Ketika Adam menekan loceng rumah beberapa kali, kelibat Aira membuka pintu menyapa mata. Mereka berbelas senyuman janggal sebelum Aira memberi laluan kepadanya untuk masuk ke dalam rumah. Sebelum pintu ditutup, Aira terus bersuara.
“Abang Adam....” panggilan Aira hanya disahut dengan gumaman daripada lelaki itu. “Aira nak keluar kejap tau.” Beritahu Aira kepada Adam. Belum sempat lelaki itu menjawab, Aira segera keluar dan menutup pintu. Terkejut Adam melihat perubahan Aira ketika itu.
“Baru balik?” Aisha datang menegur Adam yang masih berdiri di meja makan. Kepalanya masih memikirkan Aira yang keluar entah ke malam waktu malam begini. Pandangannya menoleh ke arah Aisha. Senyuman manis terukir.
“Ha’ah, awak dah makan? Kalau belum jomlah makan sekali.” Adam mempelawa Aisha untuk duduk makan bersama sebelum dia bergerak menuju ke ruangan dapur. Dua buah pinggan dan sudu digapai lantas kembali semula ke meja makan.
“Bekal lagi?” Aisha mengangkat kening.
Jam tepat pukul 12:00 malam. Entah mengapa sekali lagi waktu malam, Imna tidak dapat melelapkan diri. Masih banyak perkara yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Tiba-tiba waktu begini dia merakan perasaan rindu terhadap Puan Isma. Bilalah ibunya hendak pulang ke Korea? Sudah terbang ke Paris langsung tidak menghubungi dia, mahu dia yang hubungi wanita itu pasti tidak akan berangkat kerana wanita itu lebih mementingkan kerja daripada anaknya sendiri.Walaupun begitu, Imna tidak ambil pusing. Segera dia mengapa telefon bimbit di atas meja sisi katil. Nombor Puan Isma didail satu per satu sebelum menekan punat hijau untuk menelefon ibunya.Bunyi bib di hujung talian beberapa kali dan tidak juga berangkat. Malah peti simpanan suara pula yang diperoleh. Itulah rutin Imna sejak sebelum bergelar isteri, bahkan ketika dia tinggal di Malaysia lagi ibunya sudah tidak ada dengan dirinya. Semuanya dia perlu lakukan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri. Segala barang keperluan
“Awak tak ada kelas ke hari ni, Imna?” Ketika selesai buat pembayaran di kaunter, Imna segera mengapai beg plastik sebelum menolak kerusi roda Aisha keluar dari kedai serbaneka. Sebuah meja yang terletak elok di luar kedai itu menjadi arah tujuan mereka. Kerusi di tarik dan Imna melabuhkan punggung di situ sambil membawa keluar pek aiskrim yang dibelinya tadi.Satu aiskrim berperisa vanila campur coklat dibawa keluar dan diserahkan kepada Aisha. Satu lagi berperisa vanila strawberi diambil. “Saya ada kelas sebelah petang, jadi pagi ni free. Itu sebab tak tahu nak buat lagipun nak buat tugasan saya baru semester satu, baru masuk belajar. Banyak juga perkara yang saya tertinggal, tapi asyik nak menghadap belajar je penat juga.” Aiskrim dimasukkan ke dalam mulut selepas dia menjawab soalan Aisha. Ketika sedang ralit dia menjamah aiskrim itu, tidak dia sedar akan renungan Aisha sedang terarah ke tangannya.“Awak pakai cincin?” Soalan Ais
“Awak ke mana semalam, Wookyung?” Jungkook yang sedang turun dari tangga menyapa isterinya. Wanita itu sedang ralit menonton berita sensasi berkaitan dengan adiknya dan kini dia sedang menggigit kuku sendiri. Risau gelisah dan bermacam perasaan yang lebih kurang sama sedang melanda hatinya. Mengapa adik dia melakukan hal itu? Memang sengaja mahu mereka menempah keranda siap-siap ke macam mana? Semakin kusut kepala Wookyung memikirkan semua itu sehingga tidak sedar akan soalan yang diajukan oleh suaminya sebentar tadi.“Wookyung?” panggil Jungkook yang kini sudah berdiri elok di belakangnya. Namun begitu, tetap juga tiada reaksi daripada wanita itu lantas Jungkook menyentuh bahu isterinya. Tidak semena-mena wanita itu melompat turun dari sofa dan hampir-hampir terlanggar meja kecil di hadapannya. Seawal jam begini, Jungkook yang sudah berpakaian kemas untuk masuk ke pejabat segera melompat tinggi dengan membuka langkah besar untuk menyeberangi sofa. Bad
Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, Imna hanya mendiamkan diri walaupun Aisha cuba melarang dia keluar dari rumah dan berehat saja di rumah kerana tidak mahu Imna terlalu penat dengan apa yang baru saja menimpa dirinya. Namun begitu, Imna agak degil orangnya. Dia tidak mahu tinggal di rumah bersendirian. Lagi pula sudah dia dapat pesanan ringkas daripada Aira agar membantu kakaknya bertemu dengan doktor mengikut janji temu yang telah ditetapkan oleh hospital.Mahu atau tidak, Aisha terpaksa akur. Siapalah dia hendak memaksa Imna mendengar kata-katanya. Mereka baru saja berkenalan dan cuba berkawan baik. Takkanlah pula dia mahu memaksa-maksa agar Imna turuti kehendaknya. Dalam waktu yang sama, dia bersyukur juga Imna rela hati mahu menemani. Bersungguh-sungguh gadis itu mahu ikut bersama, jadi tidak perlulah dia berasa sudah menyusahkan gadis itu.“Cik dah sampai.” Pemandu teksi bersuara ketika kenderaan awam itu tiba di jalan luar hospital. Imna tersed
"Jungkook?" Adam berdiri tegak menghadap lelaki yang sangat dia kenali itu. Jungkook pula tersenyum mesra melihat Adam yang terkejut melihat dirinya saat ini seolah-olah macam nampak hantu."Ya? Tuan Kim Tae Jin." Sengaja Jungkook balas begitu, kononnya mahu bergurau dengan sahabat lama."Apa Tuan Jeon buat dekat sini? Bukan ke Tuan Jeon masih bercuti?" Wan segera menyampuk sebelum Jungkook atau Adam bertegang urat."Saya dapat tahu yang awak ada ambil pekerja menggantikan pekerja yang baru meninggal beberapa minggu lepas. Jadi, saya datanglah untuk lihat sendiri. Tak sangka yang awak ambil ini sahabat saya."Jungkook menghulur tangan kepada Adam. Mereka berlaga bahu sebelum Jungkook menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.Wan pula tergamam tidak terkata hendaknya. Dia tidak tahu yang Adam dan Jungkook adalah sahabat karib. Jika dia tahu, tidaklah dia bereaksi seperti orang nampak hantu."Kau apa khabar? Tak sangka kecil aje dunia ni." Jungkoo
Sebaik saja mereka tiba di hadapan apartmen, Imna terus menghulur wang tambang kepada pemandu teksi. Dia tidak mahu Aisha menghulur wang lagi untuk membayar bagi pihaknya. Lagipun, dia menerima nasihat Wooyoung agar tidak pergi ke kelas petang ini. Kalau tidak makin bertambah gosip dibuatnya. Sudahlah dia memang agak glamor sejak-sejak pulang dari Malaysia.“Doktor kata saya ada potensi untuk berjalan semula. Saya rasa tak sabar nak berjalan balik, rindu nak bergerak bebas macam dulu.” Aisha bersuara riang ketika mereka sedang menunggu pintu lif terbuka.“Baguslah. Nanti kalau awak dah sihat mesti banyak perkara yang awak nak buat.” Imna cuba mengukir senyuman. Kali ini, hatinya menebak seandainya Aisha kembali pulih adakah Adam akan beritahu tentang status diri dia yang sebenarnya kepada Aisha? Walaupun wajah Aisha ceria dengan berita yang dia peroleh, Imna pula berasa sedih. Risau jika dia terpaksa memakan hati berulam jantung gara-gara berkon
Loceng yang berbunyi menandakan salah seorang ahli keluarganya sudah pulang. Melihat jam sudah menunjuk pukul 8:00 pagi, laju Aisha menolak kerusi rodanya ke pintu. Mengapa harus menekan loceng dan mengetuk walhal masing-masing sudah ada kunci pendua. Bunyi ketukan diselangi bunyi loceng semakin deras buat Aisha risau sendiri. Takut-takut bukan Adam mahupun Aira yang pulang ke rumah selewat ini.“Siapa?” tanya Aisha. Namun tiada sebarang jawapan yang diperoleh. Aisha segera berundur ke belakang dan dia cuba memaksa kakinya untuk berdiri sedikit demi sedikit bagi dapat melihat orang itu di luar rumah.Tidak sampai beberapa minit, kakinya jatuh terduduk semula di atas kerusi menyebabkan dia berasa nyeri di bahagian paha. “Siapa?” soal Aisha lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu ketahui siapakah orang yang begitu asyik menekan loceng sehingga bergema bunyi itu di dalam rumah.Setelah ditanya untuk kali kedua, masih juga tiada jawapan dan bunyi loc
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g