esra Elvina sudah menghalaunya, Noah tetap mahu menjelaskan rasa yang berbuku di hatinya.
“Balik,” sergah Esra Elvina semakin kasar. Terjongket sedikit bahu Noah bila dijerkah sekasar itu. Kali ini, dia akur dan berlalu pergi.
NOAH duduk sendirian di dalam perut kereta. Dia menyandar tubuh sambil mata dipejam serapatnya. Dia menarik nafas sedalamnya bila minda terlayar ke masa lalu. Terlalu banyak hal yang dia fikirkan sehingga kepalanya terasa bagai nak meletop.
Apa yang harus dia lakukan jika si gadis berkeras mahu bekerja bersama Dato Edmond?
“Kau ada aura dan aku yakin yang Erbach boleh jatuh cinta dengan kau. Kenapa dato sibuk nak ambil perempuan tu bekerja?” dia tertanya sendiri.
Sejak beberapa hari lepas lagi Noah tidak dapat mengemukakan jawapan dari persoalan yang membelenggu mindanya. Noah tidak yakin jika Erbach Arsalan tidak terjatuh hati dengan insan secantik gadis itu. Dia terbayang masa hadapan jika anak majikannya benar-benar jatuh hati dengan si gadis biasa.
Mungkinkah pisang akan berbuah dua kali seandainya Erbach Arsalan juga memautkan perasaan kasih terhadap insan yang berbeza darjatnya?
Ah, hati disapa perasaan keliru.
ESRA Elvina duduk di atas kerusi yang tersedia di luar kawasan pondok pengawal. Dia memikirkan setiap butir ayat yang disampaikan oleh Noah. Dia hairan bila lelaki itu seperti mahu menghalangnya dari bekerja di Villa Edmond.
Entah mengapa dia merasakan yang lelaki itu jujur dengan kata-katanya. Sang jejaka seolah-olah berkata begitu kerana tidak mahu dia menghadapi kesulitan suatu hari nanti.
“Aku perlu bekerja dengan Dato Edmond. Walau apapun yang terjadi, aku tetap perlu kerja dekat situ. Aku dah lama cari keluarga tu. Aku tak akan lepaskan peluang,” bicaranya sendiri sambil ekor matanya sudah menengadah memandang kaki langit. Tangan sudah mengepal penumbuk.
“Hai akak yang cantik, kenapa cakap sorang-sorang tu?” Satu tangan yang menepuk bahunya dari belakang mematikan lamunannya. Esra Elvina segera memusing sekilap tubuhnya untuk memerhatikan wajah yang menyapanya.
Setelah mengerling sekilas, dia pusing semula wajah memandang langit yang kian membiru. Esra Elvina hanya mengerling tanpa bersuara.
Syida memandangnya dengan riak wajah yang kecewa. Susah betul nak bercakap dengan dia ni. Selalu sangat beri bahasa isyarat je. Nak beramah mesra pun payah.Tanpa berkata apa-apa lagi, Syida hanya berdiam diri dan duduk menunggu sahaja.
‘Kalau dia tak mahu berbual, aku tak payah sibuk nak tegur dia lain kali.’ Hatinya sudah mendecit.
“Macam mana artis kesayangan kau? Dia okey ke tidak?” suara Elvina menjerkah masuk ke dalam telinga Syida. Terus tertoleh kepala dia memandang Elvina. Membujur bibir kerana
“Akak garang ni ajak aku borak ke?” tubuhnya dibawa bersandar di kerusi dengan mata yang tidak lepas dari memandang segenap inci wajah Esra Elvina.
“Dia okey je kak masih maco.” Janggal saja dia membalas kerana dia tak tahu nak balas apa. Diri sendiri rasa kekok mahu berbual bersama makguard cantik.
Siapa yang tidak berasa kekok kan bila manusia yang tak banyak cakap tiba-tiba menyoal. Dia menyoal benda yang remeh-temeh pula tu.
“Kau nak jumpa dia tak? Nama dia Erbach Arsalan, kan?”
Esra Elvina menyoal tidak beriak. Wajah Syida berkerut seribu. Dia ingat lagi nama Erbach Arsalan? tak sangka pula.
Kenapa tiba dia-dia tanya ni? Semakin musykil. Tidak semena-mena dia menggaru kepala sambil mata sedikit pun tidak berkelip merenung ke arah Elvina.
“Aku tanya ni kenapa kau berdiam?” Kali ini nada suara Esra Elvina lebih tegas berbanding tadi.
“Mestilah naaa...nak.” Tergagap -gagap Syida menjawab. Kosa katanya tidak lancar.
“Nanti aku bawa kau jumpa dia tapi dengan satu syarat. Kau perlu ikut syarat aku.” Wajah Syida mengoyak senyum tetapi diiringi riak wajah hairan di wajahnya.
Dia kenal Erbach Arsalan? Atau dia saja mahu memberi harapan palsu? Ah, keliru.
“Akak kenal dia ke?”
Esra Elvina hanya memandang ke depan tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Persoalan itu dibiarkan seperti angin lalu. Masih lagi duduk menegak seperti patung jakel.
“Aku nak kau ubah perangai lepas tu belajar rajin-rajin sampai berjaya. Baru aku bawa kau jumpa dia. Faham?” Syida merapati Esra Elvina lantas anak matanya memerhatikan riak wajah yang bagaikan tiada emosi itu dengan pandangan yang hairan.
Boleh ke aku percaya cakap makguard ni? Kalau dia cakap dia akan buat, kan?
Keliru hati Syida saat pelbagai soalan mula menerjah masuk ke dalam pelusuk mindanya.
“Akak kenal dia ke?” dia menyoal lagi. Soalan tadi pun tidak berjawab, ini kan pula soalan yang kedua.
“Ikut saja syarat aku lepastu kau akan dapat jumpa dia.” Seperti biasa, Esra Elvina melepaskan dialog dengan satu nafas.
“Akak ni saya tanya tak jawab pula.” Dijuihkan bibirnya sedepa. Hampa rasanya bila si dia tidak menjawab segala persoalan yang sudah pun berlegar di mindanya.
“Kalau aku tanya kau jawab saja. Aku tak ajak berbual pun. Okey, aku nak masuk dalam. Ingat, kalau kau ubah sikap kau aku akan bawa kau berjumpa dia. Paling penting jangan beritahu sesiapa tentang hal ini.” Setiap apa yang disampaikan oleh Esra Elvina membuatkan Syida terlopong sendiri.
“Betul ke kalau saya ubah perangai saya, akak nak bawa saya jumpa dia? Tapi bila akak boleh bawa saya jumpa dia?”
Syida terus berdiri laju dan melangkah ke arah dalam pondok untuk bertanya lagi. Dia masih tidak berpuas hati.
Mata syida masih terpancang memandang makguard cantik walaupun dia sudah pun duduk di atas kerusi sambil memandang buku laporan.
“Ya, tapi aku nak kau ubahkan niat berubah kerana Allah. Jumpa waktu bila tu ikut perubahan yang akan kau lakukan,” jawapan tegas dan padat dari Elvina membuatkan hati Syida terasa sedikit tersentak.
Glurp...
Tadi suruh berubah baru dapat jumpa mamat tu? Sekarang suruh mengubah niat pula? Mana satu yang betul ni?
Haih, peninglah.
“Saya tak fahamlah kak.”
“Ikut saja cakap aku. Dah jangan ganggu aku.” Laju saja pintu pondok di tutup agar dia sudah tidak melihat kelibat syida yang berada di bahagian luar pintu.
“ABANG pergi mana ni bang? Sejak beberapa harini abang asyik menghilang je?”
Baru saja mahu menuju ke arah dapur untuk meneguk segelas air, Erbach Arsalan yang sibuk memetik gitar di ruang tamu sudah bertanya hairan. Kepala didongakkan agar bebas memandang Noah yang berdiri sambil menyilang tangan ke dada.
“Aku ada urusan yang nak diuruskan. Sebab tulah aku tak ada,” jawab Noah bernada malas. Mindanya masih hampa memikirkan hal gadis yang tidak mahu mendengar nasihatnya tadi.
“Urusan apa pula yang lebih penting selain uruskan hal saya?”
Erbach Arsalan mengangkat kening sebelah. Saja dia ajukan soalan yang menduga minda.
“Artis yang aku jaga bukannya kau seorang. Banyak lagi kerja yang aku nak uruskan selain melayan gosip kau yang cukup menyerabutkan kepala otak aku.” Noah sudah menggetus geram. Jelingan dihadiahkan kepada Erbach Arsalan.
Kalau bukan disebabkan dia, tak adalah aku beria-ia nak lalui semua hal yang memeningkan jiwa ni.
“Abang masih marahkan saya pasal hal tu ke?” soal Erbach Arsalan yang sudah pamerkan riak mendung seperti awan yang gelap di depannya. Laju Noah menggeleng tanda tidak.
“Taklah, aku nak ketenangan. Jangan kacau aku boleh tak?” Dia mahu berlalu pergi tetapi langkahnya masih di halang.
“Kalau nak ketenangan kenapa datang ke sini? Kenapa tak balik rumah?” soalan masih diajukan kepadanya.
“Aku nak jumpa dato kejap lepas dia balik kerja. Kami ada hal.” Kali ini Erbach terdiam membisu. Dia dapat mengagak hal apa yang mahu dibincangkan oleh Noah dan papanya.
Tak lain tak bukan pasti mereka mahu membincangkan hal pengurus peribadinya yang ingin di cari. Ergh, mengjengkelkan.
TEPAT jam tujuh pagi, Esra Elvina berdiri tegak di hadapan pagar Villa Edmond. Dia menanti pengawal keselamatan Dato Edmond membukakan pagar untuknya. Pengawal keselamatan sudah diberi pesanan awal sehari tentang kehadiran Esra Elvina pagi ini. Sesekali, pandangan mata Esra Elvina mengerling ke arah jam tangannya. Noah yang keluar dari perut kereta terus memandang ke arah gadis berjaket hijau dan bertudung hitam. Tanpa berlengah lagi, dia menuju ke arah si gadis. Sambil dia berjalan sempat matanya melingas ke arah jam untuk melihat jarum jam terletak di angka berapa. “Sekarang jam tujuh satu minit, bagusnya dia menghargai masa.” Sempat dia mengomel sendiri. Dia ini memang menghargai masa. “Assalamualaikum, bagusnya awak sampai tepat pada waktunya.” Ceria saja sapaan Noah. Namun sapaan itu hanya diperhatikan tanpa sebarang reaksi. Walaupun hakikatnya Noah sedikit ralat mahu menerima kehadiran si gadis di dalam Villa Edmond, dia
ERBACH ARSALANmenarik nafas dalam ketika berhadapan dengan para media yang hadir. Degupan jantungnya laju sejak tadi. Langsung tidak mahu berdegup normal. Sesekali, dada disentuh untuk menenangkan ombak kencang di hatinya. “RelaksErbach, abang ada.” Sempat Noah berbisik tatkala sepasang mata dapat memerhatikan riak wajah yang pucat lesu. Dia perasan, mata Erbach Arsalan berkaca kerana terlalu takut. Terlalu banyak hal yang dia risaukan. Detik ini, Erbach menggali ketenangan sebanyak mungkin ketika mahumenyusun butir ayat sebelum memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. ‘Tenang Erbach. Kawal emosi kau,’ bisiknya perlahan. Dia perlu berada dalam keadaan yang sangat tenang ketika menghadapi situasi begini. Dia tidak boleh lemah. Kerana kelemahan itu mampu membuatkan dia mudah melakukan kesalahan dalam bicaranya nanti. Takut-takut nanti, salah cakap mulalah wartawan sebarkan berita yang mampu menyebabkan p
“PEREMPUAN tu biadablah papa. Apa yang Erbach buat semuanya dia tak setuju. Dia pula yang macam bos arah Erbach buat itu dan ini. Baru sehari dia bekerja, dia dah buat hal. Mulut tak reti nak jaga langsung!” Pagi-pagi lagi Erbach Arsalan berdiri di hadapan pintu kamar Dato Edmond semata-mta mahu memberitahu ketidakpuasanhati. Dia sanggup bangun lebih awal semata-mata mahu bersua papa sebelum bersarapan pagi. Dato Edmond yang mendengar luahan hati anaknya hanya tersenyum nipis. “Kamu tak buli dia pula? Kalau dia biadab, kamu tengkinglah dia macam kamu tengking pekerja kamu yang sebelum ni. Membuli tu kepakaran kamu.” Dato Edmond menguntum senyuman depan anaknya. Sengaja lelaki itu memperli. Mendengar perlian si papa, Erbach Arsalan mencebir bibir. Tidak pernah Erbach Arsalan rasa tercabar dengan pekerjanya sendiri. Pilihan aku memang tepat. “Erbach marah dia pun macam tak ada apa. Dia tetap berdiri macam patung macam tak
USAI saja menunaikan solat Fardu subuh di dalam kamar tidur, kaki Esra Elvina terus melangkah keluar dari kamar tidurnya. Dia mahu melangkah ke arah kamar tidur milik Erbach Arsalan. Elvina mengeliat sedikit membetulkan semula letak segala tulang badannya ke tempat asal. Baru saja dia mahu melangkah setapak, dia sudah melihat sosok Noah yang berada di bahagian anak tangga.Patutlah dengar bunyi tapak kaki berlari-lari, mamat ni rupanya.Pagi-pagi lagi Noah sudah memanaskan tubuh dengan senaman ringan untuk merengangkan segala otot-otot setelah pulang dari masjid menunaikan solat subuh secara berjemaah.Sempat dia naik turun tangga berulang-kali sambil mengira setiap pergerakkannya menaiki anak tangga.Tubuh Elvina terus bertukar arah mendapatkan Noah yang ligat berlari anak.“Noah....” Jerkah Elvina berdiri sedia.“Hei si gadis ayu, dah bangun? Awal bangun?” Noah terus berhenti berlari anak saat
ERBABY NASTICmenunggu ketibaan artis kesayangan mereka, Erbach Arsalan. Masing-masing sudah menunggu di ruang lobi utama sebelum masuk ke dalam studio menyaksikan sesi rakaman rancangan terbaru berjudul Fanstastik bersama Erbach Arsalan. Hari ini, masing-masing sudah memakai baju yang telah Erbach taja buat para peminatnya. Petang ini, dia menuju ke Media Purnama untuk menjalankan sesi rakamangame show terbaru yang akan bersiaran di kaca televisyen pada bulan depan. Setelah beberapa bulan tidak bersua para peminat yang menjadi tulang belakangnya, hari ini mereka bersua kembali.Erbach melangkah masuk ke dalam lobi utama dengan penuh senyuman. Dia rasa sedikit gementar untuk bersua para kesayangannya. Dia risau mereka kecewa dengan apa yang telah berlaku. “Erba...” masing-masing terus mengerumuni si jejaka saat dia menuju ke arah para peminat. Senyuman ikhlas menghiasi bibir Erbach Arsalan waktu ini. “Te
PAGI-pagiLagi mata Esra Elvina mencari kelibat Noah di meja makan. Lelaki itu tidak ada pagi ini. Entah ke mana dia pergi. Takkan merajuk sebab semalam kut? Takkan merajuk sebab tak dapat makan burger? "Lan, Noah mana?" Esra Elvina menyoal selamba. Lirikan matanya masih tercari-cari kelibat Noah. Erbach terus menangkap mata Elvina seraya mulut masih menyuakan makanan. Dato Edmond pun begitu. Masing-masing tidak menyangka yang Elvina akan bersuara ketika sarapan pagi. Kebiasaannya dia yang akan menjadi manusia yang akan menjawab segala persoalan yang di tanya oleh penghuni Villa. Tapi, pagi ini dia yang memulakan pertanyaan. "Hari ini opah Erba
PENGALAMAN pertama kali bekerja sebagai pembantu peribadi kepada selebriti terkenal sungguh memenatkan. Elvina tidak menyangka bekerja sebagai pembantu peribadi lebih memenatkan berbanding menjadi pengawal keselamatan di sekolah.Setiap tenaganya bagai di sedut sehingga ke lemak dibuatnya bila setiap kali dia ingin melakukan pekerjaan yang dipinta.Tambahan pula, dia perlu melayan kerenah Erbach Arsalan yang sungguh memenatkan otak. Kalau bukan disebabkan dia mahu mendekati si jejaka, dia tidak akan menerima pelawaan Dato Edmond. Disebabkan satu perkara, dia perlu menjadi yang terbaik buat Erbach Arsalan. Aku terhutang budi, jadi aku perlu membalas segala budi. Aku perlu tepati janji, yang pernah aku ungkapkan dari dulu lagi.
"HEY, Berapa kali dah aku kata dekat kau jangan panggil aku Lan. Kau panggil jelah aku Erbach, takkan tak boleh?" Erbach Arsalan memeluk tubuh merenung ke arah Elvina yang masih duduk bagaikan patung di bahagian tempat pemandu. Kenapalah susah sangat nakkautim dengan dia ni? Hesy, dahlah panggil orang Lan! Benci betullah. "Erba takbest, kalau Lanbest." Esra Elvina menjawab ringkas tidak beriak. Erbach mula mencemik bibir mata pula saja dikecilkan saat mata masih tertumpu menatap ke dalam mata Esra Elvina. "Apa yangbest nya? Lan tu nama tak komersial lah! Nama aku merdu tau, kenapa kalau nak panggil Lan? Orang lain elok je panggil aku Erbach."
"KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a
“HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih
PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.
DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.
"EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara
ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b
ELVINAmengelus telefon bimbit milik Noah dengan penuh ketelitian. Dia mengulangi video yang tular di laman sosial sekarang ini. Tak sangka pula Erbach sanggup tak bersolek malam anugerah hari itu semata-mata ingin menunaikan solat. Bagus pula pemikiran mamat celup tu. Noah yang memandu kereta tersengih-sengih sendiri.Dia bahagia dengan apa yang di tularkan oleh jurusolek bernama sally.Hai uolls, hari ini I nak cerita sikit dengan uolls tentang Erbach Arsalan si jejaka malaya hot kata kau. Baru sekarang I ada masa nak ceritakan kejayaan dia dekat laman instagram I ni haaa...Actually, video dekat atas ni I ambil curi-curi tau, sumpah bukan dia yang suruh I ambil dan tularkan video dia. Ini ikhlas dari hati I nak share
THEA FREYAtermenung panjang di dalam bilik. Dari tadi satu kerja pun belum dilakukannya lagi. Selalunya dia tidak pernah membuang masa seperti itu. Baginya setiap minit yang berlalu itu amat berharga. Pasti dia akan menggunakannya dengan begitu baik.Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini?Mungkin disebabkan malam tadi dia bermimpi melihat rambut palsu.Kenapa dalam banyak-banyak mimpi, malam semalam punya mimpi yang serasa paling pelik sekali?Orang tua-tua kata, kalau seseorang itu bermimpi terlihat rambut palsu maknanyaDia akan ditipu orang yang tak di sangka-sangka. Dan orang itu kawannya sendiri.Argh, apa maksud di sebalik mimpi itu sebenarnya? Dia masih tertanya-tanya. Perasaan gelisah menyelinap masuk sejak tadi.
"ABANG!!!" Terlompat-lompat Erbach Arsalan bagaikan anak kecil dapat mainan tatkala dua anak matanya melihat kelibat Noah berdiri tegak di hadapan pintu bilik persalinan. Hari ini Anugerah Popular bakal bersiaran langsung jam sembilan malam. Dia benar-benar berharap Noah akan datang dan menyokong dirinya. Dan kini, dia bersyukur harapannya tidak sia-sia. Dia bersyukur Noah lembutkan hati untuk datang menemui dirinya seawal jam enam setengah petang. Elvina yang bersandar di dinding tunjuk lambang bagus bila Noah hadirkan diri. "Aku datang sini sebab Elvina je," balas Noah mendatar tanpa segaris senyuman. Seketika kemudian, matanya menghala ke arah Elvina begitu juga Erbach Arsalan.