Share

♚ 017

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2023-01-31 07:23:10

   "Mulai hari ni, Ana! Kau kena tinggal di rumah salah seorang daripada kami." kata Niel setelah beberapa minit selepas kesan sampingan Ana hilang. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku. Elley dan adik-beradiknya telah pun pulang. Sekarang yang tinggal hanya Ana, Tia, Maria, Niel, Ken, Miss Liya, Kevin dan Jin Hyuk. Cikgu Yesung dan Kahi juga telah pulang ke sekolah dan pejabat kerana mereka ada kerja yang belum selesai.

"Jadi, apa yang kita nak buat sekarang?" tanya Tia seolah-olah tidak mendengar apa yang Niel katakan tadi.

"Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?" tanya Niel agak berang dengan sikap Tia yang sepertinya sambil lewa atas apa yang berlaku.

"Aku dengar tapi selepas Ana dah tinggal di rumah salah seorang antara kita. Apa rancangan seterusnya?" tanya Tia tidak mahu mengalah dengan Niel membuatkan Niel memandangnya dengan pandangan tajam. Siapa tidak kenal dengan Tia? Sikap seorang gadis yang tidak mempedulikan perasaan orang lain, bahka
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 018

    Ana pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak keruan. Pintu rumah dikuak, tiada sebarang kelibat manusia pun di dalam rumah itu. Ana segera menaiki anak tangga. Dia mendekati pintu bilik ibunya dan sewaktu dia menghampiri pintu tersebut Ana terdengar suara ibunya dan seorang lelaki sedang bergelak ketawa seolah-olah mereka berdua sedang bahagia. Ana rasa dirinya tidak penting dalam rumah itu, tidak penting jika dia mahu berada di sisi ibunya sendiri. Ana menahan rasa sakit di hatinya sehingga air matanya mahu mengalir sekali lagi. Akan tetapi sewaktu dia hendak mengundurkan diri dari pintu tersebut Ana terlanggar kaki meja yang berada di sebelah pintu biliknya dan tidak semena-menanya pasu bunga yang berada di atas meja kecil itu terjatuh.Ana terkejut dan dia menoleh ke arah pintu bilik ibunya. Tiada sesiapa yang cuba keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang berlaku di luar bilik mereka ketika itu. Ana rasa tidak sedap hati, dia tahu tadi itu suara ibunya tapi

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-01
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 019

    "MAAAAA!" Ana menjerit tatkala melihat ibunya sudah terbaring di atas lantai akibat terjatuh dari tangga. Ana mendapatkan ibunya dan mengangkat ibunya menuju ke arah sofa. Tanpa sebarang tangisan Ana menangis semahunya melihat ibunya begitu. Tangan ibunya digapai. "Ma, Ana sayang ma. Kenapa semua ni terjadi pada kita?" tanya Ana sambil mencium tangan ibunya. Sedih dan pilu yang ibunya rasa ketika itu, Ana turut merasainya.Woo Jin menuruni anak tangga dengan begitu pantas bersama perempuan simpanannya. Ana menoleh ke arah lelaki itu. Dendam memenuhi ruang kosong yang berada di dalam hati Ana. "Tak boleh ke kau layan mak aku baik-baik?" tengking Ana sekuat hatinya. Woo Jin tidak mengendahkan pertanyaan Ana sebaliknya dia memulas tombol pintu rumah mahu keluar dari situ. "KAU DENGAR TAK AKU TANYA? KE KAU PEKAK?" tengking Ana sekali lagi. Kini, Ana memang benar-benar hilang sabar. Simbol berwarna merah di tangan Ana mula bernyala membuatkan Ana menggengam erat penumbuknya. Ger

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-02
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 020

    Air hujan yang turun membasahi bumi seperti merasai apa yang dirasai oleh Ana ketika itu. Setelah selamat ibu Ana dikebumikan, Woo Jin mendekati Ana...tanpa sedar air mata lelakinya turut mengalir mungkin dia menyesal atas apa yang berlaku akan tetapi semuanya sudah terlambat, tiada guna lagi jika dia mahu menyesal kerana semuanya sudah berlaku."Ana..." perlahan suara Woo Jin memanggil Ana yang baru sedar akan keadaan sekelilingnya. Maria dan Tia memapah Ana yang sudah tidak bermaya ketika itu. Perasaan benci dan dendam mula mengusai Ana tatkala melihat wajah Woo Jin di hadapannya. "Kau nak apa lagi? Sekarang kau puas hati? Kau dah bunuh orang yang aku sayang, lepas ni kau nak bunuh siapa pula? AKU?" entah dari mana datangnya semangat memarahi lelaki itu. Mata Ana berubah merah menahan geram tangannya digenggam begitu kuat. Maria dan Tia terpaksa melepaskan bahu Ana kerana mereka takut akan perubahan diri Ana ketika itu.Woo Jin mendiamkan dirinya. "Aku

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-03
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 021

    Semua orang sedang melihat ke arah Ana, mereka sepertinya kurang percaya apa yang mereka sedang lihat. Ana sudah berubah, dua hari dia mendiamkan dirinya dan kini semuanya dah kembali normal. Ana masih tetap diri Ana yang dulu. Akan tetapi apa yang menyebabkan Ana dapat kembali seperti asal?     Daehyun mengaru kepalanya. "Mustahil tu Ana, yela dua hari dia kurung diri dia macam dia yang bersalah dalam semua hal. Hukum diri sendiri sebab sangka dia penyebab ibunya terbunuh." Kata Daehyun sendirian sewaktu dia berjalan pulang ke rumah. Satu simboliknya, rumah Daehyun bersebelahan dengan rumah Tia jadi dia pulang bersama Tia untuk menjimatkan duit belanja pada hari itu."Dunia kita berbeza sungguh ya?" tetiba satu suara kedengaran membuatkan kedua-dua manusia yang sedang berjalan beriringan itu menoleh sepantas kilat ke arah suara itu. Ternyata, suara itu milik seorang gadis remaja yang tua beberapa tahun daripada mereka. Tia sudah menelan air liurnya kerana ta

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-04
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 022

    Ana datang ke sekolah bersama Miss Liya, selalunya Ana akan menaiki bas sekolah bersama Kevin tapi sekarang dah berubah dia akan sentiasa bersama Miss Liya kerana Miss Liya dengan sukarelanya mahu menjaga Ana memandangkan Ana masih berada dalam proses kurang sihat. Turun saja mereka berdua dari teksi semua pelajar yang melihat Ana sudah kembali ke sekolah mula menghampiri."Ana!" suara mereka semua menusuk ke gegendang telinga Ana menyebabkan Ana menoleh lemah. Latihan yang diberikan oleh Lily semalam buatkan Ana berasa letih dan tanpa sedar sewaktu tidur, Ana tersalah tidur menyebabkan lehernya terkehel."Selamat kembali!" kata mereka kepada Ana. Ana hanya mengukirkan senyuman kerana tiada apa-apa yang hendak diperkatakan."Takziah ya?" salah seorang daripada mereka semua mengucapkan salam takziah kepada Ana, buat seketika waktu Ana mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Untuk apa takziah diucapkan kepadanya?"Untuk apa?" tanya Ana ringkas dan

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-05
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 023

         "Kau siapa?" Jongin bertanya disaat seorang lelaki yang tidak dikenali menengurnya setelah itu lelaki pelik itu hanya mengukirkan senyuman sinis seolah-olah sudah dapat apa yang dia mahukan."AKU?" Jongin masih tidak tahu siapakah lelaki itu. Apabila lelaki itu menunjukkan taringnya, oleh kerana takut yang teramat, Jongin terjatuh ke lantai dan lelaki itu menerkamnya mahu menghisap darah lelaki yang bernama Jongin itu. Suara jeritan Jongin kedengaran apabila taring lelaki itu semakin hampir dengan lehernya, pada waktu yang sama jeritan itu membuatkan cahaya matahari yang menyinari kawasan sekolah itu berubah menjadi gelap dengan serta merta."HEY!" Ken menengur lalu berlari laju ke arah lelaki asing itu. Darah Jongin tidak sempat dihisapnya kerana gangguan nyata berlaku apabila Ken cuba menyelamatkan ketua pengawas sekolah itu. Jin Hyuk yang sedang berlari menaiki anak tangga, melihat ke arah luar bangunan sekolah. Cahaya matahari sudah bertukar kepada ca

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-06
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 024

    Selepas kejadian yang berlaku itu, keempat-empat pelajar lelaki yang tercedera itu di bawa ke hospital dengan segera, Miss Liya dan Ana hanya dihantar ke bilik rawatan kerana cedera mereka tidak terlalu serius seperti yang lain."Apa sebenarnya yang berlaku? Macam mana ramai pelajar kita yang luka teruk?" tanya Cikgu Yesung kepada Miss Liya yang baru lepas dirawat oleh guru kesihatan di sekolah itu.Miss Liya hanya mendiamkan diri, perlu ke dia memberitahu orang lain bahawasanya Ana itu seorang Conffesser? Perlu ke mereka semua tahu Ana yang dimahukan oleh mereka? 'Ahhhh! Buntu aku jika terusan begini!' rungut hati Miss Liya yang sedang bercelaru.Cikgu Yesung tidak memaksa Miss Liya untuk berterus-terang di situ kerana dia fikir mungkin Miss Liya sedang trauma dengan kejadian yang baru berlaku itu."Ana, kamu dah okay?" tanya Cikgu Yesung kepada Ana yang sedang berbaring di sebelah katil Miss Liya, pertanyaan cikgu Yesung itu membuatkan

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-07
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 025

    Di dewan sekolah, kedengaran suara pelajar-pelajar sekolah yang ditimpa nasib malang pagi tadi telah menghagatkan suasana persekolahan pada tengah hari itu.Pengetua sekolah yang telah mendapat satu jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu telah menghampiri mikrofon di atas pentas lalu suaranya berkumandang di corong pembesar suara."Harap, anda semua bawa bertenang!" kata pegetua perempuan itu kepada para pelajarnya yang hampir ke semuanya 800 orang pelajar."Macam mana kami nak bersabar? Kalau siang dah jadi malam?" jerit seorang pelajar lelaki yang berada di tengah-tengah pelajar yang sedang riuh rendah itu."Betul tu! Macam mana? Tahu tak? Macam-macam boleh terjadi kalau kita tak bertindak." Sokong rakannya pula."DIAMMMMM!" suara pengetua menjerkah mereka semua menyuruh mereka diam dan akhirnya dewan itu sunyi sepi tiada sebarang suara pun yang kedengaran. Guru-guru yang sedang duduk dan bersabar dengan apa yang berlaku hanya

    Terakhir Diperbarui : 2023-02-08

Bab terbaru

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 086

    "Aku mahu kau perhatikan gerakan mereka! Jangan kau cuba khianati aku kerana aku telah selamatkan kau dari maut!" kata ketua Organ kepada Lucifer membuatkan senyuman di bibir ahli sihir jahat itu semakin menyenget."Kau belum kenal aku siapa..." balas Lucifer dengan nada yang agak rendah sehingga ketua puak orck itu langsung tidak dapat dengar apa yang dituturkannya ketika itu. "Jangan risau tuan, aku juga adalah milikmu..." kali ni suaranya ditinggikan supaya ketua puak orck itu mendengarnya."Bagus!" Krystal yang masih mencari jalan untuk membuka pintu negara Minland sudah mula berputus asa kerana sihirnya semakin berkurangan akibat dirinya yang semakin hampir dengan satu lagi kuasa sihir paling kuat dan tidak dapat ditangani melainkan Conffesser dan juga The Seeker. Krystal melihat ke arah tangannya sendiri yang sudah kemerah-merahan kerana menahan sakit melawan pintu yang juga menggunakan sihir negara Minland."Apa kau buat di sini?" tiba-tiba satu suara yang tidak asing menengur

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 085

    Jinyoung dan CNU keluar dari hutan tersebut sambil memapah Kris yang telah pun cedera parah manakala Chanyeol dan Xiumin keluar tanpa Luhan bersama mereka, sebelum mereka keluar dari hutan itu. Mayat Luhan telah pun ditanam dan dikubukan di dalam hutan tersebut. Sewaktu mereka tiba di hadapan ahli kumpulan mereka yang lain, Kyungsoo adalah orang pertama yang melihat mereka terus bangun dari duduknya dan langkah kakinya laju meluru ke arah Kris yang sedang dipapah oleh CNU dan juga Jinyoung.Wajah Chanyeol mula berkerut-kerut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tao kepada mereka berlima yang baru keluar dari dalam hutan. "Sehun dah tak ada." Tergagap-gagap Tao cuba memberitahu mereka perkara sebenar dengan itu juga Kris terjatuh terduduk di atas batu di tepi sungai itu. Chanyeol mula berubah riak di wajahnya."Mana Luhan?" tanya Kyungsoo kepada mereka yang baru keluar dari hutan tersebut. Seorang demi seorang wajah lima orang rakannya itu direnung meminta jawapan daripada mereka. Panda

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 084

    "Banyak betul burung." Miss Liya berkata sambil pandangannya dibuang ke udara kerana burung helang dan gagak hitam berkeliaran di atas langit sejak daripada tadi lagi membuatkan Miss Liya berasa tidak sedap hati dengan keadaan tersebut."Kenapa?" tegur Hoya sebaik saja melihat Miss Liya melihat ke atas sambil melindungi wajahnya daripada terkena sinaran matahari yang tengah terik di atas kepala mereka ketika ini."Peliklah, banyak betul buruk. Awak tak rasa pelik ke?" tanya Miss Liya tanpa memandang ke arah Hoya. Sekaligus membuatkan Hoya mendonggak ke atas sama seperti Miss Liya."Ha,a lah banyaknya." Hoya turut terkejut melihatkan ke dada langit yang kelihatannya burung-burung gagak sedang berpusing-pusing di ruang legar yang sama."Bunyi burung-burung tu pun menyeramkan juga." Sambung Miss Liya yang masih berjalan sambil melihat ke atas. Pada waktu itu tanpa mereka semua sedar, seekor burung gagak hitam itu turun ke bawah menghampiri mereka semua dan berterbangan ke arah Ana. Setel

DMCA.com Protection Status