Home / Fantasi / Satu Bintang (Bahasa Malaysia) / Chapter 11 - Chapter 20

All Chapters of Satu Bintang (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 20

93 Chapters

♚ 011

"Semua harus bersedia!!" teriak Lily yang berada di hadapan Ana. Kini semua orang harus membantu Ana mengawal kuasanya. Krystal silap, kuasa Ana tidak boleh dikawal hanya dengan dua orang sahaja. Dia memerlukan lebih ramai orang supaya mereka yang berada di dalam rumah itu tidak tercedera. Semua orang bangun dari duduk mereka. Bersedia untuk mengelak serangan dari Ana. "Kemungkinan besar, jika kita semua membantu dia dapat kawal kuasa tersebut." jerit Jungkook pula kepada mereka yang lain. Jin Hyuk dengan Ken saling berpandangan apabila mendapati simbol di tangan Ana muncul semula. Simbol itu amat terang warnanya sepekat darah yang mengalir. Tia dan Maria pula bingung walaupun mereka sudah berdiri tapi mereka tidak tahu mahu membuat apa."Kenapa kau marah sangat??" tanya Krystal yang kini berada berhadapan dengan Ana. Wajah Ana jelas kelihatan yang dia sedang marah cuma mangsa saja dia tidak tahu siapa. "JAWAB DENGAN AKU! Kenapa kau marah sangat?" tanya Krystal la
last updateLast Updated : 2023-01-24
Read more

♚ 012

Masa berlalu dengan pantas. Ana terjaga dari tidurnya kerana berasa ada air sedang membasahi tubuhnya ketika itu. Perlahan-lahan tangan mengusap wajah yang kebasahan dek kerana air yang begitu banyak disimbah ke arahnya."Kau! Nak jadi apa? Aku panggil berkali-kali suruh bangun. Kau buat apa malam tadi sampai tidur tak ingat dunia ni? Jual badan? Penat kalah orang bekerja." marah ibu Ana membuatkan Ana terkebil-kebil melihat sikap ibunya yang tiba-tiba menyingga bagaikan harimau di pagi hari itu."Apa lagi kau tunggu? pergi siap cepat. Sekolah!" marah ibunya lagi membuatkan Ana terkial-kial kerana dia masih berada dalam keadaan mamai. Ana mengapai tualanya di tempat penyakut dan meluru masuk ke dalam kamar mandi. Sewaktu di dalam kamar mandi, Ana melihat wajahnya di hadapan cermin sambil membelek-belek pipinya. Ternyata wajahnya meninggalkan kesan calar di pipi kanannya. Ana mengeluh sendirian apabila kejadian semalam terimbas kembali di mindanya.Siap-sia
last updateLast Updated : 2023-01-25
Read more

♚ 013

Kejadian yang baru berlaku tadi membuatkan kelas mereka sunyi sepi. Wajah guru Prinsip Akaun itu berkerut-kerut akibat tidak menyangka apa yang sudah berlaku ketika itu. Jin Young yang dikenali sebagai kaki tidur itu mula berdiri dari tempat duduknya. Tangannya di naikkan tinggi ke atas menandakan yang dia sedang mengeliat sambil mulut ternganga kerana menguap. "Toilet." kata nya lalu membuka langkah mahu keluar dari kelas tersebut sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolahnya.Cikgu Yesung merupakan guru Prinsip Akaun yang mengajar di kelas 1A1 itu hanya membiarkan saja. Peluang untuk Maria dan Tia juga keluar dari kelas itu semakin tipis akan tetapi mereka perlu mencuba nasib untuk keluar juga kerana risaukan sahabat mereka entah ke mana perginya. "Cikgu! Izinkan saya ke tandas." kata Maria tanpa sebarang reaksi dari cikgu tersebut dia terus menarik tangan Tia keluar dari kelas itu."Fuh." Tia mengelap peluh yang konon-kononnya mengalir di dahiny
last updateLast Updated : 2023-01-26
Read more

♚ 014

  "Anak tak guna!" letus suara orang itu membuatkan Ana mengangkat mukanya melihat susuk tubuh ibunya yang sedang menyingga di hadapan kelasnya. Tia dan Maria mahu menghampiri Ana akan tetapi dihalang oleh ibu Ana. "Jangan kau berdua berani-berani dekati anak aku! Jika kau tak mahu terima benda yang sama lebih baik kau jauhkan diri." kata ibu Ana tanpa menoleh ke arah Tia dan Maria. Kedua-dua orang gadis itu mula kecut perut tapi mereka tetap kasihankan Ana ketika itu. "MA..." panggil Ana perlahan. Dia cuba untuk bangun dari tersungkur atas lantai itu. Ibunya yang melihat usaha Ana itu terus menarik tangan Ana berdiri semula lalu tangannya memukul-mukul tangan Ana kerana geram."Aku hantar kau ke sekolah bukan nak suruh kau bergaduh. Bukan nak suruh kau mengatal! Aku suruh belajar. BELAJAR! KAU FAHAM TAK BELAJAR, HA?" marah ibunya sambil menunjual-nunjal kepala Ana dengan jarinya."Puan, bawa bersabar Puan perkara ni boleh dibawa bincang." pujuk Miss Liya
last updateLast Updated : 2023-01-27
Read more

♚ 015

Semua orang mula panik melihat gadis itu sudah tidak sedarkan diri dan darah pekat mengalir di dahinya, dengan sepantas kilatnya Cikgu Yesung mengangkat Ana menuju ke keretanya. Miss Liya juga turut ikut begitu juga dengan Maria dan Tia kerana terlalu risau akan keadaan Ana, lelaki yang selamatkan Ana tadi dibiarkan soalan itu lenyap tanpa sebarang jawapan. "Kamu!" panggil cikgu Yesung kepada lelaki yang selamatkan Ana tadi. Budak lelaki itu menoleh. "Mari cikgu bawa kamu ke hospital juga." kata cikgu Yesung"Muat ke?" tanya Tia dengan muka hairan. "Tak, kalau macam tu Tia kamu tunggu di sekolah. Biar Maria yang ikut." sampuk Miss Liya."Ha? Mana aci macam ni, saya pun nak ikut juga!" bentak Tia membuatkan Maria terus menyentuh bahu Tia."Tapi kereta ni tak muat." kata Miss Liya tetap dengan keputusannya."Ini tidak adil cikgu, saya pun risaukan Ana." marah Tia lagi."Sudahlah Tia, kita berdua turun. Habis sekolah nanti kita jenguk Ana, baru adil." kata Maria tenang. Tia menyilangkan
last updateLast Updated : 2023-01-29
Read more

♚ 016

   "Yang sebenarnya apa doktor?" tanya Miss Liya agak ternanti-nanti dengan apa yang bakal diutarakan oleh doktor tersebut."Saya nak tanya betul ke dia kemalangan jalan raya?" tanya doktor itu kepada Miss Liya. Kini wajah Miss Liya berkerut seribu akibat terkejut dengan soalan yang ditanya itu."Benarlah, budak lelaki itu yang cuba selamatkannya." kata Miss Liya sambil jari menunjuk ke arah Kevin yang berdiri di sebelah kakaknya."Oh, jika begitu tidak mengapalah." balas doktor itu masih tidak mahu memberitahukan perkara yang sebenarnya. "Kenapa doktor?" tanya Miss Liya."Sebab dia tidak mengalami kecederaan berat. Hanya luka ringgan di kakinya saja. Semuanya okay." jawab doktor itu sambil mengukirkan senyuman kepada Miss Liya membuatkan Miss Liya menghembus nafas lega. "Tapi..." mendengarkan perkataan itu terus Miss Liya menoleh semula ke arah doktor lelaki itu. "Dia sepertinya lemah. Saya tidak pasti mungkin kerana dia kurang tidur at
last updateLast Updated : 2023-01-30
Read more

♚ 017

   "Mulai hari ni, Ana! Kau kena tinggal di rumah salah seorang daripada kami." kata Niel setelah beberapa minit selepas kesan sampingan Ana hilang. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku. Elley dan adik-beradiknya telah pun pulang. Sekarang yang tinggal hanya Ana, Tia, Maria, Niel, Ken, Miss Liya, Kevin dan Jin Hyuk. Cikgu Yesung dan Kahi juga telah pulang ke sekolah dan pejabat kerana mereka ada kerja yang belum selesai."Jadi, apa yang kita nak buat sekarang?" tanya Tia seolah-olah tidak mendengar apa yang Niel katakan tadi."Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?" tanya Niel agak berang dengan sikap Tia yang sepertinya sambil lewa atas apa yang berlaku."Aku dengar tapi selepas Ana dah tinggal di rumah salah seorang antara kita. Apa rancangan seterusnya?" tanya Tia tidak mahu mengalah dengan Niel membuatkan Niel memandangnya dengan pandangan tajam. Siapa tidak kenal dengan Tia? Sikap seorang gadis yang tidak mempedulikan perasaan orang lain, bahka
last updateLast Updated : 2023-01-31
Read more

♚ 018

Ana pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak keruan. Pintu rumah dikuak, tiada sebarang kelibat manusia pun di dalam rumah itu. Ana segera menaiki anak tangga. Dia mendekati pintu bilik ibunya dan sewaktu dia menghampiri pintu tersebut Ana terdengar suara ibunya dan seorang lelaki sedang bergelak ketawa seolah-olah mereka berdua sedang bahagia. Ana rasa dirinya tidak penting dalam rumah itu, tidak penting jika dia mahu berada di sisi ibunya sendiri. Ana menahan rasa sakit di hatinya sehingga air matanya mahu mengalir sekali lagi. Akan tetapi sewaktu dia hendak mengundurkan diri dari pintu tersebut Ana terlanggar kaki meja yang berada di sebelah pintu biliknya dan tidak semena-menanya pasu bunga yang berada di atas meja kecil itu terjatuh.Ana terkejut dan dia menoleh ke arah pintu bilik ibunya. Tiada sesiapa yang cuba keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang berlaku di luar bilik mereka ketika itu. Ana rasa tidak sedap hati, dia tahu tadi itu suara ibunya tapi
last updateLast Updated : 2023-02-01
Read more

♚ 019

"MAAAAA!" Ana menjerit tatkala melihat ibunya sudah terbaring di atas lantai akibat terjatuh dari tangga. Ana mendapatkan ibunya dan mengangkat ibunya menuju ke arah sofa. Tanpa sebarang tangisan Ana menangis semahunya melihat ibunya begitu. Tangan ibunya digapai. "Ma, Ana sayang ma. Kenapa semua ni terjadi pada kita?" tanya Ana sambil mencium tangan ibunya. Sedih dan pilu yang ibunya rasa ketika itu, Ana turut merasainya.Woo Jin menuruni anak tangga dengan begitu pantas bersama perempuan simpanannya. Ana menoleh ke arah lelaki itu. Dendam memenuhi ruang kosong yang berada di dalam hati Ana. "Tak boleh ke kau layan mak aku baik-baik?" tengking Ana sekuat hatinya. Woo Jin tidak mengendahkan pertanyaan Ana sebaliknya dia memulas tombol pintu rumah mahu keluar dari situ. "KAU DENGAR TAK AKU TANYA? KE KAU PEKAK?" tengking Ana sekali lagi. Kini, Ana memang benar-benar hilang sabar. Simbol berwarna merah di tangan Ana mula bernyala membuatkan Ana menggengam erat penumbuknya. Ger
last updateLast Updated : 2023-02-02
Read more

♚ 020

Air hujan yang turun membasahi bumi seperti merasai apa yang dirasai oleh Ana ketika itu. Setelah selamat ibu Ana dikebumikan, Woo Jin mendekati Ana...tanpa sedar air mata lelakinya turut mengalir mungkin dia menyesal atas apa yang berlaku akan tetapi semuanya sudah terlambat, tiada guna lagi jika dia mahu menyesal kerana semuanya sudah berlaku."Ana..." perlahan suara Woo Jin memanggil Ana yang baru sedar akan keadaan sekelilingnya. Maria dan Tia memapah Ana yang sudah tidak bermaya ketika itu. Perasaan benci dan dendam mula mengusai Ana tatkala melihat wajah Woo Jin di hadapannya. "Kau nak apa lagi? Sekarang kau puas hati? Kau dah bunuh orang yang aku sayang, lepas ni kau nak bunuh siapa pula? AKU?" entah dari mana datangnya semangat memarahi lelaki itu. Mata Ana berubah merah menahan geram tangannya digenggam begitu kuat. Maria dan Tia terpaksa melepaskan bahu Ana kerana mereka takut akan perubahan diri Ana ketika itu.Woo Jin mendiamkan dirinya. "Aku
last updateLast Updated : 2023-02-03
Read more
PREV
123456
...
10
DMCA.com Protection Status