GAVIN tersedar dari lelapnya. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap di situ. Hujan masih renyai-renyai. Dia tidak boleh menunggu sahaja di situ, harus membuat sesuatu. Jika mahu menunggu hujan ini betul-betul berhenti, mungkin lambat lagi. "Eh, aku rasa kita dah boleh bergerak sekarang," kata Gavin. Masih tiada balasan dari Monika. "Monika?" Gavin menggoncangkan bahu Monika. "Monika, bangunlah..." dia resah. Banyak kali dia cuba mengejutkan Monika. "Damn... Monika!" teriak Gavin. Sekali lagi dia cuba membangunkan Monika. Gavin menggelengkan kepala, segera dia menyandarkan Monika di akar pokok dengan berhati-hati. "Monika, kenapa?" Gavin duduk mencangkung menahan diri dari menangis. "Kenapa, Monika? Aku seorang saja ni, huhu..." hodoh mukanya menahan tangisan. Air mata dikesat, dia memakaikan Monika sweaternya tadi. Hutan yang tebal
Last Updated : 2021-06-16 Read more