Share

♚ 007

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2024-10-29 19:42:56

Keadaan yang riuh rendah tadi kini sudah berubah suram dan sunyi sepi kerana semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas mahu memulakan pembelajaran mereka pada hari tersebut kecuali Jin Young yang kini sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki itu memandang Jin Young dengan wajah yang agak sukar untuk ditafsirkan.

"Kau nak apa?" tanya Jin Young, nadanya kedengaran mendatar sebaik sahaja dia mengeluarkan soalan tersebut wajahnya juga sudah berubah serius daripada tadi. Lelaki di hadapannya menyiring ke arah Jin Young sambil bersandarkan badan ke pintu loker. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Jin Young yang kononnya cool sangat tu.

"Perjanjian kau! Aku nak tuntut." kata lelaki itu kepada Jin Young. Kini mata mereka bertentangan cuma salah seorang dari mereka berdua menunjukkan eskpersi muka tidak berpuas hati manakala seorang lagi hanya tersenyum sinis.

"Aku dah beritahu, belum tiba masanya untuk aku tunaikan perjanjian tu. K
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 008

    Sejak tamatnya waktu rehat tadi, Tia, Maria dan Ana langsung tidak berkata-kata. Mereka hanya mendiamkan diri sebagai tanda mereka sedang kelu lidah. Mereka sendiri tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Akhirnya, Maria mendekati Ana dan menarik baju Tia ke meja Ana yang sedang kusyuk menulis fanfic diatas buku fanficnya. Itulah runting harian Ana menulis segala cerita yang ada sangkut paut dengan imaginasinya sendiri dan juga dunia realitinya."Ana..." panggil Maria, Ana yang sedang menunduk kusyuk menulis mula mengangkat wajahnya ke atas. Matanya disepetkan lalu dia membuat isyarat 'apa' kepada Maria. "Betul ke? Kau kena ikut dia orang semua ke alam lain?" tanya Maria. Tia pula hanya bermain dengan kukunya di hadapan meja Ana."Uh? Alam lain? Aku pun tak pasti lagi, kenapa kau tanya?" Ana mula menutup pennya dan meletakkannya di atas meja. Buku fanficnya dibiarkan terdedah begitu saja. Jin Young yang berada dua barisan dari belakang Ana mencuri-curi dengar per

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 009

    Kalau nak tunggu awak datang sampai tahun depan pun belum tentu muncul." sindir Krystal pula. "How great your house, Ana?" Tia tidak habis-habis teruja dengan rumah milik Ana. Rasanya rumah Tia lagi besar dari rumahnya dan Maria. Ana hanya mampu mengelengkan kepala melihat kerenah Tia seperti itu."Hi!" sapa beberapa orang manusia yang Ana tidak kenali siapa meraka.Ana hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menjawab 'Hi' dari mereka sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Tanpa sedar, Ken dan Niel juga berada di situ. Adik beradik Shadow Walker juga berada di dalam rumah Ana sebagai bentuk bayang-bayang yang mengeluarkan kepulan asap masing-masing."Okay, sekarang kita mulakan perbincangan." kata Krystal cuba menarik perhatian mereka semua yang sedang rancak berbual. Ana menoleh ke arah Krystal lalu bertanya."Bincang tentang apa?" tanya Ana, wajahnya serius menunjukkan dia sedang tertanya-tanya. Krystal tersenyum lalu mengham

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 010

    Tangan Ana ditarik oleh Miss Liya. Setelah pintu dibuka dengan laju, Ana dan Miss Liya melarikan diri dari bilik guru disiplin tersebut. "Hoiiii..." guru disiplin keluar dari biliknya dan menjerit sambil memakai cermin mata. Laju kedua-dua gadis itu berlari. Sampai di bahagian loker. Larian mereka terhenti.Ana tersandar di pintu loker begitu juga dengan Miss Liya. Memang terkejut habis sewaktu mereka masuk ke dalam bilik guru disiplin tadi. Ana tercugap-cugap kerana penat berlari. "Cikgu!" panggil Ana apabila melihat cikgu Matematiknya mengelosorkan diri di pintu loker. "Kenapa cikgu jerit tadi?" tanya Ana sengaja bertanya walaupun tahu apa sebabnya."Kamu tak nampak ke? Ish kamu ni!" marah Miss Liya. Ana terangguk sambil tersengih. "Yang kamu pula kenapa menjerit?" tanya Miss Liya. "Terkejutlah, dengar cikgu menjerit." jawab Ana jujur. Miss Liya menyandarkan kepalanya ke pintu loker sambil kaki melunjur di atas lantai nasib baiklah tiada sesiapa di situ

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 011

    "Semua harus bersedia!!" teriak Lily yang berada di hadapan Ana. Kini semua orang harus membantu Ana mengawal kuasanya. Krystal silap, kuasa Ana tidak boleh dikawal hanya dengan dua orang sahaja. Dia memerlukan lebih ramai orang supaya mereka yang berada di dalam rumah itu tidak tercedera. Semua orang bangun dari duduk mereka. Bersedia untuk mengelak serangan dari Ana. "Kemungkinan besar, jika kita semua membantu dia dapat kawal kuasa tersebut." jerit Jungkook pula kepada mereka yang lain. Jin Hyuk dengan Ken saling berpandangan apabila mendapati simbol di tangan Ana muncul semula. Simbol itu amat terang warnanya sepekat darah yang mengalir. Tia dan Maria pula bingung walaupun mereka sudah berdiri tapi mereka tidak tahu mahu membuat apa."Kenapa kau marah sangat??" tanya Krystal yang kini berada berhadapan dengan Ana. Wajah Ana jelas kelihatan yang dia sedang marah cuma mangsa saja dia tidak tahu siapa. "JAWAB DENGAN AKU! Kenapa kau marah sangat?" tanya Krystal la

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 012

    Masa berlalu dengan pantas. Ana terjaga dari tidurnya kerana berasa ada air sedang membasahi tubuhnya ketika itu. Perlahan-lahan tangan mengusap wajah yang kebasahan dek kerana air yang begitu banyak disimbah ke arahnya."Kau! Nak jadi apa? Aku panggil berkali-kali suruh bangun. Kau buat apa malam tadi sampai tidur tak ingat dunia ni? Jual badan? Penat kalah orang bekerja." marah ibu Ana membuatkan Ana terkebil-kebil melihat sikap ibunya yang tiba-tiba menyingga bagaikan harimau di pagi hari itu."Apa lagi kau tunggu? pergi siap cepat. Sekolah!" marah ibunya lagi membuatkan Ana terkial-kial kerana dia masih berada dalam keadaan mamai. Ana mengapai tualanya di tempat penyakut dan meluru masuk ke dalam kamar mandi. Sewaktu di dalam kamar mandi, Ana melihat wajahnya di hadapan cermin sambil membelek-belek pipinya. Ternyata wajahnya meninggalkan kesan calar di pipi kanannya. Ana mengeluh sendirian apabila kejadian semalam terimbas kembali di mindanya.Siap-sia

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 013

    Kejadian yang baru berlaku tadi membuatkan kelas mereka sunyi sepi. Wajah guru Prinsip Akaun itu berkerut-kerut akibat tidak menyangka apa yang sudah berlaku ketika itu. Jin Young yang dikenali sebagai kaki tidur itu mula berdiri dari tempat duduknya. Tangannya di naikkan tinggi ke atas menandakan yang dia sedang mengeliat sambil mulut ternganga kerana menguap. "Toilet." kata nya lalu membuka langkah mahu keluar dari kelas tersebut sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolahnya.Cikgu Yesung merupakan guru Prinsip Akaun yang mengajar di kelas 1A1 itu hanya membiarkan saja. Peluang untuk Maria dan Tia juga keluar dari kelas itu semakin tipis akan tetapi mereka perlu mencuba nasib untuk keluar juga kerana risaukan sahabat mereka entah ke mana perginya. "Cikgu! Izinkan saya ke tandas." kata Maria tanpa sebarang reaksi dari cikgu tersebut dia terus menarik tangan Tia keluar dari kelas itu."Fuh." Tia mengelap peluh yang konon-kononnya mengalir di dahiny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 014

      "Anak tak guna!" letus suara orang itu membuatkan Ana mengangkat mukanya melihat susuk tubuh ibunya yang sedang menyingga di hadapan kelasnya. Tia dan Maria mahu menghampiri Ana akan tetapi dihalang oleh ibu Ana. "Jangan kau berdua berani-berani dekati anak aku! Jika kau tak mahu terima benda yang sama lebih baik kau jauhkan diri." kata ibu Ana tanpa menoleh ke arah Tia dan Maria. Kedua-dua orang gadis itu mula kecut perut tapi mereka tetap kasihankan Ana ketika itu. "MA..." panggil Ana perlahan. Dia cuba untuk bangun dari tersungkur atas lantai itu. Ibunya yang melihat usaha Ana itu terus menarik tangan Ana berdiri semula lalu tangannya memukul-mukul tangan Ana kerana geram."Aku hantar kau ke sekolah bukan nak suruh kau bergaduh. Bukan nak suruh kau mengatal! Aku suruh belajar. BELAJAR! KAU FAHAM TAK BELAJAR, HA?" marah ibunya sambil menunjual-nunjal kepala Ana dengan jarinya."Puan, bawa bersabar Puan perkara ni boleh dibawa bincang." pujuk Miss Liya

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 015

    Semua orang mula panik melihat gadis itu sudah tidak sedarkan diri dan darah pekat mengalir di dahinya, dengan sepantas kilatnya Cikgu Yesung mengangkat Ana menuju ke keretanya. Miss Liya juga turut ikut begitu juga dengan Maria dan Tia kerana terlalu risau akan keadaan Ana, lelaki yang selamatkan Ana tadi dibiarkan soalan itu lenyap tanpa sebarang jawapan. "Kamu!" panggil cikgu Yesung kepada lelaki yang selamatkan Ana tadi. Budak lelaki itu menoleh. "Mari cikgu bawa kamu ke hospital juga." kata cikgu Yesung"Muat ke?" tanya Tia dengan muka hairan. "Tak, kalau macam tu Tia kamu tunggu di sekolah. Biar Maria yang ikut." sampuk Miss Liya."Ha? Mana aci macam ni, saya pun nak ikut juga!" bentak Tia membuatkan Maria terus menyentuh bahu Tia."Tapi kereta ni tak muat." kata Miss Liya tetap dengan keputusannya."Ini tidak adil cikgu, saya pun risaukan Ana." marah Tia lagi."Sudahlah Tia, kita berdua turun. Habis sekolah nanti kita jenguk Ana, baru adil." kata Maria tenang. Tia menyilangkan

Bab terbaru

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 086

    "Aku mahu kau perhatikan gerakan mereka! Jangan kau cuba khianati aku kerana aku telah selamatkan kau dari maut!" kata ketua Organ kepada Lucifer membuatkan senyuman di bibir ahli sihir jahat itu semakin menyenget."Kau belum kenal aku siapa..." balas Lucifer dengan nada yang agak rendah sehingga ketua puak orck itu langsung tidak dapat dengar apa yang dituturkannya ketika itu. "Jangan risau tuan, aku juga adalah milikmu..." kali ni suaranya ditinggikan supaya ketua puak orck itu mendengarnya."Bagus!" Krystal yang masih mencari jalan untuk membuka pintu negara Minland sudah mula berputus asa kerana sihirnya semakin berkurangan akibat dirinya yang semakin hampir dengan satu lagi kuasa sihir paling kuat dan tidak dapat ditangani melainkan Conffesser dan juga The Seeker. Krystal melihat ke arah tangannya sendiri yang sudah kemerah-merahan kerana menahan sakit melawan pintu yang juga menggunakan sihir negara Minland."Apa kau buat di sini?" tiba-tiba satu suara yang tidak asing menengur

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 085

    Jinyoung dan CNU keluar dari hutan tersebut sambil memapah Kris yang telah pun cedera parah manakala Chanyeol dan Xiumin keluar tanpa Luhan bersama mereka, sebelum mereka keluar dari hutan itu. Mayat Luhan telah pun ditanam dan dikubukan di dalam hutan tersebut. Sewaktu mereka tiba di hadapan ahli kumpulan mereka yang lain, Kyungsoo adalah orang pertama yang melihat mereka terus bangun dari duduknya dan langkah kakinya laju meluru ke arah Kris yang sedang dipapah oleh CNU dan juga Jinyoung.Wajah Chanyeol mula berkerut-kerut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tao kepada mereka berlima yang baru keluar dari dalam hutan. "Sehun dah tak ada." Tergagap-gagap Tao cuba memberitahu mereka perkara sebenar dengan itu juga Kris terjatuh terduduk di atas batu di tepi sungai itu. Chanyeol mula berubah riak di wajahnya."Mana Luhan?" tanya Kyungsoo kepada mereka yang baru keluar dari hutan tersebut. Seorang demi seorang wajah lima orang rakannya itu direnung meminta jawapan daripada mereka. Panda

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 084

    "Banyak betul burung." Miss Liya berkata sambil pandangannya dibuang ke udara kerana burung helang dan gagak hitam berkeliaran di atas langit sejak daripada tadi lagi membuatkan Miss Liya berasa tidak sedap hati dengan keadaan tersebut."Kenapa?" tegur Hoya sebaik saja melihat Miss Liya melihat ke atas sambil melindungi wajahnya daripada terkena sinaran matahari yang tengah terik di atas kepala mereka ketika ini."Peliklah, banyak betul buruk. Awak tak rasa pelik ke?" tanya Miss Liya tanpa memandang ke arah Hoya. Sekaligus membuatkan Hoya mendonggak ke atas sama seperti Miss Liya."Ha,a lah banyaknya." Hoya turut terkejut melihatkan ke dada langit yang kelihatannya burung-burung gagak sedang berpusing-pusing di ruang legar yang sama."Bunyi burung-burung tu pun menyeramkan juga." Sambung Miss Liya yang masih berjalan sambil melihat ke atas. Pada waktu itu tanpa mereka semua sedar, seekor burung gagak hitam itu turun ke bawah menghampiri mereka semua dan berterbangan ke arah Ana. Setel

DMCA.com Protection Status