Share

Lapan

last update Last Updated: 2021-07-30 17:50:49

Selagi mana karat dengki tidak disental bersih, maka akan selama-lamanya mata hati menjadi tunanetra. Perselisihan faham juga tiada berpenghujung...

PANGKALAN K.O.D

DUDUKNYA dikemaskan sambil merenung keluar tingkap besar 'bersalut' kaca penuh. Tampuk fikiran asyik teringat akan sejarah lampau yang kelam. Setiap kali nafas ditarik dan dihembuskan, hatinya menjadi gosong.

"Saya tak sangka yang kamu akan belot kepada saya dan seluruh anggota K.O.D ini, Mior!"

Glock 17 'setia' mencium dahi milik Kapten Naz. Sedangkan Mior pula hanya beriak biasa - tenang tanpa berasa hormat mahu pun gentar.

"Kapten kena dengar penjelasan saya. Bukan saya yang buat onar. Percayalah. Saya bukan dalangnya." Mior cuba untuk diberikan peluang demi meluruskan segala perkara yang telah menyimpang dalam organisasi tersebut.

Dia kesal dengan tindakannya sebelum ini. Alih-alih, dia yang menjadi mangsa keadaan. Diburu oleh K.O.D itu sendiri.

"Tch... kamu dah tubuhkan kumpulan lain untuk menghentam K.O.D, sekarang kamu tak nak lagi mengaku? Habis tu... nama Mior sebagai pengasas kumpulan penjahat tu, kamu nak salahkan siapa pulak? Dengan berlatar-belakangkan salah seorang bekas daripada anggota K.O.D ini, tangkas dalam bermain senjata api dan pelbagai lagi data diri kamu yang persis dengan orang itu. Takkan kamu nak berdalih pulak!"

"Tak, kapten. Itu bukan saya. Saya juga tak tahu kenapa nama saya boleh ada di sana. Kapten kena percaya cakap saya. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi bom jangka dalam organisasi ini."

"Habis tu... sebulan lebih kamu menghilang dari K.O.D, kamu pergi ke mana? Padahal pada waktu yang sama, team teroris telah pun ditubuhkan. Jadi... tak mungkin itu semua adalah kebetulan, Mior!"

"Kapten-"

Fiuh!

Sebutir peluru meluncur laju dari gelongsongnya sehingga mengakibatkan Kapten Naz terbaring lemah sambil memegang bahu kanan.

Dalam keadaan yang separuh sedar itu, kelibat Mior tidak ada di sana. Sudah tentu dia sedang melarikan diri. Khuatir ditangkap.

"Err... kapten." Sapaan daripada seseorang sekaligus menarik tubuh Kapten Naz untuk kembali dari terowong masa lalu. Dia tersentak seraya menampal tampang yang serius.

"Ya, Leo. Ada apa?"

Sebuah sampul bersederhana besar serta berwarna coklat disuakan kepadanya sebelum dia membelek isi kandungan benda alah berkenaan.

"Ternyata dia masih hidup, kapten..." Begitu kata Leo.

"Em... kamu pasti orang itu adalah orang yang kita cari selama ini?" Giliran Kapten Naz pula bersuara.

Leo mengangguk tanda yakin.

"Benar, kapten. Semasa letupan berlaku di Pulau Batu, dia sempat menyelamatkan diri dan dengar khabarnya, dia menetap di sebuah pekan yang berdekatan dengan pulau itu."

"Tapi kenapa kita tak pernah tahu pasal perkara ni? Takkan tak ada seorang pun daripada tukang informasi kita yang dapat jejak keberadaan dia di sana! Jadi selama ni, dengan mudahnya kamu semua membuat kesimpulan yang letupan itu dah buat banyak nyawa terkorban tanpa ada seorang pun yang terselamat. Macam tu ke!" bentak Kapten Naz lagi yang tidak dapat menahan letusan amarahnya.

Leo tertunduk diam. Peluhnya mula merenik di dahi. Dia dan yang lain sudah tersilap pengaturan. Dalam erti kata lain, bagai melepaskan batok di tangga. Habislah mereka nanti.

"Maafkan saya dan team saya, kapten. Tapi saya ada berita baik..."

"Hurm... apa dia berita baiknya tu?"

"Dia akan pergi ke Pulau Batu. Kalau tidak salah, hari ini dia akan ke sana."

"Dah tu, apa tunggu lagi? Gagalkan rencana dia dan kau orang buatlah apa-apa sekali pun, asalkan dia tak jejakkan kaki ke sana!"

"Siap, kapten!" Leo bergegas keluar dari ruangan berkenaan seraya melaporkan hal itu kepada pasukannya.

Kapten Naz pula menatap sekeping gambar seorang lelaki yang dia ambil dari sampul tadi sebelum ia dironyokkan tanda benci.

*****

"EH, Fid. Kau tak bersiap lagi?" Mior menyapa teman seperjuangannya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Fid.

Dahinya berkerut apabila melihat tampang muka keruh lelaki yang berumur 27 tahun itu.

"Em... Mior..."

"Kau ni dah kenapa, Fid? Lain macam dah aku tengok. Kau ada masalah ke?" soal Mior lagi. Dia tersangat ingin tahu akan kemelut yang membelenggu diri si anak muda.

"Hmm. Nampak gayanya, kita tak jadilah nak pergi ke Pulau Batu itu, hari ni," izharnya pula.

"Tapi kenapa? Bukan ke semalam kita dah bersetuju nak pergi ke sana, hari ni?"

"Ya. Aku tahu. Tapi dengan tiba-tibanya, enjin bot yang kita nak guna tu... rosak pulak."

"Oh, ya? Hmm... itu tak ada masalah. Kita boleh sewa bot lain di sekitar sini." Mior mengutarakan usul pula.

"Aku pun bercadang nak buat macam tu tapi kalau boleh, aku tak nak babitkan orang di sekeliling kita dalam hal ni. Bahaya, Mior."

"Dah tu, Fid? Kau nak kita buat apa?"

Fid merebahkan dirinya di sofa panjang pula sambil meletakkan lengan kanan di atas dahi.

"Mahu tidak mahu, kita terpaksa batalkan plan kita ke sanalah. Itu pun kalau kau tak kisah..."

Mior terdiam sejenak. Beberapa ketika kemudian, dia kembali bersuara.

"Ha, tak apalah kalau macam tu. Aku akan bantu kau untuk cari cara lain supaya kita boleh ke Pulau Batu sesegera yang mungkin."

Mior masuk ke dalam biliknya kembali sambil mengopek isi akal. Manakala Fid pula, bibirnya terluah sebuah keluhan yang berat.

'Maafkan aku, Mior...'

*****

MENTARI sudah mula membentangkan cahayanya ke seluruh alam. Burung-burung turut 'bernyanyi' dengan nada ceria. Seolah-olah sedang menyambut kedatangan hari baru yang adiwarna.

Kedua-dua matanya digosok perlahan-lahan.

"Kau dah bangun? Baguslah."

Hifza lantas membetulkan duduk sebaik sahaja suara D menyapa ke corong telinga. Gadis itu juga sempat memeriksa pakaiannya. Mujurlah semua itu masih 'duduk' di tempat asal. Dia lega.

"Kau makanlah telur yang aku masak tu. Lepas tu, kita akan mula cari jalan keluar dari pulau ni."

Hifza mengangguk. Tanpa banyak bicara, telur yang berada di atas sebuah batu leper tersebut disuapkan ke dalam mulut.

Enak. Itulah yang dia rasakan setelah makanan ringkas tersebut masuk ke lorong kerongkongnya. Manakan tidak jika dari semalam dia terpaksa mengikat perut.

Muncul beraneka soalan yang ingin dia tanyakan. Tetapi dia tidak berani pula untuk bersuara.

"Itu telur ayam pegar. Tak ada racunnya jadi boleh dimakan." D menjelaskan seakan-akan dia dapat membaca fikiran Hifza yang hanya mengunci mulut sejak tadi.

Beberapa minit kemudian, mereka meneruskan penerokaan di pulau tersebut demi mencari jalan keluar dari sana dengan selamat.

Hampir sejam menempuh perjalanan belukar yang mempunyai banyak jerangkap samar, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan lapang tetapi berkawah besar.

Pemandangan itu seumpama kesan akan suatu benda bersaiz besar yang menjunam jatuh di sana. Semacam meteor. Berkemungkinanlah. Begitu fikir D yang memerhati ke segenap permukaan.

Lengkung kawah berkenaan sedalam 10 meter atau lebih dan lebarnya pula sekitar 10,000 kaki persegi.

"Kita akan berehat dekat sini," ujar D sebelum bersandar di sebatang tunggul yang besar. Kelopak mata cuba dipejam untuk menghilangkan letih dan sebagai waktu demi mengumpul tenaganya kembali.

Gadis itu masih tidak juga berkata apa-apa. Hanya duduk bersandar di sebuah batu besar yang tidak jauh daripada D.

*****

MATA dicelik paksa apabila deria pendengarannya terpancing akan suara sesuatu.

Keting! Bunyi benda pecah. Segera pandangannya fokus pada objek yang berada di hadapan.

"Huh!" Seorang remaja lelaki berumur dalam lingkungan belasan tahun sedang menyorok di suatu sudut dalam keadaaan yang tercungap-cungap.

"Kau kenal tak budak tu?"

"Rasa-rasanya... aku kenal dia."

"Siapa dia?"

"Kalau tak silap, budak tu... anak sulung Izzat."

"Celaka! Cari dia sampai jumpa!"

Perbualan dua orang lelaki yang tidak dikenali menyebabkan dahi D berlapis-lapis.

"Hei, budak." D cuba menegur budak lelaki itu tetapi seperti kewujudannya langsung tidak diketahui.

Tubuhnya dilanggar sahaja oleh budak tadi tanpa merasakan apa-apa.

Sebentar. Aktual, tubuh D adalah 'bersifat' lut sinar.

"Itu dia!" jerit salah seorang lelaki dewasa di belakang sana. Hal itu mengakibatkan D turut sama berlari bersama si budak.

Kemudian, keadaan di sekitar D berubah kepada ruang di mana tersergamnya sebuah rumah batu yang indah sekali.

Kelihatan budak tadi melintasinya seraya memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. D pula hanya mengekori.

Menurut pemerhatian D, budak itu diselubungi ketakutan yang melampau. Trauma. Mungkin ada kaitannya dengan apa yang telah dia saksikan sebentar tadi.

Knock! Knock! Pintu bilik diketuk dari luar.

"Syaz, mari turun makan. Ibu dah siapkan makan malam kita." Sebuah suara wanita muncul pula. D hanya mampu melihat.

"Err... sekejap... Syaz... turun makan, ibu." Syaz membalas dengan nada yang sedikit gagap.

"Okey, sayang. Ibu tunggu."

Keadaan kembali senyap. Kelakuan aneh Syaz itu tidak lepas daripada pemerhatian D.

"Abang Syaz!" Seorang kanak-kanak perempuan merempuh masuk ke kamar itu sebelum melompat naik ke katil.

"Im nak apa masuk bilik abang ni? Abang nak rehatlah..."

"Alah, abang ni. Im nak pinjam komik yang abang baru beli semalam tu. Bolehlah. Bolehlah. Bolehlah. Please..."

Im menggoncangkan lengan kanan Syaz beberapa kali. Nampak sangat dia benar-benar berkeinginan akan bahan bacaan yang bergambar itu.

"Tak bolehlah, Im. Abang belum habis baca lagi tu."

"Bagilah pinjam. Im janji akan habiskan baca komik tu malam ni jugak."

"Tak boleh. Hmm... nanti kalau abang dah habis baca komik tu, baru abang pinjamkan dekat Im. Boleh?"

Pak! Sebuah tamparan hinggap di bahu Syaz pula.

"Abang kedekut! Tak nak kawan dia! Bluerkk!" Im sempat menjelirkan lidahnya lantas berlari keluar dari situ.

Syaz menggelengkan kepalanya sebelum laci kecil di tepi katil dibuka. Sebuah bahan bacaan dikeluarkan seraya membuka lembaran yang telah bertanda.

D merapati Syaz dan serta-merta matanya membulat. "Itu darah ke?"

Tidak sempat D mahu menyentuh akan benda alah tersebut, Syaz mengorak langkah laju menuju ke sebuah anak tangga yang kecil.

Syaz naik ke loteng yang terletak di siling seraya membaling komik tadi ke situ.

Sekaligus sekitar D bertukar kepada suasana makan malam pula.

"Mungkin malam ni, ayah akan lambat balik atau tak balik langsung. Jadi Syaz kena tolong ayah untuk tengok-tengokkan ibu dan juga Im. Boleh, kan?"

Syaz mengangguk, "Boleh, ayah."

Bunyi nada dering telefon bimbit kepunyaan Izzat menjerit-jerit minta diangkat. Lelaki itu lantas menyudahkan makanannya dengan meneguk air sirap. Dahi Sofea, Syaz dan Im dikucup sekilas.

"Ayah jalan dulu."

"Baik, ayah." Syaz dan Im menjawab serentak.

"Hati-hati, bang." Sofea menghantarkan kepergian sang suami sehingga keluar pintu.

"InsyaAllah, sayang." Tangan Izzat dikucup oleh si isteri sebelum masuk ke dalam perut kereta.

*****

"KALAU nak bina homestay dekat sini... kita kena perlukan modal yang cukup besar, Izzat."

"Aku tahu itu, Amin. Kita boleh bentangkan kertas cadangan ni semasa mesyuarat kampung kita nanti. Kalau kita berjaya jelaskan pada orang kampung, kita boleh minta sumbangan ikhlas daripada dia orang."

"Tapi Izzat, nak ke dia orang terima cadangan kau ni? Kau tu orang baru dekat sini. Takut pulak kau dikatakan memandai-mandai."

"Kalau kita tak cuba, kita takkan pernah tahu hasilnya. Dah kalau memang dia orang tak bersetuju, kita minta cadangan dia orang pulak. Asalkan kita berusaha. Hmm. Banyak tanah-tanah yang terbiar dalam pulau ni yang tidak dikenalpasti siapa pemiliknya. Jadi pasal homestay tu cumalah salah satu kaedah nak menarik pelawat dari luar sekaligus menambahkan pendapatan penduduk Kampung Kelapa Pandan ni."

"Em, okeylah kalau macam tu kata kau. Nanti, aku tolonglah mana yang patut. Eh, jomlah kita balik. Dah lewat sangat dah ni."

Amin dan Izzat berpisah haluan sebaik mereka berdua berjabat tangan.

Izzat memandu dengan tenang. Tiba-tiba, ekor matanya menangkap akan sebuah pergerakan di sebuah kebun pisang yang dia lalui.

Tanpa berfikir panjang, dia keluar dari kenderaan seraya berjalan menghampiri 'sesuatu'.

Namun sebelum dia sempat melihat akan si empunya gerangan, pekikan daripada seseorang menusuk ke corong telinga.

"Kenapa lambat, Majid?"

"Sorrylah, Bos Mior. Aku terpaksa guna jalan lain bila aku nampak ada sebuah kereta parking di sana."

Terperanjat D dengan sebaris nama itu. Dia ingin melihat akan wajah si empunya nama, tetapi terhalang dek pengcahayaan yang samar-samar.

"Bodoh! Pergi cari tuan punya kereta tu dan bawa dia ke mari. Kalau dia tahu kegiatan kita, meringkuklah kita semua dalam penjara! Lekas!"

"Baiklah, Bos Mior. Kami cari orang tu sekarang."

Izzat membuka langkah seribu agar dapat dia kembali ke kereta dengan selamat. Tapi dia tersadung semasa berlari dan tubuhnya tersungkur ke tanah.

"Aduh, sakitnya!" Izzat mencari tahu akan punca yang menyebabkan dia terjatuh. Rupa-rupanya, ada seguni karung yang tidak diketahui apakah ia.

Dia memberanikan diri untuk membuka guni tersebut. Selepas melihat kandungannya, dia terasa mual serta ingin pitam pula.

D yang sejak tadi melihat dari jauh, kini mendekati Izzat dan dia juga turut menutup mulut.

"Itu... organ... dalaman... manusia..." katanya lagi.

Tetapi Izzat tidak dapat mendengarnya.

"Ada orang dekat sana tu! Cepat kejar!" Kemunculan sebuah suara membuat Izzat memaksakan diri untuk bangkit dan masuk ke dalam keretanya dalam keadaan yang kelam-kabut.

Sebaik kunci dipulas, dia pulang ke rumah bertemankan dengan hati yang walang, takut serta pelbagai lagi perasaan.

Apabila dia menyedari akan dirinya sedang diekori, Izzat terus memecut laju agar segera sampai ke kediamannya.

BAYANGAN beberapa organ dalaman manusia yang sebentar tadi dia nampak, cuba dibuang jauh daripada fikiran.

Izzat tidak mahu keluarganya yang lain mengetahui akan hal tersebut. Jangan sampai dia terlepas kata pula nanti sewaktu bersama mereka. Naya saja.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, terlihat si anak sulung sedang duduk sambil memandang keluar tingkap. Entah apa yang dia menungkan sampaikan kepulangan sang ayah tidak dia sedari.

"Syaz, kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah lewat malam."

"Eh, ayah. Terkejut Syaz."

"Kenapa dengan kamu ni, Syaz? Syaz ada masalah ke?"

"Ayah, tadikan..."

Buk! Buk!

"Eh? Bunyi apa tu, Syaz?"

"Jangan ayah. Biar Syaz saja yang pergi tengok. Ayah pergi bawa ibu dan Im keluar dari rumah ni."

"Apa maksud kamu ni, Syaz? Kenapa ayah perlu buat macam tu?"

"Ayah, Syaz tak ada masa nak ceritakan semuanya. Cepat keluar dari sini, ayah! Ada orang yang nak buat onar dengan kita!"

"Hah?"

Puk!

"Cepat, ayah! Selamatkan diri. Bawa ibu dan Im sekali. Biar Syaz lengahkan orang ni. Jangan pedulikan Syaz!"

D turut berlari apabila Izzat naik ke tingkat atas. Dia ingin tahu akan hal sebenarnya.

"Sofea, mari kita keluar dari sini!"

"Abang, ada apa ni? Kenapa abang nampak macam cemas saja? Apa yang dah berlaku?"

"Kita kena keluar dari sini, sayang. Keluarga kita dalam bahaya. Mari, kita bawa Im sekali."

Dalam kekalutan itu, D cuba memaham akan situasi.

"Abang, mana Syaz?"

"Syaz cuba lengahkan orang yang ceroboh masuk ke rumah kita. Jadi, dia nak kita pergi selamatkan diri."

"Tapi abang..."

"Kita tak ada masa, sayang. Mari!"

D turut cemas tatkala melihat keadaan tiga beranak itu yang sedang cuba untuk meninggalkan rumah dengan menaiki sebuah kereta. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang.

D berjalan ke hadapan Izzat yang telah keluar dari kereta sebelum seorang lelaki menyepak perut Izzat.

"Izzat, awas!" D menjerit sewaktu memberitahu akan sebuah peringatan agar berjaga-jaga. Namun, Izzat tidak mendengarkannya.

"Urgh!" Izzat terduduk menahan perit.

"Heret dia sampai ke hujung bukit sana!" arah seseorang pula.

*****

DARI kejauhan, ada seorang wanita yang sedang meronta-ronta. Hal tersebut memancing kaki D untuk menghampiri hujung bukit.

"Itu kan, Sofea. Dia orang nak buat apa pulak dengan isteri Izzat tu?" soalnya sendiri sambil masih menantikan adegan yang seterusnya.

"Lepaskan kamilah, Majid!"

"Hei! Kau diamlah, perempuan!" Sebuah tamparan hinggap di pipi Sofea. D yang melihat akan perilaku kasar tersebut, mengepal buku lima. Dalam hati, dia sudah mencarut.

"Aduh!" erang si wanita.

"Padan muka kau, Sofea!" Tubuhnya ditolak oleh Majid dengan kuat sehingga Sofea hampir jatuh tapi Izzat sempat menggapai tangannya.

"Argh!"

"Sofea!"

"Abang, tolong Sofea!"

D turut sama ingin membantu. Namun seperti sebelum-sebelumnya, semuanya tiada bermakna. Sementelahan, Izzat sengaja diseksa dengan tendangan bertubi-tubi di bahagian perut sehingga lelaki itu muntah darah sudahnya.

Genggaman tangan Izzat semakin terurai kerana dia semakin lemah longlai. Hal itu mengakibatkan Sofea jatuh ke bawah bukit.

"Sofea!" D berteriak kencang. Sesal juga dia sebab tidak dapat menyelamatkan keadaan si mangsa.

Masih terngiang-ngiang jeritan Sofea di telinganya.

"Abang!!"

"Ibu! Ayah!"

D berpaling ke arah seorang gadis kecil yang telah bermandikan air mata.

"Itu... Im, adik Syaz. Tapi, di mana pulak Syaz?" D tidak menemui figura Syaz di situ.

Kelihatan Im menggigit tangan seorang lelaki yang sejak tadi menahan dirinya sebelum berlari ke suatu arah.

"Cari budak tu. Ingat, jangan sampai dia terlepas! Kalau tak dapat, kamu semua yang akan aku bunuh!"

"Baik, bos!"

Tanpa membuang masa, D mengejar Im yang menuju kembali ke rumah mereka.

"Hei, budak kecil! Keluarlah!"

"Di mana kau nak bersembunyi, ha?"

"Aku rasa, dia menyorok dekat atas."

"Tunggu apa lagi? Cari dan bawak dia ke mari! Kalau terlepas, mampus kita!"

Hati D diserang amarah yang memuncak. Dia cuba menjejaki akan keberadaan Im. Dia nak selamatkan budak tu walau apa pun yang berlaku.

Sayup-sayup kedengaran esak tangis Im dalam sebuah almari. D mendekati dan dia terdengar akan sesuatu.

"Tsk... tsk... ibu... Im takut, bu. Dia orang semua... jahat."

"Adik comel, mari sini sayang. Abang-abang semua ni nak bawa adik pergi 'jumpa' mak ayah adik. Marilah keluar, sayang..."

"Kau orang semua memang lelaki tak guna!" marah D sambil cuba melayangkan penumbuknya ke arah muka lelaki-lelaki jahat berkenaan. Tapi, tidak terkesan pun.

Ruangan itu pula sengaja mereka sepahkan.

Plak! Kling! Ketang!

Salah seorang daripada mereka membuka pintu almari.

"Cak! Hai, adik comel!" Rambut Im ditarik kuat agar tubuh kecil itu keluar dari situ.

"Aduh, sakit! Maafkanlah Im, pak cik. Maafkanlah Im."

"Oh, tahu pulak kau rasa sakit ya? Tadi kami panggil baik-baik, kau tak nak mendengar. Mari sini kau!"

D melihat Im diheret kasar. Semakin menggelegaklah darah panasnya.

"Pak cik, tolonglah. Lepaskan Im. Sakit, pak cik!"

Tidak lama setelah itu, Im menggigit betis lelaki tadi sebelum memanjat tangga kecil ke atas siling.

"Loteng tu... tempat yang sama Syaz baling komik dia..." D teringat akan hal yang berlaku kepada abang Im.

"Celaka punya budak! Kau memang nak cabar kesabaran aku. Kau tunggulah."

"Majid, kau nak buat apa tu?"

Lelaki yang bernama Majid itu keluar dari rumah sebelum masuk kembali sambil membawa dua bekas tin.

"Kau orang semua tolong aku tuangkan minyak petrol ni ke serata rumah. Aku nak bakar rumah ni. Biar budak tu hangus! Jadi tak payah susah-susah kita nak hapuskan saksi."

"Kurang ajar! Kau orang semua memang tak berperikemanusiaan langsung!" D mencari kelibat Im yang menangis sambil memeluk lutut.

Majid juga sempat meletakkan beberapa buah perabot lalu dia letakkan di depan loteng supaya Im tidak dapat keluar lagi.

"Alamak! Bau benda terbakarlah." Asap yang semakin menebal menyebabkan kanak-kanak 10 tahun itu sukar untuk bernafas.

"Ibu... ayah... Im tak nak mati lagi..."

Mata D berkaca tatkala mendengarkan kata-kata terakhir daripada Im. Gadis kecil tersebut terpegang akan sesuatu.

"Komik Syaz..." D berbicara. Dalam keadaan yang perit sebegitu, Im sempat memeluk bahan baca berkenaan sebelum tubuhnya terbaring di lantai siling, tidak berdaya.

Api semakin marak. D turut panik.

"Takkanlah tak ada seorang pun yang selamatkan kau, Im?" D mengesat air hangat yang terbit di kelopak matanya. Tidak sanggup dia melihat akan keadaan Im sedemikian.

"Biar padan muka budak tu! Hahaha..."

"Dah. Mari kita pergi.

"Ha, jom."

Suara keras Im kedengaran.

"Tolong!"

D hanya setia memerhati dengan mata yang berkaca-kaca.

"Tolong! Tolong!"

"Im..." D terdengar akan suara Syaz lantas turun ke tangga. Terkejut dia akan keadaan Syaz yang telah ditimpa dengan sebatang tiang yang telah dijilat api.

"Argh!" Jeritan Syaz membuatkan D dihambat kepiluan. Apatah lagi, kulit remaja 17 tahun tersebut semakin menggelupas dan terbakar. Dia tidak sanggup untuk melihatnya lagi.

"Argh, panas!"

Dengan keadaan seluruh rumah batu itu berbahang, beberapa bingkai gambar Izzat sekeluarga terjatuh ke arah Syaz lalu melekat di kepalanya.

Dia diasak kebingungan. Seolah-olah, rentetan kisah yang dia lihat tika itu ada kena-mengena dengan misteri yang tidak pernah terpecahkan oleh sesiapa.

"Syaz!" D sempat melaungkan nama si lelaki sebelum suasana bertukar menjadi gelap dan kelam.

Related chapters

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sembilan

    Andai masih sangsi dan curiga, cuba sisipkan kepercayaan walau sekelumit dan perhatikan tindak-tanduk sewaktu bersamanya. Nanti setelah selesai, terpulang kepada diri sendiri - ingin berterima kasih atau memaki..."SYAZ!" Tangan D menggenggam sesuatu sebelum kelopak matanya terbuka lebar.Wajah Hifza yang sedang memerah menjadi santapan pertama pandangan si lelaki. Dia tersedar akan tindakan yang tidak elok - tangan Hifza digenggamnya. Entah sudah berapa lama."Maafkan aku." D melepaskan tangan itu dan berdiri agak jauh daripada si gadis. "Err... aku... tak.. sengaja..." Belakang tengkuk digosok beberapa kali. Dia khilaf dan menyesal akan ketidaksedarannya itu.Rupa-rupanya sebentar tadi, Hifza ingin menggejutkan D agar segera bangun daripada lena kerana perempuan itu terdengar akan suara ramai yang tidak jauh dari tempat mereka bere

    Last Updated : 2021-07-30
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sepuluh

    Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci."Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.56 panggilan tidak dijawab.33 mesej tidak dibaca

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sebelas

    Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua belas

    Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tiga belas

    Wahai bayu malam... tolong kirimkan seawan rindu ini dan kemudian, siramilah hati yang gersang tanpa kasih sayang. Paling tidak pun, suburkanlah sifat perikemanusiaannya dengan setitik titisan kebaikan..."KITA akan bertolak sekarang!" Fid memberi arahan dan para anak buahnya menurut jua."Baik, bos!"Sejak semalam lagi, si ketua menimbang akal untuk bergerak terlebih dahulu daripada orang-orang K.O.D. Sakit hati dan perasaan tidak puas hati yang menggunung membuatkan dia bertindak mengikut rancangan tersendiri.Sejujurnya, Fid berada pada dua persimpangan. Pertama, dia ingin sekali membalas dendam kepada 'orang itu' angkara tragedi silam. Tetapi jauh di sudut hati nurani pula, dia mahu melenyapkan kesumat yang telah lama berkarat.Kerana baginya, ia langsung tiada manfaat.Cuma terkadang, Fid tidak boleh

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Empat belas

    Satu di atas, dua di tengah dan tiga pula di bawah iaitu :Satu kebenaran, satu kepercayaan, satu ikatan, satu keputusan.Dua hati - salah atau benar, percaya atau tidak, terima atau menolak .Tiga sudut pandang - orang yang melaluinya, orang yang bercerita selepas melihat/mendengar serta orang yang langsung tidak tahu-menahu akan perkara berkenaan."OH. Rupa-rupanya, kau tak mati lagi. Ya, budak?"Mata D membulat serta-merta apabila dia 'dihidangkan' dengan sepucuk pistol di dahi.Dia terkaku tetapi sempat meraba-raba sebiji batu di tanah dan membaling tepat ke wajah salah seorang daripada mereka."Argh! Tak guna punya budak mentah!" jerit lelaki berbaju T yang berwarna hitam.Rakan-rakannya turut sama panik.Di kesempatan

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Lima belas

    Di kala hati berkabuskan gundah-gulana, setiap ceruk tindakan menjadi serba tidak kena. Jika si pengirim surat itu diumpamakan sang camar, maka siulan asingnya pula sudah tentu dikatakan sebagai alamat mahunya 'kiamat'...DUA batang pendayung, serawan jala, bekal makanan, tong ikan berwarna oren, lampu strong king serta beberapa alatan untuk menangkap ikan diletakkan ke dalam bot laju oleh Pak Cik Haris.Pada waktu yang sama, Mior memerhati ke arah lelaki yang telah berusia 57 tahun itu."Pak cik nak turun ke laut, kan?" soalnya demi pemula bicara.Si empunya gerangan mengangguk."Ha'ah, Mior. Cuaca elok saja, hari ini.""Err... kalau saya nak ikut pak cik ke laut, boleh?""Eh, bolehlah Mior. Kenapa pulak tak bolehnya? Hmm. Tapi... luka-luka di badan kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi, k

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Enam belas

    Suatu hubungan itu utuh disebabkan oleh kepercayaan dan juga segumpal janji. Tapi... akan tiba suatu masa di mana wasilah tersebut diuji dengan pelbagai pancaroba.Hidup ini hanya punya dua pilihan:Pilih positif atau pun bukan."KEPUNG pulau ni. Jangan biarkan sesiapa pun yang terlepas!""Siap, kapten!"Kapten Naz memberi arahan sambil meninjau keadaan Pulau Batu dari jarak jauh dengan binokular hitam.Kapal besar yang mereka gunakan semakin menghampiri tempat tersebut. Segala kelengkapan serta senjata api dipersiap sebelum mereka bertempur di sana.Telah lama dia tidak jejakkan kaki ke pulau itu selepas satu-satunya si darah daging menghembuskan nafas terakhir angkara sang pengkhianat.Kesumatnya berakar. Bencinya menggunung dengan 'mereka' yang sudah menikam

    Last Updated : 2021-08-01

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tiga

    Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh dua

    Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh satu

    Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw

DMCA.com Protection Status