"HEI, kau orang! Kita orang ada terjumpa beg dekat kawasan hujung sana!" Sam berteriak sambil membawa beg sandang berwarna hijau lumut yang talinya sudah hampir terputus.
Jack yang sudah jauh di belakang mengejar Sam. Dia berlari dengan nafas yang tercungap-cungap. Haliene, Aviva dan Ross yang sedang makan di tapak perkhemahan sementara segera menoleh ke arah mereka berdua. Tapak perkhemahan sementara itu baru sahaja siap beberapa minit yang lalu. Memandangkan hujan sangat lebat semalam jadi habis semua kain penutup terbang, terpaksalah mereka memasang semula.
"Ini beg Monika," kata Haliene setelah mengenalpasti beg tersebut. "Bawa aku ke tempat tu sekarang."
"Tunggu dulu, tak ada apa dah dekat situ. Kita orang dah tengok," kata Jack.
"Mungkin dia ada tidak jauh dari situ, bawa aku ke tempat tu sekarang!" Haliene menarik lengan Sam. Jack yang masih lagi semput ikut serta.
"Aku ikut," kata Ross. "Ari, kau tak nak ikut sekali?" saoalnya. Sempat lagi dia berpaling semula memandang Ari.
Ari yang berambut pendek berwarna putih itu hanya menggelengkan kepala. Dia duduk sahaja di situ sambil menguis tanah dengan sebatang kayu.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di kawasan tersebut. Memang benar, tidak ada apa pun di situ. "Eh, sekejap!" Haliene berjalan mengikut serpihan kaca yang terlindung oleh daun-daun di lantai hutan dengan kakinya. Ia telah membawanya ke satu kawasan semak yang bertimbun agak jauh dari kawasan tadi.
Rupanya di sebalik semak itu terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sudah remuk. Ternyata mereka tercampak jauh dari kawasan kejadian. Haliene mendekati bangkai kereta yang sudah terbalik dalam keadaan mengiring ke kiri. Dia menjenguk ke dalam kereta itu. Kelihatan seperti kepala seseorang sedang terlentok di atas dashboard di bahagian pemandu.
"Oh, Tuhan! Itu Noah!" Haliene terkejut setelah mengenalpasti mayat tersebut. Ianya Noah, pemandu yang akan membawa mereka ke festival tersebut. Ternyata jauh juga mereka semua tercampak keluar. Mereka patut bersyukur kerana masih hidup walaupun terdapat beberapa kecederaan ringan.
Sam, Jack dan Ross serta Aviva berdiri di belakang Haliene. Mereka melihat ke arah kereta tersebut tanpa sebarang suara. Haliene berpaling memandang mereka, "Jom, cepat! Kita cari dia, aku yakin dia tak jauh dari kawasan ni," katanya lalu mengetuai misi pencarian tersebut.
Jauh ke dalam hutan mereka mencari. Kemudian kedengaran teriakkan dari Ross, "Hei, kau orang! Dekat sini!"
Terburu-buru mereka menuju ke arah suara tersebut. "Oh Tuhan, Monika!" teriak Haliene. Kelihatan Monika tidak bergerak dipangkuan Ross, tubuhnya longlai tidak bermaya. Haliene menampar perlahan wajah Monika, namun langsung tiada pergerakan darinya. Keadaannya sangat teruk dengan darah yang hampir menutupi sebelah kiri wajahnya sehingga ke leher.
Haliene juga perasan terdapat kesan darah basah di bahagian kiri perut Monika. Dia menyelak baju tersebut yang melekat dengan darah pekat. "Oh Tuhan! Aku rasa luka ni dah teruk sangat."
Ross melekapkan dua batang jarinya di bahagian tepi leher Monika, terasa denyutan nadi yang sangat lemah. "Dia masih hidup."
"Cepat, tolong angkat dia!" arah Haliene.
Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, mereka meletakkan Monika di atas kain alas yang dibentangkan di atas tanah. Luka yang semakin teruk itu segera dicuci.
Kini sudah masuk hari ketiga mereka berkumpul di situ.
"Eh, tak ada orang cari kita ke?" soal Jack. Mereka semua duduk mengelilingi unggun api yang sudah semakin mengecil.
"Kita bukannya popular pun, tak ada orang sedar pun kalau kita hilang." Sam membalas dengan rasa merendah diri.
"Sepatutnya kita semua tengah buat persembahan dekat festival muzik tu, tahu tak... takkan tak ada orang perasan langsung yang kita tak muncul dekat festival tu?" soal Jack dengan rasa tidak puas hati.
"Entahlah. Jeff takkan tak buat apa-apa? Takkan dia tak sedar artis label dia dah hilang?" soal Sam pula. Dia menggaru pipinya yang dihurung nyamuk.
"Kau orang jangan risaulah. Aku yakin mereka sedang berusaha mencari kita semua. Kita bersabar saja." Haliene tiba-tiba bersuara setelah lama dia membisu.
"Damn!" bentak Jack tiba-tiba. "Aku sepatutnya sedang bergembira sekarang ni," dia menggelengkan kepala sambil mengeluh berat.
"Bukan kau seorang, kita semua." Balas Sam.
"Syyy..." Haliene meletakkan jari telunjuk di mulutnya. Kedengaran suara Monika tidak jauh dari tempat mereka duduk berkumpul. Haliene segera mendapatkan Monika, yang lain turut serta.
Seribu kerutan di wajah Monika berserta dengan rintihan dari kesakitan yang dialaminya. "Monika! Buka mata kau, aku ni." Haliene mengusap wajah Monika, sesekali dia menamparnya agar Monika tersedar.
"Sakit..." perkataan itu berulang, sangat perlahan namun jelas kedengaran. Berselang-seli pula dengan dengusan yang perlahan.
"Syyy... kau okey," Haliene menyeka air mata yang mengalir di pipi Monika. "Kau orang, tolong ambilkan aku air."
Aviva datang membawa botol berisi air. Hujung mulut botol disuakan ke mulut Monika, perlahan-lahan dia menelan air tersebut. Terasa perit yang amat di tekaknya, sesekali dia tersedak lalu terbatuk-batuk. Sakit di bahagian perutnya terasa menusuk. Dia menggelengkan kepala setelah disuakan lagi air tersebut. Nafasnya kedengaran agak kuat, kepalanya turut rasa berdenyut.
"Bagaimana dengan luka tu?" soal Jack kepada Haliene.
"Dalam juga luka tu. Nanti esok pagi, tolong aku carikan herba-herba yang boleh kita buat ubat." Haliene berkata kepada mereka.
"Ubat yang kau guna sekarang?" soal Sam pula.
"Aku tak pakai ubatlah, aku cuci saja." Balas Haliene.
"Oh."
Malam kian hening, masing-masing sudah melelapkan mata yang penat. Aviva tersedar dari tidurnya setelah terdengar bunyi bisikan suara orang sedang bercakap-cakap. Dalam keadaannya yang mamai dan mata masih kabur, dia cuba mencari punca suara itu. Dari kejauhan, kelihatan tubuh seseorang sedang berdiri di luar kawasan perkhemahan. Tidak jelas empunya siapa tubuh itu. Kerana terlalu mengantuk. Aviva meletakkan kembali kepalanya lalu terlelap dengan sendirinya.
KAWASAN hutan yang gelap perlahan-lahan bertukar cerah. Bunyi unggas berkicauan memeriahkan suasana hutan. "Hei, bangunlah! Siapa yang nak tolong aku carikan herba?" soal Haliene lalu menendang Sam dan Jack, kemudian dia beralih ke arah Ross. Tidak jauh dari situ, kelihatan Ari sedang duduk di luar khemah. "Awalnya kau bangun," tegur Haliene. "Aku tak tidur," itu sahaja jawapan dari Ari. "Aku dengan Sam nak keluar pergi cari herba, kau dan Ross keluar carikan makanan. Aviva dan Jack tinggal dekat sini, tolong jagakan Monika." Kata Haliene. "Sekejap, aku ikut kau pergi cari herba?" soal Sam yang tiba-tiba muncul dari belakang. "Iyalah. kau tak nak? Kalau begitu tukar dengan Ross, kau pergi cari makanan dengan Ari." Haliene memberikan cadangan.
SAM melibas pokok-pokok kecil dengan pisau kecilnya. Rasanya tindakan itu seperti tidak membantunya langsung, penat saja yang dapat. "Aku rasa dah cukup agaknya herba ni, makanan pun aku rasa sudah memadai. Harap Ross dan Ari dapat lagi banyak daripada ni," kata Haliene. "Jomlah! Hari pun dah semakin gelap," kata Sam. Walaupun baru menunjukkan pukul tiga petang, keadaan di dalam hutan cepat gelap. Mereka berpatah semula mengikut jalan yang telah ditanda tadi. Tiba-tiba Sam berhenti mendadak membuatkan Haliene yang berjalan di belakang melanggarnya. "Dah kenapa berhenti macam tu?" marah Haliene. "Syy..." Sam meletakkan jari telunjuknya di mulut. "Dengar tak?" kemudian dia membawa tapak tangannya ke belakang telinga. Haliene mengerutkan dahi lalu turut memasang telinga. Dia tidak pasti apa yang telah didenga
MONIKA terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi seperti seseorang berjalan di dalam semak. Dia melihat Haliene dan Aviva sedang nyenyak tidur berdekatan dengannya. Jack dan Sam yang sedang bersandar di batang pokok juga sudah terlentok. Sepatutnya mereka bergilir-gilir berjaga tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Monika menahan tubuhnya dengan siku. Dia memerhati sekeliling namun tidak tercapai oleh pancainderanya. Selang selepas itu, muncul tubuh lelaki di sebalik sebatang pokok. Lelaki itu menuju ke arah Monika. Samar-samar cahaya api menyimbah ke wajah lelaki itu, ianya Ari. Ari meletakkan jari telunjuknya di mulut memberi isyarat kepada Monika agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia juga mengarahkan Monika agar kembali berbaring seperti tadi. Kemudian dia menuju ke arah Sam dan Jack yang tidak sedarkan diri. Sebatang kayu yang telah diasah tajam di hujungnya dihunuskan kepada mereka berdua.
TAPAK perkhemahan sementara itu dikemas oleh mereka. Segala sampah dikambus ke dalam tanah, tidak mahu tapak peninggalan mereka di situ tercemar. keindahan hutan perlu dijaga. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar dari situ. Mereka bercadang untuk ke kawasan sumber air yang dikatakan oleh Jack semalam. "Kau orang semua tak nak ubah fikiran?" soal Ari tiba-tiba. "Apa maksud kau?" soal Jack. "Maksud aku, kita boleh pergi ke arah sana. manalah tahu ada perkampungan ke, boleh minta tolong orang yang ada dekat situ. Tak perlulah kita ke kawasan air tu, lagipun tempat tu jauh." Ari cuba meyakinkan mereka. "Tempat perkampungan? Mana ada perkampungan dekat hutan macam ni. Kau ni biar betul! Merepaklah!" bentak Sam. "Lagi satu, mana kau tahu kawasan air yang aku jumpa tu jauh? kau pernah ke sana ke?" soal Jack in
"KALAU kau orang dengar cakap aku awal-awal tadi, kita ah senang sekarang. Tak payah susah macam ni," kata Ari secara tiba-tiba yang duduk setentang dengan mereka. "Jadi kau nak kata yang kita orang salahlah ni? Ha?" Sam membalas semula. Nada suaranya mendatar namun kedengaran tegang. "Memang pun, sebab kau fikir kau orang saja yang selalu betul," balas Ari. "Eh, sial! Kau diamlah! Kalau tak ada orang yang hilangkan tanda yang aku buat tu, kita dah sampailah dekat kawasan tu!" bentak Jack yang tiba-tiba terasa panas hati ketika itu. "Sudah! Tak perlu bergaduh! Sekarang ni tak ada siapa yang betul, tak ada siapa yang salah. Kita seri, okey?" Haliene terpaksa juga mencelah memandangkan mereka tidak mahu mengalah. Ya Tuhan, stress betul! "Sudah, semua orang tidur! Aku tak dengar suara siapa-siapa." Masing-mas
HUJAN lebat mencurah-curah turun dari langit. Pandangan matanya kabur akibat bertubi-tubi air masuk ke dalam matanya. Puas dia meraup wajah dengan tangannya. Nasibnya baik kerana dia telah jatuh dari tempat yang tinggi itu ke dalam air. Dan nasib baik juga dia pandai berenang. Sehingga kini, dia masih lagi berusaha untuk keluar dari air yang deras itu. Terpaksa dia melawan arus dengan mencapai akar-akar pokok juga ranting yang berjuntaian ketika menyusuri aliran air tersebut. Jika dilihat, di hujung aliran air itu merupakan air terjun. Tetapi tidak diketahui setinggi manakah air terjun tersebut. Untuk selamat, dia melawan arus sehingga bertemu dengan aliran air yang tenang atau mungkin tebing tanah yang membolehkan dia untuk naik ke darat. Harap-harapnya tidak jauhlah. Hujan pula tidak berhenti turun sejak dari tadi. Kilat sabung-menyabung di langit, terasa dekat di hujung kepala. Dia meneruskan lagi perjalanann
HALIENE menghela nafas. Memang pernah terlintas di dalam hatinya yang Monika itu agak membebankannya. Dia mengambil Monika sebelum ini kerana beranggapan itu akan menguntungkan label muziknya dan ia benar-benar menguntungkan. Itu sahaja niatnya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata dari Monika tadi, dia berasa sangat-sangat bersalah. Rasa berdosa! Haliene terduduk di lantai hutan. "Oh, Tuhan. Apa yang aku dah buat?" dia mula rasa menyesal dengan apa yang telah diperkata tadi. "Aku stress sangat-sangat! Aku nak balik, aku tak nak terperangkap dekat dalam hutan ni!" Sam duduk mencangkung. "Semua orang pun nak balik, nak hidup yang normal balik. Aku rasa kau patut cakap semula dengan Monika. Kita tak boleh tinggalkan dia macam tu saja. Kau dah buat dia berkecil hati, dah banyak perkara teruk yang dia lalui. Kau sajalah satu-satunya yang dia ada. Kau kena buat dia rasa berharga semula."
HARI sudah menginjak malam. Bunyi kayu dimamah api mengisi ruang sepi. Masing-masing duduk sendirian sambil merenung api dari kejauhan. "Aku masih tak percayakan si Ari tu," kata Sam kepada Jack yang sedang bersandar di pokok bersebelahan dengannya. "Kenapa kau fikir macam tu?" soal Jack. "Entahlah. Dia mencurigakan sejak dari awal lagi kita dekat sini seperti ada niat yang tak baik," Sam menjawab dengan jujur. "Cuba kau buang sifat bersangka buruk tu." Sam memandang Jack dengan perasaan tidak puas hati. "Eh, kau nak ceramah aku pula. Aku cuma beritahu apa yang aku rasa." "Sudahlah, Sam. Aku tak tahu nak fikir apa sekarang ni. Aku rasa apa yang kita lalui sekarang ni cuma mimpi ngeri bila kita dah sedar nanti, semuanya akan hilang dan kehidupan kita akan kembali normal.
HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.
KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem
MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik
CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa
HALIENE membetulkan kedudukan telefon pintarnya, mencari sudut yang sesuai untuk rakaman video. Setelah berpuas hati, dia menetapkan kedudukan telefon itu di pemegang telefon tersebut. Monika yang berada di tingkat bawah sedang mengambil makanan di dapur pantas membuka telefon pintarnya setelah mendapat notifikasi bahawa Haliene sedang bersiaran langsung muncul di skrin atas telefonnya. Dia menonton siaran langsung tersebut, kelihatan Haliene yang berada di bilik muzik sedang berinteraksi di hadapan skrin telefon. "Hai, Haliene di sini. Video langsung ini di buat untuk memperjelas mengenai... umm... seorang vokalis di bawah label yang dikelola oleh saya dan Matthew..." dia berdiam seketika, membaca komen-komen yang masuk di tepi skrin telefon. "Ya, Monika." Dia menjawab pertanyaan dari komen tersebut. "Jadi, umm..." dia membaca komen. "Ya, dia ada. Umm... Monika, mari ke sini. Aku tahu kau tengok live ni," katanya
"AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena
MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa