Share

♚ 053

"Sara kau ni dah kenapa? Apasal kau menjerit-jerit ha?" Yoon Na cuba mengejutkan sepupunya yang entah sedar atau pun tidak itu. Sara mencelikkan matanya sambil melihat sekeliling, lama kelamaan dia menghembuskan nafas lega.

"Hoi kau apahal?" Yoon He menepuk dahi Sara dengan kuatnya, tangan Yoon He melekat di dahi Sara menyebabkan Sara memandang Yoon He dengan pandangan tajam.

"Aku mimpi aku kena baham." Sara membuat riak terkejut membuatkan kedua-dua sepupunya bergelak sakan di hadapannya. "Yahhhh! Apasal kau berdua gelak?" marah Sara kerana geram seolah-olah dia dipelekehkan oleh kedua-dua sepupunya itu.

"Tulah kamu, tidur petang lagi! Kan dah mimpi yang bukan-bukan... Sudahlah pergi mandi, siap turun makan." kata Yoon Na lalu dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Sara mengusut rambutnya dan dia terkejut.

"Apasal rambut aku basah? Ada hujan dalam bilik kau ke?" tanya Sara hairan.

"Hahaha... Itulah kau! Tidur mati, akak aku siram air
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status