Mengisahkan watak Monika yang merupakan seorang artis rakaman. Dia berasal dari sebuah keluarga ternama, kaya dan berpengaruh. Namun dia berusaha merahsiakan identitinya dari diketahui umum untuk keselamatan dirinya yang menjadi buruan pembunuh upahan setelah kesemua ahli keluarganya mati dalam satu kejadian yang tragis. "Polis ada tunjukkan satu fail sulit dekat aku. Dalam fail tu ada gambar-gambar mayat ahli keluarga aku. Yang menarik perhatian ialaha tanda yang sama ditinggalkan di beberapa bahagian tubuh mereka." Kehidupannya semakin teruk. Dia tidak tahu kemana arah patut dituju. Dia tergelincir di dalam lembah penuh kegelapan. "Aku mengaku ketika aku berumur belasan tahun, aku pernah ambil benda-benda macam tu. Dengan harapan ia dapat menolong aku keluar dari dunia realiti walaupun untuk seketika." Tepat pada masanya, Haliene hadir dalam hidupnya. Haliene merupakan pemilik studio rakaman yang menjadi naungan Monika juga selaku sahabatnya. Dialah yang bertanggungjawab membantu Monika keluar dari dunia gelap setelah pelbagai dugaan dilaluinya. Dia menjaga Monika seperti adik perempuan kandungnya sendiri. "Umm... aku tertanya-tanya apa akan terjadi kalau kita tak pernah berjumpa? Aku tentunya dah mati." Haliene juga menyimpan rahsia yang Monika tidak tahu mengenai pembunuhan keluarganya juga kemalangan yang hampir meragut nyawanya. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." Credit Cover Book (pink colour): via Monika Santucci's social media post
View MoreHALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.
KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem
MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik
CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa
HALIENE membetulkan kedudukan telefon pintarnya, mencari sudut yang sesuai untuk rakaman video. Setelah berpuas hati, dia menetapkan kedudukan telefon itu di pemegang telefon tersebut. Monika yang berada di tingkat bawah sedang mengambil makanan di dapur pantas membuka telefon pintarnya setelah mendapat notifikasi bahawa Haliene sedang bersiaran langsung muncul di skrin atas telefonnya. Dia menonton siaran langsung tersebut, kelihatan Haliene yang berada di bilik muzik sedang berinteraksi di hadapan skrin telefon. "Hai, Haliene di sini. Video langsung ini di buat untuk memperjelas mengenai... umm... seorang vokalis di bawah label yang dikelola oleh saya dan Matthew..." dia berdiam seketika, membaca komen-komen yang masuk di tepi skrin telefon. "Ya, Monika." Dia menjawab pertanyaan dari komen tersebut. "Jadi, umm..." dia membaca komen. "Ya, dia ada. Umm... Monika, mari ke sini. Aku tahu kau tengok live ni," katanya
"AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena
MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa
PANDANGAN matanya kabur. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku tetapi otaknya masih gagal berfungsi dengan baik. Sekelilingnya kelihatan berwarna kehijauan, melambai-lambai di segenap ruang. Kedengaran pula unggas berkicauan. Tubuhnya yang masih di atas tanah cuba ditolak naik. "Ahhh..." dia mengerang kesakitan. Sakit yang teramat di sisi kiri perutnya terasa menusuk-nusuk. Sisi kiri wajahnya pula dipenuhi dengan darah pekat yang mengalir. Menitik-nitik jatuh di permukaan tanah. "Tolong..." teriaknya. Namun nada suaranya seperti tersekat di kerongkong. Berkali-kali dia meminta tolong, berharap akan ada seseorang yang dapat membantunya. Tidak lama kemudian, satu bayang-bayang tubuh terlihat di dalam pandangan matanya. Bayang-bayang itu datang menghampirinya. "Tolong..." katanya lagi dalam nada suara yang sama seperti tadi. &...
Comments