AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami.
"Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini.
Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima.
"Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan.
"Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan.
"Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
“HALMY… Betul ke awak tak kenal saya? Awak memang tak kenal atau pura-pura tak kenal?”Aku bertanya serius sambil tangannya aku paut agar dia tidak melarikan diri dariku lagi.Sumpah … aku tak mahu dia menjauh dariku.Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi bibirku bergetar-getar mahu meluahkan kekecewaan aku di hadapannya.Aku mahu bertanya depan muka, mengapa dia putuskan pertunangan kami begitu saja dan hanya meninggalkan pesanan mesej ringkas kepadaku.Aku mahu bertanya, kenapa dia dan ahli keluarganya langsung tidak mahu berjumpa aku untuk memutuskan pertunangan kami waktu itu.Aku mahu tahu segalanya tanpa ada sedikit pun persoalan yang tersisa.Selama bertahun-tahun aku pendamkan rasa sakit seorang diri.Perasaan pedih itu tak pernah pudar dalam sukmaku.Hari ini, rezeki aku dapat bertemu dengannya semula setelah beberapa tahun dia pergi menghilangkan diri.Aku akan
SETIAP manusia mempunyai seseorang yang bisa membuatkan hatinya berbunga tatkala bersua. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza-beza.Saat kita sudah berjumpa seseorang yang sudah terpaut di hati, jiwa kita mula ceria, hati pula mula terasa seperti hadirnya bunga-bunga cinta sedang mekar harum di dada. Begitu juga aku.Nama panggilan aku Aj. Haaa, Aj tu bukan singkatan nama Ayda Jebat si Penyanyi lagu siapa diriku tu. Tapi singkatan bagi namaku iaitu, Ally Jasnita. Aku seorang siswi di sebuah kolej swasta. Aku sedang menuntut Ilmu dalam bidang pendidikan. Sekarang ini aku meneruskan pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.Ketika aku sudah menjejakkan langkah ke semester baru, aku bersua dengan seorang mahasiswa. Saat itulah, hatiku mula terpaut untuk mencintai seorang jejaka yang menuntut Ilmu di dalam bidang pengajian Islam. Dia yang membuatkan jiwaku bagai berlayar di awangan tinggi.Aku kenal si dia kerana
“WEYH, budak samseng makan dekat kafe hari ni. Terus putus selera aku bila dia ada dekat sini.”Baru saja aku mahu menyua makanan ke dalam mulut, tiba-tiba Fizi dan Wawan berdiri di hadapan mejaku semata-mata mahu menyakiti hatiku.“Apa masalah kau orang berdua ni? Aku tak kacau korang pun. Jadi janganlah kacau aku.” Haih, kenapa mereka sibuk aje nak jadi pengganggu.Sejak dua menjak ini mereka memang kerap mengganggu aku. Asyik nak paculkan kata-kata sinis saja bila kami bertemu.“Aku tak ada masalah dengan kau kalau budak-budak kos kau tak menggatal dengan Fakhrul.” Membulat biji mataku bila nama Fakhrul di sebut-sebut.Hello, bila masa pula aku menggatal dengan si Fakhrul tu? Mereka tak tahu istilah berkawankah?Selama ini mereka marahkan kami semata-mata kerana Fakhrul?Alahai, kalau dah terlalu marahkan kami itu maknanya mereka simpan dendam terhadap kami.
UDARA segar dihirup.Petang ini, aku Bella dan Suzana pergi ke tasik untuk beriadah memandangkan hari ini hari jumaat. Semester ini, jadual kelas kami hanya padat ketika di waktu pagi. Selepas jam empat petang, kami bebas untuk buat apa saja.Memandang kami sudah lama tidak meluangkan masa bersama atas faktor kekangan masa, hari ini kami bertekad untuk ke tasik semata-mata mahu berkayak. Gementar pula nak berkayak bila dah lama tak jalankan aktiviti tersebut.Kali terakhir kami beriadah di tasik kolej sekitar satu tahun setengah yang lepas. Waktu itu kami berada di semester pertama. Cubalah kira, sekarang ini kami sudah berada di semester ke dua terakhir. Memang ceritanya lama juga kami tinggalkan dunia kayak.“Kau pergilah berkayak dengan Bella dulu. Aku tunggu kau orang dekat sini.” Aku memberitahu sambil melabuh duduk di atas titi. Bella dan Suzana mencemik bibir bila aku kata begitu.“Hurm, sepatut
AKU merenung jauh ke luar jendela. Hatiku masih terasa ralat memikirkan peristiwa petang semalam. Aku terasa malu sendiri bila teringatkan keberanian yang aku titipkan melalui ungkapan di bibir. Nafas ditarik dan dihela semula. Mujurlah hari ini dan besok hari merupakan hujung minggu. Bolehlah aku sembunyikan diri dari bertemu Halmy Ikram. Sejak pagi tadi lagi aku rasa malas nak keluar makan di kafe. Lebih baik aku makan maggi ataupun makanan yang sedia ada di rumah. Malu untuk bertemu si dia. Kejap aku duduk mencangkung, kejap-kejap aku berdiri. Dah macam cacing kepanasan dibuatnya. Malam yang dihiasi dengan angin bayu tetap terasa panas walaupun tiupan angin sudah memukul wajahku.Haih, aku berpeluh-peluh sebab perasaan hati aku tak tenang. Kalau aku tenang-tenang je mesti suasana malam ini akan aku amati dengan indah.Cahaya purnama aku renung. Kini, sepasang mataku beralih ke kaki langit. Kadang-kadang aku terfikir, mengapa aku terlalu cintakan Hal
HAMPIR setengah jam perjalanan, satu suara pun tidak kedengaran di dalam kereta. Hanya bunyi radio yang memecahkan suasana sunyi. Sesekali aku melihat wajah Fizi yang fokus merenung jalan raya.Ikutkan hati tadi memang aku tak mahu terima pelawaan dia. Tapi bila Fizi buat ayat-ayat yang memerangkap aku untuk menolak pelawaannya, aku terima jelah dengan hati terbuka memandangkan aku dah terdesak nak balik rumah.Fizi kata kalau aku tak terima pelawaan dia, mesti dia akan jadi serba salah seumur hidup kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat diri aku.Daripada kata-kata dia menghantui diriku sepanjang perjalanan, lebih baik aku bersetuju dengan segala cadangannya.Aku harap dia memang nak hantar aku pulang ke rumah. Aku memang dah standby minyak wangi pemberian Bella di dalam poket, sebelum ada apa-apa buruk berlaku. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil.“Selalunya kita ni bertengkar je dalam kelas. Tapi malam ni t
USAI sarapan pagi bersama keluargaku, Fizi terus mengangkat beg dari dalam bilik tetamu untuk pulang semula ke kolej. Aku berlari ke arah pintu kamar untuk berbicara dengannya. Semalam terlalu penat sehinggakan aku tidak sempat memberikan ucapan terima kasih secara formal dan tampak lebih ikhlas dari hati. Depan tandas semalam pun sibuk berbual hal lain. Memang terlupa nak memberi ucapan terima kasih kepadanya.Setelah hampir seminit menunggu, Fizi keluar dari dalam kamar tetamu. Dia agak terkejut melihat aku berdiri di hadapannya dengan penuh senyuman.“Kenapa duduk depan pintu ni? Kau intai aku ke?” soalnya sambil menyilang tangan ke dada. Aku mencemik bibir bila dia kata begitu.Haih, tak ada masa aku nak mengintai dia. Buang masa.“Sebelum kau balik, aku nak ucapkan terima kasih dulu. Aku sebenarnya tak sangka yang kau akan bantu aku,” ucapku jujur. Senyuman nipis aku hadiahkan kepadanya.
HARI ini, Fakhrul mahu berjumpa aku. Entah kenapa pula dia nak berjumpa aku secara peribadi? Lebih-lebih lagi di bahagian pondok pengawal yang menempatkan mahasiswi kolej.Mendengar suaranya dari telefon, jelas dia mahu menerang suatu perkara yang mustahak.Setelah menunggunya selama beberapa minit, akhirnya Fakhrul muncul seorang diri. Aku bangkit dari kedudukan, kemudian berdiri di depannya.“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap tak kasi aku bawa sesiapa lagi.” Aku keanehan. Wajah Fakhrul serius merenungku.“Kau balik dengan Fizi ke semalam?” sambil menyelup tangan di poket, dia bertanya.Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Hairan kerana dia dapat mengetahui hal aku dan Fizi.“Macam mana kau tahu? Bella atau Suzana yang beritahu ke?” Keningku sedikit bercantum.“Tak …,” ringkas jawapannya, tetapi cukup membuatkan aku terbelalak.“Dah tu? siapa yan
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h