Share

♚ 002

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2024-10-29 19:42:56

Air mata gadis itu diseka oleh seseorang membuatkan gadis itu menoleh ke sisinya. "Janganlah menangis." Suara lembut yang datang dari bayang-bayang seseorang menusuk gegendang telinga gadis itu.

"Dia tak sayangkan aku!" kata gadis tersebut lalu air matanya kembali mengalir dengan deras. Dia dapat rasakan yang ibunya langsung tidak pernah memberikannya kasih sayang sejak munculnya pemuda itu di dalam rumah mereka.

"Dia bencikan aku!" ungkap gadis itu tersekat-sekat kerana manahan tangis...

"Tak, semua tu tak betul." Suara lembut milik seseorang itu kedengaran lagi sepertinya dia juga turut bersedih kerana melihat temannya bersedih. Usapan lembut diberikan ke wajah gadis itu, cuba menenangkannya dari terus menitiskan air mata...

"Kalau tak betul, kenapa dia buat semua tu? Aku cuma tak sengaja," kata gadis itu lagi.

Dia tidak dapat utarakan ungkapan kerana dia sendiri tidak mengetahui mengapa ibu gadis itu sanggup melakukan perkara yang menyeksakan hidup anaknya sendiri.

"Ana, dengar cakap aku! Tak ada seorang ibu pun yang tak sayangkan anaknya. Ibu aku pun sayangkan aku," katanya cuba juga untuk meyakinkan gadis itu bahawa ibunya sayangkan dirinya.

"Tak! Kau lain dan aku lain. Kita berbeza." kata Ana mula membantah dengan lantangnya. "Mak kau ada ke curang belakang ayah kau, Elley?" pertanyaan Ana membuatkan dirinya terdiam tanpa suara.

"Tidak kan? Aku hidup macam ni, memendam rasa. Rahsiakan semua perkara dari pengetahuan ayah aku dan kawan-kawan aku. Sakit kau tahu? Sakitnya bagaikan menghiris daging dalam badan aku. Aku rasa macam aku tak berguna dalam dunia ni. Nampak perkara keji tapi mulut aku langsung tak berfungsi," luah Ana lagi.

Ayah Ana tinggal di bandar. Ayah dan ibunya hidup berjauhan disebabkan ibunya terlalu sunyi ibunya suka keluar malam dan pulang lewat, ada segelintir masyarakat mengatakan ibu Ana menjadi pelacur pada waktu malam dan ada pula yang mengatakan Ana sebenarnya adalah anak luar nikah yang dibesarkan oleh ibunya. Keadaan itu sangat menyakitkan hati Ana. Setiap kali dia bertembung dengan jiran-jiran pasti Ana akan diumpat dan dihina sekeji mungkin sehingga Ana malu hendak menonjolkan diri di khalayak ramai...

Pemuda yang tinggal bersama Ana dan ibunya itu menambahkan lagi kacau bilau dalam hidup Ana. Setelah 2 tahun tinggal bersama lelaki itu, mereka asyik berpindah randah kerana ingin mengelak dari syak wasangka jiran. Ana juga terpaksa meringgankan mulut dengan memanggil lelaki muda dari ibunya itu dengan panggilan "Baba." Walaupun benci akan orang asing itu Ana langsung tiada pilihan lain, selain menuruti kehendak ibunya.

Setiap hari berlaku perkara yang sama. Ana ditoran, dijerkah, dimarah, dipukul, dicaci, dan dimaki oleh lelaki itu. Sehingga sampai satu tahap Ana mahu melarikan diri dari rumahnya akan tetapi apabila difikirkan semula ke mana dia hendak pergi jika dia keluar dari rumah itu? Dia tiada hala tuju jika dia keluar dari situ. Dia juga takut meninggalkan ibunya sendirian kerana dia sayang akan ibunya walaupun sikap ibunya begitu...

"Sudahlah, jangan diungkit lagi, Ana. Perkara ini semuanya sudah tertulis sebagai takdir. Kau tak boleh macam ni." pujuk bayang-bayang yang dipanggil Elley oleh Ana sebentar tadi. Kali ini Ana pula yang mendiamkan dirinya. "Apa kata untuk hilangkan kesedihan kau, aku bawa kau ke suatu tempat?" ajak Elley setelah sekian lama mereka berdiam diri. Elley bingkas bangun dari duduknya sambil menepuk-nepuk belakangnya. Ana hanya melihat dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa kau tepuk belakang kau? bukan kau ni bayang je ke?" tanya Ana hairan melihat perlakuan sahabat baiknya itu.

Alamak! Ana tak boleh tahu perkara sebenar!

"Err...aku saja je." jawab Elley lalu asap-asap putih berterbangan ke udara. Gambaran yang dapat diberikan rupa Elley adalah seperti angin putih yang jelas kelihatan seperti bayang-bayang akan tetapi wajah serta tubuh badannya tiada. Hanya dapat melihat kepulan asap berwarna putih seperti angin sahaja. "Dah lah! Jom." tangan Ana ditarik oleh Elley ketika itu dan Ana hanya rasa ada angin sedang menyapa tangannya sehingga langkah dihayunkan mengikut gerak angin tersebut.

"Kita nak pergi mana? Aku tak boleh keluarlah!" kata Ana sambil cuba menepis angin tersebut akan tetapi dia tidak berjaya kerana tangannya dicengkam kuat oleh Elley.

"Ikut je! Jangan nak banyak bunyi." tegas Elley lalu mereka keluar dari ruang tamu menuju ke pintu belakang. Tanpa membuka pintu tersebut Ana dapat melepasinya seperti roh membuatkan Ana terkejut.

"Ma... macam mana aku boleh keluar?" dia melihat ke arah pintu rumahnya yang kini sudah jauh dari pandangan matanya. "Hey! What happend? ke mana kau nak bawa aku? Elley?" tanya Ana akan tetapi Elley langsung tidak menjawabnya. Kini pandangan Ana tertumpu pula ke arah sekelilingnya. Dunia yang penuh dengan warna warni, bunga-bunga yang tumbuh mekar di sepanjang jalan mereka lalui itu membuatkan Ana berasa nyaman dan tenang untuk seketika, ketika melalui kawasan itu bibirnya mengukir senyuman yang indah dan segala soalan tadi hilang dari mindanya...

Selang beberapa minit, Ana berasakan langkahnya sedang berhenti di hadapan sebuah rumah agam besar atau lebih tepat rupanya seperti sebuah istana yang cantik. Ana melihat ke kiri dan ke kanan serta ke belakang. Baru dia sedar yang dia kini sudah berada di alam yang berbeza dari alam manusia. Ana benar-benar terkejut apabila melihat ke belakang. Kawasan yang sungguh indah dan cantik seperti dalam sebuah lukisan kini berada di hadapan matanya.

"Jom." satu suara kedengaran dan apabila Ana menoleh bayang-bayang Elley berada si sebelahnya. "Aku harap kau tak terkejut apa yang akan berlaku nanti." kata Elley sebelum mengcengkam semula pengelangan tangan Ana.

"Apa maksud kau?" tanya Ana bingung dengan kata-kata Elley sebentar tadi. Tanpa Ana dapat melihat keadaan fizikal Elley yang sebenarnya, ternyata bayang-bayang itu sedang tersenyum ke arahnya...

Tanpa sebarang kata langkah Ana sekali lagi bergerak dengan sendirinya apabila tangannya diheret oleh Elley.

Pintu rumah agam bak istana itu dibuka. Sebaik saja pintu itu dibuka ruang tamu yang besar menjamu sepasang mata gadis bertubuh kecil itu. Kedengaran juga bunyi muzik menyelesuri gegendang telinganya.

Ana teruja seketika melihat rumah agam yang tersergam indah itu. Ana melepaskan tangannya dari cengkaman Elley. Langkahnya dihayunkan ke hadapan sedikit mahu melihat apa yang sedang berlaku di situ.

"Hello." satu suara menyapa Ana. Gadis itu melihat ke kiri dan ke kanan. "Hehe! Awak tak nampak saya? Maaf." tambah suara itu lalu muncullah asap-asap putih di hadapan Ana. Asap itu seperti mana asap yang ada pada Elley. "Nama saya Ellera..." sambung suara itu.

"Hai! Saya- " belum sempat ayatnya mahu dihabiskan sudah dipotong oleh seseorang.

"Ana!" satu lagi suara berkemundang dari arah sisi Ana.

"Maca- ?" sama juga seperti tadi ayat Ana tidak sempat dihabiskan sudah dipotong oleh satu lagi suara kali ni suara itu kedengaran garau sedikit dan agak jauh dari mereka.

"Banyak tentang awak kami tahu." Ana memandang ke arah rak-rak buku di sebelah ruang tamu itu. Kelihatan ada sebuah buku sedang terapung di udara membuatkan Ana ternganga kerana terkejut. Dia melangkah ke belakang mahu sikit demi sedikit namun langkahnya terhenti apabila Elley memengang bahunya.

"Jangan takut mereka tak merbahaya." bisik Elley

"Saya Ellena Walker."

"Elley."

"Ellera Walker."

"Ellvin."

"Ellios."

"Ellvis"

"Saya Krystal. Krystal Moragana." sampuk satu suara seorang wanita dari arah belakang Ana sambil menghampiri mereka semua dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.

Bab terkait

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 003

    Tangan Ana dicapai oleh wanita bernama Krystal itu. Rambut Ana disisipkan ke belakang telinga sambil bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman manis kepada Ana. Setelah rambut Ana disisipkan, wajah Ana diusapnya lembut. Ana dapat rasakan yang belaian itu seperti belaian seorang ibu terhadap anaknya. Sudah lama dia tidak mendapat belaian seperti itu menyebabkan seketika waktu Ana terleka dengan belaian tersebut.Mata Ana disentuh dan membuatkan Ana menjerit kecil "Ouchh." suara Ana mematikan senyuman Krystal. Ana cepat-cepat menundukkan kepalanya kerana dia takut wanita di hadapannya itu memarahinya seperti mana dia dimarahi oleh ibu kandungnya sendiri. Krystal kembali tersenyum dan mengusap lembut kepala Ana."Kamu menangis ya?" tanya Krystal dan tangannya masih lembut mengusap kepala Ana. Ana hanya melihat wajah Krystal dengan riak wajah hairan.Siapa perempuan ni? kenapa dia baik sangat?"Kaki kamu luka." kata Krystal tanpa memandang ke arah kaki Ana yang lebam-lebam akibat dirotan tad

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 004

    "Sebenarnya, kami semua dah lama tunggu saat ini. Sepatutnya, kami tunggu kamu bersedia dulu baru kami beritahu perkara yang sebenarnya tapi maaf. Kami kesuntukkan masa, malah kami juga perlukan awak dan The Seeker untuk meneruskan misi kami." kata Krystal kepada Ana."Apa awak mengarut ni? Misi apa?" tanya Ana sambil menepis tangan Krystal yang berada di bahunya. Matanya kini beralih semula ke arah bayang-bayang yang berada tidak jauh darinya mengharapkan penjelasan yang lebih mendalam tentang perkara itu."Keturunan Shadow pada masa ini sedang diburu oleh puak Ocrk, makhluk yang datang dari lembah hitam. Mereka sedang memburu The Shadow dan juga mahu menakluki alam manusia. Misi kami adalah untuk menghapuskan puak-puak tersebut tapi kami memerlukan Conffesser dan juga The Seeker." kata Krystal berterus terang."Ha?" Ana membuat muka tidak memahaminya dan sememangnya dia tidak mengerti apa-apa. Umurnya yang baru mencecah 13 tahun itu sudah diberitahu tentang kuasa yang ingin menakluk

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 005

    Ana pulang ke rumah dengan hati yang berbelah bahagi. Dunia bagaikan berputar seketika sewaktu Niel menceritakan segala-galanya tentang kewujudan Seeker dan Conffesser. "Dunia ni betul ke ada dunia fantasi?" Ana bertanya sendirian. Tiba-tiba..."Kau dari mana?" tanya Woo Jin lelaki yang tinggal bersamanya di rumah itu. Ana tidak mempedulikan pertanyaan tersebut. Dia terus meluru ke tingkat atas mahu merehatkan dirinya. Hari ni macam-macam berlaku sejak dari malam semalam membuatkan Ana berasa letih mahu memikirkannya lagi. Keadaan sekarang semakin berubah dari sebelumnya.Selesai Ana menyalinkan pakaiannya dia mula rebahkan diri di atas katil. Sebelum itu pintu dikunci olehnya tidak mahu jika lelaki bernama Woo Jin menganggu ketenteramannya ketika itu. Dia mahu bersendirian daripada segala gangguan makhluk tersebut... Mata Ana memandang ke syiling biliknya. "Maksudnya The seeker pun tak mengakulah yang dia tu Seeker? Same like me!" Ana berkata sendirian apabila dia teringat akan kata-

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 006

    Lauk yang terhidang di hadapan Ana hanya ditenung tanpa selera. Ana masih tidak faham dengan cerita yang baru saja dia baca petang tadi. Ana tahu perkara itu mengarut dan ibunya tahu tentang sesuatu perkara mengenai buku tersebut. Perlu ke aku tanya?"Kenapa tak makan?" tanya ibu Ana yang sedang merenung tajam ke arah anak gadisnya itu. Ana mengelengkan kepalanya membawa maksud 'tiada apa-apa.' Perlahan-lahan Ana mahu mengambil lauk dan atas kecuaian Ana ketika itu. Lauk yang diambilnya tertumpah dan terkena kaki Woo Jin iaitu kekasih hati ibunya.Ana terkejut apabila lelaki itu membaling pinggan berisi nasi ke arahnya. Ana terkesima melihat nasi yang bertaburan di atas lantai mengenai kaki Ana. Ana melihat dengan perasaan geram kerana nasi itu adalah rezeki untuk mereka malam itu bagaimana lelaki bernama Woo Jin ni boleh buat ikut suka hati dia saja? Tidak sayang ke nasi itu membazir? Tanpa sedar muka Ana ditampar tanpa belas kasihan. Ana yang sedang berada di awang-awangan itu hany

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 007

    Keadaan yang riuh rendah tadi kini sudah berubah suram dan sunyi sepi kerana semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas mahu memulakan pembelajaran mereka pada hari tersebut kecuali Jin Young yang kini sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki itu memandang Jin Young dengan wajah yang agak sukar untuk ditafsirkan. "Kau nak apa?" tanya Jin Young, nadanya kedengaran mendatar sebaik sahaja dia mengeluarkan soalan tersebut wajahnya juga sudah berubah serius daripada tadi. Lelaki di hadapannya menyiring ke arah Jin Young sambil bersandarkan badan ke pintu loker. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Jin Young yang kononnya cool sangat tu."Perjanjian kau! Aku nak tuntut." kata lelaki itu kepada Jin Young. Kini mata mereka bertentangan cuma salah seorang dari mereka berdua menunjukkan eskpersi muka tidak berpuas hati manakala seorang lagi hanya tersenyum sinis."Aku dah beritahu, belum tiba masanya untuk aku tunaikan perjanjian tu. K

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 008

    Sejak tamatnya waktu rehat tadi, Tia, Maria dan Ana langsung tidak berkata-kata. Mereka hanya mendiamkan diri sebagai tanda mereka sedang kelu lidah. Mereka sendiri tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Akhirnya, Maria mendekati Ana dan menarik baju Tia ke meja Ana yang sedang kusyuk menulis fanfic diatas buku fanficnya. Itulah runting harian Ana menulis segala cerita yang ada sangkut paut dengan imaginasinya sendiri dan juga dunia realitinya."Ana..." panggil Maria, Ana yang sedang menunduk kusyuk menulis mula mengangkat wajahnya ke atas. Matanya disepetkan lalu dia membuat isyarat 'apa' kepada Maria. "Betul ke? Kau kena ikut dia orang semua ke alam lain?" tanya Maria. Tia pula hanya bermain dengan kukunya di hadapan meja Ana."Uh? Alam lain? Aku pun tak pasti lagi, kenapa kau tanya?" Ana mula menutup pennya dan meletakkannya di atas meja. Buku fanficnya dibiarkan terdedah begitu saja. Jin Young yang berada dua barisan dari belakang Ana mencuri-curi dengar per

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 009

    Kalau nak tunggu awak datang sampai tahun depan pun belum tentu muncul." sindir Krystal pula. "How great your house, Ana?" Tia tidak habis-habis teruja dengan rumah milik Ana. Rasanya rumah Tia lagi besar dari rumahnya dan Maria. Ana hanya mampu mengelengkan kepala melihat kerenah Tia seperti itu."Hi!" sapa beberapa orang manusia yang Ana tidak kenali siapa meraka.Ana hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menjawab 'Hi' dari mereka sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Tanpa sedar, Ken dan Niel juga berada di situ. Adik beradik Shadow Walker juga berada di dalam rumah Ana sebagai bentuk bayang-bayang yang mengeluarkan kepulan asap masing-masing."Okay, sekarang kita mulakan perbincangan." kata Krystal cuba menarik perhatian mereka semua yang sedang rancak berbual. Ana menoleh ke arah Krystal lalu bertanya."Bincang tentang apa?" tanya Ana, wajahnya serius menunjukkan dia sedang tertanya-tanya. Krystal tersenyum lalu mengham

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 010

    Tangan Ana ditarik oleh Miss Liya. Setelah pintu dibuka dengan laju, Ana dan Miss Liya melarikan diri dari bilik guru disiplin tersebut. "Hoiiii..." guru disiplin keluar dari biliknya dan menjerit sambil memakai cermin mata. Laju kedua-dua gadis itu berlari. Sampai di bahagian loker. Larian mereka terhenti.Ana tersandar di pintu loker begitu juga dengan Miss Liya. Memang terkejut habis sewaktu mereka masuk ke dalam bilik guru disiplin tadi. Ana tercugap-cugap kerana penat berlari. "Cikgu!" panggil Ana apabila melihat cikgu Matematiknya mengelosorkan diri di pintu loker. "Kenapa cikgu jerit tadi?" tanya Ana sengaja bertanya walaupun tahu apa sebabnya."Kamu tak nampak ke? Ish kamu ni!" marah Miss Liya. Ana terangguk sambil tersengih. "Yang kamu pula kenapa menjerit?" tanya Miss Liya. "Terkejutlah, dengar cikgu menjerit." jawab Ana jujur. Miss Liya menyandarkan kepalanya ke pintu loker sambil kaki melunjur di atas lantai nasib baiklah tiada sesiapa di situ

Bab terbaru

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 086

    "Aku mahu kau perhatikan gerakan mereka! Jangan kau cuba khianati aku kerana aku telah selamatkan kau dari maut!" kata ketua Organ kepada Lucifer membuatkan senyuman di bibir ahli sihir jahat itu semakin menyenget."Kau belum kenal aku siapa..." balas Lucifer dengan nada yang agak rendah sehingga ketua puak orck itu langsung tidak dapat dengar apa yang dituturkannya ketika itu. "Jangan risau tuan, aku juga adalah milikmu..." kali ni suaranya ditinggikan supaya ketua puak orck itu mendengarnya."Bagus!" Krystal yang masih mencari jalan untuk membuka pintu negara Minland sudah mula berputus asa kerana sihirnya semakin berkurangan akibat dirinya yang semakin hampir dengan satu lagi kuasa sihir paling kuat dan tidak dapat ditangani melainkan Conffesser dan juga The Seeker. Krystal melihat ke arah tangannya sendiri yang sudah kemerah-merahan kerana menahan sakit melawan pintu yang juga menggunakan sihir negara Minland."Apa kau buat di sini?" tiba-tiba satu suara yang tidak asing menengur

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 085

    Jinyoung dan CNU keluar dari hutan tersebut sambil memapah Kris yang telah pun cedera parah manakala Chanyeol dan Xiumin keluar tanpa Luhan bersama mereka, sebelum mereka keluar dari hutan itu. Mayat Luhan telah pun ditanam dan dikubukan di dalam hutan tersebut. Sewaktu mereka tiba di hadapan ahli kumpulan mereka yang lain, Kyungsoo adalah orang pertama yang melihat mereka terus bangun dari duduknya dan langkah kakinya laju meluru ke arah Kris yang sedang dipapah oleh CNU dan juga Jinyoung.Wajah Chanyeol mula berkerut-kerut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tao kepada mereka berlima yang baru keluar dari dalam hutan. "Sehun dah tak ada." Tergagap-gagap Tao cuba memberitahu mereka perkara sebenar dengan itu juga Kris terjatuh terduduk di atas batu di tepi sungai itu. Chanyeol mula berubah riak di wajahnya."Mana Luhan?" tanya Kyungsoo kepada mereka yang baru keluar dari hutan tersebut. Seorang demi seorang wajah lima orang rakannya itu direnung meminta jawapan daripada mereka. Panda

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 084

    "Banyak betul burung." Miss Liya berkata sambil pandangannya dibuang ke udara kerana burung helang dan gagak hitam berkeliaran di atas langit sejak daripada tadi lagi membuatkan Miss Liya berasa tidak sedap hati dengan keadaan tersebut."Kenapa?" tegur Hoya sebaik saja melihat Miss Liya melihat ke atas sambil melindungi wajahnya daripada terkena sinaran matahari yang tengah terik di atas kepala mereka ketika ini."Peliklah, banyak betul buruk. Awak tak rasa pelik ke?" tanya Miss Liya tanpa memandang ke arah Hoya. Sekaligus membuatkan Hoya mendonggak ke atas sama seperti Miss Liya."Ha,a lah banyaknya." Hoya turut terkejut melihatkan ke dada langit yang kelihatannya burung-burung gagak sedang berpusing-pusing di ruang legar yang sama."Bunyi burung-burung tu pun menyeramkan juga." Sambung Miss Liya yang masih berjalan sambil melihat ke atas. Pada waktu itu tanpa mereka semua sedar, seekor burung gagak hitam itu turun ke bawah menghampiri mereka semua dan berterbangan ke arah Ana. Setel

DMCA.com Protection Status