Share

♚ 070

Author: Lucyana
last update Last Updated: 2023-03-18 01:26:35

"Betul ke apa kita nampak tadi?" tanya Daehyun selepas makan malam, mereka berdua mencari tempat yang tiada orang supaya senang untuk mereka berbual tentang perkara yang mereka lihat sebentar tadi.

"Entahlah, aku tak sure." Jawab Jongin. Kebetulan pula, sewaktu mereka sedang asyik berbual. Ana mendekati lalu terkejutkan mereka.

"Ha!" sergah Ana membuatkan mereka berdua terkejut mengalahkan perempuan. "Buat apa tu?" tanya Ana sebaik saja menampakkan mukanya kepada dua orang budak lelaki itu.

"Kau ni, buat orang luluh jantung pisang emas je." Kata Jongin lalu menjeling Ana tajam. Gadis itu hanya ketawa geli hati melihatkan perbuatan itu.

"Apa korang berdua buat dekat sini da? Orang semua berkumpul dekat sana, nak dengar arahan untuk latihan esok kau berdua pula sibuk bergosip dekat sini." Kata Ana lalu mengambil tempat duduk di hadapan dua orang budak lelaki itu.

"Tak ada apalah, kami Cuma lepak-lepak aje. Kau tu buat apa pula dekat sini? Nak join?" tanya Daehyun kepada Ana. Ana menggel
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 071

    "Betul ke kau nak ikut Krystal? Aku rasa macam tak sedap hati juga ni." Kata Kevin yang berada di dalam khemah bersama Jin Hyuk. Kini lelaki berbadan sasa bernama Jin Hyuk itu sedang mengemas barang-barangnya untuk mengikuti Krystal kerana dia yakin lewat malam Krystal pasti menyelinap keluar dari kawasan tersebut."Kau patut risaukan diri kau di sini, aku pergi tak lama..." jawab Jin Hyuk."Tapi macam mana kalau esok kau tak pulang?" tanya Kevin mahukan jaminan agar Jin Hyuk selamat, ketua segala serigala harus selamat kerana tiada ketua puak serigala akan berpecah belah tanpa sebab."Kau stay dekat sini selama 4 hari, kalau dalam masa 3 hari aku tak pulang dan tak nampak kelibat aku dengan Krystal. Aku nak kau gunakan Daehyun untuk sampai ke lembah hitam. Jangan cuba cari aku dan Krystal faham?" tanya Jin Hyuk sambil menepuk bahu Kevin beberapa kali.Akhirnya Kevin terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh Jin Hyuk. Gementar, bukan sedikit yang harus dia awasi tapi ramai, mamp

    Last Updated : 2023-03-19
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 072

    Kicauan burung di tepi sungai menusuk ke gegendang telinga penduduk kampung tersebut. Kevin selaku ketua sementara Jin Hyuk dan Krystal tidak berada di situ awal pagi sudah bangun dari tidurnya. Kini semua orang masih lagi melelapkan mata tanpa sedar hari semakin cerah.Kevin menghampiri khemah yang dihuni oleh Ellera dan juga kakaknya iaitu Ellena. "Guys! Wake up... Dah pagi ni." Kata Kevin lalu menolak-nolak kain khemah tersebut. Ellera membukanya dan menunjukkan wajah baru bangun tidurnya ke arah Kevin."Awalnya bangun." Tegur Ellera lalu mengejut kakaknya pula agar kakaknya dan juga Miss Liya bangun dari tidur."Kau pergi kejutkan yang lain, aku nak kejutkan budak-budak laki tu." Kata Kevin memberi arahan manakala Ellera hanya mengikutnya tanpa membantah. Ellera keluar dari khemah menuju ke arah khemah yang dihuni oleh Ana dan kawan-kawannya."Hey, budak sila bangun!" jerit Ellera dari luar khemah. Maria yang paling awal mencelikkan mata terus membuka kain khemah lalu melihat ke a

    Last Updated : 2023-03-20
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 073

    "Selamat pagi anak-anak muridku yang disayangi sekalian, apa khabar kamu semua setelah lama bercuti, saya harap kamu semua sudah sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun." Kata cikgu Yesung sewaktu di perhimpunan rasmi. Hari itu adalah hari isnin yang dimana semua pelajar sekolah tinggi itu mula berkumpul semula untuk menghabiskan sisa persekolahan mereka yang berbaki sebelum cuti akhir tahun menjelang tiba.Cuma ada segelintir pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab tugas yang perlu dipikul oleh mereka. "Hey!" Sara menengur sepupunya Yoon He dan juga kawan baiknya Mei Ling."Nampaknya semua dah kembali cerah huuu..." Mei Ling bersuara."Betul tu, harap mimpi ngeri sebelum ni takkan berulang lagi, seram sejuk aku dengan keadaan tu." Kata Yoon He pula."Kepada semua, saya tahu kalian takut untuk hadir ke sekolah yelah, siapa tidak takut apabila hari tiba-tiba gelap tanpa cahaya matahari dan sekolah pula ditawan oleh puak yang sepatutnya wujud dalam cerita dogeng mun

    Last Updated : 2023-03-21
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 074

    "Jin Young, selepas habis periksa akhir tahun ni apa kata kita pergi bantu abang kau dan juga yang lain di sana?" Chanyeol memberikan cadangan kepada Jin Young sewaktu mereka sedang menetap di rumah milik Min Ah yang kini sudah menjadi tempat mereka selalu berkumpul."Tolong mereka?" tanya Jin Young agak terkejut dengan usul yang diberikan oleh Chanyeol itu."Yup, aku rasa mereka perlukan bantuan kita..." kata Xiumin pula yang turut menyokong usul yang diberikan Chanyeol itu. Jin Young mendiamkan dirinya untuk seketika."Kalau kau juga risaukan mereka, kau patut pergi berjumpa dengan mereka bukan pendam perasaan sendiri." Kata Siwon yang sedang duduk di meja makan menunggu isterinya menyiapkan hidangan makan malam mereka."Aku bukan risaukan mereka, aku risaukan keadaan di sana. Aku dapat rasakan puak beneling dari lembah hitam sudah keluar dan sekarang mereka sedang memburu Mother Conffesser." Kata Jin Young tenang walaupun riak wajahnya tidak menunjukkan yang dia sedang bertenang.

    Last Updated : 2023-03-22
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 075

    Keadaan di istana Midland kembali tenang selepas puak beneling berjaya ditumpaskan tapi ini bukan pengakhirannya masih jauh lagi perjalanan mereka. Ana dipapah oleh puteri Emelia ke ruang makan, seperti yang dijangka oleh Elley dan puak shadow, dalam istana tu ada perkara yang sedang berlaku tapi disembunyikan oleh penghuninya."Abang, aku rasa nak terkucillah." Kata Jongmyun kepada abangnya Jongin. Jongin melihat adiknya dengan pandangan tajam."Boleh tak jangan buat hal? Kita ni dekat istana, nanti-nanti jela kamu nak buang pon." Kata jongin dia tersilap dengar sebenarnya 'terkucil' jadi tergunting. Apa yang tergunting pon tak tahu, mungkin otaknya sudah kurang berfungsi saat melihat Ana ada kembar."Heii... Apa kena dengan kau ni hyung? Aku nak terkencing ni dah tak tahan gila kot!!!" marah jongmyun sambil mengepit kakinya kerana dia sudah benar-benar tidak tahan mahu membuang air kecil."Macam-macamlah kau ni, jom" Jongin terus menarik tangan

    Last Updated : 2023-03-23
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 076

     "Kau dah gila ke?" tanya Elley setelah kelibat Raja Emin menghilang dari pandangan mereka. Elley masih tidak berpuas hati dan mengoncang bahu Ana yang masih membisu. Wajah gerun Elley tidak dapat dilihat oleh Ana kerana lelaki itu memakai topeng putih untuk menutupi wajahnya."Habis apa yang kau nak aku lakukan?" tanya Ana dalam keadaan menahan esakkan. "I'm afraid with all this dan aku tak kuat nak hadapinya lagi." Sambung Ana lalu menundukkan wajahnya sambil menangis tanpa bunyi sebarang tangisan."Masih ada cara lain untuk kau selamat daripada hukuman ni. Perkara ni tidak adil, bukan tak adil untuk kau tapi tak adil untuk dunia ni.  Please don't do that." Kata Elley cuba menghalang Ana dari terus mengambil keputusan tersebut."I'll try to make my lord take back his punishment. Just I wish that you can go after all this finish." Puteri Emelia menyampuk lalu meninggalkan ruang makan itu untuk mengejar Raja Emin yang mahu menyediakan segala kelengkapan hu

    Last Updated : 2023-03-23
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 077

             "Sayang, kalau kamu pergi ia merbahaya. Mama tak izinkan kamu pergi!" Puan Do Ri menghampiri anaknya itu lalu melekapkan kedua-dua tangannya di wajah Kyungsoo sambil memberikan reaksi cemas dan risau terhadap anaknya."Tapi ma, it's not fair to others if I can't go. Saya juga ahli kumpulan mereka ma. Saya juga adalah wolf dan wolf seharusnya berada dalam ahli kumpulannya." Kyungsoo masih juga mempertahankan kehendaknya mahu mengikut Jin Young dan yang lain ke dunia lama. Masakan yang lain penat bertarung nyawa dia boleh tidur lena di rumah? Jika semua tu berlaku tidak adil untuk kumpulan puak serigala."Boleh tak kamu jangan degil? Mama cakap tak boleh means tak bolehlah!" jerkah Puan Do Ri membuatkan Kyungsoo tersentak. Hati Kyungsoo mula memberontak seperti anak kecil kerana berasa tidak berpuas hati. Kyungsoo mula bertindak menepis kedua tangan ibunya dan berlari menaiki anak tangga menuju ke kamarnya. "KYUNGSOO!" jerit Puan Do Ri terkejut apabila Kyung

    Last Updated : 2023-03-23
  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 078

    "Mana Kyungsoo ni? Kenapa lambat sangat?" Gongchan mula membebel sendirian apabila kelibat Kyungsoo seorang saja yang belum muncul di kawasan mereka berjanji untuk berkumpul."Cuba bawa bersabar tak boleh ke? Kejap lagi dia sampailah tu." Balas Sandeul sambil menanti ketibaan Kyungsoo yang jarang lambat tapi kali ni dia yang paling lambat.Dari kejauhan Kyungsoo berlari laju sambil membawa beg sandangnya dengan begitu kelam sekali. Di tangannya pula dipegangnya sapu tangan sambil bekejaran ke tempat mereka sepatutnya berkumpul. Sampai-sampai saja dia di kawasan itu dengan nafas tercugap-cugapnya dia memohon maaf atas kelewatannya. Bukan senang dia nak pujuk ibunya untuk izinkan dia sertai mereka ke dunia lama."Ahhhhh! Maafkan...ak..aku sebab...lam..bat ha ha ha." Kata Kyungsoo sambil menahan penatnya."Aduh apahal lah kau lambat sangat ni?" tanya Sehun tak puas hati."Sorrylah bukan sengaja..." balas Kyungsoo yang masih belum hilang pena

    Last Updated : 2023-03-24

Latest chapter

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 086

    "Aku mahu kau perhatikan gerakan mereka! Jangan kau cuba khianati aku kerana aku telah selamatkan kau dari maut!" kata ketua Organ kepada Lucifer membuatkan senyuman di bibir ahli sihir jahat itu semakin menyenget."Kau belum kenal aku siapa..." balas Lucifer dengan nada yang agak rendah sehingga ketua puak orck itu langsung tidak dapat dengar apa yang dituturkannya ketika itu. "Jangan risau tuan, aku juga adalah milikmu..." kali ni suaranya ditinggikan supaya ketua puak orck itu mendengarnya."Bagus!" Krystal yang masih mencari jalan untuk membuka pintu negara Minland sudah mula berputus asa kerana sihirnya semakin berkurangan akibat dirinya yang semakin hampir dengan satu lagi kuasa sihir paling kuat dan tidak dapat ditangani melainkan Conffesser dan juga The Seeker. Krystal melihat ke arah tangannya sendiri yang sudah kemerah-merahan kerana menahan sakit melawan pintu yang juga menggunakan sihir negara Minland."Apa kau buat di sini?" tiba-tiba satu suara yang tidak asing menengur

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 085

    Jinyoung dan CNU keluar dari hutan tersebut sambil memapah Kris yang telah pun cedera parah manakala Chanyeol dan Xiumin keluar tanpa Luhan bersama mereka, sebelum mereka keluar dari hutan itu. Mayat Luhan telah pun ditanam dan dikubukan di dalam hutan tersebut. Sewaktu mereka tiba di hadapan ahli kumpulan mereka yang lain, Kyungsoo adalah orang pertama yang melihat mereka terus bangun dari duduknya dan langkah kakinya laju meluru ke arah Kris yang sedang dipapah oleh CNU dan juga Jinyoung.Wajah Chanyeol mula berkerut-kerut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tao kepada mereka berlima yang baru keluar dari dalam hutan. "Sehun dah tak ada." Tergagap-gagap Tao cuba memberitahu mereka perkara sebenar dengan itu juga Kris terjatuh terduduk di atas batu di tepi sungai itu. Chanyeol mula berubah riak di wajahnya."Mana Luhan?" tanya Kyungsoo kepada mereka yang baru keluar dari hutan tersebut. Seorang demi seorang wajah lima orang rakannya itu direnung meminta jawapan daripada mereka. Panda

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 084

    "Banyak betul burung." Miss Liya berkata sambil pandangannya dibuang ke udara kerana burung helang dan gagak hitam berkeliaran di atas langit sejak daripada tadi lagi membuatkan Miss Liya berasa tidak sedap hati dengan keadaan tersebut."Kenapa?" tegur Hoya sebaik saja melihat Miss Liya melihat ke atas sambil melindungi wajahnya daripada terkena sinaran matahari yang tengah terik di atas kepala mereka ketika ini."Peliklah, banyak betul buruk. Awak tak rasa pelik ke?" tanya Miss Liya tanpa memandang ke arah Hoya. Sekaligus membuatkan Hoya mendonggak ke atas sama seperti Miss Liya."Ha,a lah banyaknya." Hoya turut terkejut melihatkan ke dada langit yang kelihatannya burung-burung gagak sedang berpusing-pusing di ruang legar yang sama."Bunyi burung-burung tu pun menyeramkan juga." Sambung Miss Liya yang masih berjalan sambil melihat ke atas. Pada waktu itu tanpa mereka semua sedar, seekor burung gagak hitam itu turun ke bawah menghampiri mereka semua dan berterbangan ke arah Ana. Setel

DMCA.com Protection Status