Share

MY ¦ 68

Jam tepat pukul 12:00 malam. Entah mengapa sekali lagi waktu malam, Imna tidak dapat melelapkan diri. Masih banyak perkara yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Tiba-tiba waktu begini dia merakan perasaan rindu terhadap Puan Isma. Bilalah ibunya hendak pulang ke Korea? Sudah terbang ke Paris langsung tidak menghubungi dia, mahu dia yang hubungi wanita itu pasti tidak akan berangkat kerana wanita itu lebih mementingkan kerja daripada anaknya sendiri.

Walaupun begitu, Imna tidak ambil pusing. Segera dia mengapa telefon bimbit di atas meja sisi katil. Nombor Puan Isma didail satu per satu sebelum menekan punat hijau untuk menelefon ibunya.

Bunyi bib di hujung talian beberapa kali dan tidak juga berangkat. Malah peti simpanan suara pula yang diperoleh. Itulah rutin Imna sejak sebelum bergelar isteri, bahkan ketika dia tinggal di Malaysia lagi ibunya sudah tidak ada dengan dirinya. Semuanya dia perlu lakukan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri. Segala barang keperluan

Locked Chapter
Ituloy basahin ang aklat na ito sa APP

Kaugnay na kabanata

Pinakabagong kabanata

DMCA.com Protection Status