Home / All / A Million Misery [Bahasa Malaysia] / Chapter 21 - Chapter 30

All Chapters of A Million Misery [Bahasa Malaysia]: Chapter 21 - Chapter 30

40 Chapters

AMM BHG 1: Bab 21

HARI yang entah ke berapa. Seperti biasa, Aviva, Jack, Sam dan Monika berada di gua air terjun. Mereka seronok bermain dengan air. Haliene dan Ari berjaga di daratan, mungkin juga keluar mencari makanan.      Monika duduk bermain air dengan kakinya. Yang lain pula menyelam entah ke mana, sekejap timbul sekejap hilang.      Tiba-tiba awan berarak kelabu di langit. Angin bayu mula terasa dingin. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Tidak lama selepas itu, hujan renyai mula menitik. Sinaran cahaya kilat memancar lalu menghasilkan bunyi guruh. Monika bergegas masuk ke dalam gua, menunggu mereka yang lain muncul.      Monika berjalan-jalan di sekitar gua. Tiba-tiba dia dipeluk dari belakang, tangan sasa menangkup mulutnya membuatkan dia tidak sempat untuk menjerit. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri. Kemudian dia dibawa jauh dari dari pintu gua. Sesampainya di satu kawasan yang agak tersor
last updateLast Updated : 2021-07-16
Read more

AMM BHG 1: Bab 22

LANGIT cerah. Monika bangun agak lambat hari ini kerana yang lain semuanya sudah tiada di tempat tidur. Dia duduk sebentar sambil memerhati sekeliling. Berus gigi dan ubat gigi yang diberikan oleh Jack diambil. Kesemua barang itu merupakan cenderahati yang dibawa untuk peminatnya di festival itu. Ada juga beberapa helai t-shirt diberikan kepada mereka dan beberapa barang yang lain, semuanya dari dalam beg galas Jack.      Kaki seluar dilipat sehingga ke bawah lutut. Terasa sejuk menusuk di saat kakinya menyentuh air tersebut. Setelah selesai, dia membasuh mukanya, terasa segar. Jack muncul dengan seekor ayam yang berjaya ditangkap. Sam datang membawa buah-buahan, Aviva turut serta.      Monika mendekati mereka. "Kenapa tak kejutkan aku?" soalnya.      Sam melihat wajah segar Monika yang masih terdapat kesan air belum kering. "Umm, Haliene tak mahu aku kejutkan kau. Dia nak kau rehat."
last updateLast Updated : 2021-07-17
Read more

AMM BHG 1: Bab 23

LEBIHAN ayam bakar itu dibalut dengan daun, untuk dibuat makan malam nanti. Terdapat juga siput dan beberapa ekor ikan yang belum dimasak bagi menambah menu makan malam nanti.      Monika membasuh tangan di pinggir air kemudian dia terus duduk di atas batu besar menghadap kawasan air. Beberapa minit kemudian Sam datang dengan sebiji kelapa yang telah dikupas di bahagian atasnya.      "Hai, Monika," tegur Sam lalu duduk.      Monika cuma mengangkat kepala memberi isyarat menjawab teguran itu. Sam tidak berpuas hati lalu dia bersuara lagi. "Hai, Monika."      Monika menoleh ke sebelah kirinya. Dia memandang Sam yang seperti menunggu sesuatu darinya. "Aku nak dengar suara kau," kata Sam kepadanya.    Monika menghela nafas. "Hai, Sam," balasnya perlahan seperti tiada mood untuk menjawab. Pandangan dilemparkan ke tengah kawasan air.
last updateLast Updated : 2021-07-18
Read more

AMM BHG 1: Bab 24

MASING-MASING sedang membersihkan diri di pinggir air. Sesudah membasuh muka, Monika kembali ke tempatnya. Kain kecil diambil lalu wajah yang basah itu dikesat.      Haliene duduk di situ untuk menyimpan barangnya. "Kenapa ni?" soalnya lalu membawa wajah Monika ke sebelah kiri. Terlihat kesan merah dipangkal leher tersebut, jarinya menyentuh kawasan itu.      "Aaa..." Monika menepis perlahan tangan Haliene lalu dia menggaru-garu kawasan tersebut. "Nyamuk gigit, gatal."      "Kau garu sampai luka, Monika." Haliene turut melihat kesan-kesan merah itu juga terdapat di beberapa bahagian wajah Monika.      Monika tersengih janggal. Patutlah rasa pedih semacam saja, luka rupanya.      "Mari sini." Haliene mengambil krim di tempat simpanannya. Krim itu dipicit di hujung jarinya lalu disapu di kawasan merah-merah tersebut.  
last updateLast Updated : 2021-07-20
Read more

AMM BHG 1: Bab 25

TIDUR Sam terganggu. Tangannya menggaru-garu lengannya yang dihurung nyamuk. "Urgh! Damn!" bentaknya perlahan sambil tangannya tidak henti-henti menggaru.      Sam memusingkan tubuhnya ke kiri. Tepat pada masanya dia terjaga, dia nampak Ari bangun dari tempat tidurnya lalu menuju ke tempat tidur Monika. Dia melihat Ari sedang menggerakkan Monika dari tidurnya. Monika tersedar. Dia dapat melihat Ari meletakkan jari di bibir seperti menyuruh Monika tidak membuat bunyi bising, kemudian dia berkata sesuatu yang tidak pasti apakah ia.      Monika membalas dengan menggelengkan kepala tetapi Ari menarik pergelangan tangan Monika supaya bangun dari baringnya. Banyak kali Monika menggelengkan kepalanya sambil ditarik oleh Ari. Sambil itu, Monika berusaha juga melepaskan cengkaman dari Ari itu. Monika sudah berdiri sambil ditarik oleh Ari secara paksa.      "Damn!" bentak Sam perlahan. Dia segera bang
last updateLast Updated : 2021-07-21
Read more

AMM BHG 1 (AKHIR): Bab 26

ARI melihat biasan wajahnya di permukaan air. Terlihat luka dan lebam yang teruk di beberapa bahagian wajahnya. Shit! Kemudian Monika datang untuk membasuh tangan tidak jauh darinya. Dia menoleh memandang Monika lalu dengan segera dia menuju ke arah wanita itu.      Monika bersedia untuk beredar namun pergelangan tangannya dicapai oleh Ari. Pergelangan tangan itu dilepaskan dengan segera sebaik sahaja Ari melihat Sam memandangnya dari jauh.      "Nanti! Aku dengar kau ada sebut nama Ross malam tu," kata Ari kepada Monika.      "Jadi?" Monika memandang Ari tanpa reaksi di wajahnya.      "Dia masih hidup?" soal Ari.      "Entahlah. Kenapa kau tanya dia masih hidup atau tidak? Kau sendiri yang tolak dia jatuh ke dalam gaung. Kau rasa dia hidup ke mati?" soal Monika bersahaja namun kedengaran sinis.      
last updateLast Updated : 2021-07-22
Read more

AMM BHG 2: Bab 27

BEP! BEP! BEP! BEEEEEEEP... bunyi nyaring kedengaran bergema di dalam bilik seluas dua belas meter persegi itu. Bacaan denyutan gelombang jantung di alat monitor hemodinamik yang terdapat di tepi katil pesakit memaparkan garisan mendatar yang panjang tidak berpenghujung. Beberapa petugas berpakaian serba biru mengelilingi katil tersebut, mereka berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada seorang pesakit di wad itu. Tidak lama selepas itu, lelaki berpakaian seragam putih meluru masuk. Alat defibrilator atau kejutan jantung elektrik digunakan bagi menghidupkan jantung si pesakit yang tiba-tiba terhenti.    Wajah pucat seorang wanita yang terbaring di atas katil hospital direnung dari luar tingkap kaca. Wajahnya kelihatan sedikit cengkung, tubuhnya juga kelihatan semakin susut. Tiada pergerakan dari wanita itu. Kelihatan seorang doktor sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan pesakit dibantu oleh petugas-petugas berseragam biru yang mengelilingi kati
last updateLast Updated : 2021-07-27
Read more

AMM BHG 2: Bab 28

HALIENE tersedar dari tidurnya. Kelihatan Matthew telah terlelap di kerusi, lalu dia mengejutkan lelaki itu.      Matthew terjaga. Jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. "Awak nak tinggal sini ke? Saya nak balik ke rumah sekejap."      Haliene mengangguk. "Belikan saya sarapan. Bawa juga baju salinan bila awak nak ke sini nanti."      "Baik." Matthew mencium pipi Haliene sebelum dia beredar.      Haliene membasuh mukanya di sinki bilik air. Kemudian beberapa jururawat masuk ke dalam wad tersebut termasuklah jururawat semalam. Dia melihat jururawat-jururawat itu melakukan tugas dengan penuh hemah. Layanan yang sangat istimewa telah diberikan. Mereka memberi makanan melalui tiub nasogastrik, tiub itu dimasukkan ke dalam perut melalui hidung. Cecair nutrisi disuntik melalui lubang kecil yang terdapat di tiub tersebut. Bahagian kepala katil ditinggikan sedikit sup
last updateLast Updated : 2021-08-03
Read more

AMM BHG 2: Bab 29

~I WILL ADORE YOU UNTIL MY PULSE STOPPED CARRIES THE RHYTHM~   ESOKNYA mereka berkumpul lagi pada sebelah petang setelah selesai dengan tugas mereka. Haliene mengosongkan jadual kerjanya untuk minggu itu demi untuk bersama dengan mereka semua.      "Ross, kau bawa susyi lagi?" kata Aviva.      "Ya, umpan untuk dia sedar." Ross sedikit tersenyum. Yang lain turut sama tersenyum.      Jack memandang Sam. Mereka berdua seperti sedang berkomunikasi secara telepati. Aviva sedar akan tindakan mereka berdua lalu dia bertanya, "Apa yang kau orang cuba nak sampaikan sebenarnya ni?"      "Aku nak beritahu, trek kolaborasi Sam dan aku dah release!" teriak Jack sangat teruja.      "Wah, tahniah!" Haliene berjabat tangan dengan mereka berdua. "Hei, sayang dengar tak? Trek kau dah release!" suaranya kedengaran teruja lalu di
last updateLast Updated : 2021-08-08
Read more

AMM BHG 2: Bab 30

MONIKA tersentak dari tidurnya. Dia memandang sekeliling dengan cemas, kemudian dia menghela nafas lega setelah mendapati ianya cuma mimpi. Dia berbaring semula, tangan kirinya menyentuh sisi kiri perutnya. Terasa sakit yang berdenyut-denyut. Beberapa minit selepas itu, dia kembali terlelap.      Jururawat Tania membantu Monika yang dari bilik air menuju ke katil. Monika masih lagi tidak mampu berjalan tanpa bantuan.      "Terima kasih," ucap Monika setelah dia duduk di atas katil tersebut. Dahinya berkerut apabila tempat jahitan itu terasa sakit sambil tangan kanannya menyentuh kawasan tersebut.      Jururawat Tania mengangguk. "Ada apa-apa lagi yang boleh dibantu, Cik Santucci?"      "Monika," kata Monika sambil tersenyum. Dia menghela nafas. Sebenarnya dia masih lagi tidak mengenali sepenuhnya tentang dirinya. Haliene hanya memberitahunya, dia hanya Monika.
last updateLast Updated : 2021-08-12
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status