Ana datang ke sekolah bersama Miss Liya, selalunya Ana akan menaiki bas sekolah bersama Kevin tapi sekarang dah berubah dia akan sentiasa bersama Miss Liya kerana Miss Liya dengan sukarelanya mahu menjaga Ana memandangkan Ana masih berada dalam proses kurang sihat. Turun saja mereka berdua dari teksi semua pelajar yang melihat Ana sudah kembali ke sekolah mula menghampiri.
"Ana!" suara mereka semua menusuk ke gegendang telinga Ana menyebabkan Ana menoleh lemah. Latihan yang diberikan oleh Lily semalam buatkan Ana berasa letih dan tanpa sedar sewaktu tidur, Ana tersalah tidur menyebabkan lehernya terkehel."Selamat kembali!" kata mereka kepada Ana. Ana hanya mengukirkan senyuman kerana tiada apa-apa yang hendak diperkatakan."Takziah ya?" salah seorang daripada mereka semua mengucapkan salam takziah kepada Ana, buat seketika waktu Ana mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Untuk apa takziah diucapkan kepadanya?"Untuk apa?" tanya Ana ringkas dan"Kau siapa?" Jongin bertanya disaat seorang lelaki yang tidak dikenali menengurnya setelah itu lelaki pelik itu hanya mengukirkan senyuman sinis seolah-olah sudah dapat apa yang dia mahukan."AKU?" Jongin masih tidak tahu siapakah lelaki itu. Apabila lelaki itu menunjukkan taringnya, oleh kerana takut yang teramat, Jongin terjatuh ke lantai dan lelaki itu menerkamnya mahu menghisap darah lelaki yang bernama Jongin itu. Suara jeritan Jongin kedengaran apabila taring lelaki itu semakin hampir dengan lehernya, pada waktu yang sama jeritan itu membuatkan cahaya matahari yang menyinari kawasan sekolah itu berubah menjadi gelap dengan serta merta."HEY!" Ken menengur lalu berlari laju ke arah lelaki asing itu. Darah Jongin tidak sempat dihisapnya kerana gangguan nyata berlaku apabila Ken cuba menyelamatkan ketua pengawas sekolah itu. Jin Hyuk yang sedang berlari menaiki anak tangga, melihat ke arah luar bangunan sekolah. Cahaya matahari sudah bertukar kepada ca
Selepas kejadian yang berlaku itu, keempat-empat pelajar lelaki yang tercedera itu di bawa ke hospital dengan segera, Miss Liya dan Ana hanya dihantar ke bilik rawatan kerana cedera mereka tidak terlalu serius seperti yang lain."Apa sebenarnya yang berlaku? Macam mana ramai pelajar kita yang luka teruk?" tanya Cikgu Yesung kepada Miss Liya yang baru lepas dirawat oleh guru kesihatan di sekolah itu.Miss Liya hanya mendiamkan diri, perlu ke dia memberitahu orang lain bahawasanya Ana itu seorang Conffesser? Perlu ke mereka semua tahu Ana yang dimahukan oleh mereka? 'Ahhhh! Buntu aku jika terusan begini!' rungut hati Miss Liya yang sedang bercelaru.Cikgu Yesung tidak memaksa Miss Liya untuk berterus-terang di situ kerana dia fikir mungkin Miss Liya sedang trauma dengan kejadian yang baru berlaku itu."Ana, kamu dah okay?" tanya Cikgu Yesung kepada Ana yang sedang berbaring di sebelah katil Miss Liya, pertanyaan cikgu Yesung itu membuatkan
Di dewan sekolah, kedengaran suara pelajar-pelajar sekolah yang ditimpa nasib malang pagi tadi telah menghagatkan suasana persekolahan pada tengah hari itu.Pengetua sekolah yang telah mendapat satu jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu telah menghampiri mikrofon di atas pentas lalu suaranya berkumandang di corong pembesar suara."Harap, anda semua bawa bertenang!" kata pegetua perempuan itu kepada para pelajarnya yang hampir ke semuanya 800 orang pelajar."Macam mana kami nak bersabar? Kalau siang dah jadi malam?" jerit seorang pelajar lelaki yang berada di tengah-tengah pelajar yang sedang riuh rendah itu."Betul tu! Macam mana? Tahu tak? Macam-macam boleh terjadi kalau kita tak bertindak." Sokong rakannya pula."DIAMMMMM!" suara pengetua menjerkah mereka semua menyuruh mereka diam dan akhirnya dewan itu sunyi sepi tiada sebarang suara pun yang kedengaran. Guru-guru yang sedang duduk dan bersabar dengan apa yang berlaku hanya
"Sebenarnya apa?" Niel bertanya sambil mengalihkan pandangannya silih berganti di antara Ellera dan Elley."Sebenarnya, seminggu yang lepas ada seorang wizard datang ke istana, dia kata separuh dari puak orck sedang menuju ke istana. Krystal mendapat tahu perkara itu lalu dia membuat perlindung di istana supaya siapa yang berada di dalam tidak boleh keluar, yang mana di luar tidak boleh masuk ke dalam." Jawab Ellera, jujur walaupun dia tahu Elley tidak suka dengan sebarang jawapan yang keluar dari mulutnya."Jadi, kau berdua sedang bersiap-siap untuk ke lembah hitam?" tanya Niel sebaik saja dia melihat Daehyun membuka pintu wad tersebut bersama Kevin yang datang untuk melawat si pesakit.Elley hanya mengangguk lalu berkata, "Kita dah kesuntukkan masa, jika masih lagi menunggu puak orck akan serang istana." Jawab Elley."Ana ada?" Maria bertanyakan pada Daehyun yang masuk bersama Kevin lalu menutup pintu wad tersebut."Tak ada,
Ana dan Miss Liya datang bersama-sama untuk menjemput rakan-rakan mereka yang akan keluar dari hospital pada hari ini.Pintu wad dikuak oleh Miss Liya dan kelibat kelima-lima pelajarnya sedang bersiap-siap hendak keluar dari situ menyapa matanya. Ana juga turut masuk ke dalam lalu menutup pintu wad tersebut. Tia yang perasan akan kehadiran Ana hanya menunduk diam tidak berani bersua muka dengan Ana.Ana yang gembira melihat semuanya sudah pulih telah menghampiri Tia kerana kawannya itu saja yang tiada sesiapa yang mahu membantunya mengemas. Maria sedang sibuk mengemas bajunya sendiri, memandangkan dia cedera di bahagian muka saja tangannya pantas bergerak."Macam mana? Sakit lagi tak?" Ana bersuara, Tia dan yang lain hanya memerhati gelagat Ana yang cuba mengambil beberapa helai lagi baju di atas katil mahu dilipatnya dan dimasukkan ke dalam beg pakaian Tia. Semua orang berhenti dari melakukan kerja mereka mahu melihat apa yang berlaku seterusnya.
"Yes! He is... Sama dalam ramalan yang menyatakan mereka akan muncul, dan memang betul mereka telah pun muncul." Kata Niel dengan gembiranya."Bukan kau tak sukakan ramalan ke?" tiba-tiba Jin Hyuk mencelah membuatkan senyuman Niel mati."Well, i just like when it's truth if not i don't think so." Jawab Niel selamba."Jadi ramalan yang mengatakan kau akan kehilangan Mina itu pun satu penipuanlah bagi kau?" Jin Hyuk terus-terusan menyoal Niel membuatkan Niel memandang Jin Hyuk geram."Yah!!! Kau memang nak kenakan aku kan?" marah Niel lalu menumbuk lembut bahu Jin Hyuk."Haha..." lelaki bernama Jin Hyuk itu hanya ketawa geli hati."Bila kita boleh bertolak? Dah tak sabar saya nak lalui pengalaman baru ni." Maria bersuara memecahkan lagi suasana yang bingit dengan gelak ketawa Jin Hyuk."Kita akan, just wait honey a little big." Krystal menyampuk. Maria tersengih malu apabila Krystal seolah-olah memerlinya saja."E
"It's really a jungle?" Ana bersuara kerana berasa teruja perjalanan mereka adalah merempuh dalam sebuah hutan besar di dunia lama. Krystal hanya menundukkan kepalanya tanda tekaan Ana betullah tu.Ana memusingkan dirinya ke belakang dan matanya melirik ke arah seseorang yang keluar dari pintu cahaya dengan memakai topeng di wajahnya. Ana mula mengerutkan dahinya, hatinya mula berbisik.'Siapa pula mamat ni? Kenapa dia pakai topeng?'Semua orang tahu tu Elley cuma Ana seorang saja yang tidak tahu siapa lelaki itu. Ana mendekati lelaki itu membuatkan Elley tidak keruan jadinya, langkahnya mati seketika apabila Ana mula menghampiri dirinya. Setelah mereka saling berhadapan, tangan Ana perlahan-lahan mahu menanggalkan topeng tersebut akan tetapi tidak berjaya kerana tangannya dipegang oleh Elley."This mine!" kata Elley membuatkan Ana tersentak. Suara itu, dia sangat kenali suara lelaki itu."Elley?" Ana mengerutkan da
Selesai makan malam, Ana dan Miss Liya mengambil tugas untuk mengemas tempat bakar dan mengutip segala sampah yang ada di sekeliling tempat mereka duduk makan tadi. Walaupun berada di dalam hutan, mereka tetap menjaga kebersihan supaya tiada pula penghuni hutan itu marah pada mereka.Sewaktu Ana khusyuk mengutip segala sampah sarap di atas tanah tiba-tiba kepalanya terlanggar seseorang di hadapannya dan yang pasti itu adalah seorang lelaki. Ana mendonggakan kepala yang sedang terbongkok apabila perasan akan siapa orang itu Ana terus jatuh terduduk membuatkan Miss Liya yang berada tidak jauh dari Ana mengalihkan pandangan ke arah Ana.Wajah lelaki itu tersenyum penuh dengan makna, "ANAAA!" jerit Miss Liya apabila dia dapat mengecam wajah si lelaki itu.Ken dan Jungkook yang berada berdekatan dengan mereka segera menghampiri. Ana perlahan-lahan cuba bangunkan dirinya dan dia dapat rasakan aura lelaki itu amat berbeza dengan kawan-kawannya yang lain.