Share

BAB 1

Author: Rabetkha
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

YA Allah, kacaknya dia ni. Untungnya ada kacukan turki belanda. Jatuh gugur iman aku pandang wajah dia ni weyh.”

Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di atas bukit sekolah mula berbual kosong. Mata masing-masing tertumpu memandang gambar jejaka idaman Malaya masa kini. Kekacakan selebriti ternama yang sedang meningkat naik itu, menjadi bualan sehingga mereka menjadi ralit.

Nama itulah yang selalu menjadi bualan ramai. Di dada akhbar, di sosial media malah di kaca televisyen juga sering terpapar wajah si jejaka sehingga diangkat menjadi selebriti popular tahun ini. Wajah tampan yang digilai ramai.

Pelajar-pelajar tersebut tidak merasa gerun berkumpul ketika sesi pembelajaran sudah bermula.

Sudahlah ponteng kelas, berani pula mereka duduk di bahagian bukit sekolah. Langsung tidak takut jika guru disiplin dapat menangkap tindakan mereka yang salah di sisi undang-undang.

“Dia ni memang kacak, tapi dengar kata dia ni sombong. Berlagak. Berlakon pun dahlah kayu balak je aku tengok. Tak menjiwai watak langsung!” satu suara menempelak menyuarakan pendapat seperti netizen di luar sana. Tugas netizen biasanya mengkritik saja.

Syada ... salah seorang pelajar yang terkenal dengan sikap nakalnya terus memandang ke arah si kawan yang sibuk mengutuk selebriti pujaannya.

Kayu balak dia kata? Cis ...

“Engkau tak pernah jumpa dia tiba-tiba kau nak cakap dia sombong pula. Aku tengok dia berlakon okey je? Kalau berlakon kayu takkanlah dia asyik dapat watak utama je. Hesy, Entah apa-apa je dia ni.” Syada menjeling laju matanya ke arah rakannya, Syifa. Semahunya dia membela lelaki pujaan hatinya.

Orang kalau dah minat seseorang tu semuanya nampak baik aje. Yang buruk dibutakan saja agar mata tidak kelihatan di mana celanya.

“Eleh, dekat rancangan Debom pun wartawan tanya dia benda yang sama. Bukan sekali dua aku dengar yang dia tu sombong tau? Kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama,” cerita Syifa lagi. Syada julingkan mata ke atas.

Syada memandang sebal wajah si kawan. Suka sangat buat dosa kering. Tak tabayyun, tahu-tahu menuduh yang bukan-bukan. Dia tak sedarkah kalau perkara itu jatuh fitnah, itu bermakna dosanya lebih besar dari membunuh.

Hurm, dengar boleh tapi percaya jangan.

“Betul tu weyh. Tapi Dia kata mana boleh sombong-sombong dengan peminat. Dia ada cakap, tanpa peminat siapalah saya.” Jelas, suara itu berintonasi jengkel lagi suara yang membalas kata-kata Syifa. Siap bermain dengan karakter lagi.

“Macam fake je dia tu. Takkan pokok boleh bergoyang kalau tak ada angin, kan?” Satu lagi suara cuba meyakinkan ujahan dari Syifa.

Syida menjuih sedepa. Kalau tak suka tak payahlah nak mengutuk pula.

“Yalah tu korang ni. Tak percayalah aku! Sekarang ni zaman fitnah berleluasa, sampai aku rasa lidah lagi tajam dari pisau. Orang boleh fitnah macam-macam je sekarang ni. Dekat internet pun orang boleh edit gambar macam-macam untuk fitnah orang lain. Setakat menfitnah guna mulut ni jaja cerita sana dan sini sekelip mata je orang boleh buat.” Syada tetap mahu membela selebriti pujaannya. Bidasan demi bidasan di lontarkan.

Syifa menggeleng laju melihat kelakuan si Syida. Sampai macam itu sekali ya minah ni membela.

“Hurm, nak percaya kau percaya tak mahu percaya sudah,” balas syifa malas.

“Woiii budak-budak, buat apa ni?” Satu suara menerjah ke telinga mereka semua yang sibuk duduk di atas bukit sambil bergosip.

Nada suara itulah yang mampu menggetarkan seluruh jiwa semua pelajar. Masing-masing terus berdiri tegak tatkala ekor mata mereka menoleh pandang pada wajah itu.

Tak tahu nak larikan diri ke arah mana jika sudah beradu kening dengannya. Susahnya nak meloloskan diri jika bertembung dengan manusia robot ni.

Iya, dia manusia robot yang tidak berperasaan.

“Aku tanya ni kau orang buat apa? Kenapa kata-kata aku tak berbalas?” soalan yang diajukan kepada mereka bagaikan peluru yang menembak hingga ke jantung.

Mata mereka terus tertacap memadang ke arah tanah. Tak mampu nak tatap wajah Makguard sekolah yang garang macam singa!

Dahlah garang, tak ada perasaan pula tu. Harap muka je lawa tapi perangai strangers dia menakutkan orang sekeliling termasuklah Syada.

“Ha ha kami bu budak petang.” Syada cuba menipu. Kepala yang tidak gatal mula digaru. Dia cuba berlakon biasa walaupun dalam hati diserang debaran.

Esra Elvina memandang sinis ke arah pelajar-pelajar yang mula berdiri tegak di hadapannya.

Langkah diatur lebih dekat menghampiri mereka yang terpasung merenungnya. Kemudian, dia tatap figura yang sudah menunduk kepala yang bagai nak dijunam ke dalam tanah. Tanpa  berkata apa, kepala yang menunduk itu ditolak kasar ke atas agar mata si budak bertemu matanya.

“Kau nak tipu aku? Kau ingat aku tak kenal siapa kau? Engkau ni anak jiran depan rumah aku. Umur 15 tahun,” bicara Esra Elvina tegas. Laungan suara dia membuatkan pelajar lain terkebelakang. Seram untuk menghampiri.

Mendengar butir balasan yang disampaikan, terus tertelan air liur Syada dibuatnya. Jantung berderau laju.

Makguard tahu dia anak jiran depan? Macam mana dia boleh tahu eh? Nak beramah mesra dengan jiran pun tak pernah.

Syada tidak menyangka, manusia seperti makguard cantik mengetahui latar belakangnya.

“Ma... Mana ada.” Syida menunduk. Kepala di geleng acuh tak acuh.

Dia sejenis budak yang sangat degil dan tidak mendengar kata. Semua peraturan sekolah dia langgar dan langsung tak makan saman. Sudah kena gantung sekolah pun dia masih buat hal. Sungguhpun begitu, dia gerun dengan seseorang.

Esra Elvina... nama itu yang sentiasa melekat dalam kepala otak.

Dia lebih takutkan Esra Elvina dari Cikgu Hasnan yang merupakan guru disiplin sekolah.

Sebut 'makguard cantik' je semua dah kecut perut. Siapa je tak seram tengok si dia? Senyum pun tak pernah. Kalau dia jaga sekolah semua benda dia teliti memerhati. 

“Orang lain kau boleh bodohkan tapi bukan aku. Orang lain kau boleh menipu, tapi bukan aku. Faham?” Mendatar suara Elvina. Akan tetapi, cara penyampaiannya cukup membuatkan mereka yang berdiri di hadapannya terketar-ketar menahan ketakutan. Menggeletar tubuh masing-masing. Terasa bagai menunggu jantung terpelanting dari anggota.

“Kau tengok apa ni?” Majalah ditangan Syida dirampas sepantas kilat. Tergumam Syida dibuatnya. Namun, dia tidak berani untuk melawan. Pasrah saja saat majalah bertukar tangan.

Esra Elvina kemudiannya pasungkan matanya memandang majalah yang terhias wajah seseorang. Direnung lama wajah yang megah di dalam halaman tersebut. Senyuman manis seorang lelaki berdarah kacukan langsung tidak menarik perhatiannya.

‘Erbach Arsalan.’ Nama itu dibaca dalam hati. Setelah membaca isi kandungan majalah tersebut, Esra Elvina mengangkat semula wajahnya memandang Syida. Jari telunjuk kemudiannya di angkat lantas ditunjal dada Syida sehingga dia terundur ke belakang.

“Kau minat mamat dalam majalah ni?” Setelah menyoal, matanya mengerling sekilas ke arah gambar seorang lelaki berjaket jeans di halaman muka surat hadapan.

Syida yang terkulat-kulat hanya mengangguk acuh tak acuh.

“Muka macam budak tak sunat je. Macam gay pun ada. Geli aku tengok lelaki spesis macam ni,” kutuk Esra Elvina lagak bersahaja.

Dahi Syida sudah berkerut.

Syifa dan kawan yang lain sudah tertawa halus mendengar omongan Makguard cantik.

Mendengar bicara kutukan dari Esra Elvina, mata Syida bagaikan mahu menikam ke dalam mata gadis di hadapannya.

Uish, siut gila dia cakap mamat ni gay.

“Kenapa kau pandang aku macam itu? Kau marah ke aku kutuk dia?” Esra Elvina mencerlung ketika matanya dan Syida masih bertatapan. Bibir diketap kuat-kuat.

Kau jeling aku? Kau ingat aku kisah?

“Dia handsome lah makguard,” balas Syida. Nak juga dia membela.

Elvina hanya berdiri tegak seperti tiang elektrik. dalam-dalam dia merenung setiap orang. mata silih berganti memerhati mereka.

“Oh, kalau macam ini handsome tak?” tanpa di sangka-sangka depan mata Syida juga, kepingan muka surat majalah itu dikoyak tanpa belas kasihan.

Terjerit kecil Syida dibuatnya.

 Apa masalah makguard ni.

“Apa ni kak koyakkan majalah orang!” Terkopoh-kopoh Syida mengutip serpihan kertas yang baru dikoyak. Dia duduk mencangkung. Wajah tegangnya jelas kelihatan.

Kalau orang lain yang buat dah kena penyepak dah ni. Desus hati Syida.

“Engkau marah?” soal Elvina mendatar. Tangan Syida di genggam erat bagaikan mahu menumbuk wajah wanita berbaju uniform putih di hadapannya.

Nasib aku takut dengan engkau je...

kalau tidak ...

“Kau bangun! pergi masuk kelas sekarang. Kalau kau tak masuk aku tolak kau dekat bukit sana,” ugut Elvina ganas tangan syida di tarik dari mengutip keratan majalah yang sudah ditiup angin.

Gagah betullah budak ni nak kutip.

“Eleh macam berani.” Syifa yang masih berada di belakang bersuara. Lirikan mata Esra Elvina terus berlari memandang Syifa.

“Kau nak provokasi aku? Kau ingat aku tak berani? kalau bapa kau nak datang sekolah saman aku, sekali bapak kau aku tolak.” Mata Esra Elvina laju beralih arah memandang Syifa. Menggigil seluruh tubuh bila pergelangan tangan digenggam kuat.

“Engkau orang semua lupa ke aku boleh buat apa kat budak sekolah ni kalau tak dengar cakap aku? Aku tak kisah pun masuk penjara." Dia bersuara mendatar, tetapi masih kedengaran dingin dan mendebarkan.

"Kalau tak percaya dengan kata-kata aku, Kau cabarlah aku buat benda yang kau rasa aku nak buat. Tapi sebelum aku masuk penjara, aku akan pastikan kau orang dapat sakit dulu.” Bibir bawah dibasahkan. Kemudian, bibir di ketap kuat.

Mata Esra Elvina sememangnya main peranan untuk membuatkan setiap pelajar yang memandang menjadi gusar.

“Tak baiklah koyakkan majalah dia. Kasihan dia beli majalah ni guna duit sendiri!” Ada satu suara pula membidas.

“Oh, kau kasihankan budak ni. Habis dengan mak bapak kau yang berusaha hantar kau sekolah nak bagi kau pandai, kau tak kasihan pula? Anak jenis apa kau orang ni tak fikir mak bapak?” Mendegar saja jawapan si gadis, masing-masing terus telan air liur. tersentap.

Kalau berbicara dengan makguard cantik ni memang mereka sentiasa kalah. Tak pernahnya nak menang.

SETELAH memastikan para pelajar tersebut masuk ke dalam kelas, Esra Elvina terus menuju ke kantin untuk membeli segelas air. Tekak yang terasa kering disentuh lembut. Sambil dia berjalan, matanya melingas pandang keadaan sekeliling. Seperti biasa, hanya mata saja digerak-gerak tanpa memusing kepala ke kanan dan kiri. Esra Elvina selesa begini. Dia selesa menjadi seseorang yang ditakuti agar dia tidak menjadi insan yang takut dengan bayang-bayang yang pernah menghantui hidupnya.

Setiap hari, kerjanya hanya berjalan dan mengawasi kawasan sekolah agar selamat dari mara bahaya. Jika mahu menikmati hidangan sekalipun, mata akan sentiasa melihat setiap ruang yang sunyi sepi. Kerana, ruang yang sunyi sepi itulah lebih berbahaya dari ruang keramaian.

Zaman sekarang ni, penculik merata-rata tempat. Jadi dia perlu memastikan seluruh kawasan sekolah selamat. Esra Elvina terlalu paranoid dengan keadaan sekeliling dan dia terlalu berjaga-jaga untuk mengenali sesiapa sahaja. Tiada sesiapa yang berani memulakan perbualan bersama si gadis. Orang sekeliling akan menegurnya dikala ada hal penting yang perlu dibincangkan.

“Kenapa kau tak tegur je kalau dia orang hisap rokok dekat dalam tandas? Busuklah tandas tu kalau asap rokok asyik berkepul-kepul. Tak selesa aku nak membuang nanti.” Telinga Esra Elvina dapat menangkap satu suara yang sedari tadi mengeluh. Segera, kepala ditolehkan ke arah sekumpulan pelajar.

“Siapa nama budak tu? Dia dekat tandas mana dan dia lelaki ke perempuan?” tegas Esra Elvina bertanya. Tiada mukadimah, dia terus menerjah. Sekumpulan pelajar lelaki tersebut terus tertegak memandang Esra Elvina.

“Naaa nama budak tu …” belum sempat menghabiskan ayat, Esra Elvina mencantas kemudiannya.

“Dia masih ada dalam tandas?” pelajar yang bercerita tadi mengangguk sambil liur ditelan berkali-kali.

“Ada. Dia dekat tandas blok A, nama dia Rashid.” Terketar-ketar bibir memberitahu. Tanpa berlengah, Elvina berjalan laju menuju ke arah tandas lelaki blok A.

     TANG!

     Pintu tandas lelaki ditendang kuat. Terkejut para pelajar yang ada di dalam tandas. Tergamam semuanya melihat figura yang sentiasa menggerunkan jiwa.

     Selepas masuk ke dalam tandas, Esra Elvina memerhatikan asap rokok yang berkepul-kepul di atas siling. Segera dia berjalan tanpa membuang masa. Dirempuh pintu tandas tersebut sehinggakan pelajar bernama Rashid terkulat-kulat memerhatikannya. Mata saling bertatapan. Rashid pegun melihat wajah Esra Elvina berdiri tegak depannya.

“Merokok lagi?” tanya Esra Elvina nada keras. Rashid tidak mengangguk dan dia tidak menggeleng. Hanya terdiam membisu.

“Hari tu aku nampak kau hisap rokok dekat tembok sekolah, harini dalam tandas. Kau ni datang sekolah nak belajar atau nak jadikan sekolah ni tempat kau hisap rokok?” kolar pelajar itu diretap sehingga tubuhnya terjongket. Ada beberapa orang pelajar mengintai dari arah luar.

“Ka kak … Lepaskan saya.” Segera Tangan Esra Elvina menghempas tubuh itu ke dinding tanpa rasa simpati. 

Argh ...

pelajar lelaki itu kesakitan.

Esra Elvina kemudian melekatkan tangannya ke pipi pelajar tersebut sehinggakan rahangnya terasa pedih.

“Muhammad Rashid Bin Sukiman, aku tahu dekat mana rumah kau. Ini amaran terakhir untuk kau! Sekali lagi engkau buat hal, aku akan pastikan hidup kau merana,” jerkah Esra Elvina. Anak matanya masih tunak memandang Rashid.

"Lepaskan aku." Nafas tersekat-sekat minta dilepaskan. Rashid tidak sanggup membiarkan diri terus ditindih pada dinding.

“Pagi tadi kekasih kau buat hal, tengahari ni kau pula buat hal. Rimas aku nak menghadap pelajar bermasalah macam kau orang ni,” sambung Elvina lagi beriak kosong.

     Glurp …

     Rashid menelan air liur yang terasa tersekat di bahagian kerongkong. Kekasih yang dimaksudkan Esra Elvina semestinya Syida. Pelajar yang sering merekodkan beberapa kes disiplin. Muka mereka berdua memang wanted.

 ‘Aduhai, makguard ni tahu pula siapa awek aku.’ Hati Rashid berbisik gusar. Anak mata sengaja dilarikan memandang ke lain.

"Akak ... tolong lepaskan saya." Sekali lagi, Rashid merayu minta dilepaskan. 

“Hei budak, kau bawa Rashid pergi bilik disiplin.” Tubuhnya ditarik lantas ditolak ke arah seorang pengawas lelaki berkaca mata. Pengawas tersebut hanya mengangguk dan mengikut arahan seolah-olah Esra Elvina pengetua sekolah.

 “Kalau jangan berani-berani tak pergi bilik disiplin. Kalau kau larikan diri, nanti orang hisap rokok pakai mulut, kalau hisap rokok pakai hidung.” Digenggam bahu Rashid lagi. Bicaranya berbaur ugutan.

Itulah kerjanya setiap hari. Mengugut pelajar memang kepakarannya. Orang-orang seperti Esra Elvina yang membuatkan masalah disiplin semakin berkurang seolah-olah dia guru disiplin yang sering memantau pelajar.

"Makguard cantik, tolong saya." Baru saja dia nak tarik nafas lega, ada satu suara laju memanggil namanya. Pengawas lelaki bertubuh genit itu lantas berdiri tegak depannya.

"Kau nak apa?" memulakan persoalan.

"Saya nampak ada pelajar panjat pagar sekolah." Tangan budak lelaki itu menghala ke arah tembok sekolah bersebelahan kantin sekolah. Esra Elvina mengangguk sekali.

"Kau tahu siapa nama dia?" soalnya lebih lanjut.

Kerja Esra Elvina memastikan tiada pelajar yang berbuat masalah. Kadang-kadang, guru disiplin merasakan si gadis mengambil alih kerjanya kerana Esra Elvina sering mendisiplinkan pelajar yang mempunyai masalah.

"Amirul Qayyum." Sekali lagi dia mengangguk.

"Tingkatan berapa? Kelas apa?" Matanya fokus menatap bibir si pelajar.

"Tingkatan lima Perdagangan." Walaupun sedikit gementar pengawas lelaki itu tetap menjawab dengan tenang.

"Apahallah budak sekarang ni asyik nak serong sekolah? memang budak tu cari nahas. Besok aku cari dia." Setelah menyudah bicara, kaki diatur keluar dari tandas.

Related chapters

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 2

    SELESAI saja program usahawan muda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Dato Edmond selaku tetamu jemputan program tersebut terus melangkah keluar dari dewan pelajar untuk menuju ke kantin sekolah. Ada sedikit jamuan telah dihidangkan oleh pihak sekolah untuknya. Dia diiringi dua orang guru lelaki bersama pemandu peribadi ketika mahu memasuki kawasan pekarangan kantin.Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, sepasang matanya memerhatikan seorang gadis yang sibuk berdiri di hadapan kantin sambil meneguk sebotol air mineral.Dia berjeda seketika sambil memerhati. Kornea matanya menangkap pandang figura itu. Terpukau melihat anak gadis yang nampak unik.“Perempuan yang bersandar dekat dinding tu pekerja di sini ke?”Dato Edmond segera bertanyakan hal gadis berbaju uniform putih. Cikgu lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum tanda mengeyakan pertanyaan Dato Edmond.“Diamakguard 

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    ERBACH ARSALAN menghirup cappucino rose dalam ketenangan. Banyak masalah yang berlaku terhadapnya, sejak dua menjak ini. Erbach perlukan ketenangan supaya minda yang kalut menjadi lebih kosong.“Weyh, Erba! Aku penatlah dengan kau ni. Berapa kali nak tukar PA ni? Dalam sebulan ni kau dah tukar tiga orangpersonal assistant tau? Abang fade up lah macam ini. Sampai bila kau nak berperangai macam budak bodoh? Kau jangan nak menyusahkan kerja abang je boleh tak?” Baru dia mahu merasa tenang, satu suara sudah menghambur kemarahan kepadanya.Noah, seorang lelaki berkulit hitam manis itu menengking kuat seolah-olah anak tekak mahu tercabut dari tekak. Bergema segenap ruang dengan suaranya.Hanya dia yang mampu bertahan dengan sikap manusia spesies pemuda itu. Noah melabuh punggung di sebelah artis jagaannnya seraya dia membebel panjang menghamburkan kemarahan.Siapa aje yang tak marah kalau kena ha

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    PAGI-PAGIlagi Dato Edmond sudah dihidangkan dengan berita yang kurang enak. Masih belum menjamah makanan ke dalam mulut, mindanya terlebih dahulu di jamah berita murahan dari pihak media. Berita yang membuatkan seluruh darahnya meluap. ERBACH ARSALAN MINUM ARAK DI KELAB TANPA BERBAJU. MUNGKINKAH BENAR DIA ATAUPUN PELANDUK DUA SERUPA? Baru saja baca tajuk berita, kemarahan Dato Edmond menyapa diri. Jantungnya bagai terhempas keluar tatkala ekor matanya berkali-kali membaca artikel tersebut. Emosi marahnya makin mencucuk-cucuk jiwa tatkala kornea matanya disajikan dengan melihat gambar Erbach Arsalan separuh bogel bersama para gadis di kelab. Mengucap panjang lelaki separuh abad itu. “Apa tak senonoh sangat budak ni?” Tangan sudah mengepal penumbuk menahan geram. Menggigil segenap tubuh tuanya. bibir bergetar-getar mahu melepaskan hamburan kemarahan. Sungguh, hal itu membuatkan jantu

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    SEAWAL jam lapan pagi Dato Edmond sudah meminta Noah menemaninya bersua seseorang yang mahu dijadikan pembantu peribadi buat Erbach Arsalan. Seingat Noah, Dato Arsalan terlalu sibuk dengan kerjanya dan dia menganggap lelaki separuh abad itu sukar mencuri masa untuk mencari pekerja yang baru. Ternya dia silap. Dato Edmond melakukan misi mencari dengan kadar yang segera. Pasti dia benar-benar mahu mencari seseorang yang sesuai untuk bersama Erbach Arsalan.Agak-agaknya pembantu yang bagaimana akan mengisi kekosongan sebagai PA si jejaka? Ah, Noah pula yang nervous bila memikirkannya.“Kamu okey ke Noah? Saya nampak kamu ni macam tak boleh duduk tenang aje dalam kereta saya?” Dato Edmond memandang sekilas wajah Noah sebelum menjunam Kembali pandangan ke arah akhbar yang di baca.“Saya berdebar pula bila dato ajak saya berjumpa PA yang baru. Rasa macam cepat sangatlah pula dato dah jumpa pengganti,” balas Noah jujur.

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    “ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam. “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega. Alhamdulillah. Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini. “Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakaisunglasses, pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Fr

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    NOAH menggaru sisi kepala setelah tiba di kawasan pondok pengawal. Entah mengapa dia merasa gementar mahu bersua si gadis. Tangan kanan lantas menyentuh dada sendiri. “Mak ai… Dah kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni?” Dia sendiri terkejut dengan dirinya. Jantung berkocak laju seolah-olah mahu melamar seorang gadis. Hari ini dia bertekad mahu bersua Esra Elvina secara persendirian. Dia mahu bertanya lebih lanjut tentang persetujuan si gadis yang pantas memberi jawapan setuju kepada Dato Edmond beberapa hari lepas. Setelah menghentikan langkah tepat di hadapan pondok, dia mula memberi salam. Tidak lama kemudian, Esra Elvina keluar dari pondok pengawal untuk memerhatikan Noah yang sudah berdiri teguh. “Ya kenapa?” Esra Elvina kenal gerangan yang berdiri depannya. Tanpa berkira-kira, dia bertanya tujuan Noah bersua dengannya. “Saya datang sini sebab nak tanya awak beberapa soalan.” Noah menguntum senyuman walaupun

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    TEPAT jam tujuh pagi, Esra Elvina berdiri tegak di hadapan pagar Villa Edmond. Dia menanti pengawal keselamatan Dato Edmond membukakan pagar untuknya. Pengawal keselamatan sudah diberi pesanan awal sehari tentang kehadiran Esra Elvina pagi ini. Sesekali, pandangan mata Esra Elvina mengerling ke arah jam tangannya. Noah yang keluar dari perut kereta terus memandang ke arah gadis berjaket hijau dan bertudung hitam. Tanpa berlengah lagi, dia menuju ke arah si gadis. Sambil dia berjalan sempat matanya melingas ke arah jam untuk melihat jarum jam terletak di angka berapa. “Sekarang jam tujuh satu minit, bagusnya dia menghargai masa.” Sempat dia mengomel sendiri. Dia ini memang menghargai masa. “Assalamualaikum, bagusnya awak sampai tepat pada waktunya.” Ceria saja sapaan Noah. Namun sapaan itu hanya diperhatikan tanpa sebarang reaksi. Walaupun hakikatnya Noah sedikit ralat mahu menerima kehadiran si gadis di dalam Villa Edmond, dia

    Last Updated : 2024-10-29
  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    ERBACH ARSALANmenarik nafas dalam ketika berhadapan dengan para media yang hadir. Degupan jantungnya laju sejak tadi. Langsung tidak mahu berdegup normal. Sesekali, dada disentuh untuk menenangkan ombak kencang di hatinya. “RelaksErbach, abang ada.” Sempat Noah berbisik tatkala sepasang mata dapat memerhatikan riak wajah yang pucat lesu. Dia perasan, mata Erbach Arsalan berkaca kerana terlalu takut. Terlalu banyak hal yang dia risaukan. Detik ini, Erbach menggali ketenangan sebanyak mungkin ketika mahumenyusun butir ayat sebelum memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. ‘Tenang Erbach. Kawal emosi kau,’ bisiknya perlahan. Dia perlu berada dalam keadaan yang sangat tenang ketika menghadapi situasi begini. Dia tidak boleh lemah. Kerana kelemahan itu mampu membuatkan dia mudah melakukan kesalahan dalam bicaranya nanti. Takut-takut nanti, salah cakap mulalah wartawan sebarkan berita yang mampu menyebabkan p

    Last Updated : 2024-10-29

Latest chapter

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    "KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 29

    “HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 28

    PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 27

    DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 26

    "EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 25

    ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 24

    ELVINAmengelus telefon bimbit milik Noah dengan penuh ketelitian. Dia mengulangi video yang tular di laman sosial sekarang ini. Tak sangka pula Erbach sanggup tak bersolek malam anugerah hari itu semata-mata ingin menunaikan solat. Bagus pula pemikiran mamat celup tu. Noah yang memandu kereta tersengih-sengih sendiri.Dia bahagia dengan apa yang di tularkan oleh jurusolek bernama sally.Hai uolls, hari ini I nak cerita sikit dengan uolls tentang Erbach Arsalan si jejaka malaya hot kata kau. Baru sekarang I ada masa nak ceritakan kejayaan dia dekat laman instagram I ni haaa...Actually, video dekat atas ni I ambil curi-curi tau, sumpah bukan dia yang suruh I ambil dan tularkan video dia. Ini ikhlas dari hati I nak share

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 23

    THEA FREYAtermenung panjang di dalam bilik. Dari tadi satu kerja pun belum dilakukannya lagi. Selalunya dia tidak pernah membuang masa seperti itu. Baginya setiap minit yang berlalu itu amat berharga. Pasti dia akan menggunakannya dengan begitu baik.Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini?Mungkin disebabkan malam tadi dia bermimpi melihat rambut palsu.Kenapa dalam banyak-banyak mimpi, malam semalam punya mimpi yang serasa paling pelik sekali?Orang tua-tua kata, kalau seseorang itu bermimpi terlihat rambut palsu maknanyaDia akan ditipu orang yang tak di sangka-sangka. Dan orang itu kawannya sendiri.Argh, apa maksud di sebalik mimpi itu sebenarnya? Dia masih tertanya-tanya. Perasaan gelisah menyelinap masuk sejak tadi.

  • GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 22

    "ABANG!!!" Terlompat-lompat Erbach Arsalan bagaikan anak kecil dapat mainan tatkala dua anak matanya melihat kelibat Noah berdiri tegak di hadapan pintu bilik persalinan. Hari ini Anugerah Popular bakal bersiaran langsung jam sembilan malam. Dia benar-benar berharap Noah akan datang dan menyokong dirinya. Dan kini, dia bersyukur harapannya tidak sia-sia. Dia bersyukur Noah lembutkan hati untuk datang menemui dirinya seawal jam enam setengah petang. Elvina yang bersandar di dinding tunjuk lambang bagus bila Noah hadirkan diri. "Aku datang sini sebab Elvina je," balas Noah mendatar tanpa segaris senyuman. Seketika kemudian, matanya menghala ke arah Elvina begitu juga Erbach Arsalan.

DMCA.com Protection Status