"Biarkan makcik yang bantu..." satu suara menerpa ke arah Miss Liya yang sentiasa mengambil tempat untuk menyediakan hidangan makanan kepada mereka semua."Eh! Tak apa-apa makcik saya boleh buat. Ni budak-budak ni ada boleh bantu saya..." Miss Liya cuba menolak bantuan daripada makcik tersebut bukan kerana tak suka tapi kasihankan wanita tua itu kerana dia sudah pun berumur masakan dia mahu diberikan kerja yang berat-berat? Itu namanya tidak adil.Akhirnya makcik itu akur dan hanya melihat saja teletah Miss Liya melakukan kerja. Yixing datang ke ruang masakan itu sambil membawa beberapa sayuran dari kebun sayur."CIKGU...abang tak kasi Yiming makan buah ni..." adu anak kecil itu kepada Miss Liya sejak mereka berkenalan Miss Liya selalu melayan kerenah Yiming dengan Yixing baginya mereka berdua sudah dianggap seperti anak buah sendiri sama juga seperti anak-anak muridnya yang lain."Ee tak payah nak mengadu dengan cikgulah..." Yixing mencebik geram dengan sikap adiknya."Biarlah, abang
Puan Sunny sedaya upaya memujuk kakaknya supaya bersabar, dalam hal itu mereka tidak boleh terburu-buru. Encik Park sebagai seorang lelaki dia juga menasihati kakak iparnya agar bersabar."Amma..." suara Taemin kedengaran lemah memanggil ibunya, Puan Sunny segera bangun dan menghampiri Taemin yang berada di sebalik pintu dapur. Tangan Taemin ditarik lembut Puan Sunny lalu menyuruh Taemin duduk di atas sofa disebelahnya."Bagitahu amma, apa yang berlaku pada kamu?" tanya Puan Sunny sambil merenung tajam wajah anaknya. Risaukan anak saudaranya pun ya, anak sendiri pun ya. Dia tahu, Tia memberikan maklumat kepada Taemin melalui jeritannya jadi Puan Sunny mahukan kepastian sama ada benar atau pun tidak apa yang dia rasa."Noona..." tersekat-sekat suara Taemin menuturkan perkataan itu. Puan Sunny masih sabar menunggu."Noona, kata...yang puak serigala diserang puntianak." jawab Taemin dengan suara yang mendatar."Macam mana dengan Kyungsoo?" sampuk Puan Do Ri. Mereka saling berpandangan, T
Miss Liya merenung mereka semua yang sedang makan di bawah pokok yang rendang. Tanpa sedar Miss Liya tersenyum sendiri, suasana nyaman itu memang dia amat sukainya dan amat sukar untuk menemukan tempat seperti itu lagi."Apa yang dimenungkan tu cikgu?" tanya Niel yang sedang menambah sup di dalam mangkuknya. Miss Liya menoleh lalu tersengih ke arah anak muridnya itu."Nyaman tempat ni, tak sangka kita akan tinggalkan tempat ni esok pagi..." jawab Miss Liya tenang lalu membantu Niel mencedok sup ke dalam mangkuk Niel."Ke cikgu nak tinggal kat sini terus?" usik Niel."Ish gila kamu, ni bukan dunia cikgu." Miss Liya menjeling Niel manja. Niel hanya ketawa geli hati.Ken dan Jin Hyuk menghampiri ruang memasak itu lalu berbual-bual dengan Miss Liya."Cikgu, kami nampak Hoya tu macam suka cikgu je." sampuk Ken dengan sengaja."Hoya? Kamu ni ada-ada jela Ken mana ada." Miss Liya cuba menafikannya walhal wajahnya sudah merah kerana menahan malu."Eh eh! Kenapa muka cikgu merah?" usik Jin Hyu
Sulli masuk ke dalam biliknya bersama Gayoon dan Victoria. Matanya yang sembab dibiarkan begitu saja... Victoria yang perasan akan perubahan yang berlaku terhadap Sulli cuba menengurnya."Kau kenapa?" tanya Victoria sambil duduk dibirai katilnya. Sulli menggelengkan kepalanya. Memandangkan Victoria adalah kakaknya dia tidak dapat tidak membohongi kakaknya tapi apakan daya dia terpaksa membiarkan perkara itu tanpa dikongsikan bersama kakaknya kerana Victoria sudah berubah. Jika dulu dia seorang yang tidak akan sesekali mengikuti jejak langkah puntianak tapi hari ini dia telah menjadi tali barut puntianak... Sulli agak kecewa kerana kakaknya sendiri mungkir janji."Kau tak payah tipulah!" marah Victoria."Aku sakit perut je..." balas Sulli selamba lalu menghampiri katilnya untuk terus melenakan diri tapi belum sempat dia berbuat demikian Victoria merentap kasar tangannya."KAU JANGAN NAK TIPU AKU!" nada Vcitoria seolah-olah berbaur ugutan. Sulli menajamkan penglihatannya kerana dia tida
Ana dan yang lain bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Setelah siap mengemas dan bersiap-siap, semuanya yang akan meneruskan perjalanan akan berkumpul di pintu gerbang Sonia Aftar."Cikgu..." Yiming menghantar Miss Liya ke arah pintu gerbang bagi membolehkan mereka berkumpul sekali. Yiming yang sedang didukung oleh Yixing menunjukkan wajah sayunya mahu berpisah dengan Miss Liya kerana dia sudah menganggap Miss Liya seperti ibunya sendiri memandangkan ibunya sudah lama tiada. Miss Liya mengusap lembut wajah kecil Yiming itu lalu Yiming terus memeluk Miss Liya dan tubuh kecil itu beralih tangan dari tangan Yixing ke tangan Miss Liya.Air mata anak kecil itu mengalir deras membuatkan Miss Liya berasa sayu hendak meninggalkan anak kecil itu tapi dia juga ada misinya tersendiri iaitu sentiasa berada di samping Ana yang telah dianggap sebagai adiknya sendiri..."Nanti cikgu datang lagi ya sayang, Yim jangan sedih-sedih. Dekat sini Yim akan lebih selamat." pujuk Miss Liya."Tapi Yim nak
"Yoon Na!" Puan Mi Mi pulang ke rumah pada jam 3 petang, dia betul-betul terkejut melihat anaknya pengsan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah mereka.Yoon Na yang mula tersedar, terus bingkas bangun lalu menggosok kepalanya yang masih terasa sakit. "Ma, saya dekat mana?" tanya Yoon Na kehairanan. Rasanya dia berada di dalam bilik jaga adiknya yang sedang demam."Ish kamu ni, yang kamu tidur dekat sini buat apa? Macam mana adik kamu tu, dah surut belum demamnya?" tanya Puan Mi Mi."Err..." Yoon Na mengetap bibir. "Ma, saya rasa kan tadi ada oranglah dalam rumah kita." Kata Yoon Na tidak menjawab soalan ibunya."Apa kamu merepek ni Yoon Na? Sudah mama nak pergi tengok adik dengan sepupu kamu tu." Baru saja Puan Mi Mi nak bangun dari cangkungannya, Yoon Na menarik semula ibunya sehingga terjatuh ke lantai mereka berdua. Memang benar jangkaan Yoon Na itu, di dalam rumah mereka ada orang lain selain dia, ibunya dan juga tiga orang gadis yang sedang demam itu.Puan Mi Mi cuba menoleh k
Sepeninggalan mereka dari Sonia Aftar, perjalanan yang diambil semakin lama semakin jauh. Kini hari sudah mula lewat malam. Krystal dan juga Daehyun yang mengetuai kumpulan mereka telah berjumpa dengan satu perkampungan untuk mereka berteduh pada malam itu."Kita akan berteduh di perkampungan itu malam ini!" kata Jin Hyuk dengan lantang."Apa nama tempat itu?" tanya Maria yang juga lantang suaranya."River Bald..." balas Taehyung yang berada di sebelahnya."River Bald? Macam pernah dengar tempat tu. Haa Dalam cerita dogeng!" jerit Tia walaupun dia bukan ulat buku tapi sewaktu dirinya ibunya selalu menceritakan tentang dunia magis dan juga dunia fantasi sebab tu dia tahu dan ingat sampai sekarang."Memanglah kau tahu, nenek dengan datuk kau kan penulis cerita pengembaraan dalam dunia lama ni." Sampuk Daehyun dan membuatkan Tia tersengih kerana dia terlupa akan hal itu."Haha lupa pula aku." sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal."Bila kita akan sampai ke Midland?" pertanyaan Ana m
Setibanya keluarga Yoon di balai polis berhampiran dengan taman perumahan mereka. Ke semua pegawai polis mengucapkan terima kasih kepada keluarga Yoon kerana menangkap dan menghantar Min Hyuk ke balai polis semula. Ternyata lelaki itu telah melarikan diri dari penjara kerana dia nekad mahu bunuh seluruh keluarga Yoon akibat telah masukkan dirinya ke dalam penjara. Selesai membuat laporan, keluarga Yoon keluar dari balai polis diikuti oleh Sara dan Mei Ling. "Tak sangka dia yang bunuh kakak Yoon He..." kata Mei Ling."Itulah, sebabnya aku tak pasti tapi dengar cerita kakak sulung Yoon Hee dulu bercinta dengan lelaki tu lepas beberapa tahun mereka bercinta mula pergaduhan besar dan tanpa disangka dia bunuh kakak Yoon He... Aku tak tahulah betul ke tidak sebab ini pun aku dengar rumour dari keluarga aku sendiri..." kata Sara panjang menjela cuba menerangkan kisah konflik keluarga Yoon He suatu ketika dahulu."Syukurlah, semuanya dah selamat. Mari uncle bawa kamu bertiga ke hospital. Ras
Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di
Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d
Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se
Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny
Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m
Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka
"Aku mahu kau perhatikan gerakan mereka! Jangan kau cuba khianati aku kerana aku telah selamatkan kau dari maut!" kata ketua Organ kepada Lucifer membuatkan senyuman di bibir ahli sihir jahat itu semakin menyenget."Kau belum kenal aku siapa..." balas Lucifer dengan nada yang agak rendah sehingga ketua puak orck itu langsung tidak dapat dengar apa yang dituturkannya ketika itu. "Jangan risau tuan, aku juga adalah milikmu..." kali ni suaranya ditinggikan supaya ketua puak orck itu mendengarnya."Bagus!" Krystal yang masih mencari jalan untuk membuka pintu negara Minland sudah mula berputus asa kerana sihirnya semakin berkurangan akibat dirinya yang semakin hampir dengan satu lagi kuasa sihir paling kuat dan tidak dapat ditangani melainkan Conffesser dan juga The Seeker. Krystal melihat ke arah tangannya sendiri yang sudah kemerah-merahan kerana menahan sakit melawan pintu yang juga menggunakan sihir negara Minland."Apa kau buat di sini?" tiba-tiba satu suara yang tidak asing menengur
Jinyoung dan CNU keluar dari hutan tersebut sambil memapah Kris yang telah pun cedera parah manakala Chanyeol dan Xiumin keluar tanpa Luhan bersama mereka, sebelum mereka keluar dari hutan itu. Mayat Luhan telah pun ditanam dan dikubukan di dalam hutan tersebut. Sewaktu mereka tiba di hadapan ahli kumpulan mereka yang lain, Kyungsoo adalah orang pertama yang melihat mereka terus bangun dari duduknya dan langkah kakinya laju meluru ke arah Kris yang sedang dipapah oleh CNU dan juga Jinyoung.Wajah Chanyeol mula berkerut-kerut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tao kepada mereka berlima yang baru keluar dari dalam hutan. "Sehun dah tak ada." Tergagap-gagap Tao cuba memberitahu mereka perkara sebenar dengan itu juga Kris terjatuh terduduk di atas batu di tepi sungai itu. Chanyeol mula berubah riak di wajahnya."Mana Luhan?" tanya Kyungsoo kepada mereka yang baru keluar dari hutan tersebut. Seorang demi seorang wajah lima orang rakannya itu direnung meminta jawapan daripada mereka. Panda
"Banyak betul burung." Miss Liya berkata sambil pandangannya dibuang ke udara kerana burung helang dan gagak hitam berkeliaran di atas langit sejak daripada tadi lagi membuatkan Miss Liya berasa tidak sedap hati dengan keadaan tersebut."Kenapa?" tegur Hoya sebaik saja melihat Miss Liya melihat ke atas sambil melindungi wajahnya daripada terkena sinaran matahari yang tengah terik di atas kepala mereka ketika ini."Peliklah, banyak betul buruk. Awak tak rasa pelik ke?" tanya Miss Liya tanpa memandang ke arah Hoya. Sekaligus membuatkan Hoya mendonggak ke atas sama seperti Miss Liya."Ha,a lah banyaknya." Hoya turut terkejut melihatkan ke dada langit yang kelihatannya burung-burung gagak sedang berpusing-pusing di ruang legar yang sama."Bunyi burung-burung tu pun menyeramkan juga." Sambung Miss Liya yang masih berjalan sambil melihat ke atas. Pada waktu itu tanpa mereka semua sedar, seekor burung gagak hitam itu turun ke bawah menghampiri mereka semua dan berterbangan ke arah Ana. Setel