Share

AMM BHG 1: Bab 25

last update Last Updated: 2021-07-21 01:18:12

TIDUR Sam terganggu. Tangannya menggaru-garu lengannya yang dihurung nyamuk. "Urgh! Damn!" bentaknya perlahan sambil tangannya tidak henti-henti menggaru.

   Sam memusingkan tubuhnya ke kiri. Tepat pada masanya dia terjaga, dia nampak Ari bangun dari tempat tidurnya lalu menuju ke tempat tidur Monika. Dia melihat Ari sedang menggerakkan Monika dari tidurnya. Monika tersedar. Dia dapat melihat Ari meletakkan jari di bibir seperti menyuruh Monika tidak membuat bunyi bising, kemudian dia berkata sesuatu yang tidak pasti apakah ia.

   Monika membalas dengan menggelengkan kepala tetapi Ari menarik pergelangan tangan Monika supaya bangun dari baringnya. Banyak kali Monika menggelengkan kepalanya sambil ditarik oleh Ari. Sambil itu, Monika berusaha juga melepaskan cengkaman dari Ari itu. Monika sudah berdiri sambil ditarik oleh Ari secara paksa.

   "Damn!" bentak Sam perlahan. Dia segera bang

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 1 (AKHIR): Bab 26

    ARI melihat biasan wajahnya di permukaan air. Terlihat luka dan lebam yang teruk di beberapa bahagian wajahnya. Shit! Kemudian Monika datang untuk membasuh tangan tidak jauh darinya. Dia menoleh memandang Monika lalu dengan segera dia menuju ke arah wanita itu. Monika bersedia untuk beredar namun pergelangan tangannya dicapai oleh Ari. Pergelangan tangan itu dilepaskan dengan segera sebaik sahaja Ari melihat Sam memandangnya dari jauh. "Nanti! Aku dengar kau ada sebut nama Ross malam tu," kata Ari kepada Monika. "Jadi?" Monika memandang Ari tanpa reaksi di wajahnya. "Dia masih hidup?" soal Ari. "Entahlah. Kenapa kau tanya dia masih hidup atau tidak? Kau sendiri yang tolak dia jatuh ke dalam gaung. Kau rasa dia hidup ke mati?" soal Monika bersahaja namun kedengaran sinis.  

    Last Updated : 2021-07-22
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 27

    BEP! BEP! BEP! BEEEEEEEP... bunyi nyaring kedengaran bergema di dalam bilik seluas dua belas meter persegi itu. Bacaan denyutan gelombang jantung di alat monitor hemodinamik yang terdapat di tepi katil pesakit memaparkan garisan mendatar yang panjang tidak berpenghujung. Beberapa petugas berpakaian serba biru mengelilingi katil tersebut, mereka berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada seorang pesakit di wad itu. Tidak lama selepas itu, lelaki berpakaian seragam putih meluru masuk. Alat defibrilator atau kejutan jantung elektrik digunakan bagi menghidupkan jantung si pesakit yang tiba-tiba terhenti. Wajah pucat seorang wanita yang terbaring di atas katil hospital direnung dari luar tingkap kaca. Wajahnya kelihatan sedikit cengkung, tubuhnya juga kelihatan semakin susut. Tiada pergerakan dari wanita itu. Kelihatan seorang doktor sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan pesakit dibantu oleh petugas-petugas berseragam biru yang mengelilingi kati

    Last Updated : 2021-07-27
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 28

    HALIENE tersedar dari tidurnya. Kelihatan Matthew telah terlelap di kerusi, lalu dia mengejutkan lelaki itu. Matthew terjaga. Jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. "Awak nak tinggal sini ke? Saya nak balik ke rumah sekejap." Haliene mengangguk. "Belikan saya sarapan. Bawa juga baju salinan bila awak nak ke sini nanti." "Baik." Matthew mencium pipi Haliene sebelum dia beredar. Haliene membasuh mukanya di sinki bilik air. Kemudian beberapa jururawat masuk ke dalam wad tersebut termasuklah jururawat semalam. Dia melihat jururawat-jururawat itu melakukan tugas dengan penuh hemah. Layanan yang sangat istimewa telah diberikan. Mereka memberi makanan melalui tiub nasogastrik, tiub itu dimasukkan ke dalam perut melalui hidung. Cecair nutrisi disuntik melalui lubang kecil yang terdapat di tiub tersebut. Bahagian kepala katil ditinggikan sedikit sup

    Last Updated : 2021-08-03
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 29

    ~I WILL ADORE YOU UNTIL MY PULSE STOPPED CARRIES THE RHYTHM~ ESOKNYA mereka berkumpul lagi pada sebelah petang setelah selesai dengan tugas mereka. Haliene mengosongkan jadual kerjanya untuk minggu itu demi untuk bersama dengan mereka semua. "Ross, kau bawa susyi lagi?" kata Aviva. "Ya, umpan untuk dia sedar." Ross sedikit tersenyum. Yang lain turut sama tersenyum. Jack memandang Sam. Mereka berdua seperti sedang berkomunikasi secara telepati. Aviva sedar akan tindakan mereka berdua lalu dia bertanya, "Apa yang kau orang cuba nak sampaikan sebenarnya ni?" "Aku nak beritahu, trek kolaborasi Sam dan aku dah release!" teriak Jack sangat teruja. "Wah, tahniah!" Haliene berjabat tangan dengan mereka berdua. "Hei, sayang dengar tak? Trek kau dah release!" suaranya kedengaran teruja lalu di

    Last Updated : 2021-08-08
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 30

    MONIKA tersentak dari tidurnya. Dia memandang sekeliling dengan cemas, kemudian dia menghela nafas lega setelah mendapati ianya cuma mimpi. Dia berbaring semula, tangan kirinya menyentuh sisi kiri perutnya. Terasa sakit yang berdenyut-denyut. Beberapa minit selepas itu, dia kembali terlelap. Jururawat Tania membantu Monika yang dari bilik air menuju ke katil. Monika masih lagi tidak mampu berjalan tanpa bantuan. "Terima kasih," ucap Monika setelah dia duduk di atas katil tersebut. Dahinya berkerut apabila tempat jahitan itu terasa sakit sambil tangan kanannya menyentuh kawasan tersebut. Jururawat Tania mengangguk. "Ada apa-apa lagi yang boleh dibantu, Cik Santucci?" "Monika," kata Monika sambil tersenyum. Dia menghela nafas. Sebenarnya dia masih lagi tidak mengenali sepenuhnya tentang dirinya. Haliene hanya memberitahunya, dia hanya Monika.

    Last Updated : 2021-08-12
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 31

    MONIKA membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat langit malam yang cerah di atasnya. Kedengaran bunyi kayu dimamah api. Dia bangkit menahan tubuh dengan sikunya. Kelihatan mereka sedang berkumpul di kawasan unggun api. Mereka kelihatan gembira. Dia melihat tangan-tangan melambai ke arahnya, memanggilnya datang ke situ. Namun dia berbaring semula lalu memejamkan matanya. Perlahan-lahan suara ketawa mereka lenyap di hujung telinganya. "Hai, Monika." Wajah menakutkan itu muncul tiba-tiba. Monika membuka matanya secara mendadak, nafasnya laju. Pandangannya dilemparkan ke sekeliling, kelihatan bilik yang luas sederhana terang. Nafasnya dihela lalu wajah itu diraup perlahan. Tekaknya terasa kering. Dia mencapai air lebihan tadi lalu diteguk sehingga habis. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. "Maaf buat kau terkejut," kata Haliene setelah melihat

    Last Updated : 2021-08-16
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 32

    MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa

    Last Updated : 2021-08-20
  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 33

    "AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena

    Last Updated : 2021-08-23

Latest chapter

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 40

    HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 39

    KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan. "Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?" "Apa yang kau dah beritahu dekat dia?" "Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau." "Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 38

    JAM menunjukkan pukul tujuh malam. Haliene sampai di rumah agak lewat kerana terdapat sesi rakaman suara untuk artis-artisnya juga kolaborasinya bersama artis lain. "Matt, saya penat sangat," kata Haliene yang berada dalam dakapan Matthew. "Pergilah rehat. Biar saya angkat semua barang ni." Matthew mencium pipi kiri Haliene. "Terima kasih, sayang," ucap Haliene. "Nanti hilang sikit penat, saya masak." Dia melihat Matthew tersenyum sambil dia menganggukkan kepala. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Mana Monika? Senyap saja. Parut torehan yang terdapat di pergelangan tangan kirinya dilihat. Entah berapa lama dia merenung parut tersebut. Kemudian, sentuhan lembut diberikan, terasa parut itu sedikit timbul. "Aku kenal kau terlebih dahulu dari Haliene. Aku tahu sengsara yang kau lalui sebelum ni.

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 37

    KEADAAN di dalam Kelab Cruise riuh dan sesak dengan orang ramai sedang menari mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ yang sedang beraksi di atas dek. Monika terpaksa mencelah di antara orang ramai, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menari mengikut rentak, keadaannya seperti orang sedang mabuk. Sah, sahlah tengah mabuk. Buat apa datang kelab kalau tak mabuk? Perjalanan Monika terhenti seketika, sambil itu dia mencari-cari kelibat kawan-kawannya. Tangan yang merangkul pinggang segera dileraikan setelah ia mula meraba-raba ke bahagian lain. Dia menolak untuk terus berkelakuan begitu. Ia perkara biasa jika masuk ke kawasan sosial seperti ini. Perlu pandai menjaga diri dan jangan melayan sangat, nanti dah terjerat barulah nak menyesal. Di celahan orang ramai, dia terlihat lambaian tangan ke arahnya di sebuah meja yang penuh dengan minuman keras. Kelihatan kawan-kawan lama perem

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 36

    MONIKA membuka perlahan ke dua belah matanya. Cahaya lampu malap yang berada di siling menusuk ke dalam matanya. Wajahnya berkerut teruk menahan cahaya dari terus menembusi kornea matanya. Separuh mukanya ditutup dengan lengan kanannya dari silau lampu. Kepalanya terteleng ke sebelah kiri, kelihatan Haliene dan Doktor Andrew di sebalik pintu bilik. Entah apa yang sedang mereka bualkan, tidak dapat didengari. Pintu bilik itu dibuka setelah mereka selesai bercakap. Haliene masuk lalu menuju ke arah Monika yang masih berbaring. Dilihat lengan itu menutupi separuh muka. Dia tahu Monika telah sedar kerana jarinya bergerak-gerak tanpa ritma. "Hei, sayang," tegur Haliene. Monika tidak membalas teguran itu. Dia melabuhkan punggungnya di tepi katil lalu cuba menarik turun lengan Monika. Monika menahan keras lengannya dari ditarik oleh Haliene. "Hei, kau dah buat yang terbaik

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 35

    CAHAYAunggun api menerangi pandangan matanya. Tiada siapa-siapa di situ, cuma angin malam yang dingin bertiup menyapa tubuh. "Hai, Monika," tegur satu suara. Monika menoleh ke kiri. Tidak jauh darinya terlihat Ari sedang duduk di atas tunggul kayu. Matanya bersinar-sinar terkena pantulan cahaya api. "Apa rancangan kau sebenarnya?" tanya Monika. "Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" "Kau fikir ini mimpi?" Ari tersenyum. "Ya, dunia ini tak wujud," jawab Monika. Kedengaran ketawa jengkel dari Ari. Ari bangkit dari duduknya menuju ke arah Monika, sambil itu dia berkata, "Tapi aku wujud." Monika turut bangun melihat Ari berada betul-betul di hadapannya. Dia tidak akan lari kerana dia tahu itu cuma mimpi. Sisi wa

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 34

    HALIENE membetulkan kedudukan telefon pintarnya, mencari sudut yang sesuai untuk rakaman video. Setelah berpuas hati, dia menetapkan kedudukan telefon itu di pemegang telefon tersebut. Monika yang berada di tingkat bawah sedang mengambil makanan di dapur pantas membuka telefon pintarnya setelah mendapat notifikasi bahawa Haliene sedang bersiaran langsung muncul di skrin atas telefonnya. Dia menonton siaran langsung tersebut, kelihatan Haliene yang berada di bilik muzik sedang berinteraksi di hadapan skrin telefon. "Hai, Haliene di sini. Video langsung ini di buat untuk memperjelas mengenai... umm... seorang vokalis di bawah label yang dikelola oleh saya dan Matthew..." dia berdiam seketika, membaca komen-komen yang masuk di tepi skrin telefon. "Ya, Monika." Dia menjawab pertanyaan dari komen tersebut. "Jadi, umm..." dia membaca komen. "Ya, dia ada. Umm... Monika, mari ke sini. Aku tahu kau tengok live ni," katanya

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 33

    "AWAK rasa bila agaknya dia boleh mula bekerja? Kita perlukan dia untuk naikkan semula label. Ada banyak temu bual majalah dan radio untuk vokalis baru nak naik yang dah tertangguh. Kita boleh gunakan peluang ini untuk jadikan dia lebih dikenali. Hasilnya dapat kepada kita juga," kata Matthew yang berada di hadapan komputer riba di meja bilik studionya. "Saya dapat panggilan dari Nic, dia kata ada banyak permintaan persembahan dan kolaborasi. Saya rasa ralat kalau saya tolak kesemuanya." "Sayang, perlahan-lahan boleh tak? Dia masih dalam proses pemulihan. Saya tak boleh suruh Noc susun jadual untuk dia selagi dia belum betul-betul sihat mental dan fizikal," balas Haliene. "Awak tahu apa yang doktor beritahu? Ada pendarahan dalam kepala dia. Saya tak mahu berikan tekanan dekat dia. Tolong faham, ya?" Matthew menghela nafas lalu wajahnya diraup dengan ke dua belah tapak tangannya. Dia berdiam seketika, kemudian dia berkata, "Jadi kita kena

  • A Million Misery [Bahasa Malaysia]   AMM BHG 2: Bab 32

    MONIKA diam merenung siling, tiada tangan untuknya memegang jadi dia menggerak-gerakkan jari kakinya bagi menghilangkan rasa gementar. Penyepit kecil telah digunakan untuk menarik benang itu keluar. Dia dapat merasakan benang itu ditarik keluar dari kulitnya. Setelah selesai, dia menukar posisi baringnya kepada duduk. "Kalau ada rasa sakit di bahagian dalam sila maklumkan," kata Doktor Andrew. Seperti biasa, Monika hanya mengangguk. Kemudian sesi terapi pemulihan otot dilakukan. Doktor itu dilihat mencatat setiap pergerakan yang telah dilakukan. Monika berjaya melakukan semua pergerakan namun masih tidak boleh mengangkat benda yang berat, terasa sakit di sisi kiri perutnya menusuk. "Bagus, ada kemajuan," beritahu Doktor Andrew. "Ada apa-apa perkara aneh yang berlaku setakat ini?" "Ya, rasanya ada," jawab Monika. "Kepala saya kerap kali terasa sakit. Lagi satu, saya selalu dapa

DMCA.com Protection Status