SAM melibas pokok-pokok kecil dengan pisau kecilnya. Rasanya tindakan itu seperti tidak membantunya langsung, penat saja yang dapat.
"Aku rasa dah cukup agaknya herba ni, makanan pun aku rasa sudah memadai. Harap Ross dan Ari dapat lagi banyak daripada ni," kata Haliene.
"Jomlah! Hari pun dah semakin gelap," kata Sam. Walaupun baru menunjukkan pukul tiga petang, keadaan di dalam hutan cepat gelap.
Mereka berpatah semula mengikut jalan yang telah ditanda tadi. Tiba-tiba Sam berhenti mendadak membuatkan Haliene yang berjalan di belakang melanggarnya. "Dah kenapa berhenti macam tu?" marah Haliene.
"Syy..." Sam meletakkan jari telunjuknya di mulut. "Dengar tak?" kemudian dia membawa tapak tangannya ke belakang telinga.
Haliene mengerutkan dahi lalu turut memasang telinga. Dia tidak pasti apa yang telah didengari oleh Sam. "Aku tak..."
"Syy... syy..." Sam tetap seperti tadi, memasang telinga. Haliene pula memandang jengkel ke arahnya. Kemudian Sam meneruskan perjalanan seperti biasa membuatkan Haliene bertambah hairan. Tidak lama selepas itu, mereka tiba di tapak perkhemahan.
Kelihatan Aviva dan Monika duduk di tempat yang sama, segera Haliene menuju ke sana. "Monika, syukur kau dah sedar," dia mengusap sisi wajah itu.
"Terima kasih. Aviva dah ceritakan semuanya dekat aku," kata Monika. Sedikit senyuman tercalit di bibirnya dengan pandangan mata yang masih layu. Masih lagi kelihatan lemah.
"Makan ni, ada sedikit buah. Aku dan Sam ada jumpa. Aku nak pergi buatkan ubat untuk luka kau," kata Haliene.
Kemudian Sam datang dengan wajah yang tertanya-tanya, "mana Jack?"
Haliene memadang ke arah mereka berdua, inginkan jawapan. "Dia pergi cari air," jawab Aviva.
"Seorang? Gilalah Jack ni!" Sam menggelengkan kepala berulang-kali. Dia menganggap tindakan Jack itu sesuatu yang berbahaya.
"Ross dan Ari tak balik lagi?" soal Haliene. Aviva menggelengkan kepala menjawab pertanyaan itu. "Jom! Tolong aku buatkan ubat. Monika kau duduk sini, kalau ada apa-apa kau jerit saja panggil kita orang." Kata Haliene. Aviva bangun dari duduknya lalu berjalan mendahului Haliene. "Sam, kau tolong hidupkan unggun api. Tengok-tengokkan Monika sekali."
"Menurut perintah!" jawab Sam lalu berdiri tegak, tangan kanan diletakkan di sisi kepala. Monika tersengih melihat gelagat Sam yang kebetulan memandang tepat ke arahnya.
Sam tersengih lalu mendekati Monika. "Hai, Monika."
"Hai, Sam." Balas Monika kembali.
"Pertama kali kita dapat face to face macam ni. Biasanya aku cuma dapat dengar suara kau dalam rekod je," Sam duduk mencangkung lalu topi di atas kepalanya dipakaikan secara terbalik.
"Rasa terkilan sebab jumpa kau dalam keadaan aku yang teruk macam ni," balas Monika sambil cuba untuk tergelak kecil. Raut wajahnya nampak sedang menahan sakit.
"Tak adalah. Kita semua nampak teruk," balas Sam lalu tersengih. Kesan tanah yang terdapat di giginya jelas kelihatan. Puncanya ketika dia keluar dengan Haliene tadi. Disebabkan tersilap langkah dia jatuh tersembam, separuh giginya terbenam di dalam tanah. Haliene hanya menahan ketawa melihat kejaadian itu. Dia kembali berdiri untuk menghidupkan unggun api. "Haliene tu memang macam tu ke?"
"Ha? Maksud kau macam mana?" Monika mengerut dahi.
"Jeff selalu gunakan vokal Haliene dalam kebanyakkan trek muzik dia, jadi kerap kali jugalah aku berselisih dengan dia dekat studio. Dia nampak serius gila! Takut aku nak tegur... kau jangan beritahu dekat dia pula yang aku cakap perkara ni dekat dia."
"Eh, tak adalah. Dia memang nampak serius kalau tengah bekerja tapi serius dia baik." Monika melebarkan senyumannya.
"Aku suka perempuan yang macam tu," Sam tersengih. "Oh my God, she's coming." Dia cepat-cepat menyusun kayu-kayu secara dalam bulatan sebelum cuba menghidupkan apinya.
Monika menahan ketawa melihat gelagat Sam itu. Kemudian Haliene datang kepadanya membawa pes herba yang baru dibuatnya tadi. Ianya campuran daun daripada pokok kelulut dan pokok letup-letup atau nama saintifiknya Urena Lobata dan Passiflora Foetida.
"Baring, biar aku tolong sapukan." Arah Haliene.
Monika merebahkan tubuhnya dengan perlahan sambil dibantu oleh Aviva. Haliene melihat luka yang kembali basah itu. Daun-daun yang telah ditumbuk lumat itu diambil dengan jarinya lalu dipupuk di kawasan luka tersebut. Monika menahan sakit dengan menggigit bibir bawahnya, matanya pula terpejam rapat. Kedua-dua belah tangannya dipegang oleh Aviva setelah beberapa kali dia cuba menghalang kerja Haliene.
"Sikit lagi," Haliene bersuara setelah Monika tidak berhenti bergerak. "Lagi kau banyak bergerak lagi sakit luka kau tu."
Kemudian Haliene beralih ke kawasan luka di dahi kirinya. Terasa pedih menusuk setelah pes herba itu memasuki ruang luka yang terbuka itu. Kedengaran lagi dengusan dalam dari Monika. "Okey, dah siap!" dia menghela nafas lega setelah mendengar kata-kata dari Haliene. Aviva membantunya duduk.
Kemudian Haliene mengalihkan pandangannya ke arah Sam yang sedang mencangkung mengadap mereka tidak jauh dari situ. Kayu yang tersusun di hadapannya masih belum menyala.
"Umm... almost done." Sam meneruskan kerja-kerja menghidupkan kayu api. Setelah sekian lama, akhirnya hidup juga unggun api tersebut. Terpamir riak bangga di wajahnya.
Tidak lama selepas itu, Jack muncul. "Eh, kau orang! Aku ada jumpa kawasan air dekat sana!" teriaknya. Botol air yang telah penuh diberikan kepada Aviva.
"Jauh tak?" tanya Sam.
"Uhh... entahlah. Tapi aku ada tanda laluan nak ke sana. Kita boleh bergerak ke sana sekarang!" kata Jack bersungguh-sungguh.
"Jack, sabar dulu. Kita bergerak esok pagi. Ross dan Ari belum balik lagi ni," kata Haliene, menenangkan Jack yang sangat teruja. "Hari pun dah gelap, kita berehat dulu."
SAM memapah Monika yang juga mahu turut serta mengelilingi unggun api. "Ah, terima kasih." Kata Monika lalu dibantu duduk di sebelah Haliene. Sam membalas dengan senyuman lalu kembali duduk di sebelah Jack. Mereka merenung api yang berwarna keorengan itu meliuk-liuk ditiup angin.
"Pertama kali kita semua face to face macam ni, biasanya dapat dengar suara saja." Jack memulakan bicara.
"Sam ada cakap dekat aku macam tu juga," kata Monika.
"Monika, aku tak pernah berjumpa dengan kau. Pertama kali aku dengar nama kau, masa tu kau berkolaborasi dengan William Black. Seriously, aku betul-betul kagum dengan suara kau. Jadi aku tawarkan dekat William untuk remixkan trek tu," cerita Jack.
"Dan remix kau meletup. Semua orang sukakannya," tambah Sam.
"Ya, aku rasa impak dari lagu itu sendiri yang membuatkan remix aku meletup. Original track itu pun memang dah sedia gempak!" Jack merendah diri.
"Kalau remix kau tak gempak, takkan dia meletup macam tu saja. Tak kiralah lagu original tu gempak macam mana sekalipun kalau remix kau tak gempak, maka tak gempaklah remix kau tu." Bidas Sam.
"Dan trek 'Tornado' kau dengan Sam... pergh. Gempak gila-gila! Aku nak dapatkan suara kau untuk trek lagu aku pun susah," kata Jack kepada Monika.
"Boleh tak kalau aku pecahkan rahsia?" Sam memandang Monika inginkan persetujuan darinya.
"Rahsia apa?" soal Monika. Agak kurang pasti apakah rahsia yang ingin dikongsikan oleh Sam itu.
Sam tersengih. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Jack. "Ada satu lagu unreleased track aku dengan Monika. Aku pernah mainkan trek ni dekat showcase untuk siri jelajah aku. Aku tak pasti ada orang perasan ataupun tak."
"Oh, trek tu ke... aku rasa dah hampir setahun lebih dah lagu tu ada pada kau." Balas Monika.
"Haha, ya memang pun. Vokal kau untuk trek tu memang perfect! Cuma aku tak siapkan lagi bahagian aku untuk trek tu." Kata Sam. "Ah, serabutnya! Banyak trek yang aku tak siapkan lagi."
"Ah, shit! Ini tak adil. Beb, bagi dekat aku sajalah trek tu. Biar aku yang siapkan," Jack memujuk Sam supaya trek lagu itu dapat kepadanya.
"No way, man!" Sam menggelengkan kepala. "Aku ada cadangan yang lagi bernas. Apa kata kita berkolaborasi untuk trek ni? Memandangkan kau memang betul-betul mahukan Monika, kan?"
"Sure. Okeylah kan, daripada tak dapat langsung." Balas Jack. "Kau macam mana? Okey ke kalau kita orang collab?"
"Terpulang pada kau orang. Aku cuma sumbangkan vokal untuk trek tu," jawab Monika. "Tapi janganlah simpan lama sangat trek tu, lama pula aku nak kena tunggu."
Sam tersengih.
"Seriously beb, nanti bila semua ni dah berakhir aku nak collab dengan kau untuk trek solo aku." Kata Jack. "Aku booking kau awal-awal ni."
"Okey." Monika tersenyum menahan ketawa. "Aku patut berterima kasih sangat-sangat kepada Haliene. Dialah satu-satunya yang nampak potensi aku sebagai vokalis."
"Aww, so sweet." Lengan kiri Haliene merangkul leher Monika. Dia membawa Monika rapat dengannya. "Kau memang layak mendapat perhatian."
Monika membalas senyuman tersebut. "Kalau kau orang nak tahu. Haliene jumpa aku dekat tepi pejalan kaki dekat dengan kedai. Dia nampak aku menyanyi dekat situ. Kemudian dia ambil aku jadi artis di bawah label dia. Dia jaga aku, dia bimbing aku, dia ajar aku banyak tentang muzik. Dia tak pernah give up dengan aku walaupun aku dah banyak kali rasa nak berhenti dari bidang ni. Kalau bukan kerana aku betul-betul minat dengan muzik, dah lama aku tinggalkan semua tu. Aku tak nak hampakan dia juga."
"Kau berada di laluan yang betul. Kau tengok sekarang ramai produser muzik yang nak berkerjasama dengan kau. Walaupun kebanyakkan pendengar tak berapa kenal pemilik suara tu tapi pendengar suka dengan suara kau. Suara kau berharga, lebih berharga dari emas." Puji Sam dengan penuh ikhlas.
"Aww... kau sangat baik. Terharunya rasa. Terima kasih, aku hargainya." Kata Monika.
"Ya, sampaikan Jack pun berebut dengan aku nakkan trek tu." Tambah Sam. Jack membalas dengan menggulingkan anak matanya.
Monika tergelak kecil. "Jack, aku janji bila kita dah selamat nanti kita boleh collab untuk trek yang seterusnya. Aku akan sumbangkan vokal aku untuk trek kau tu."
"Wah wah wah... tak sabarnya!" ada sinar keterujaan di mata Jack.
"Tapi, kita semua kena selamat dari malapetaka ni dululah." Sengaja Sam membantutkan rasa teruja Jack itu.
MONIKA terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi seperti seseorang berjalan di dalam semak. Dia melihat Haliene dan Aviva sedang nyenyak tidur berdekatan dengannya. Jack dan Sam yang sedang bersandar di batang pokok juga sudah terlentok. Sepatutnya mereka bergilir-gilir berjaga tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Monika menahan tubuhnya dengan siku. Dia memerhati sekeliling namun tidak tercapai oleh pancainderanya. Selang selepas itu, muncul tubuh lelaki di sebalik sebatang pokok. Lelaki itu menuju ke arah Monika. Samar-samar cahaya api menyimbah ke wajah lelaki itu, ianya Ari. Ari meletakkan jari telunjuknya di mulut memberi isyarat kepada Monika agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia juga mengarahkan Monika agar kembali berbaring seperti tadi. Kemudian dia menuju ke arah Sam dan Jack yang tidak sedarkan diri. Sebatang kayu yang telah diasah tajam di hujungnya dihunuskan kepada mereka berdua.
TAPAK perkhemahan sementara itu dikemas oleh mereka. Segala sampah dikambus ke dalam tanah, tidak mahu tapak peninggalan mereka di situ tercemar. keindahan hutan perlu dijaga. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar dari situ. Mereka bercadang untuk ke kawasan sumber air yang dikatakan oleh Jack semalam. "Kau orang semua tak nak ubah fikiran?" soal Ari tiba-tiba. "Apa maksud kau?" soal Jack. "Maksud aku, kita boleh pergi ke arah sana. manalah tahu ada perkampungan ke, boleh minta tolong orang yang ada dekat situ. Tak perlulah kita ke kawasan air tu, lagipun tempat tu jauh." Ari cuba meyakinkan mereka. "Tempat perkampungan? Mana ada perkampungan dekat hutan macam ni. Kau ni biar betul! Merepaklah!" bentak Sam. "Lagi satu, mana kau tahu kawasan air yang aku jumpa tu jauh? kau pernah ke sana ke?" soal Jack in
"KALAU kau orang dengar cakap aku awal-awal tadi, kita ah senang sekarang. Tak payah susah macam ni," kata Ari secara tiba-tiba yang duduk setentang dengan mereka. "Jadi kau nak kata yang kita orang salahlah ni? Ha?" Sam membalas semula. Nada suaranya mendatar namun kedengaran tegang. "Memang pun, sebab kau fikir kau orang saja yang selalu betul," balas Ari. "Eh, sial! Kau diamlah! Kalau tak ada orang yang hilangkan tanda yang aku buat tu, kita dah sampailah dekat kawasan tu!" bentak Jack yang tiba-tiba terasa panas hati ketika itu. "Sudah! Tak perlu bergaduh! Sekarang ni tak ada siapa yang betul, tak ada siapa yang salah. Kita seri, okey?" Haliene terpaksa juga mencelah memandangkan mereka tidak mahu mengalah. Ya Tuhan, stress betul! "Sudah, semua orang tidur! Aku tak dengar suara siapa-siapa." Masing-mas
HUJAN lebat mencurah-curah turun dari langit. Pandangan matanya kabur akibat bertubi-tubi air masuk ke dalam matanya. Puas dia meraup wajah dengan tangannya. Nasibnya baik kerana dia telah jatuh dari tempat yang tinggi itu ke dalam air. Dan nasib baik juga dia pandai berenang. Sehingga kini, dia masih lagi berusaha untuk keluar dari air yang deras itu. Terpaksa dia melawan arus dengan mencapai akar-akar pokok juga ranting yang berjuntaian ketika menyusuri aliran air tersebut. Jika dilihat, di hujung aliran air itu merupakan air terjun. Tetapi tidak diketahui setinggi manakah air terjun tersebut. Untuk selamat, dia melawan arus sehingga bertemu dengan aliran air yang tenang atau mungkin tebing tanah yang membolehkan dia untuk naik ke darat. Harap-harapnya tidak jauhlah. Hujan pula tidak berhenti turun sejak dari tadi. Kilat sabung-menyabung di langit, terasa dekat di hujung kepala. Dia meneruskan lagi perjalanann
HALIENE menghela nafas. Memang pernah terlintas di dalam hatinya yang Monika itu agak membebankannya. Dia mengambil Monika sebelum ini kerana beranggapan itu akan menguntungkan label muziknya dan ia benar-benar menguntungkan. Itu sahaja niatnya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata dari Monika tadi, dia berasa sangat-sangat bersalah. Rasa berdosa! Haliene terduduk di lantai hutan. "Oh, Tuhan. Apa yang aku dah buat?" dia mula rasa menyesal dengan apa yang telah diperkata tadi. "Aku stress sangat-sangat! Aku nak balik, aku tak nak terperangkap dekat dalam hutan ni!" Sam duduk mencangkung. "Semua orang pun nak balik, nak hidup yang normal balik. Aku rasa kau patut cakap semula dengan Monika. Kita tak boleh tinggalkan dia macam tu saja. Kau dah buat dia berkecil hati, dah banyak perkara teruk yang dia lalui. Kau sajalah satu-satunya yang dia ada. Kau kena buat dia rasa berharga semula."
HARI sudah menginjak malam. Bunyi kayu dimamah api mengisi ruang sepi. Masing-masing duduk sendirian sambil merenung api dari kejauhan. "Aku masih tak percayakan si Ari tu," kata Sam kepada Jack yang sedang bersandar di pokok bersebelahan dengannya. "Kenapa kau fikir macam tu?" soal Jack. "Entahlah. Dia mencurigakan sejak dari awal lagi kita dekat sini seperti ada niat yang tak baik," Sam menjawab dengan jujur. "Cuba kau buang sifat bersangka buruk tu." Sam memandang Jack dengan perasaan tidak puas hati. "Eh, kau nak ceramah aku pula. Aku cuma beritahu apa yang aku rasa." "Sudahlah, Sam. Aku tak tahu nak fikir apa sekarang ni. Aku rasa apa yang kita lalui sekarang ni cuma mimpi ngeri bila kita dah sedar nanti, semuanya akan hilang dan kehidupan kita akan kembali normal.
MEREKA semua berjalan agak santai seperti sedang dalam lawatan ke Taman Negara. Tidak lama selepas penat berjalan, mereka tiba di satu kawasan yang belum pernah mereka kunjungi. Ada banyak sumber makanan di situ. Itu merupakan sesuatu yang bagus tetapi jika terdapat sumber makanan di situ sudah semestinya ia menjadi tumpuan haiwan-haiwan di sekitar kawasan itu. Boleh jadi ia sesuatu yang berbahaya. "Kita nak berhenti dekat sini ke?" soal Jack. Haliene mengangguk. "Tapi mungkin jauh sedikit dari kawasan ni. Aku agak kawasan ini mesti menjadi tumpuan haiwan liar mencari makanan." Jack mengangguk setuju dengan kata-kata Haliene itu. Mereka berhenti berehat di kawasan berdekatan, mungkin sehingga esok memandangkan sumber makanan ada berdekatan. Yang menjadi masalah sekarang ini cuma sumber air, diharap bekalan yang ada itu mencukupi untuk sementara waktu ini. Seperti biasa, mereka
MEREKA berempat berbaring menghadap langit malam, Langit pada malam itu sangat cerah dengan cahaya bulan. Suara unggas malam menjadi runut bunyi. "Macam mana kalau kita terperangkap dekat sini selama-lamanya?" soal Jack secara tiba-tiba. "Maknanya kita akan mati dekat sini jugalah?" soal Monika pula. Serta-merta Sam meniarap, memandang Monika yang berbaring di sebelahnya. "No! Kita tak akan mati dekat sini dan kita tak akan terperangkap dekat sini. Tak akan!" "Eh, kau tak ada soalan lain ke, Jack? Tanyalah soalan yang happy sikit." Sam menampar lengan Jack yang berada di sebelah kanannya. "Dah, itu saja yang terlintas dekat fikiran aku," balas Jack. Sam memberi respon dengan menggulingkan anak matanya lalu dia berbaring semula. "Haha!" tiba-tiba Sam ketawa.  
HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.
KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem
MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik
CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa
HALIENE membetulkan kedudukan telefon pintarnya, mencari sudut yang sesuai untuk rakaman video. Setelah berpuas hati, dia menetapkan kedudukan telefon itu di pemegang telefon tersebut. Monika yang berada di tingkat bawah sedang mengambil makanan di dapur pantas membuka telefon pintarnya setelah mendapat notifikasi bahawa Haliene sedang bersiaran langsung muncul di skrin atas telefonnya. Dia menonton siaran langsung tersebut, kelihatan Haliene yang berada di bilik muzik sedang berinteraksi di hadapan skrin telefon. "Hai, Haliene di sini. Video langsung ini di buat untuk memperjelas mengenai... umm... seorang vokalis di bawah label yang dikelola oleh saya dan Matthew..." dia berdiam seketika, membaca komen-komen yang masuk di tepi skrin telefon. "Ya, Monika." Dia menjawab pertanyaan dari komen tersebut. "Jadi, umm..." dia membaca komen. "Ya, dia ada. Umm... Monika, mari ke sini. Aku tahu kau tengok live ni," katanya
"AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena
MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa