Share

Tujuh

Author: Halima Abdul Muis
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

Benarlah orang kata yang bernafas dalam lumpur itu... payah.

JALA ikan yang sedikit terkoyak dipandang sedih oleh Pak Hanif. Orang tua itu menampal keluhan dengan sebuah senyuman tipis.

"Hmm... tak apalah. Sikit saja ni. Kalau dah dijahit balik, masih boleh pakai lagi," bicaranya sendiri demi memujuk diri yang serba kelelahan.

Selepas solat subuh lagi, Pak Hanif sudah turun ke laut untuk menjala sesuap rezeki. Padahal, tubuhnya tidaklah berapa sihat. Namun, dipaksakan juga demi mengisi perut mereka dua beranak.

Tiba-tiba, ada sebuah suara yang menyapa deria pendengarannya.

"Hei, pak cik tua. Hantarkan aku ke Pulau Batu. Nanti, aku akan bayar kau sebanyak RM500. Nak tak?" tanya orang yang tidak dia kenali itu dengan 'sopan' sekali.

Pada mulanya, Pak Hanif ingin membantu tetapi ada perkara yang mengganggu fikirannya.

"Em, maafkan pak cik. Tapi kalau nak pergi ke sana, pak cik tak dapatlah nak tolong..."

"Kenapa? Sebab aku bayar kau sikit ke? Kalau bagi kau itu tak cukup, aku boleh gandakan jadi RM1000."

"Bukan macam tu maksud pak cik. Tapi-"

"Aish, orang tua ni! Banyak songehlah pulak!" Sepucuk pistol diacukan ke dada Pak Hanif sehingga mengakibatkan orang tua itu menelan air liur. Air masin yang keluar dari liang pori-pori telah membasahi dahi. Dia diserang dek ketakutan. Tubuhnya automatik menggigil.

Ternyata 'orang asing' yang memiliki tatoo helang pada kedua-dua lengannya itu bukanlah orang daripada kebanyakan.

"Ayah!"

Seorang gadis yang berumur 17 tahun dan bertudung ungu berlari laju menuju ke arah Pak Hanif. Terkejutnya bukan kepalang selepas melihat seorang pemuda sedang membidik ayahnya.

"Hifza, jangan datang dekat! Lari cepat!" tegah Pak Hanif pula. Dia tidak ingin sesuatu yang buruk menimpa kepada sang puteri tunggal.

Namun, Hifza tetap statik di situ. Berkeras, dia tidak mahu meninggalkan ayahnya bersendirian.

"Lepaskan ayah sayalah!"

"Wei, budak. Bingit telinga aku dengar jeritan kau ni!" Giliran Hifza pula yang menerima nasib yang sama seperti si ayah tadi. Muncung Glock-19 melekat di kepalanya. "Cepatlah gerak! Kalau tak, anak kesayangan kau ni yang akan telan peluru aku," sambungnya lagi diiringi sebuah ugutan.

Dalam keadaan mereka bagai telur di hujung tanduk sedemikian, Pak Hanif terpaksa menghantarkan orang tadi ke seberang. Perjalanan itu memakan masa selama sejam 45 minit.

10 minit terakhir sebelum perahu kecilnya berlabuh ke sebuah jeti, lelaki tadi menggibarkan sehelai kain yang berwarna merah serta mempunyai simbol akan sesuatu.

Kelihatan di situ, beberapa orang lelaki yang bertubuh tegap sedang memegang selaras Stag 15 M4. Maka, semakin tidak sedap hatilah Pak Hanif apabila menyaksikan 'pemandangan ekstrem' sedemikian.

Dia sangat curiga.

Tidak pula dia pernah tahu akan kewujudan 'penempatan' di Pulau Batu pada sebelum-sebelumnya. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat yang dikatakan sangat misteri berkenaan bersama Hifza.

"Lah. Kau rupa-rupanya, Bob. Kami hampir-hampir nak tembak kau dari jauh tadi kalau kau tak bagi signal. Oi. Apa cerita ni dan kenapa orang tua kerepot ni juga kau bawa ke sini? Dia tak sesuailah untuk jadi anggota kita."

"Haih. Aku terpaksa sebab nak cepatlah, Tony. 'Tangkapan' aku hari ni, banyak sangat. Setakat bot kecil, takkan muat mereka semua tu. Tapi korang jangan risaulah. Aku ada plan aku sendiri. Nah, kau kurung budak ni. Aku ada kerja nak dibuat."

Usai berkata sedemikian, Bob sengaja membocorkan perahu Pak Hanif dengan sebilah pisau rambo tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

"Eh, kenapa kamu rosakkan perahu pak cik?"

"Mulai detik ni, kau akan jadi pemandu bot kami. Jom kita pindah ke bot yang dekat sana tu. Cepat sikit! Jangan nak terhegeh-hegeh lagilah, lembab!" bentak Bob sambil menolak Pak Hanif untuk mengikuti tujuan langkah kakinya.

"Ayah!"

"Hifza!"

"Sudah-sudahlah nak berdrama jejak kasih dekat sini. Anak kau takkan mati punyalah kalau kau ikut saja cakap aku. Dah, cepat!" ujar Bob lagi sebelum bot bersederhana besar itu 'menghilang' di tengah perairan.

*****

"OH, macam tu cerita dia. Kiranya... pak cik tahulah dia orang buat apa selama ni?" soal D pula yang sejak tadi menadah telinga untuk mengetahui akar punca keberadaan kedua beranak tadi di situ.

"Em... mereka buat macam-macam, D. Daripada menculik remaja dan anak-anak kecil untuk didagangkan, menjual organ, sampailah merekrut budak-budak belasan tahun untuk dijadikan askar mereka secara paksa. Huh. Pak cik nak membantu pun, tak tahulah nak buat macam mana..."

"Kasihannya budak-budak tu semua..." D turut bersimpati.

Pak Hanif mengangguk perlahan. Tidak lama kemudian, dia teringat sesuatu.

"Oh, ya. Kalau anak pulak, kenapa boleh ada dekat sini?"

"Oh, itu--"

Ayat D tergantung apabila ada suara asing yang semakin jelas kedengaran. Ia betul-betul berada di hadapan bangsal.

D meletakkan jari telunjuknya di bibir sebelum dia menyorok di suatu sudut. Pak Hanif pula cuba berlagak tenang. Genggaman Hifza di lengan semakin erat kerana diselubungi dek ketakutan.

"Oi, orang tua. Nah. Makan ni bagi habis." Seorang lelaki masuk ke dalam ruangan tersebut dengan membawa dua polisterina makanan.

"Ya. Terima kasih." Pak Hanif membalas ringkas.

"Aik? Takkan terima kasih saja, pak cik?"

Dahi Pak Hanif berkerut, "Habis tu, kamu nak apa?"

Aura miang lelaki itu terserlah. Hifza ditenung dengan penuh nafsu. Bebola matanya juga seumpama menelanjangi tubuh si gadis.

"Aku nak perempuan ni!" Penjahat itu cuba merentap lengan kanan Hifza. Namun, Pak Hanif menepis kasar.

"Tolong jangan biadab! Pak cik rela tak makan daripada kamu minta imbalan yang bukan-bukan!"

Puk! Hinggap sebuah tumbukan tanpa sempat orang tua itu menangkisnya. Pak Hanif terduduk ke lantai.

"Ayah!" Hifza ingin memeluk si ayah tetapi tubuhnya dipeluk pula oleh lelaki tadi dari arah belakang.

"Hifza!"

"Perempuan secantik kau ni, lebih baik 'layankan' aku. Alah. Kau bagilah aku 'rasa' sikit, tak luak mana pun, kan?"

"Tak nak! Lepaskan akulah, bodoh!" Sang gadis meronta-ronta dalam pelukan sebelum siku kanannya hinggap pantas di perut si bedebah.

"Tak guna punya betina!" Belum sempat pipi Hifza ditampar, D memukul si penjahat dengan sebatang besi di belakang tengkuk. Natijahnya, orang itu terbaring di lantai bangsal dalam keadaan yang separuh sedar.

"Huh. Dah elok-elok jadi manusia, nak juga jadi binatang. Lepas tu di masa hadapan, kau sibuk cari gadis yang masih suci. Padahal, kau juga salah seorang yang merosakkannya. Bengap punya lelaki!" leter D yang sejak tadi menahan amarah.

Dia geram sangat bila berdepan dengan manusia yang bertopengkan syaitan sebegitu. Hanya reti mengikut hawa nafsu saja!

Memang tak berguna langsung.

"Err... awak okey?" Hifza mengangguk perlahan tanpa memandang D. Dia masih terkesan dengan musibah yang baru menimpa ke atas dirinya. Tubir mata terasa panas sebelum air matanya berambai-ambai.

"Pak cik..." D mendekati Pak Hanif pula.

"D, pak cik amanahkan anak pak cik pada kamu. Bawa dia keluar dari sini..."

"Ayah, Hifza tak nak tinggalkan ayah seorang-seorang!" Hifza lantas memeluk ayahnya. Maka, semakin deraslah manik-manik jernih bercucuran membasahi wajah.

"Tak boleh macam tu, sayang. Hifza kena lari selamatkan diri selagi ada masa. Pasal ayah ni, Hifza janganlah risau. InsyaAllah, kita akan bertemu semula. Hmm. Kalau bukan di dunia ni, mungkin dekat 'sana' nanti..."

"Jangan cakap macam tu, ayah. Hifza tak boleh hidup tanpa ayah-"

"Hifza hidup demi Allah bukan ayah..." Hifza tidak ingin meleraikan pelukan. Hal itu menyebabkan Pak Hanif berbicara lagi.

"D, jaga anak pak cik elok-elok. Dah, kamu berdua pergilah cepat."

"Baiklah, pak cik. Err... jom, Hifza."

"Hifza sayangkan ayah!"

"Ayah berjuta kali sayangkan kamu, Hifza."

D hanya memerhati sebelum dia meninjau keadaan di luar. Hifza mengucup tangan Pak Hanif untuk kali yang terakhir sebelum mereka berdua keluar dari bangsal.

Related chapters

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Lapan

    Selagi mana karat dengki tidak disental bersih, maka akan selama-lamanya mata hati menjadi tunanetra. Perselisihan faham juga tiada berpenghujung...PANGKALAN K.O.DDUDUKNYA dikemaskan sambil merenung keluar tingkap besar 'bersalut' kaca penuh. Tampuk fikiran asyik teringat akan sejarah lampau yang kelam. Setiap kali nafas ditarik dan dihembuskan, hatinya menjadi gosong."Saya tak sangka yang kamu akan belot kepada saya dan seluruh anggota K.O.D ini, Mior!"Glock 17 'setia' mencium dahi milik Kapten Naz. Sedangkan Mior pula hanya beriak biasa - tenang tanpa berasa hormat mahu pun gentar."Kapten kena dengar penjelasan saya. Bukan saya yang buat onar. Percayalah. Saya bukan dalangnya." Mior cuba untuk diberikan peluang demi meluruskan segala perkara yang telah menyimpang dalam organisasi tersebut.Dia

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sembilan

    Andai masih sangsi dan curiga, cuba sisipkan kepercayaan walau sekelumit dan perhatikan tindak-tanduk sewaktu bersamanya. Nanti setelah selesai, terpulang kepada diri sendiri - ingin berterima kasih atau memaki..."SYAZ!" Tangan D menggenggam sesuatu sebelum kelopak matanya terbuka lebar.Wajah Hifza yang sedang memerah menjadi santapan pertama pandangan si lelaki. Dia tersedar akan tindakan yang tidak elok - tangan Hifza digenggamnya. Entah sudah berapa lama."Maafkan aku." D melepaskan tangan itu dan berdiri agak jauh daripada si gadis. "Err... aku... tak.. sengaja..." Belakang tengkuk digosok beberapa kali. Dia khilaf dan menyesal akan ketidaksedarannya itu.Rupa-rupanya sebentar tadi, Hifza ingin menggejutkan D agar segera bangun daripada lena kerana perempuan itu terdengar akan suara ramai yang tidak jauh dari tempat mereka bere

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sepuluh

    Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci."Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.56 panggilan tidak dijawab.33 mesej tidak dibaca

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sebelas

    Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua belas

    Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tiga belas

    Wahai bayu malam... tolong kirimkan seawan rindu ini dan kemudian, siramilah hati yang gersang tanpa kasih sayang. Paling tidak pun, suburkanlah sifat perikemanusiaannya dengan setitik titisan kebaikan..."KITA akan bertolak sekarang!" Fid memberi arahan dan para anak buahnya menurut jua."Baik, bos!"Sejak semalam lagi, si ketua menimbang akal untuk bergerak terlebih dahulu daripada orang-orang K.O.D. Sakit hati dan perasaan tidak puas hati yang menggunung membuatkan dia bertindak mengikut rancangan tersendiri.Sejujurnya, Fid berada pada dua persimpangan. Pertama, dia ingin sekali membalas dendam kepada 'orang itu' angkara tragedi silam. Tetapi jauh di sudut hati nurani pula, dia mahu melenyapkan kesumat yang telah lama berkarat.Kerana baginya, ia langsung tiada manfaat.Cuma terkadang, Fid tidak boleh

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Empat belas

    Satu di atas, dua di tengah dan tiga pula di bawah iaitu :Satu kebenaran, satu kepercayaan, satu ikatan, satu keputusan.Dua hati - salah atau benar, percaya atau tidak, terima atau menolak .Tiga sudut pandang - orang yang melaluinya, orang yang bercerita selepas melihat/mendengar serta orang yang langsung tidak tahu-menahu akan perkara berkenaan."OH. Rupa-rupanya, kau tak mati lagi. Ya, budak?"Mata D membulat serta-merta apabila dia 'dihidangkan' dengan sepucuk pistol di dahi.Dia terkaku tetapi sempat meraba-raba sebiji batu di tanah dan membaling tepat ke wajah salah seorang daripada mereka."Argh! Tak guna punya budak mentah!" jerit lelaki berbaju T yang berwarna hitam.Rakan-rakannya turut sama panik.Di kesempatan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Lima belas

    Di kala hati berkabuskan gundah-gulana, setiap ceruk tindakan menjadi serba tidak kena. Jika si pengirim surat itu diumpamakan sang camar, maka siulan asingnya pula sudah tentu dikatakan sebagai alamat mahunya 'kiamat'...DUA batang pendayung, serawan jala, bekal makanan, tong ikan berwarna oren, lampu strong king serta beberapa alatan untuk menangkap ikan diletakkan ke dalam bot laju oleh Pak Cik Haris.Pada waktu yang sama, Mior memerhati ke arah lelaki yang telah berusia 57 tahun itu."Pak cik nak turun ke laut, kan?" soalnya demi pemula bicara.Si empunya gerangan mengangguk."Ha'ah, Mior. Cuaca elok saja, hari ini.""Err... kalau saya nak ikut pak cik ke laut, boleh?""Eh, bolehlah Mior. Kenapa pulak tak bolehnya? Hmm. Tapi... luka-luka di badan kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi, k

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tiga

    Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh dua

    Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh satu

    Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw

DMCA.com Protection Status