Keadaan di istana Midland kembali tenang selepas puak beneling berjaya ditumpaskan tapi ini bukan pengakhirannya masih jauh lagi perjalanan mereka. Ana dipapah oleh puteri Emelia ke ruang makan, seperti yang dijangka oleh Elley dan puak shadow, dalam istana tu ada perkara yang sedang berlaku tapi disembunyikan oleh penghuninya."Abang, aku rasa nak terkucillah." Kata Jongmyun kepada abangnya Jongin. Jongin melihat adiknya dengan pandangan tajam."Boleh tak jangan buat hal? Kita ni dekat istana, nanti-nanti jela kamu nak buang pon." Kata jongin dia tersilap dengar sebenarnya 'terkucil' jadi tergunting. Apa yang tergunting pon tak tahu, mungkin otaknya sudah kurang berfungsi saat melihat Ana ada kembar."Heii... Apa kena dengan kau ni hyung? Aku nak terkencing ni dah tak tahan gila kot!!!" marah jongmyun sambil mengepit kakinya kerana dia sudah benar-benar tidak tahan mahu membuang air kecil."Macam-macamlah kau ni, jom" Jongin terus menarik tangan
"Kau dah gila ke?" tanya Elley setelah kelibat Raja Emin menghilang dari pandangan mereka. Elley masih tidak berpuas hati dan mengoncang bahu Ana yang masih membisu. Wajah gerun Elley tidak dapat dilihat oleh Ana kerana lelaki itu memakai topeng putih untuk menutupi wajahnya."Habis apa yang kau nak aku lakukan?" tanya Ana dalam keadaan menahan esakkan. "I'm afraid with all this dan aku tak kuat nak hadapinya lagi." Sambung Ana lalu menundukkan wajahnya sambil menangis tanpa bunyi sebarang tangisan."Masih ada cara lain untuk kau selamat daripada hukuman ni. Perkara ni tidak adil, bukan tak adil untuk kau tapi tak adil untuk dunia ni. Please don't do that." Kata Elley cuba menghalang Ana dari terus mengambil keputusan tersebut."I'll try to make my lord take back his punishment. Just I wish that you can go after all this finish." Puteri Emelia menyampuk lalu meninggalkan ruang makan itu untuk mengejar Raja Emin yang mahu menyediakan segala kelengkapan hu
"Sayang, kalau kamu pergi ia merbahaya. Mama tak izinkan kamu pergi!" Puan Do Ri menghampiri anaknya itu lalu melekapkan kedua-dua tangannya di wajah Kyungsoo sambil memberikan reaksi cemas dan risau terhadap anaknya."Tapi ma, it's not fair to others if I can't go. Saya juga ahli kumpulan mereka ma. Saya juga adalah wolf dan wolf seharusnya berada dalam ahli kumpulannya." Kyungsoo masih juga mempertahankan kehendaknya mahu mengikut Jin Young dan yang lain ke dunia lama. Masakan yang lain penat bertarung nyawa dia boleh tidur lena di rumah? Jika semua tu berlaku tidak adil untuk kumpulan puak serigala."Boleh tak kamu jangan degil? Mama cakap tak boleh means tak bolehlah!" jerkah Puan Do Ri membuatkan Kyungsoo tersentak. Hati Kyungsoo mula memberontak seperti anak kecil kerana berasa tidak berpuas hati. Kyungsoo mula bertindak menepis kedua tangan ibunya dan berlari menaiki anak tangga menuju ke kamarnya. "KYUNGSOO!" jerit Puan Do Ri terkejut apabila Kyung
"Mana Kyungsoo ni? Kenapa lambat sangat?" Gongchan mula membebel sendirian apabila kelibat Kyungsoo seorang saja yang belum muncul di kawasan mereka berjanji untuk berkumpul."Cuba bawa bersabar tak boleh ke? Kejap lagi dia sampailah tu." Balas Sandeul sambil menanti ketibaan Kyungsoo yang jarang lambat tapi kali ni dia yang paling lambat.Dari kejauhan Kyungsoo berlari laju sambil membawa beg sandangnya dengan begitu kelam sekali. Di tangannya pula dipegangnya sapu tangan sambil bekejaran ke tempat mereka sepatutnya berkumpul. Sampai-sampai saja dia di kawasan itu dengan nafas tercugap-cugapnya dia memohon maaf atas kelewatannya. Bukan senang dia nak pujuk ibunya untuk izinkan dia sertai mereka ke dunia lama."Ahhhhh! Maafkan...ak..aku sebab...lam..bat ha ha ha." Kata Kyungsoo sambil menahan penatnya."Aduh apahal lah kau lambat sangat ni?" tanya Sehun tak puas hati."Sorrylah bukan sengaja..." balas Kyungsoo yang masih belum hilang pena
Dalam meneruskan perjalanan mereka ke lembah hitam mereka akan bertemu dengan beberapa buah negeri lagi sebelum selamat tiba di lembah hitam sudah pasti mereka akan bertembung pelbagai cabaran lagi membuatkan mereka tidak lagi berasa gentar dan takut untuk menghadapinya.Dalam waktu yang sama, Jin Young dan rakan-rakannya sudah tiba di dunia lama. "Kita di dunia lama sekarang." kata Jin Young dengan nada yang agak tegas memandangkan mereka sudah sampai di dunia lama. Mereka berada di hadapan istana lama yang cukup cantik dan cukup unik bagi mereka. Tidak pernah lagi mereka menjumpai istana cantik seperti itu di Negara mereka. Dunia lama ini benar-benar telah pisahkan mereka dari dunia yang mereka diami selama ini.Sewaktu mereka sedang terpegun dengan apa yang ada di depan mata, salah seorang daripada mereka berundur mendekati mereka tatkala dia memanggil "guys" semua orang memandang ke arah Tao apabila suaranya menusuk ke gegendang telinga mereka. Muka Tao sudah berubah ketakutan mel
Ketika semua orang sedang berteduh di bawah pokok-pokok besar di dalam hutan itu, Ana mula mengeledah beg yang dibawa oleh Miss Liya. "Kau nak cari apa?" tanya Elley yang tiba-tiba menghampiri Ana lalu duduk bersebelahan dengan gadis itu. Ana menoleh lalu tersenyum sumbing sambil menjawab."Makanan" ringkas saja jawapannya dan dia kembali mencari sesuatu yang dinamakan makanan dalam beg gurunya. Setelah puas digeledah beg itu akhirnya dia jumpai satu plastik roti. "Aik tadi tak ada pun..." kata Ana sendirian kerana hairan dengan apa yang dia jumpai. Pada waktu yang sama Elley hanya tersenyum sinis melihat gelagat Ana di sebalik topeng yang dipakainya.Tia mencebik geram apabila dia tersedar bahawasanya Elley yang membuatkan roti itu wujud di dalam beg tersebut... Dia mula mengeluh sendirian sambil menyandarkan dirinya di bahu Maria. "Maria..." panggilnya."Hm..." Maria hanya menyahut ringkas."Betul ke kita akan tak kenal antara satu sama lain lep
Setelah jauh dua belas orang pemuda serigala jadian itu melarikan diri dari istana Minland, kini mereka betul-betul berada di tengah-tengah hutan belantara. Mereka sendiri tidak tahu mahu pergi ke mana malah diri mereka juga telah pun penat kerana berlari laju ingin meninggalkan kawasan istana."Sekarang apa yang patut kita lakukan? Kita masih di Minland?" tanya Kyungsoo kepada yang lain sambil tercugap-cugap, penatnya masih belum hilang lagi mana tidaknya dia boleh kuruskan badan setelah 2 hari berturut-turut asyik berlari ke sana dan ke sini."Aku rasa kita masih di Minland, tengok daun dan rumput ini berbeza di dunia lama." Kata Chanyeol sambil menyentuh rumput yang sedang mereka pijak ketika ini. "Bukan itu sahaja, daun-daun di sini juga tidak kering seperti di dalam hutan biasa." Sambung Chanyeol.Mereka semua mula menyentuh daun-daun pokok yang berada di hadapan mata mereka. Tanpa mereka sedari ada seekor mahkluk sedang memerhatikan gelagat mereka. Ternyata makhluk itu telah men
"Aduh berapa lama lagi kita perlu berjalan? Aku dah tak larat!" keluh Tia yang sememangnya banyak ragam sejak daripada awal perjalanan mereka. Semua orang hanya mendiamkan diri mendengarkan keluhan Tia itu."Daehyun" tiba-tiba suara Krystal mencelah apabila melihat lelaki yang berjalan paling hadapan sebagai tanda penunjuk arah kepada mereka semua tidak ambil peduli dengan keluhan Tia itu kerana dia bukanlah ketua kumpulan.Ken yang berada di belakang Krystal mula berhenti daripada meneruskan perjalanannya apabila wanita angun di hadapannya turut membuat perkara yang sama. Daehyun pula mengalihkan padangannya kea rah Krystal. "Ya?" sahut lelaki itu."Berapa hari lagi?" tanya Krystal tanpa berbasa basi lagi. Daehyun mula mendongak ke langit dengan kecilkan mata serta melindungi mukanya daripada silauan matahari yang terpacak di atas kepala mereka semua."Jika kita berhenti dan berehat di sini untuk malam ni, mungkin makan masa seminggu lagi tapi kalau perjalanan diteruskan kita hanya m