Share

♚ 064

Ana dan yang lain bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Setelah siap mengemas dan bersiap-siap, semuanya yang akan meneruskan perjalanan akan berkumpul di pintu gerbang Sonia Aftar.

"Cikgu..." Yiming menghantar Miss Liya ke arah pintu gerbang bagi membolehkan mereka berkumpul sekali. Yiming yang sedang didukung oleh Yixing menunjukkan wajah sayunya mahu berpisah dengan Miss Liya kerana dia sudah menganggap Miss Liya seperti ibunya sendiri memandangkan ibunya sudah lama tiada. Miss Liya mengusap lembut wajah kecil Yiming itu lalu Yiming terus memeluk Miss Liya dan tubuh kecil itu beralih tangan dari tangan Yixing ke tangan Miss Liya.

Air mata anak kecil itu mengalir deras membuatkan Miss Liya berasa sayu hendak meninggalkan anak kecil itu tapi dia juga ada misinya tersendiri iaitu sentiasa berada di samping Ana yang telah dianggap sebagai adiknya sendiri...

"Nanti cikgu datang lagi ya sayang, Yim jangan sedih-sedih. Dekat sini Yim akan lebih selamat." pujuk Miss Liya.

"Tapi Yim nak
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status