Home / Fantasi / Satu Bintang (Bahasa Malaysia) / Chapter 51 - Chapter 60

All Chapters of Satu Bintang (Bahasa Malaysia): Chapter 51 - Chapter 60

93 Chapters

♚ 051

"Tidakkk!" Ellena menjerit kuat apabila adik lelakinya bernama Ellvis diterkam puntianak dan akhirnya tanpa menunggu arahan puntianak itu terus menghisap darah Ellvis di bahagian leher."Arghhh!" jeritan Ellvis kedengaran saat darahnya dihisap oleh puntianak itu di bahagian lehernya."Tak!" Ellera pula menjerit ketika dia menoleh ke arah abangnya itu. Semua orang bertungkus-lumus menghapuskan semua puntianak itu dan juga orang-orang kerdil yang agak pelik reaksi mereka... Setelah mereka semua tumpaskan puntianak dan orang kerdil.Elley, Ellena, Ellera, Ellvin dan Ellios berlari laju menghampiri Ellvis. Ellena mengalirkan air mata saat-saat terakhir adiknya masih bernyawa dan kepala adiknya itu diletakkan di atas ribanya."Tak! Kau kena bertahan, tolonglah bertahan. KRYSTAL!!!" Ellena menjerit atau lebih tepat meraung, dia tidak sanggup kehilangan adik-adiknya. Dia terlalu sayangkan adik-adiknya kerana itu sajalah satu-satu keluarga yang dia ada.
last updateLast Updated : 2023-03-06
Read more

♚ 052

Wajah Taemin direnungnya dalam membuatkan Taemin berasa hairan dengan tindakan wanita yang masih kelihatan seperti gadis mudah di hadapannya. "Kenapa tenung Taemin macam tu?" tanya budak kecil itu dengan nada perlahan. Puan Sunny hanya tersengih mendengarkan soalan anaknya itu.Tubuh anaknya dipeluk erat lalu dia berkata, "Taemin dah okay?" tanya ibunya dengan penuh kasih sayang. Taemin hanya mengangguk."Saya tahu mesti ada apa-apa yang amma nak cerita kan?" tanya Taemin menduga ibunya. Puan Sunny tersenyum lagi dan soalan itu mengingatkan dirinya sewaktu Tia berusia 8 tahun dan Taemin 7 tahun. Tia sangat manja dengan dirinya dan selalu tahu gerak hatinya."Kenapa amma diam?" Taemin menyoal lagi, Puan Sunny menggelengkan kepalanya lalu berkata, "tak ada apa-apalah sayang." sambil mengelap air matanya yang mengalir.Tapi sejak satu peristiwa hitam berlaku dalam keluarganya, Tia semakin hari semakin menjauhkan diri dari kedua ibu bapanya. Tia menga
last updateLast Updated : 2023-03-07
Read more

♚ 053

"Sara kau ni dah kenapa? Apasal kau menjerit-jerit ha?" Yoon Na cuba mengejutkan sepupunya yang entah sedar atau pun tidak itu. Sara mencelikkan matanya sambil melihat sekeliling, lama kelamaan dia menghembuskan nafas lega."Hoi kau apahal?" Yoon He menepuk dahi Sara dengan kuatnya, tangan Yoon He melekat di dahi Sara menyebabkan Sara memandang Yoon He dengan pandangan tajam."Aku mimpi aku kena baham." Sara membuat riak terkejut membuatkan kedua-dua sepupunya bergelak sakan di hadapannya. "Yahhhh! Apasal kau berdua gelak?" marah Sara kerana geram seolah-olah dia dipelekehkan oleh kedua-dua sepupunya itu."Tulah kamu, tidur petang lagi! Kan dah mimpi yang bukan-bukan... Sudahlah pergi mandi, siap turun makan." kata Yoon Na lalu dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Sara mengusut rambutnya dan dia terkejut."Apasal rambut aku basah? Ada hujan dalam bilik kau ke?" tanya Sara hairan."Hahaha... Itulah kau! Tidur mati, akak aku siram air
last updateLast Updated : 2023-03-08
Read more

♚ 054

"Kau biar betul? Dia pakcik kau? Jadi Min Ah makcik kau dan dan...dan Jongin?" CNU dan Gongchan agak terkejut mendengar pengakuan Jin Young. Siwon hanya tersenyum sinis ke arah rakan-rakan Jin Young."Jadi? Wanita lagenda tu adik bapa kau?" tanya Luhan yang sedang duduk di atas kerusi sambil memandang ke arah Jin Young."Kenapa kau rahsiakan daripada kami?" tanya Xiumin pula nadanya seperti dia masih terkejut dengan apa yang berlaku."Rahsia? Bila aku rahsia, Cuma Jin Hyuk tak mahu kami beritahu perkara sebenar selepas satu peristiwa berlaku." Kata Jin Young lalu dia merenung wajah bapa saudaranya yang sedang pucat lesi di atas sofa panjang itu."Kau patut jadi kejam macam dulu, buat apa kau tahan diri kau dari menghisap darah segar?" tanya Jin Young kepada Siwon."Aku nak menebus segala dosa aku pada isteri dan anak-anak aku. Mereka tak sepatutnya terima nasib begini! Master telah pun berjanji akan biarkan mereka hidup sekiranya aku ting
last updateLast Updated : 2023-03-09
Read more

♚ 055

Malam sudah tiba, kelihatannya Ana dan Miss Liya bertungkus-lumus menyiapkan makanan untuk mereka semua makan malam. Mereka terpaksa masak makanan mengikut cara lama iaitu masak dengan menggunakan dapur kayu. Hoya yang dikenali sebagai pangeran di negeri Vace Villa datang ingin membantu Ana dan Miss Liya."Ada apa-apa saya boleh bantu?" tanya Hoya sambil mengukirkan senyuman. Hoya dikenali juga sebagai lelaki bujang yang tak reti duduk diam kecuali waktu tidur. Dia tak senang jika melihat sesuatu kerja yang ada di hadapannya, dia pasti mahu membantu dan menolong mereka supaya dirinya sibuk dengan pelbagai kerja."Hm, boleh juga tolong hidupkan api. Puas dah saya hidupkan tak menjadi juga." Ana mendonggak memandang Hoya dan tanpa sedar Hoya tersengih menahan tawa melihat wajah Ana. Gadis itu kelihatannya memang tak sedar yang kepulan asap hitam sudah melekat di wajahnya."Nah!" Ana menyerahkan apa yang dia sedang pegang kepada Hoya sebenarnya Ana tahu wajah
last updateLast Updated : 2023-03-10
Read more

♚ 056

Suasana yang sunyi di dalam bilik bawah tanah membuatkan semua orang tak tenang, mereka sudah mendapat berita yang Ellvis sudah pergi meninggalkan mereka semua. Mereka semakin resah apabila Jin Young langsung tidak bersuara apa yang dia buat hanyalah mendiamkan diri sahaja."Aku dah tak tahan!" suara Sandeul mula bergema di dalam bilik bawah tanah itu. Ya memang benar dia sudah tidak tahan bukan kerana dia hendak ke tandas atau apa dia Cuma tidak sanggup mendiamkan dirinya lagi kerana dia bukanlah seorang yang penyabar walaupun wajahnya nampak comel tidak menunjukkan pada sikapnya."Kalau kita terus berdiam diri tanpa berbincang macam mana nak dapat penyelesaiannya? Aku tahulah kau sedang berfikir tapi kenapa lama sangat? Apa yang kau fikirkam?" tanya Sandeul kepada Jin Young yang sedang meraup wajahnya."Eh kau ni kenapa? Sama-samalah kita fikirkan caranya, yang kau tetiba gelabah tak tentu pasal kenapa?" tanya CNU yang berada di sebelah Baro.Sa
last updateLast Updated : 2023-03-11
Read more

♚ 057

'Pak...pak. wajah Kyungsoo yang cantik lagi mulus itu ditampar beberapa kali oleh Wai. Hidung Kyungsoo yang sudah mengalirkan cecair darah namun hanya dibiarkan oleh mereka semua. Magnolia dan Gayoon yang melihat ketua paling tertinggi itu hanya mendiamkan diri bersama Sulli, Victoria, Amber, Luna, Seohyun, Taeyeon dan ramai lagi puak-puak puntianak ketika itu."Daesung!" panggil Wai lalu lelaki bernama Daesung menghampiri Wai."Ya!" Daesung menyahut sebaik saja berdiri di sebelah Wai."Aku nak kau cari maklumat yang cuba disorokan budak ni... Jika ada maklumat terbaru kau bawa ia kepadaku dengan segera!" arah Wai lalu Daesung menunduk perlahan tandanya dia mengerti. "Sulli!" jerit Wai lagi, Sulli yang tersentak menghampiri wanita itu lalu Wai berkata dengan lantang kepadanya, "Bawa Siwon kembali ke sini hidup-hidup!" arah Wai lagi. Sulli mengangguk tanda faham akan perkara itu."Seohyun! Kau ikut Sulli. Laksanakan kerja bersama dia, pastikan SIWON kembali ke sini HIDUP-HIDUP. FAHAM?"
last updateLast Updated : 2023-03-12
Read more

♚ 058

Suara Miss Liya bergema di setiap sudut ruang yang ada. Ana dan Maria sudah gelabah, mereka berdua tahu salah Ana tapi kenapa Miss Liya menjerit sehingga mahu gugur jantung orang yang sedang tidur ketika mendengarkannya?Ana sudah ketawa geli hati melihatkan kejadian sebentar tadi. Manakala Maria cuba mengawal ketawanya. "Kau ni Ana! Tak baikla." kata Maria sambil menepuk bahu Ana. Akhirnye mereka berdua sama-sama ketawa kerana melihatkan aksi cikgu muda itu berlari seperti nampak hantu.Miss Liya yang lari masuk ke dalam pondok rehat mereka langsung tidak keluar semula. Mungkin malu atau marah dengan Ana barang kali. Hoya yang hendak ke pondok perigi itu, melihat Ana dan Maria tercegat di tengah-tengah lorong tersebut sambil ketawa tidak henti-henti lalu lelaki itu menghampiri mereka berdua. "Awak berdua kenapa?" tanya Hoya. Rasa ingin tahunya membuak-buak."Kami pun tak tahu." Jawab Ana lalu tersengih manakala Maria sudah meletuskan ketawanya. Usikkan Ana nampaknya berjaya membuat
last updateLast Updated : 2023-03-12
Read more

AUTHOR NOTE 💜

Assalamualaikum dan hai semua, kepada sesiapa yang sudi baca dari awal sehingga bab yang terakhir tu terima kasih sangat-sangat ;D.Sedikit latar belakang cerita ni, sumber yang saya perolehi untuk olah cerita ini semua adalah dari hasil saya menonton drama dan movie orang putih iaitu ;🍃TEEN WOLF - BERKAITAN DENGAN PUAK SERIGALA DAN PUNTIANAK.🍃THE LEGEND OF THE SEEKER - BERKAITAN DENGAN THE SEEKER DAN MOTHER CONFFESSER.🍃THE LORD OF THE RING - PUAK ORCK DAN THE WIZARD.🍃MANAKALA THEe SHADOW DAN MANUSIA HALIMUNAN SAYA BAYANG DAN REKA SENDIRI ;DSebenarnya, cerita ini ditulis pada tahun 2014, tetapi pada ketika itu saya stop menulis atas kesibukan yang melanda diri. Jadi cerita ini tergantung sepi tiada ending.Namun pada kali ini, saya cuba siapkan juga agar cerita ini tidaklah tergantung sepi bak lagu Hakim Rusli tu haha. Jadi rasa lega, bila cerita ni dah 100% siap sepenuhnya. Boleh saya menulis cerita lain pula yang tergendala tergantung sepi juga haha.Tak tahulah, endingnya
last updateLast Updated : 2023-03-12
Read more

♚ 059

Keadaan rumah Jin Young kini hanya tinggal tinggal kerana dalam rumah tersebut sudah habis hancur akibat diserang oleh puntianak. Puak serigala yang tidak semuanya bersedia sepenuhnya telah diserang oleh puak puntianak. Jin Young yang tercedera di bahagian kepala mula sedarkan diri dan bangun secara perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit dan matanya kelihatan kabur. Dia cuba mencari Siwon akan tetapi tidak bisa kerana baru saja mahu melangkah dia terjatuh semula.CNU dan Baro yang tercedera di bahagian dahi dan juga kaki serta lengan mereka terbau sesuatu yang sangat mereka kenali. "Bau gas!" jerit Baro dan CNU menolak bahu Baro agar membawa ketiga-tiga kawan mereka yang pengsan keluar dari rumah itu."Kita tak boleh angkat dia orang bertiga." kata Baro gelisah."Sudah, kau pergi tutup dapur gas cepat!" arah CNU dan Baro yang tercedera di bahagian kaki terpaksa juga mengheret kakinya ke arah dapur lalu sampai saja di bahagian dapur. dia menutup dapur gas dan tanpa sedar bunyi letupan
last updateLast Updated : 2023-03-13
Read more
PREV
1
...
45678
...
10
DMCA.com Protection Status