Home / Lahat / Marry You (Bahasa Malaysia) / Kabanata 31 - Kabanata 40

Lahat ng Kabanata ng Marry You (Bahasa Malaysia): Kabanata 31 - Kabanata 40

80 Kabanata

MY ¦ 31

"Aunty!" Adam cuba menahan tangan Puan Isma daripada menampar wajah imna dan tamparan itu mengenai bahu Adam. Anak-beranak itu terkejut dengan situasi tersebut. Bahu Adam menyenget akibat dipukul Puan Isma. Imna pula sudah terbeliak mata melihat lelaki itu sanggup menghalang pukulan padu Puan Isma.  "Saya... izinkan saya untuk mengahwini Imna, aunty." Kata-kata Adam membuatkan Imna membuntang mata dan cuba menghadam setiap butir bicara yang keluar daripada mulut lelaki itu. Lelaki itu sudah pun jatuhkan lututnya di hadapan Puan Isma. "Adam! Apa kau buat ni?" Imna cuba menarik lelaki itu bangun dari melutut begitu. Dia tidak tahukah? Di sini bukannya Korea? Di sini Malaysia! Budaya melutut-lutut begitu hanya ada di Korea Selatan, tanah air kelahiran Adam sahaja! Tidak di Malaysi
last updateHuling Na-update : 2022-01-20
Magbasa pa

MY ¦ 32

Aisha tiba di Hospital Seoul bersama Aira. Dalam keadaan hati tidak tenang, laju mereka melangkah menuju ke kaunter pertanyaan. Mahu bertanya di mana keberadaan  ibu bapa mereka.Aira meluru ke kaunter, Aisha pula berjalan perlahan. Tiba-tiba langkahnya terhenti dan nafasnya tercugap-cugap seolah-olah dia baru saja selesai pertandingan marathon. Fikirannya mula melayang entah ke mana sebaik saja seorang lelaki berpakaian kasual melanggar bahunya. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan Aisha cuba mengingati sesuatu.Mata Aisha terbeliak seketika dan cuba menoleh ke belakang. Kelibat lelaki itu sudah tiada di situ..."Baba?" panggil Aisha secara perlahan dalam keadaan suara terketar-ketar. Dia yakin, lelaki tadi persis wajah ayahnya! Dia cuba bergerak keluar semula dari pint
last updateHuling Na-update : 2022-01-22
Magbasa pa

MY ¦ 33

Adam bangun daripada duduk. Matanya membulat terkejut dan tidak percaya apa yang baru saja dia dengar berita mengejut itu daripada Aira. "Aira... jangan main-main, Aira..." Ungkap Adam perlahan. Berpinar rasa kepalanya selepas Aira bertegas akan apa yang dia katakan itu benar. Takkan dia mahu main-main pula soal hidup mati seseorang? Tambahan pula, yang meninggal itu adalah kedua ibu dan bapanya! "Aira cuba bawa bertenang dulu. Jaga akak baik-baik, kalau tak ada apa-apa esok abang balik sana. Abang tak boleh balik hari ni. Abang baru selesai urusan, tiket kapal terbang pun tak dapat nak beli lagi." Asyzin menyiku lengan Faiz yang terletak di atas meja makan. Mereka berdua saling berpandangan dan Asyzin memberi isyarat kepala sebagai tanda 'kenapa' kepada Faiz. Faiz mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu dan mereka berdua memandang Adam semula yang baru saja selesai berbual di dalam telefon. "Kenapa, Dam?" tanya Faiz. Keruh saja dia melihat w
last updateHuling Na-update : 2022-01-23
Magbasa pa

MY ¦ 34

Sebaik saja Imna memasuki bilik yang ditumpang Adam, kakinya berhenti bergerak dan berdiri bak patung cendana. Bahunya dijungkit. Bulu romanya tiba-tiba saja meremang memikirkan sesuatu yang tidak pernah dia terbayangkan dek akal fikiran sebelum ini. Adam menutup pintu dan bergerak ke belakang Imna. Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke atas bahu Imna dan bisik sesuatu ke telinga gadis itu. "Awak fikir apa?"  Imna segera menjauhkan badannya daripada Adam dan matanya memandang wajah lelaki itu dengan pandangan terkejut seolah-olah baru lepas nampak hantu. "Saya nak mandi, awak nak mandi sekali?" Senyuman nakal terpamer di wajah Adam. Ah! Sudah dibuat kerja gila pula. Mahu mengajak Imna mandi sekali, dia buang tabiat ke apa? Kecut perut Imna mendengarkan pertanyaan Adam itu. Jantungnya sudah berdegup laju mengepam darah ke seluruh badan. Jangan macam-macam Adam! Gadis itu masih terkejut dia sudah bergelar isteri, jangan ditambah dengan perkar
last updateHuling Na-update : 2022-01-24
Magbasa pa

MY ¦ 35

Selesai ujian x-ray, Aira dipanggil oleh doktor dan mereka berdiri di sebalik cermin lutsinar bilik ujian itu."Kenapa doktor?" tanya Aira. Inginkan kepastian tentang kakaknya."Apa yang saya andaikan betul. Kakak awak lumpuh di bahagian kaki." Aira terus menekup mulutnya sendiri dengan wajah tidak percaya akan apa yang doktor itu sahkan. Aira terus menoleh ke arah kakaknya yang berada di sebalik kaca itu dengan pandangan tidak dapat ditafsirkan oleh dirinya sendiri."Macam mana kakak saya boleh lumpuh? Tak ada cara untuk akak saya kembali pulih ke doktor? Kakak saya tak pernah mengalami apa-apa kecederaan pada kaki pun sebelum ni.""Apa yang boleh saya beritahu, mungkin kakak awak terlalu terkejut dengan apa yang dah berlaku. Tapi, kelumpuhan ni boleh pulih sekiranya dia cuba berlatih bergerak semula secara perlahan-lahan dan kena datang untuk jalani ujian terapi sebagainya.""Mahal ke doktor? Kami baru kehilangan ibu dan ayah, kalau
last updateHuling Na-update : 2022-01-25
Magbasa pa

MY ¦ 36

"What the... awak dah gila ke? Kenapa brek mengejut?" Bertubi-tubi Imna menyoal sambil mengosok kepalanya yang terasa sakit. Bukan kepala, tetapi dahinya. Mana tidaknya terhantuk di bahagian dashboard kereta, agak-agaknya benjol ke tidak dahinya nanti? Ah! Imna tidak mahu fikirkan tentang itu. Apa yang dia tahu punca mengapa suaminya itu menekan brek kereta sampai berbunyi seretan tayar kereta itu dibuatnya. Tahulah suaminya itu kaya! Tetapi, jangan dibuat rosak kereta orang. Esok lusa tak mahu dikasi pinjam sampai ke sudah. Kan naya namanya? Adam mengerut dahi menahan geram dengan apa yang dia lihat di hadapan mata. Sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan kereta yang dipandunya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut, kalau tidak boleh berlaku kemalangan di situ! Pertanyaan Imna tidak dia endah, fokusnya hanya kepada seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kereta berjenama BMW di hadapan mereka. Imna turut memandang ke hadapan dan matany
last updateHuling Na-update : 2022-01-26
Magbasa pa

MY ¦ 37

Jam tepat menunjukkan pukul 1:00 pagi. Baru bayang Imna dan Adam kelihatan di rumah Ustaz Fridaus. Mereka turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Cikgu Dhia datang menyambut mereka di pintu mula memandang terkejut. "Kata nak beli pakaian untuk Imna? Ini balik kosong aje?" tanya Cikgu Dhia sambil mengiring mereka masuk ke dalam rumah. "Ini pun, kami ingat nak tidur hotel aje cikgu sebab takut ganggu cikgu balik lewat-lewat macam ni." Adam membuka bicara terlebih dahulu. Ramah betul dia berbual dengan Cikgu Dhia sudah seperti kakaknya sendiri dengan slang bahasa melayu yang dengar sekejap jelas sekejap tidak itu. "Ish, tak ganggunyalah. Kamu berdua kan tetamu cikgu." Cikgu Dhia tersenyum mesra. "Takpelah, pergilah berehat. Esok nak balik pagi, kan?" Imna mengangguk perlahan. "Cikgu naik dulu, ya? Selamat malam..." Cikgu Dhia segera naik ke tangga meninggalkan Imna dan Adam di bawah memandangkan bilik tidur mereka berada
last updateHuling Na-update : 2022-01-27
Magbasa pa

MY ¦ 38

"Akak!" Aira mengoncang tubuh badan Aisha yang tiba-tiba menjerit nama Adam dan Imna serentak dalam mengingau. Risau Aira dibuatnya, hampir terjatuh dia daripada sofa mendengar jeritan Aisha macam histeria di atas katil pesakit itu. Berpeluh habis satu badan Aisha ketika dia membuka mata, pandangannya menangkap wajah Aira dengan reaksi terkejut. "Aira..." Adiknya mengangguk dan mendakap tubuhnya penuh erat. "Aku ada dekat sini, kak. Aku ada sini. Tak apa-apa..." Aira cuba memujuk sambil mengusap belakang Aisha dengan perlahan. Entah apa yang kakaknya mimpikan pun dia tidak pasti, tetapi telinganya jelas dapat menangkap nama Imna dan Adam. "Aira... telefon Adam," pinta Aisha perlahan. "Tapi kak... sekarang dekat Malaysia baru pukul empat pagi?" Aira melepaskan pelukan dan merenung wajah kakaknya meminta kepastian sama ada kakaknya benar-benar mahu menganggu lelaki itu memandang waktu di Malaysia lambat sejam daripada Korea. Aish
last updateHuling Na-update : 2022-01-28
Magbasa pa

MY ¦ 39

Imna letak beg pakaian Adam di tepi pintu bilik sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Memandangkan mereka akan bergerak ke lapangan terbang sebaik saja selepas sarapan pagi dan Adam pun masih belum pulang daripada masjid. Imna memainkan peranannya sebagai isteri dengan mengemaskan pakaian suaminya. Di samping dia memakai pakaian yang dihadiahkan Cikgu Dhia sebagai hadiah pengantin untuknya berserta tudung bawal bersaiz lima puluh. Walaupun begitu, dia tidak mengenakan tudung itu dan hanya berhias sederhana sahaja. Dia belum terbuka hati untuk memakai hijab. Mungkin juga perlukan masa untuk berubah memandangkan sekarang dia sudah bergelar isteri. Perlu menjaga kehormatan diri sendiri. Imna melangkah ke ruangan memasak yang di mana Cikgu Dhia sedang berada. Dia mendekati Cikgu Dhia perlahan-lahan dan berdiri di sisi guru itu. "Eh! Imna... siap dah?" tanya Cikgu Dhia yang terkejut dengan kehadiran Imna di sisinya. "Dah, cikgu masak apa tu?
last updateHuling Na-update : 2022-02-01
Magbasa pa

MY ¦ 40

Turun saja dari pesawat Korean Air, Imna dan Taehyung berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam balai kemasukan. Saat yang pernah diidamkan-idamkan oleh Imna untuk merasai kehangatan cinta seorang Adam akhirnya termakbul juga. Walaupun begitu, setelah selesai segala urusan mereka di lapangan terbang.Adam menarik lembut bahu Imna dan mereka saling berpandangan untuk seketika waktu. Senyuman yang tersungging di bibir Adam tidak pernah lekang dari wajahnya. Nyaman dan tenang saja, tetapi di dalam hati hanya dia seorang yang tahu betapa gundahnya perasaan yang perlu dia hadapi waktu itu."Saya akan lepaskan awak balik sendiri, tak apa kan? Saya kena pergi hospital. Aisya dengan Aira tak balik lagi dari hospital." Adam bersuara lembut. Selembut hamparan permaidani di atas lantai. Terbuai seketika Imna dengan tutur kata Adam kepadanya. Lelaki itu memang pandai mengambil hati seorang gadis bernama Imna Safira.Imna hanya mengangguk tanda mengerti. Dia tahu keadaan Aisya dan A
last updateHuling Na-update : 2022-04-22
Magbasa pa
PREV
1234568
I-scan ang code para mabasa sa App
DMCA.com Protection Status