MONIKA terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi seperti seseorang berjalan di dalam semak. Dia melihat Haliene dan Aviva sedang nyenyak tidur berdekatan dengannya. Jack dan Sam yang sedang bersandar di batang pokok juga sudah terlentok. Sepatutnya mereka bergilir-gilir berjaga tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Monika menahan tubuhnya dengan siku. Dia memerhati sekeliling namun tidak tercapai oleh pancainderanya. Selang selepas itu, muncul tubuh lelaki di sebalik sebatang pokok. Lelaki itu menuju ke arah Monika. Samar-samar cahaya api menyimbah ke wajah lelaki itu, ianya Ari.
Ari meletakkan jari telunjuknya di mulut memberi isyarat kepada Monika agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia juga mengarahkan Monika agar kembali berbaring seperti tadi. Kemudian dia menuju ke arah Sam dan Jack yang tidak sedarkan diri. Sebatang kayu yang telah diasah tajam di hujungnya dihunuskan kepada mereka berdua.
Sam terjaga tepat pada masanya, bergegas dia menghalang Ari dari mencederakan Jack. Kini Sam sudah berada di atas Ari yang tertiarap mengadap tanah.
"Oi, lepaslah!" teriak Ari.
"Tak! Aku tak akan lepaskan!" teriak Sam kembali. Giginya diketap kuat, berusaha keras dia agar Ari tidak terlepas.
Yang lain tersedar dari tidur setelah terdengar tempikan suara-suara mereka. Haliene tersentak kerana terkejut. Matanya ditonyoh perlahan kemudian dia segera berdiri. "Sam, Sam apa semua ni? Lepaskan dia!" arah Haliene.
"Tak! Dia cuba nak cederakan kita orang tadi!" bentak Sam.
"Apa yang kau merepek ni? Tak mungkinlah," kata Haliene, tidak percaya dengan kata-kata Sam tadi.
"Ya, betul. Dia cuba nak bunuh kita orang dengan kayu ni. Betul tak? Lebih baik kau mengaku cepat!" bentak Sam.
"Tak, kau dah tersalah faham. Aku cuma nak kejutkan kau orang, biar aku yang berjaga dan gantikan tempat kau orang tu." Ari menjawab dengan bersungguh-sungguh.
"Sudahlah Sam, lepaskan dia." Haliene memberi arahan. Sam menurut, dia melepaskan Ari dengan seribu satu rasa tidak puas hati.
Ari bangun lalu mengibas kotoran yang melekat di pakaiannya. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Monika yang kebetulan turut memandangnya.
"Sudah, pergi sambung tidur semula," arahan dari Haliene kepada mereka semua. "Tunggu, kau keluar dengan Ross, kan? Mana dia?" soalnya sambil anak matanya tetap memandang Ari.
"Aku ingat dia dah balik ke sini," jawab Ari.
"Apa maksud kau dia dah balik ke sini? Kau keluar bersama dengan dia, kan?" Haliene mengulangi soalan tadi.
"Memanglah. Tapi semasa dalam perjalanan, kita orang berpisah. Kita orang berjanji untuk berjumpa semula di tempat terakhir kita orang berpisah tapi lama sangat aku tunggu dia tak muncul-muncul. Jadi aku fikir dia dah balik semula ke sini," cerita Ari panjang lebar.
"Makanan ada?" soal Jack. Ari menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Jack itu.
"Damn! Nasib baik aku dengan Haliene ada jumpa buah sikit." Sam mencelah.
"Sudah, kau orang jangan bergaduh. Ada sedikit lagi buah tu, kau boleh makan." Haliene menunjukkan buah-buahan itu kepada Ari.
Kejadian tadi telah membuatkan mereka hilang rasa mengantuk. Haliene membawa air lalu duduk mengadap unggun api untuk menghangatkan badannya. Terasa sejuk pula pada malam itu, nasib baiklah tidak hujan. Kedengaran bunyi batuk dari Monika. Aviva memberikan jaket hitamnya kepada Monika yang mungkin sedang dalam kesejukan kemudian dia duduk bersama dengan Haliene.
"Suhu badan dia panas. Aku rasa dia nak demam," kata Aviva setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Haliene.
"Aku harap dia dapat bertahan," balas Haliene. Itu saja yang mampu dia katakan.
Monika menekan sisi kiri perutnya, menahan sakit setiap kali dia terbatuk. Dia cuba menahan sakitnya itu dengan tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia tidak mahu yang lain risau akan keadaannya.
Sam duduk mengadap unggun api. "Dia okey ke?" soalnya. Sesekali matanya terarah ke sekujur tubuh yang sedang mengiring ke kanan membelakangi mereka.
"Harapnya dia dapat bertahan," jawab Haliene.
"Janganlah cakap macam tu, dia mesti boleh!" Sam memberi kata-kata semangat. Haliene membalas dengan senyuman. Masing-masing diam membisu.
"Sam, apa yang kau dengar semasa kita balik dari mencari herba tu?" soal Haliene tiba-tiba, sengaja mencari topik untuk berbual. Ari datang lalu duduk di situ, baru kali ini dia dilihat bercampur dengan mereka
Sam mengerutkan dahi memandang Ari lalu dia meneruskan cerita, "Aku ada dengar bunyi suara menjerit. Sayup-sayup saja."
"Menjerit? Macam orang tengah menjerit ke?" soal Haliene.
"Tak, bukan yang menjerit 'aaaa' tu... ada perkataan. Tapi aku tak berapa dengar dengan jelas perkaaan apa." Sam cuba mengulangi bunyi suara itu di dalam mindanya. Namun masih tidak jelas sebutannya.
"Tolong?" Ari bersuara. Sam mencebik mulut sambil mengangkat bahunya. "Aku ada dengar juga bunyi tu," kata Ari. Sambungnya lagi, "Bunyi tu tak jauh, dengar macam bergema."
"Masa tu kau ada dengan Ross?" soal Haliene.
Ari berdiam seketika. Dia sedar yang Sam mencerlung ke arahnya. Cara pandangan itu seperti dia telah mengesyaki sesuatu. "Ya, aku ada dengan dia. Sebelum kita orang berpisah," jawab Ari.
"Oh Ross, aku harap kau selamat." Haliene berkata dalam nada perlahan.
TAPAK perkhemahan sementara itu dikemas oleh mereka. Segala sampah dikambus ke dalam tanah, tidak mahu tapak peninggalan mereka di situ tercemar. keindahan hutan perlu dijaga. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar dari situ. Mereka bercadang untuk ke kawasan sumber air yang dikatakan oleh Jack semalam. "Kau orang semua tak nak ubah fikiran?" soal Ari tiba-tiba. "Apa maksud kau?" soal Jack. "Maksud aku, kita boleh pergi ke arah sana. manalah tahu ada perkampungan ke, boleh minta tolong orang yang ada dekat situ. Tak perlulah kita ke kawasan air tu, lagipun tempat tu jauh." Ari cuba meyakinkan mereka. "Tempat perkampungan? Mana ada perkampungan dekat hutan macam ni. Kau ni biar betul! Merepaklah!" bentak Sam. "Lagi satu, mana kau tahu kawasan air yang aku jumpa tu jauh? kau pernah ke sana ke?" soal Jack in
"KALAU kau orang dengar cakap aku awal-awal tadi, kita ah senang sekarang. Tak payah susah macam ni," kata Ari secara tiba-tiba yang duduk setentang dengan mereka. "Jadi kau nak kata yang kita orang salahlah ni? Ha?" Sam membalas semula. Nada suaranya mendatar namun kedengaran tegang. "Memang pun, sebab kau fikir kau orang saja yang selalu betul," balas Ari. "Eh, sial! Kau diamlah! Kalau tak ada orang yang hilangkan tanda yang aku buat tu, kita dah sampailah dekat kawasan tu!" bentak Jack yang tiba-tiba terasa panas hati ketika itu. "Sudah! Tak perlu bergaduh! Sekarang ni tak ada siapa yang betul, tak ada siapa yang salah. Kita seri, okey?" Haliene terpaksa juga mencelah memandangkan mereka tidak mahu mengalah. Ya Tuhan, stress betul! "Sudah, semua orang tidur! Aku tak dengar suara siapa-siapa." Masing-mas
HUJAN lebat mencurah-curah turun dari langit. Pandangan matanya kabur akibat bertubi-tubi air masuk ke dalam matanya. Puas dia meraup wajah dengan tangannya. Nasibnya baik kerana dia telah jatuh dari tempat yang tinggi itu ke dalam air. Dan nasib baik juga dia pandai berenang. Sehingga kini, dia masih lagi berusaha untuk keluar dari air yang deras itu. Terpaksa dia melawan arus dengan mencapai akar-akar pokok juga ranting yang berjuntaian ketika menyusuri aliran air tersebut. Jika dilihat, di hujung aliran air itu merupakan air terjun. Tetapi tidak diketahui setinggi manakah air terjun tersebut. Untuk selamat, dia melawan arus sehingga bertemu dengan aliran air yang tenang atau mungkin tebing tanah yang membolehkan dia untuk naik ke darat. Harap-harapnya tidak jauhlah. Hujan pula tidak berhenti turun sejak dari tadi. Kilat sabung-menyabung di langit, terasa dekat di hujung kepala. Dia meneruskan lagi perjalanann
HALIENE menghela nafas. Memang pernah terlintas di dalam hatinya yang Monika itu agak membebankannya. Dia mengambil Monika sebelum ini kerana beranggapan itu akan menguntungkan label muziknya dan ia benar-benar menguntungkan. Itu sahaja niatnya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata dari Monika tadi, dia berasa sangat-sangat bersalah. Rasa berdosa! Haliene terduduk di lantai hutan. "Oh, Tuhan. Apa yang aku dah buat?" dia mula rasa menyesal dengan apa yang telah diperkata tadi. "Aku stress sangat-sangat! Aku nak balik, aku tak nak terperangkap dekat dalam hutan ni!" Sam duduk mencangkung. "Semua orang pun nak balik, nak hidup yang normal balik. Aku rasa kau patut cakap semula dengan Monika. Kita tak boleh tinggalkan dia macam tu saja. Kau dah buat dia berkecil hati, dah banyak perkara teruk yang dia lalui. Kau sajalah satu-satunya yang dia ada. Kau kena buat dia rasa berharga semula."
HARI sudah menginjak malam. Bunyi kayu dimamah api mengisi ruang sepi. Masing-masing duduk sendirian sambil merenung api dari kejauhan. "Aku masih tak percayakan si Ari tu," kata Sam kepada Jack yang sedang bersandar di pokok bersebelahan dengannya. "Kenapa kau fikir macam tu?" soal Jack. "Entahlah. Dia mencurigakan sejak dari awal lagi kita dekat sini seperti ada niat yang tak baik," Sam menjawab dengan jujur. "Cuba kau buang sifat bersangka buruk tu." Sam memandang Jack dengan perasaan tidak puas hati. "Eh, kau nak ceramah aku pula. Aku cuma beritahu apa yang aku rasa." "Sudahlah, Sam. Aku tak tahu nak fikir apa sekarang ni. Aku rasa apa yang kita lalui sekarang ni cuma mimpi ngeri bila kita dah sedar nanti, semuanya akan hilang dan kehidupan kita akan kembali normal.
MEREKA semua berjalan agak santai seperti sedang dalam lawatan ke Taman Negara. Tidak lama selepas penat berjalan, mereka tiba di satu kawasan yang belum pernah mereka kunjungi. Ada banyak sumber makanan di situ. Itu merupakan sesuatu yang bagus tetapi jika terdapat sumber makanan di situ sudah semestinya ia menjadi tumpuan haiwan-haiwan di sekitar kawasan itu. Boleh jadi ia sesuatu yang berbahaya. "Kita nak berhenti dekat sini ke?" soal Jack. Haliene mengangguk. "Tapi mungkin jauh sedikit dari kawasan ni. Aku agak kawasan ini mesti menjadi tumpuan haiwan liar mencari makanan." Jack mengangguk setuju dengan kata-kata Haliene itu. Mereka berhenti berehat di kawasan berdekatan, mungkin sehingga esok memandangkan sumber makanan ada berdekatan. Yang menjadi masalah sekarang ini cuma sumber air, diharap bekalan yang ada itu mencukupi untuk sementara waktu ini. Seperti biasa, mereka
MEREKA berempat berbaring menghadap langit malam, Langit pada malam itu sangat cerah dengan cahaya bulan. Suara unggas malam menjadi runut bunyi. "Macam mana kalau kita terperangkap dekat sini selama-lamanya?" soal Jack secara tiba-tiba. "Maknanya kita akan mati dekat sini jugalah?" soal Monika pula. Serta-merta Sam meniarap, memandang Monika yang berbaring di sebelahnya. "No! Kita tak akan mati dekat sini dan kita tak akan terperangkap dekat sini. Tak akan!" "Eh, kau tak ada soalan lain ke, Jack? Tanyalah soalan yang happy sikit." Sam menampar lengan Jack yang berada di sebelah kanannya. "Dah, itu saja yang terlintas dekat fikiran aku," balas Jack. Sam memberi respon dengan menggulingkan anak matanya lalu dia berbaring semula. "Haha!" tiba-tiba Sam ketawa.  
MONIKA ketawa perlahan. "Oh ya, aku hampir terlupa mengenai Haliene," dia berhenti sebentar. "Masa aku tengah bersedia nak beredar dari kaki lima tu, dia tahan aku. Dia datang dengan seorang lelaki yang sekarang ni dah jadi suami dia." "What the fuck? Haliene dah berkahwin?" soal Jack. Dia terduduk 90 darjah memandang Monika. Monika mengangguk. "Ya Jack, dia sudah berkahwin."' "Oh jadi lelaki yang selalu dengan dia tu suami dialah," kata Sam apabila teringat yang dia pernah berselisih dengan Haliene bersama dengan seorang lelaki di studio. Lelaki itu kerap kali dilihat ada bersama di setiap persembahan Haliene. "Dia juga seorang DJ dan produser muzik," tambah Jack. "Ya. Aku tinggal sekali dengan mereka. Mereka jaga aku seperti keluarga. Mereka uruskan semua fasal muzik aku, lagu, lirik yang mereka sendiri
HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.
KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem
MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik
CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa
HALIENE membetulkan kedudukan telefon pintarnya, mencari sudut yang sesuai untuk rakaman video. Setelah berpuas hati, dia menetapkan kedudukan telefon itu di pemegang telefon tersebut. Monika yang berada di tingkat bawah sedang mengambil makanan di dapur pantas membuka telefon pintarnya setelah mendapat notifikasi bahawa Haliene sedang bersiaran langsung muncul di skrin atas telefonnya. Dia menonton siaran langsung tersebut, kelihatan Haliene yang berada di bilik muzik sedang berinteraksi di hadapan skrin telefon. "Hai, Haliene di sini. Video langsung ini di buat untuk memperjelas mengenai... umm... seorang vokalis di bawah label yang dikelola oleh saya dan Matthew..." dia berdiam seketika, membaca komen-komen yang masuk di tepi skrin telefon. "Ya, Monika." Dia menjawab pertanyaan dari komen tersebut. "Jadi, umm..." dia membaca komen. "Ya, dia ada. Umm... Monika, mari ke sini. Aku tahu kau tengok live ni," katanya
"AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena
MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa