Share

MY ¦ 65

Terasa lemah langkah kaki untuk bergerak. Tidak tahu mengapa selepas mengetahui semua cerita yang diberitahu oleh Wan Jisung kepala Adam kosong seolah-olah semuanya hilang entah ke mana. Kini, gerak kaki hanya mengikut arus penjalan kaki tanpa ada arah tujuan yang hendak dituju.

Wajah Adam juga kelihatan begitu pucat lesi seakan-akan kehilangan darah atau memang tiada darah. Walaupun begitu dia cuba juga untuk bergerak. Setelah bahunya terlanggar beberapa orang awam dan akhirnya dia terjatuh ke lantai jalan barulah dia tersedar yang kini dia berada di seberang jalan rumah apartmen rumahnya.

“Hah!” nafas berat dilepaskan. Sejak tadi nafasnya terasa sukar untuk dilepaskan sehingga terpaksa dia melepaskan nafasnya melalui mulut. Saat itu, matanya menangkap kelibat Imna tidak jauh di seberang jalan sedang bergerak untuk masuk ke bahagian lobi apartmen rumah mereka.

Bingkas Adam bangun dan membuka larian selaju yang boleh. Dari belakang dia menangkap tubu

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status