Home / All / Marry You (Bahasa Malaysia) / Chapter 61 - Chapter 70

All Chapters of Marry You (Bahasa Malaysia): Chapter 61 - Chapter 70

80 Chapters

MY ¦ 61

Langkah kaki dibawa ke depan dan belakang berulang kali. Sejak tadi dia mundar-mandir tidak berhenti, fikirannya melayang entah ke mana. Dia benar-benar tidak dapat memikirkan hal lain. Hatinya berasa tidak tenang sebab apa pun dia tidak. “Kenapa rasa tak sedap hati ni?” Imna melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Cardigen yang dipakai ditarik menutupi bahagian hadapan badan sambil mata merenung ke arah pintu balkoni. Dia tidak mampu untuk duduk bertenang walau seminit. Dari duduk dia kembali berdiri dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menghantar pesanan kepada Adam. Telefon bimbit yang berada di bilik tidur segera digapai. Punggung dihenyak ke atas katil. Firasatnya mengatakan lelaki itu berada di dalam kesusahan, kesusahan apa pun dia tidak pasti. Jadi dia cuba menghantar mesej untuk bertanya dan memastikan perasaannya itu benar atau tidak. Khairul Adam Assalamualaikum, awak... dah tidur ke? Seen tidak apa pun tidak chatnya di whatsapps itu. A
last updateLast Updated : 2022-07-26
Read more

MY ¦ 62

Wookyung mundar-mandir sejak tadi di ruang tamu rumahnya. Sesekali matanya melirik ke arah anak tangga mahu melihat sama ada suaminya sudah bersiap atau belum. Dia mahu menelefon Wooyoung dan seharusnya perbualan itu tidak boleh didengari si suami. Entah apa yang dia hendak bualkan sehingga menyebabkan dia tidak tenang dari tadi. Telefon bimbit yang berada di atas meja kecil di ruang tamu segera digapai. Jam menunjukkan pukul 6:30 minit pagi. Pasti adiknya sudah pun bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk ke pejabat mereka ataupun ke kampus. Nombor Wooyoung didail laju. Usai itu, dia melekapkan telefon ke telinga sambil menjeling ke arah tangga. Risau sungguh sekiranya Jungkook tiba-tiba muncul di hadapannya seperti sebelum-sebelum ini. Pasti lelaki itu sudah berjaya mencuri dengar perbualan dia dengan sesiapa saja melalui telefon itu. Tidak sampai beberapa minit, kedengaran suara Wooyoung menyapa di hujung talian. “Nunaa?” panggil Wooyoung. Seraya itu juga kakaknya
last updateLast Updated : 2022-07-27
Read more

MY ¦ 63

Butang baju kemeja diperkemaskan. Hari ini merupakan hari pertama dia keluar dari rumah untuk mencari kerja bagi menyara kehidupan yang seterusnya. Tiada secalit senyuman pun di wajah gara-gara kekusutan malam tadi masih berlegar-legar di ruangan minda. Masalah yang ada belum dapat diselesaikan lagi, bertambah masalah yang baru. Dari bilik tidur yang pintunya terbuka sedikit dia dapat dengar suara dua adik-beradik yang sedang bertengkar di ruang tamu. Usai dia menyisip rambutnya dengan sikat pantas dia mengapai beg lap-top lalu dia bergerak keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Matanya menangkap dua buah bagasi berada di atas meja makan. Hairan melihat bagasi itu segera dia bertanya. “Beg siapa ni?” Kedua-dua beradik yang tadinya saling bertengkar entah tentang perkara apa mula menoleh ke arahnya. “Awak tengoklah Aira ni Dam... dia kata nak pindah keluar masuk asrama hari ni.” Ah! Sudah... ini satu lagi bala yang tidak dapat dia terima dek akal fikira
last updateLast Updated : 2022-07-28
Read more

MY ¦ 64

Peluh renek membasahi dahi. Sapu tangan yang dibawa bersama di dalam beg bimbit silangnya dibawa keluar lantas mengelap peluh yang menitik. Sudah tujuh jam dia keluar masuk pelbagai agensi pekerjaan. Seluruh tempat yang menawarkan iklan bekerja dalam internet turut diterjah. Jika boleh dia mahu dapatkan sebuah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang dia ada. Tetapi, ramai sudah sedia maklum. Di negara Korea Selatan yang begitu pesat dengan pembangunan dan juga persaingan. Setiap pekerjaan memerlukan integriti dan kelayakan yang sesuai. Usai mengelap dahi dia terpandangkan fail sijil di dalam beg bimbit. Pantas dia membawa fail itu keluar. Keluhan berat dilepaskan perlahan. Sijil-sijil yang dia ada dan bawa sudah cukup membuktikan yang kelayakannya untuk setiap kerja yang dia mohon tadi. Tetapi, belum sempat dia mahu menunjukkannya mereka sudah memberi jawapan awal. Mahu kecewa dan putus asa, namun ada tanggungjawab yang perlu dia jalankan. Dalam ralit dia duduk t
last updateLast Updated : 2022-07-29
Read more

MY ¦ 65

Terasa lemah langkah kaki untuk bergerak. Tidak tahu mengapa selepas mengetahui semua cerita yang diberitahu oleh Wan Jisung kepala Adam kosong seolah-olah semuanya hilang entah ke mana. Kini, gerak kaki hanya mengikut arus penjalan kaki tanpa ada arah tujuan yang hendak dituju.Wajah Adam juga kelihatan begitu pucat lesi seakan-akan kehilangan darah atau memang tiada darah. Walaupun begitu dia cuba juga untuk bergerak. Setelah bahunya terlanggar beberapa orang awam dan akhirnya dia terjatuh ke lantai jalan barulah dia tersedar yang kini dia berada di seberang jalan rumah apartmen rumahnya.“Hah!” nafas berat dilepaskan. Sejak tadi nafasnya terasa sukar untuk dilepaskan sehingga terpaksa dia melepaskan nafasnya melalui mulut. Saat itu, matanya menangkap kelibat Imna tidak jauh di seberang jalan sedang bergerak untuk masuk ke bahagian lobi apartmen rumah mereka.Bingkas Adam bangun dan membuka larian selaju yang boleh. Dari belakang dia menangkap tubu
last updateLast Updated : 2022-07-30
Read more

MY ¦ 66

Satu cawan coklat panas diletakkan di atas meja makan. Setelah itu, kerusi ditarik perlahan dan cuba duduk dengan perlahan. Seraut wajah pucat milik Adam diperhatikan, perasaan yang melanda Adam saat ini pasti sukar hendak dia luahkan dengan kata-kata. Tangan Imna secara spontannya menyentuh pipi lelaki itu lantas dibelai perlahan. Bibirnya turut dikemam, entah mengapa melihat keadaan Adam begitu semakin kuat rasa kasih yang ada di dalam hati Imna.“Awak nak tahu sesuatu?” Adam bertanya tanpa memandang Imna.“Ceritalah....” Imna mengukir senyuman manis.“Saya baru tahu sesuatu....” Adam hentikan bicara dan Imna pula setia menanti luahan lelaki itu. “Yang selama ni ibu dan ayah kandung saya dah meninggal dunia.”Imna masih mendiamkan diri, dia juga terkejut dengan apa yang baru saja Adam sampaikan. Patutlah selama ini, Adam tidak pernah beritahu tentang keluarganya rupanya dia sendiri pun tidak tahu di mana m
last updateLast Updated : 2022-07-31
Read more

MY ¦ 67

Ketika Adam menekan loceng rumah beberapa kali, kelibat Aira membuka pintu menyapa mata. Mereka berbelas senyuman janggal sebelum Aira memberi laluan kepadanya untuk masuk ke dalam rumah. Sebelum pintu ditutup, Aira terus bersuara. “Abang Adam....” panggilan Aira hanya disahut dengan gumaman daripada lelaki itu. “Aira nak keluar kejap tau.” Beritahu Aira kepada Adam. Belum sempat lelaki itu menjawab, Aira segera keluar dan menutup pintu. Terkejut Adam melihat perubahan Aira ketika itu. “Baru balik?” Aisha datang menegur Adam yang masih berdiri di meja makan. Kepalanya masih memikirkan Aira yang keluar entah ke malam waktu malam begini. Pandangannya menoleh ke arah Aisha. Senyuman manis terukir. “Ha’ah, awak dah makan? Kalau belum jomlah makan sekali.” Adam mempelawa Aisha untuk duduk makan bersama sebelum dia bergerak menuju ke ruangan dapur. Dua buah pinggan dan sudu digapai lantas kembali semula ke meja makan. “Bekal lagi?” Aisha mengangkat kening.
last updateLast Updated : 2022-08-01
Read more

MY ¦ 68

Jam tepat pukul 12:00 malam. Entah mengapa sekali lagi waktu malam, Imna tidak dapat melelapkan diri. Masih banyak perkara yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Tiba-tiba waktu begini dia merakan perasaan rindu terhadap Puan Isma. Bilalah ibunya hendak pulang ke Korea? Sudah terbang ke Paris langsung tidak menghubungi dia, mahu dia yang hubungi wanita itu pasti tidak akan berangkat kerana wanita itu lebih mementingkan kerja daripada anaknya sendiri.Walaupun begitu, Imna tidak ambil pusing. Segera dia mengapa telefon bimbit di atas meja sisi katil. Nombor Puan Isma didail satu per satu sebelum menekan punat hijau untuk menelefon ibunya.Bunyi bib di hujung talian beberapa kali dan tidak juga berangkat. Malah peti simpanan suara pula yang diperoleh. Itulah rutin Imna sejak sebelum bergelar isteri, bahkan ketika dia tinggal di Malaysia lagi ibunya sudah tidak ada dengan dirinya. Semuanya dia perlu lakukan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri. Segala barang keperluan
last updateLast Updated : 2022-08-02
Read more

MY ¦ 69

“Awak tak ada kelas ke hari ni, Imna?” Ketika selesai buat pembayaran di kaunter, Imna segera mengapai beg plastik sebelum menolak kerusi roda Aisha keluar dari kedai serbaneka. Sebuah meja yang terletak elok di luar kedai itu menjadi arah tujuan mereka. Kerusi di tarik dan Imna melabuhkan punggung di situ sambil membawa keluar pek aiskrim yang dibelinya tadi.Satu aiskrim berperisa vanila campur coklat dibawa keluar dan diserahkan kepada Aisha. Satu lagi berperisa vanila strawberi diambil. “Saya ada kelas sebelah petang, jadi pagi ni free. Itu sebab tak tahu nak buat lagipun nak buat tugasan saya baru semester satu, baru masuk belajar. Banyak juga perkara yang saya tertinggal, tapi asyik nak menghadap belajar je penat juga.” Aiskrim dimasukkan ke dalam mulut selepas dia menjawab soalan Aisha. Ketika sedang ralit dia menjamah aiskrim itu, tidak dia sedar akan renungan Aisha sedang terarah ke tangannya.“Awak pakai cincin?” Soalan Ais
last updateLast Updated : 2022-08-03
Read more

MY ¦ 70

“Awak ke mana semalam, Wookyung?” Jungkook yang sedang turun dari tangga menyapa isterinya. Wanita itu sedang ralit menonton berita sensasi berkaitan dengan adiknya dan kini dia sedang menggigit kuku sendiri. Risau gelisah dan bermacam perasaan yang lebih kurang sama sedang melanda hatinya. Mengapa adik dia melakukan hal itu? Memang sengaja mahu mereka menempah keranda siap-siap ke macam mana? Semakin kusut kepala Wookyung memikirkan semua itu sehingga tidak sedar akan soalan yang diajukan oleh suaminya sebentar tadi.“Wookyung?” panggil Jungkook yang kini sudah berdiri elok di belakangnya. Namun begitu, tetap juga tiada reaksi daripada wanita itu lantas Jungkook menyentuh bahu isterinya. Tidak semena-mena wanita itu melompat turun dari sofa dan hampir-hampir terlanggar meja kecil di hadapannya. Seawal jam begini, Jungkook yang sudah berpakaian kemas untuk masuk ke pejabat segera melompat tinggi dengan membuka langkah besar untuk menyeberangi sofa. Bad
last updateLast Updated : 2022-08-04
Read more
PREV
1
...
345678
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status