Suara Miss Liya bergema di setiap sudut ruang yang ada. Ana dan Maria sudah gelabah, mereka berdua tahu salah Ana tapi kenapa Miss Liya menjerit sehingga mahu gugur jantung orang yang sedang tidur ketika mendengarkannya?Ana sudah ketawa geli hati melihatkan kejadian sebentar tadi. Manakala Maria cuba mengawal ketawanya. "Kau ni Ana! Tak baikla." kata Maria sambil menepuk bahu Ana. Akhirnye mereka berdua sama-sama ketawa kerana melihatkan aksi cikgu muda itu berlari seperti nampak hantu.Miss Liya yang lari masuk ke dalam pondok rehat mereka langsung tidak keluar semula. Mungkin malu atau marah dengan Ana barang kali. Hoya yang hendak ke pondok perigi itu, melihat Ana dan Maria tercegat di tengah-tengah lorong tersebut sambil ketawa tidak henti-henti lalu lelaki itu menghampiri mereka berdua. "Awak berdua kenapa?" tanya Hoya. Rasa ingin tahunya membuak-buak."Kami pun tak tahu." Jawab Ana lalu tersengih manakala Maria sudah meletuskan ketawanya. Usikkan Ana nampaknya berjaya membuat
Assalamualaikum dan hai semua, kepada sesiapa yang sudi baca dari awal sehingga bab yang terakhir tu terima kasih sangat-sangat ;D.Sedikit latar belakang cerita ni, sumber yang saya perolehi untuk olah cerita ini semua adalah dari hasil saya menonton drama dan movie orang putih iaitu ;🍃TEEN WOLF - BERKAITAN DENGAN PUAK SERIGALA DAN PUNTIANAK.🍃THE LEGEND OF THE SEEKER - BERKAITAN DENGAN THE SEEKER DAN MOTHER CONFFESSER.🍃THE LORD OF THE RING - PUAK ORCK DAN THE WIZARD.🍃MANAKALA THEe SHADOW DAN MANUSIA HALIMUNAN SAYA BAYANG DAN REKA SENDIRI ;DSebenarnya, cerita ini ditulis pada tahun 2014, tetapi pada ketika itu saya stop menulis atas kesibukan yang melanda diri. Jadi cerita ini tergantung sepi tiada ending.Namun pada kali ini, saya cuba siapkan juga agar cerita ini tidaklah tergantung sepi bak lagu Hakim Rusli tu haha. Jadi rasa lega, bila cerita ni dah 100% siap sepenuhnya. Boleh saya menulis cerita lain pula yang tergendala tergantung sepi juga haha.Tak tahulah, endingnya
Keadaan rumah Jin Young kini hanya tinggal tinggal kerana dalam rumah tersebut sudah habis hancur akibat diserang oleh puntianak. Puak serigala yang tidak semuanya bersedia sepenuhnya telah diserang oleh puak puntianak. Jin Young yang tercedera di bahagian kepala mula sedarkan diri dan bangun secara perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit dan matanya kelihatan kabur. Dia cuba mencari Siwon akan tetapi tidak bisa kerana baru saja mahu melangkah dia terjatuh semula.CNU dan Baro yang tercedera di bahagian dahi dan juga kaki serta lengan mereka terbau sesuatu yang sangat mereka kenali. "Bau gas!" jerit Baro dan CNU menolak bahu Baro agar membawa ketiga-tiga kawan mereka yang pengsan keluar dari rumah itu."Kita tak boleh angkat dia orang bertiga." kata Baro gelisah."Sudah, kau pergi tutup dapur gas cepat!" arah CNU dan Baro yang tercedera di bahagian kaki terpaksa juga mengheret kakinya ke arah dapur lalu sampai saja di bahagian dapur. dia menutup dapur gas dan tanpa sedar bunyi letupan
"Biarkan makcik yang bantu..." satu suara menerpa ke arah Miss Liya yang sentiasa mengambil tempat untuk menyediakan hidangan makanan kepada mereka semua."Eh! Tak apa-apa makcik saya boleh buat. Ni budak-budak ni ada boleh bantu saya..." Miss Liya cuba menolak bantuan daripada makcik tersebut bukan kerana tak suka tapi kasihankan wanita tua itu kerana dia sudah pun berumur masakan dia mahu diberikan kerja yang berat-berat? Itu namanya tidak adil.Akhirnya makcik itu akur dan hanya melihat saja teletah Miss Liya melakukan kerja. Yixing datang ke ruang masakan itu sambil membawa beberapa sayuran dari kebun sayur."CIKGU...abang tak kasi Yiming makan buah ni..." adu anak kecil itu kepada Miss Liya sejak mereka berkenalan Miss Liya selalu melayan kerenah Yiming dengan Yixing baginya mereka berdua sudah dianggap seperti anak buah sendiri sama juga seperti anak-anak muridnya yang lain."Ee tak payah nak mengadu dengan cikgulah..." Yixing mencebik geram dengan sikap adiknya."Biarlah, abang
Puan Sunny sedaya upaya memujuk kakaknya supaya bersabar, dalam hal itu mereka tidak boleh terburu-buru. Encik Park sebagai seorang lelaki dia juga menasihati kakak iparnya agar bersabar."Amma..." suara Taemin kedengaran lemah memanggil ibunya, Puan Sunny segera bangun dan menghampiri Taemin yang berada di sebalik pintu dapur. Tangan Taemin ditarik lembut Puan Sunny lalu menyuruh Taemin duduk di atas sofa disebelahnya."Bagitahu amma, apa yang berlaku pada kamu?" tanya Puan Sunny sambil merenung tajam wajah anaknya. Risaukan anak saudaranya pun ya, anak sendiri pun ya. Dia tahu, Tia memberikan maklumat kepada Taemin melalui jeritannya jadi Puan Sunny mahukan kepastian sama ada benar atau pun tidak apa yang dia rasa."Noona..." tersekat-sekat suara Taemin menuturkan perkataan itu. Puan Sunny masih sabar menunggu."Noona, kata...yang puak serigala diserang puntianak." jawab Taemin dengan suara yang mendatar."Macam mana dengan Kyungsoo?" sampuk Puan Do Ri. Mereka saling berpandangan, T
Miss Liya merenung mereka semua yang sedang makan di bawah pokok yang rendang. Tanpa sedar Miss Liya tersenyum sendiri, suasana nyaman itu memang dia amat sukainya dan amat sukar untuk menemukan tempat seperti itu lagi."Apa yang dimenungkan tu cikgu?" tanya Niel yang sedang menambah sup di dalam mangkuknya. Miss Liya menoleh lalu tersengih ke arah anak muridnya itu."Nyaman tempat ni, tak sangka kita akan tinggalkan tempat ni esok pagi..." jawab Miss Liya tenang lalu membantu Niel mencedok sup ke dalam mangkuk Niel."Ke cikgu nak tinggal kat sini terus?" usik Niel."Ish gila kamu, ni bukan dunia cikgu." Miss Liya menjeling Niel manja. Niel hanya ketawa geli hati.Ken dan Jin Hyuk menghampiri ruang memasak itu lalu berbual-bual dengan Miss Liya."Cikgu, kami nampak Hoya tu macam suka cikgu je." sampuk Ken dengan sengaja."Hoya? Kamu ni ada-ada jela Ken mana ada." Miss Liya cuba menafikannya walhal wajahnya sudah merah kerana menahan malu."Eh eh! Kenapa muka cikgu merah?" usik Jin Hyu
Sulli masuk ke dalam biliknya bersama Gayoon dan Victoria. Matanya yang sembab dibiarkan begitu saja... Victoria yang perasan akan perubahan yang berlaku terhadap Sulli cuba menengurnya."Kau kenapa?" tanya Victoria sambil duduk dibirai katilnya. Sulli menggelengkan kepalanya. Memandangkan Victoria adalah kakaknya dia tidak dapat tidak membohongi kakaknya tapi apakan daya dia terpaksa membiarkan perkara itu tanpa dikongsikan bersama kakaknya kerana Victoria sudah berubah. Jika dulu dia seorang yang tidak akan sesekali mengikuti jejak langkah puntianak tapi hari ini dia telah menjadi tali barut puntianak... Sulli agak kecewa kerana kakaknya sendiri mungkir janji."Kau tak payah tipulah!" marah Victoria."Aku sakit perut je..." balas Sulli selamba lalu menghampiri katilnya untuk terus melenakan diri tapi belum sempat dia berbuat demikian Victoria merentap kasar tangannya."KAU JANGAN NAK TIPU AKU!" nada Vcitoria seolah-olah berbaur ugutan. Sulli menajamkan penglihatannya kerana dia tida
Ana dan yang lain bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Setelah siap mengemas dan bersiap-siap, semuanya yang akan meneruskan perjalanan akan berkumpul di pintu gerbang Sonia Aftar."Cikgu..." Yiming menghantar Miss Liya ke arah pintu gerbang bagi membolehkan mereka berkumpul sekali. Yiming yang sedang didukung oleh Yixing menunjukkan wajah sayunya mahu berpisah dengan Miss Liya kerana dia sudah menganggap Miss Liya seperti ibunya sendiri memandangkan ibunya sudah lama tiada. Miss Liya mengusap lembut wajah kecil Yiming itu lalu Yiming terus memeluk Miss Liya dan tubuh kecil itu beralih tangan dari tangan Yixing ke tangan Miss Liya.Air mata anak kecil itu mengalir deras membuatkan Miss Liya berasa sayu hendak meninggalkan anak kecil itu tapi dia juga ada misinya tersendiri iaitu sentiasa berada di samping Ana yang telah dianggap sebagai adiknya sendiri..."Nanti cikgu datang lagi ya sayang, Yim jangan sedih-sedih. Dekat sini Yim akan lebih selamat." pujuk Miss Liya."Tapi Yim nak