"Yoon He!" satu suara memanggil gadis yang sedang berjalan menuruni anak tangga ingin pulang ke rumah tanpa teman itu. Yoon He mula berasa seram dengan panggilan tersebut.
"Yoon He!!" semakin lama semakin suara itu menghampirinya apa lagi takkan nak tunggu lagi? Gadis itu membuka langkah besar untuk menuruni anak tangga itu akan tetapi tangannya ditangkap seseorang membuatkan dia menjerit kuat..."Ahhhhhhh! Lepaskan aku! Lepaskan aku, let me go!" jerit Yoon He ketakutan."Hoi! Kau ni kenapa? Dah serupa kena rasuk aku tengok?" Yoon He membuka mata sebaik saja suara Mei Ling menusuk ke telinganya."Lah, kau ke? Aku ingat siapalah tadi." Marah Yoon He lalu menuruni anak tangga dengan laju sambil menarik tangan Mei Ling semakin lama semakin seram dia berada di situ."Apa masalah kau ni?" marah Mei Ling."Kau dari mana?" soalan Mei Ling dibiarkan begitu saja."Dari pusat sumberlah, hantar buku. Yang kau takut-takut ni kenapa?"Ana!!!!!!" orang yang paling gembira jumpa gadis itu adalah Miss Liya. Krystal menghampiri Ana lalu bertanya,"Kamu ke mana? Tahu tak semua orang risau? ELLEY!" marah wanita itu. Ana dan Elley saling berpandangan lalu menunduk ke bawah."Saya tak ke mana-mana cikgu, hanya keluar bersiar-siar di pekan." Jawab Ana lalu tersenyum melihat ke arah rakan-rakannya. Wajahnya yang baru lepas menangis menyebabkan matanya menjadi begitu sembab namun tiada seorang pun yang perasan akan perkara itu."Mana kau dapat buah ni? Nampak macam sedap." Tia menghampiri lalu tanpa meminta izin terus dia mengambil buah yang ada di dalam bakul yang dibaw oleh Ana itu."DI SANA!!!!" jerit satu suara membuatkan Elley dan Ana saling berpandangan."Huh!" Ana terkejut dengan jeritan yang dilontarkan oleh seorang lelaki tidak jauh dari mereka semua. Di belakang orang itu terlalu ramai pengawal di raja Eveland."Kenapa ni?" pertanyaan dari Krystal mengundang k
Luka-luka yang tercalit di lengan Taemin disapukan dengan ubat sebelum menuamnya dengan kain dan air. Suara Taemin mengerang kesakitan dalam tidurnya. Puan Do Ri terpaksa melakukan tugasnya dengan perlahan ketika itu supaya Taemin tidak sedarkan dirinya. Kebetulan pula Kyungsoo baru saja selesai membersihkan dirinya lalu dia turun ke bawah dengan kadar segera bagi melihat sepupunya yang kecil itu."Macam mana ma?" pertanyaan Kyungsoo membuatkan Puan Do Ri segera menoleh."Nah, kamu pulalah yang buat. Ma rasa dia trauma mi. Dah berapa minggu dia kena tawan dengan puntianak? Luka-luka ni nampak macam dah lama dan ni pula baru." Kata Puan Kyungsoo sambil menunjuk ke arah luka-luka itu."Tak tahulah ma, Tia tak cerita apa-apa pun. HACUMM!" jawab Kyungsoo diselangi dengan bersin yang kuat."Kamu demam ke?" tanya Puan Do Ri lalu dahi anaknya ditekup. "Panasnya!" Puan Do Ri menarik semula tangannya tandanya badan anaknya seperti haba panas yang membolehk
Elley mendekati Ana ketika gadis itu sedang duduk mencakung di atas batu sambil menongkat dagu kerana termenung. "Kau patut tahu yang dia sebenarnya tak maksudkannya," suara halus Elley menusuk ke gegendang telinga Ana perlahan. Gadis itu menonggakkan kepalanya melihat ke arah Elley."Apa kau buat dekat sini?" pertanyaan Ana mengudang senyuman sinis daripada Elley."Macamlah aku tak tahu kau merajuk macam mana, susah sangat ke kau nak terima apa yang Krystal cakap?" tanya Elley lalu duduk bersebelahan dengan Ana."Bukan susah nak terima tapi dia menuduh tanpa bukti, aku belilah buah tu. Bukan aku sengaja nak curi. Penjual buah tu mungkin ingat aku orang asing sebab aku beri duit dunia manusia padanya. Kau sendiri tahu tadi." Suara Ana mendatar akan tetapi masih dapat didengari oleh Elley.Ana mula menuduk semula memandang ke arah tanah, dia sendiri buntu ke mana dia harus pergi? Lari semula ke Eveland, selepas apa yang terjadi? Tidak pasal-pasal d
Aksi kejar mengejar berlaku di dalam hutan, puak serigala semua turun padang mahu mengejar puntianak menyelinap masuk ke asrama mereka. Luhan dan Chen bertembung sewaktu sedang mengejar puntianak tersebut.Tao yang tidak jauh dari mereka cuba mengelilingi kawasan puntianak itu berdiri, perlahan-lahan mendekati perempuan yang memakai serba hitam itu.Luhan merubah dirinya kepada manusia lalu bertanya kepada puntianak tersebut, "Apa kau buat di sini? Apa kau mahu mencari mangsa baru?" pertanyaan dari Luhan membuatkan perempuan itu berkerut di dahinya."Kau siapa?" tanya perempuan itu kepada Luhan dan puak serigala yang sedang mengelilingi dirinya itu. Luhan pula mengerutkan dahinya, tanda tidak mengerti apa yang sedang berlaku ketika itu. Mengapa puntianak ini kelihatan berbeza daripada biasa yang mereka selalu lihat. Xiumin dan Chen serta Tao merubah diri mereka kepada manusia. Wajah pucat puntianak itu diteliti dan apabila Chen cuba memer
"Ceritalah..." Ellios memberi isyarat kepada adik-beradiknya yang lain."Kalau Krystal tahu?" Ellvin bertanya, mereka masih lagi berpandangan sesama sendiri."Kau semua harus rahsiakannya daripada Krystal dan semua budak perempuan yang ada dekat sana tu termasuk Ana! Janji?" tanya Ellios sambil membuat wajah serius. Ellvis menggeleng laju."Kau ni gila apa? Nak cerita rahsia tu dekat dia orang kalau dia orang terlepas cakap tak ke naya kita kena?" marah Ellvis, sungguh hatinya terasa apabila dia abang sulung kepada mereka tiga beradik dipinggirkan begitu saja."Tapi selagi kita tak cerita selagi tu mereka akan bertanya." Jawab Ellvin pula."Macam mana dengan kau Elley?" Tanya Ellvis kepada adik lelaki bongsu mereka itu. Elley hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu."Hey apasal kau semua berpandang-pandangan?" tegur Jongmyun agak hairan melihat kelima-lima shadow itu berbual hanya dengan menggunakan pergerakkan badan sahaja.
"Ana! Berapa kali cikgu nak pesan ni? Jangan banyak bergerak luka belakang kamu belum pulih lagi!" Miss Liya datang menghampiri apabila melihat Ana jatuh di atas tanah itu dia cuba mendekati gadis kecil itu akan tetapi tangannya ditepis kuat. Elley bangun dari duduknya, dia melihat gadis itu sedang menangis tanpa tangisan sayu rasa hatinya.Perlahan-lahan Ana bingkas bangun dan menghampiri Elley. Tidak tahu apa yang bakal dia lakukan akan tetapi langkahnya terus mara ke arah Elley dan setelah dirinya sampai di hadapan lelaki itu satu tamparan kuat mengenai wajah lelaki itu sehingga topeng yang dipakainya tertanggal.Elley segera menutup wajahnya yang ditampar oleh Ana, sedaya upaya dia cuba menyorokkan wajahnya itu."Kau penipu! Kau penipuuuu!" Jerit Ana lalu gadis itu jatuh pengsan semula. Ellvin mengambil topeng milik adiknya lalu dibuang segala sisa tanah yang melekat pada topeng itu lalu diserahkan semula kepada Elley."Aku harap dia boleh lup
"Apa ni?" Keesokannya, wanita yang telah menjadi legenda dalam sejarah dunia lama itu diberikan penyapu, mop, baldi, kain buruk serta penyodok. Luhan hanya sekadar mengukirkan senyuman manisnya kepada wanita yang sudah bergelar ibu kepada Jongin dan Jongmyun itu. "Jadi tukang cuci!" Luhan dengan selambanya menjawab soalan wanita tersebut dengan senyuman yang masih kekal di bibirnya. Xiumin, Tao dan Chen yang mengikuti Luhan ke store belakang asrama agak terkejut juga melihat tindakan Luhan memberi segala kelengkapan tukang cuci kepada wanita tersebut."Ini ke idea kau?" tanya wanita itu, kelihatannya wanita itu agak kurang puas hati dengan apa yang dicadangkan oleh Luhan itu, buang masa dia tidak tidur semalaman memikirkan apa yang Luhan cadangkan alih-alih itu yang dia dapat? Memang bertuah punya budak kalau wanita itu ada anak perempuan memang takkan dia nak jadikan Luhan sebagai menantu."Aik? Semalam kau cakap sanggup buat saja? Ini lain pula?" L
Perjalanan ke lembah hitam diteruskan oleh Ana dan ahli kumpulannya yang lain. Ana yang sudah sedia maklum tubuhnya belum sembuh sepenuhnya telah diarahkan oleh Krystal kepada Niel dan Elley untuk memapah gadis itu walaupun mengambil masa yang lama untuk bergerak mereka tetap mengikut arahan Krystal."Kenapa kau tipu aku?" Ana bertanya kepada Elley saat dirinya dipapah oleh kedua-dua orang lelaki itu. Elley terkedu seketika, Niel pula menoleh ke arah Ana yang berada di sebelah kanannya."Aku terpaksa, dan aku yakin kau belum sedia..." jawab Elley dengan jujur walaupun rasa takut sedang menyelebungi dirinya ketika itu."Mana kau tahu aku belum yakin? Hanya kerana peringkat umur aku muda daripada orang lain?" pertanyaan Ana membuatkan Niel dan Elley terpaku sendiri dalam diam. Memang tidak dinafikan oleh mereka bahawa Ana hanyalah seorang remaja yang masih muda dan belum kenal erti sejarah hidup dan juga mungkin tidak dapat terima kisah silam yang berlaku.