Chapter: AMM BHG 2: Bab 40HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
Last Updated: 2021-10-06
Chapter: AMM BHG 2: Bab 39KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
Last Updated: 2021-09-27
Chapter: AMM BHG 2: Bab 38JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.
Last Updated: 2021-09-17
Chapter: AMM BHG 2: Bab 37KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem
Last Updated: 2021-09-13
Chapter: AMM BHG 2: Bab 36MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: AMM BHG 2: Bab 35CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa
Last Updated: 2021-09-04