KAMPUNG KELAPA PANDAN, PULAU BATU.Tahun 2001"ALHAMDULILLAH. Akhirnya, dapat juga kita beli rumah baru." Izzat tidak dapat membendung rasa teruja serta beruntungnya sebaik menatap lama akan sebuah rumah batu di hadapan.Selepas tempat tinggal mereka hangus terbakar tempoh hari, kini dapat juga keluarga kecil itu memiliki sebuah kediaman yang bebatuan lagi. Di dalamnya terdapat lima buah bilik tidur, sebuah dapur dan juga tiga buah bilik air. Cukuplah untuk mereka yang empat beranak itu berlindung daripada hujan serta panasnya mentari.Sofea memeluk erat pinggang sang suami sambil tersenyum, "Betul tu, abang. Mujurlah rumah ni tak mahal sangat. Tambahan pula, penduduk kampung dekat sini pun mesra-mesra belaka.""Ha'ah. Semoga Allah permudahkan urusan kita selepas ini.""Aamiin. InsyaAllah, bang. Allah bantu."
Read more