Air mata gadis itu diseka oleh seseorang membuatkan gadis itu menoleh ke sisinya. "Janganlah menangis." Suara lembut yang datang dari bayang-bayang seseorang menusuk gegendang telinga gadis itu. "Dia tak sayangkan aku!" kata gadis tersebut lalu air matanya kembali mengalir dengan deras. Dia dapat rasakan yang ibunya langsung tidak pernah memberikannya kasih sayang sejak munculnya pemuda itu di dalam rumah mereka. "Dia bencikan aku!" ungkap gadis itu tersekat-sekat kerana manahan tangis..."Tak, semua tu tak betul." Suara lembut milik seseorang itu kedengaran lagi sepertinya dia juga turut bersedih kerana melihat temannya bersedih. Usapan lembut diberikan ke wajah gadis itu, cuba menenangkannya dari terus menitiskan air mata..."Kalau tak betul, kenapa dia buat semua tu? Aku cuma tak sengaja," kata gadis itu lagi. Dia tidak dapat utarakan ungkapan kerana dia sendiri tidak mengetahui mengapa ibu gadis itu sanggup melakukan perkara yang menyeksakan hidup anaknya sendiri."Ana, dengar
Last Updated : 2023-01-19 Read more