Share

MY ¦ 62

Wookyung mundar-mandir sejak tadi di ruang tamu rumahnya. Sesekali matanya melirik ke arah anak tangga mahu melihat sama ada suaminya sudah bersiap atau belum. Dia mahu menelefon Wooyoung dan seharusnya perbualan itu tidak boleh didengari si suami. Entah apa yang dia hendak bualkan sehingga menyebabkan dia tidak tenang dari tadi. Telefon bimbit yang berada di atas meja kecil di ruang tamu segera digapai. Jam menunjukkan pukul 6:30 minit pagi. Pasti adiknya sudah pun bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk ke pejabat mereka ataupun ke kampus.

Nombor Wooyoung didail laju. Usai itu, dia melekapkan telefon ke telinga sambil menjeling ke arah tangga. Risau sungguh sekiranya Jungkook tiba-tiba muncul di hadapannya seperti sebelum-sebelum ini. Pasti lelaki itu sudah berjaya mencuri dengar perbualan dia dengan sesiapa saja melalui telefon itu.

Tidak sampai beberapa minit, kedengaran suara Wooyoung menyapa di hujung talian. “Nunaa?” panggil Wooyoung. Seraya itu juga kakaknya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status