Home / Fantasi / Satu Bintang (Bahasa Malaysia) / Chapter 31 - Chapter 40

All Chapters of Satu Bintang (Bahasa Malaysia): Chapter 31 - Chapter 40

93 Chapters

♚ 031

Perjalan diteruskan, Yixing yang sudah pulih dari kuasa Ellera hanya mengikut mereka semua kerana dia mahu pulang ke rumahnya sendiri dan berjumpa dengan adik-adiknya. Ken dan Taehyung ditugaskan untuk memantau Yixing, takut-takut dia apa-apakan sesiapa sewaktu dalam perjalan itu manakala Elley ditugaskan pula untuk menjaga Ana."Kau tak penat ke gendong dia? Dah dekat 3 jam kita berjalan." Kata Jongin sambil memengang tangan adiknya kerana dia juga takut kalau-kalau adiknya sesat dihutan itu. Elley yang mendengar soalan itu hanya tersenyum sinis."Kenapa? Kau nak gantikan aku bawa dia?" tanya Elley membuatkan Jongin segera menggelengkan kepalanya."Tak mahu, aku nak jaga adik aku." jawab Jongin membuatkan Elley ketawa kecil."Sweet aje aku tengok Elley tu bila dengan Ana. Dia ada perasaan apa-apa ke dengan Ana?" pertanyaa Tia itu membuatkan Daehyun mengalihkan pandangannya ke arah Tia."Apa? Tak betul ke aku cakap?" tanya Tia lagi a
last updateLast Updated : 2023-02-14
Read more

♚ 032

"Apa kau nak?" Krystal bertanya lantang kepada si orang asing tersebut. Siapakah dia? Mengapa dia datang bersama adik Yixing. Pelbagai soalan terlintas di kepala Yixing sendiri."Adik!" Yixing menepis tangan Ken yang sedang memaut lengannya agar dirinya tidak ke mana-mana kerana pada bila-bila masa saja, pihak musuh akan menyerang mereka semua."Jangan!" Ana cuba menarik lengan Yixing akan tetapi tidak sempat kerana lelaki tinggi itu terus meluru ke hadapan dan tanpa sedar, dirinya dipanah oleh beberapa anak panah dari belakang orang yang sedang memengang adiknya.Nasib baik anak panah itu tidak sempat menembusi tubuh Yixing kerana Ana sempat mengejar dan menolak lelaki itu jatuh tergolek di atas tanah."KAU NAK MATI KE!" Tengking Ana sewaktu lelaki itu cuba bangun dari jatuhnya. Yixing menoleh ke arah adiknya yang sedang menunjukkan reaksi ketakutan."Tapi adik aku." Yixing berkata perlahan lalu menundukkan dirinya.Ana men
last updateLast Updated : 2023-02-15
Read more

♚ 033

Kyungsoo memerhati sekeliling, dia rasakan ada sesuatu tidak kena. Waktu rehat masih lagi sedang menanti penamatnya. Kyungsoo langsung tidak ke kantin sekolah bukan kerana dia tidak mahu makan akan tetapi hatinya rasa tidak enak sejak dari awal pagi lagi. Dia menuju ke loker sekolah dan sewaktu dengan itu, dia melihat seseorang dari kelas 1A1 sedang berbual dengan seseorang yang bukan pelajar dari sekolah itu."Apa mereka sedang buat?" Kyungsoo berfikir sejenak sambil memerhati dan mendengar perbualan mereka."Aku nak kau serahkan manusia pada aku! Jika tidak darah kau akan aku serahkan!" Lantang suara lelaki berbadan tinggi lampai dan berotot itu menjerkah pelajar tersebut. Suho mengamati wajah budak itu dan alangkah terkejutnya dia apabila lelaki itu adalah Jin Young.Koler baju yang direntap oleh lelaki itu ditepis kuat oleh Jin Young dengan wajah yang hanya menahan geram. Koler yang kelam kelibut dibetulkannya lalu menepuk-nepuk bahunya sendiri kononny
last updateLast Updated : 2023-02-16
Read more

♚ 034

"Ibu saya kata, Ahli Sihir cantik jelita akan muncul di kampung kami selepas ibu saya pergi dari hidup kami adik-beradik." Yixing menjawabnya dengan nada tenang. Kevin bingkas bangun dari melutut dan mengalihkan pandangannya ke arah Krystal yang masih mendiamkan dirinya."Kau kenal dengan ibu mereka?" pertanyaan dari Jin Hyuk mematikan lamunan Krystal lalu wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah budak kecil itu dan juga Yixing."Zhang Yi Mei?" nama itu terpancul dari mulut Krystal membuatkan Yiming mendonggakkan kepalanya ke arah Krystal."Kamu berdua anak Yi Mei?" tanya Krystal lagi lalu melutut menghadap Yiming. Budak kecil itu mengangguk perlahan tanpa sebarang kata Krystal terus memeluk Yiming."Saya tak tahu apa yang berlaku, tapi buat masa sekarang... Kita perlu teruskan perjalanan atau pun berhenti di sini?" pertanyaan Jongin membuatkan semua mata tertumpu kepadanya lalu Jongmyun mengangkat tangannya menunjuk ke arah langit dan sekali l
last updateLast Updated : 2023-02-17
Read more

♚ 035

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Sandeul bertanya, salah seorang kawan daripada Kyungsoo dan juga Jin Young terlihat kejadian kiss itu secara tidak sengaja."Gila tak nampak!" Gongchan pula bersuara."Nampaknya Jin Young semakin berani sekarang." suara Sehun kedengaran lalu bersandar di pintu kelas kosong yang tidak digunakan lagi oleh pihak sekolah itu tanpa menoleh ke arah Gonchan dan Sandeul."Sejak bila kau ada dekat situ?" tanya Sandeul membuatkan Sehun tersengih melihat mereka berdua."Hai! Guys." Chen menjerit dari kejauhan, maklumlah suaranya dari jauh pun dah tahu siapa orangnya.Kyungsoo dan Jin Young muncul, kebetulan pula Baro dan juga CNU turut lalui lorong itu."Apa kau orang semua buat dekat sini?" Kyungsoo bertanya."Heol! Kau dalam masalah takkan kami nak biarkan aje." Luhan muncul dengan snek di tangannya bersama Xiumin."Nampaknya, semua orang dah berkumpul." Kata Chanyeol pula yang entah
last updateLast Updated : 2023-02-18
Read more

♚ 036

"Eveland!" Krystal memberhentikan langkahnya lalu mengeluarkan suaranya. Semua orang berhenti dan melihat ke arah Krystal. Tangan wanita itu sedang menunjuk ke satu arah yang di mana tidak jauh dari mereka kelihatannya sebuah pekan kecil."Kita akan singgah di Eveland, di sana. Siapa yang nak mandi boleh mandi, nak berehat boleh berehat. Tapi untuk sewa bilik maaf, saya tak dapat janji semua tu sebab bilangan di antara kita terlalu ramai untuk menyewa bilik setiap seorang." Terang Krystal dengan panjang lebarnya. Mereka semua mengangguk."Ana!" Taehyung menghampiri Ana yang sedang penat berjalan itu."Kenapa?" Ana menoleh dengan pandangan yang berkerut."Aku nak story sikit dengan kau tapi bila dah sampai dekat sana nantilah." Kata Taehyung."Story, pasal apa?" tanya Ana agak hairan jarang sekali kumpulan halimunan itu nak story mory dengan dia ini pasti ada benda yang tak kena."Nanti sampailah aku cerita, okay?" pujuk Taeh
last updateLast Updated : 2023-02-19
Read more

♚ 037

"Yoon He!" satu suara memanggil gadis yang sedang berjalan menuruni anak tangga ingin pulang ke rumah tanpa teman itu. Yoon He mula berasa seram dengan panggilan tersebut."Yoon He!!" semakin lama semakin suara itu menghampirinya apa lagi takkan nak tunggu lagi? Gadis itu membuka langkah besar untuk menuruni anak tangga itu akan tetapi tangannya ditangkap seseorang membuatkan dia menjerit kuat..."Ahhhhhhh! Lepaskan aku! Lepaskan aku, let me go!" jerit Yoon He ketakutan."Hoi! Kau ni kenapa? Dah serupa kena rasuk aku tengok?" Yoon He membuka mata sebaik saja suara Mei Ling menusuk ke telinganya."Lah, kau ke? Aku ingat siapalah tadi." Marah Yoon He lalu menuruni anak tangga dengan laju sambil menarik tangan Mei Ling semakin lama semakin seram dia berada di situ."Apa masalah kau ni?" marah Mei Ling."Kau dari mana?" soalan Mei Ling dibiarkan begitu saja."Dari pusat sumberlah, hantar buku. Yang kau takut-takut ni kenapa?
last updateLast Updated : 2023-02-20
Read more

♚ 038

"Ana!!!!!!" orang yang paling gembira jumpa gadis itu adalah Miss Liya. Krystal menghampiri Ana lalu bertanya,"Kamu ke mana? Tahu tak semua orang risau? ELLEY!" marah wanita itu. Ana dan Elley saling berpandangan lalu menunduk ke bawah."Saya tak ke mana-mana cikgu, hanya keluar bersiar-siar di pekan." Jawab Ana lalu tersenyum melihat ke arah rakan-rakannya. Wajahnya yang baru lepas menangis menyebabkan matanya menjadi begitu sembab namun tiada seorang pun yang perasan akan perkara itu."Mana kau dapat buah ni? Nampak macam sedap." Tia menghampiri lalu tanpa meminta izin terus dia mengambil buah yang ada di dalam bakul yang dibaw oleh Ana itu."DI SANA!!!!" jerit satu suara membuatkan Elley dan Ana saling berpandangan."Huh!" Ana terkejut dengan jeritan yang dilontarkan oleh seorang lelaki tidak jauh dari mereka semua. Di belakang orang itu terlalu ramai pengawal di raja Eveland."Kenapa ni?" pertanyaan dari Krystal mengundang k
last updateLast Updated : 2023-02-21
Read more

♚ 039

Luka-luka yang tercalit di lengan Taemin disapukan dengan ubat sebelum menuamnya dengan kain dan air. Suara Taemin mengerang kesakitan dalam tidurnya. Puan Do Ri terpaksa melakukan tugasnya dengan perlahan ketika itu supaya Taemin tidak sedarkan dirinya. Kebetulan pula Kyungsoo baru saja selesai membersihkan dirinya lalu dia turun ke bawah dengan kadar segera bagi melihat sepupunya yang kecil itu."Macam mana ma?" pertanyaan Kyungsoo membuatkan Puan Do Ri segera menoleh."Nah, kamu pulalah yang buat. Ma rasa dia trauma mi. Dah berapa minggu dia kena tawan dengan puntianak? Luka-luka ni nampak macam dah lama dan ni pula baru." Kata Puan Kyungsoo sambil menunjuk ke arah luka-luka itu."Tak tahulah ma, Tia tak cerita apa-apa pun. HACUMM!" jawab Kyungsoo diselangi dengan bersin yang kuat."Kamu demam ke?" tanya Puan Do Ri lalu dahi anaknya ditekup. "Panasnya!" Puan Do Ri menarik semula tangannya tandanya badan anaknya seperti haba panas yang membolehk
last updateLast Updated : 2023-02-22
Read more

♚ 040

Elley mendekati Ana ketika gadis itu sedang duduk mencakung di atas batu sambil menongkat dagu kerana termenung. "Kau patut tahu yang dia sebenarnya tak maksudkannya," suara halus Elley menusuk ke gegendang telinga Ana perlahan. Gadis itu menonggakkan kepalanya melihat ke arah Elley."Apa kau buat dekat sini?" pertanyaan Ana mengudang senyuman sinis daripada Elley."Macamlah aku tak tahu kau merajuk macam mana, susah sangat ke kau nak terima apa yang Krystal cakap?" tanya Elley lalu duduk bersebelahan dengan Ana."Bukan susah nak terima tapi dia menuduh tanpa bukti, aku belilah buah tu. Bukan aku sengaja nak curi. Penjual buah tu mungkin ingat aku orang asing sebab aku beri duit dunia manusia padanya. Kau sendiri tahu tadi." Suara Ana mendatar akan tetapi masih dapat didengari oleh Elley.Ana mula menuduk semula memandang ke arah tanah, dia sendiri buntu ke mana dia harus pergi? Lari semula ke Eveland, selepas apa yang terjadi? Tidak pasal-pasal d
last updateLast Updated : 2023-02-23
Read more
PREV
123456
...
10
DMCA.com Protection Status