"Betul ke apa kita nampak tadi?" tanya Daehyun selepas makan malam, mereka berdua mencari tempat yang tiada orang supaya senang untuk mereka berbual tentang perkara yang mereka lihat sebentar tadi."Entahlah, aku tak sure." Jawab Jongin. Kebetulan pula, sewaktu mereka sedang asyik berbual. Ana mendekati lalu terkejutkan mereka."Ha!" sergah Ana membuatkan mereka berdua terkejut mengalahkan perempuan. "Buat apa tu?" tanya Ana sebaik saja menampakkan mukanya kepada dua orang budak lelaki itu."Kau ni, buat orang luluh jantung pisang emas je." Kata Jongin lalu menjeling Ana tajam. Gadis itu hanya ketawa geli hati melihatkan perbuatan itu."Apa korang berdua buat dekat sini da? Orang semua berkumpul dekat sana, nak dengar arahan untuk latihan esok kau berdua pula sibuk bergosip dekat sini." Kata Ana lalu mengambil tempat duduk di hadapan dua orang budak lelaki itu."Tak ada apalah, kami Cuma lepak-lepak aje. Kau tu buat apa pula dekat sini? Nak join?" tanya Daehyun kepada Ana. Ana menggel
Terakhir Diperbarui : 2023-03-18 Baca selengkapnya