Share

Sembilan

last update Last Updated: 2021-07-30 19:29:36

Andai masih sangsi dan curiga, cuba sisipkan kepercayaan walau sekelumit dan perhatikan tindak-tanduk sewaktu bersamanya. Nanti setelah selesai, terpulang kepada diri sendiri - ingin berterima kasih atau memaki...

"SYAZ!" Tangan D menggenggam sesuatu sebelum kelopak matanya terbuka lebar.

Wajah Hifza yang sedang memerah menjadi santapan pertama pandangan si lelaki. Dia tersedar akan tindakan yang tidak elok - tangan Hifza digenggamnya. Entah sudah berapa lama.

"Maafkan aku." D melepaskan tangan itu dan berdiri agak jauh daripada si gadis. "Err... aku... tak.. sengaja..." Belakang tengkuk digosok beberapa kali. Dia khilaf dan menyesal akan ketidaksedarannya itu.

Rupa-rupanya sebentar tadi, Hifza ingin menggejutkan D agar segera bangun daripada lena kerana perempuan itu terdengar akan suara ramai yang tidak jauh dari tempat mereka berehat.

"Mereka ada di sekitar sini..." Untuk pertama kalinya butir-butir aksara meniti di bibir Hifza.

D sedikit terkesima. Dia cuba menceriakan suasana yang dilanda badai kejanggalan.

"Oh, ya? Ha, jomlah kita pergi." D kemaskan pakaiannya seraya menyandang beg hitam. Unggun api yang dibuat sejak semalam dibersihkan agar kewujudan mereka tidak diketahui.

Perjalanan diteruskan. D berjalan sedikit laju ke hadapan dan mendahului Hifza. Tidak berapa lama, dia tersedar akan begnya ditarik perlahan dari arah belakang. D menoleh.

"Kenapa, Hifza?"

"Tu..." Gadis tersebut menunding jari telunjuknya ke suatu arah. D turut memandang ke arah itu.

"Alamak! Kita kena menyorok daripada mereka," kata D seraya menarik perlahan lengan kanan Hifza yang berlapik sebelum mereka berdua turun ke bawah kawah di situ.

Mereka cuma bertiarap agar kehadiran mereka tidak kelihatan.

Ada beberapa orang pengganas sedang berjalan-jalan. Mungkin untuk pergi berburu binatang. D berfikir begitu.

Namun malang sekali, kelompok kecil tadi berhenti berjalan apabila terlihat kesan terbakar di lantai tanah.

"Ini kan... unggun api? Tapi siapa yang buat?"

"Hurm. Mungkin ada orang lain selain daripada kita di pulau ini."

"Ah, tak mungkinlah. Dekat pulau ni tak ada yang tahu jalan-jalan tikus melainkan kita semua."

"Kau orang!" Jeritan seorang lelaki kedengaran pula.

"Woi, Sen. Kau dah kenapa terjerit-jerit dekat sini?"

"Aku baru dapat tahu yang anak perempuan pak cik tu dah melarikan diri dari bangsal, sejak semalam. Jadi TM nak kita cari dia sampai dapat."

"Aku dah agak dah. Mungkin unggun api ni, dia yang buat."

"Tunggu apa lagi? Kita semua berpecah dan cari dia sampai jumpa!"

"Baik!"

Derapan beberapa tapak kasut semakin menghilang daripada deria pendengaran. Selepas keadaan telah sunyi, D menarik Hifza untuk keluar dari tempat persembunyian.

"Huh! Mujurlah mereka tak nampak kita," ujar D tanda lega.

Dengan keadaan tubuh yang lemah sebegitu, dia tidak yakin boleh melawan pengganas-pengganas tadi. Mereka, ramai. Sedangkan dia, berseorangan. Tambahan lagi dengan kelaparan yang lain macam di kala itu, memang patah-riuklah dia nantinya.

"Jadi..." D berpaling ke arah Hifza sambil kening kanannya terangkat.

"Apa?" soal D yang berasa ingin tahu.

"Ini..." Pandangan Hifza jatuh kepada tangan D yang masih memegang tangannya. "Bila boleh lepas?"

Giliran wajah D pula yang memerah. Serta-merta dia melepaskan genggamannya lantas mengatur langkah laju ke hadapan. Dia malu.

"Maaf..."

Hifza pula membuntutinya dalam keadaan yang tertunduk. Jantung dia jangan tanya. Rajin benar buat kerja lebih masa - mengepam dengan kadar yang maksima. Seolah-olah tiada lagi hari esok nak 'memanaskan enjin' si manusia.

*****

SIMPULAN tangan kedua mereka kemas terlihat.

"Mior... walau apa pun yang berlaku, jangan musnahkan persahabatan kita." Koby menuturkan ia dengan senyuman yang manis.

Dia sangat sayangkan wasilah yang telah terjalin sejak dia melaporkan diri di K.O.D tidak lama dahulu.

"Kau jangan risau, Koby. Aku akan pegang 'tali' ini sampai ke akhir hayat aku. Percayalah!"

Koby tersenyum lagi demi menampalkan sebuah keperitan. Akan tetapi untuk berkongsi 'hal itu' dengan Mior, dia tidak berani pula. Dua hati. Khuatir nyawa si teman baik akan tergadai.

"Mior..."

"Ya?"

"Kalau ada salah seorang di antara kita yang berkhianat, apa yang harus kita buat?" tanya Koby lagi.

Entah sampai bila dia ingin 'main tarik tali' sendiri. Dia berharap sangat agar lelaki yang berada di hadapannya itu mengerti akan kedudukan tindakan yang bakal dia ambil suatu saat nanti.

Mior geleng kepala, "Tak. Aku takkan biarkan semua tu terjadi. Kita kan dah berteman lama. Tak mungkinlah kita akan main tikam belakang pulak."

Koby tidak membalas. Dia masih memandang lelaki itu dengan pelbagai gambaran yang membahayakan nyawanya.

"Aku nak bagitahu sesuatu dekat kau ni, Mior."

"Apa dia?"

"Kalau sisi jahat aku terserlah keluar, aku nak kau panggil aku dengan nama Cobra bukan lagi Koby."

"Haha. Apalah yang kau merepek ni, Koby? Sisi jahat macam mana lagi yang aku tak pernah nampak pada kau? Aku dah lalilah dengan semua kebiasaan dan perangai kau. Jadi bagi aku, itu sama saja."

"Aku tahu itu, Mior. Tapi mungkin sampai suatu masa, aku tak dapat nak kendalikan sisi jahat aku lagi. Cuma aku nak kau tahu. Apa-apa tindakan aku selepas ini, ia punya sebab yang kukuh. Kau ingat, tahu?"

Mior malas nak melayan dan hanya mengangguk.

SEBUAH fail berwarna biru dibuka seraya pandangan matanya menari-nari pada butir aksara di atas permukaan putih tersebut. Ia dibaca sambil memicit dahi.

"Sebulan lebih? Lamanya. Dah tu, di luar bandar lagi. Hmm. Tapi takkanlah aku kena pergi seorang-seorang pulak? Aduh. Macam-macamlah kes sekarang ni. Aku fikir, bolehlah aku ambil cuti untuk berehat. Rupa-rupanya, ada lagi perkara yang tak settle. Haih."

Mior sempat merungut. Dalam keterpaksaan, dia beralah dan patuh dengan tugas yang pihak atasan berikan atas namanya.

Selepas sebulan menjalankan misi kemanusiaan di sebuah perkampungan kecil, Mior kembali ke Pangkalan K.O.D. Malangnya, keadaan di sana tampak kucar-kacir. Beberapa buah bangunan di tempat itu telah pun musnah terbakar.

"Apa dah jadi di sini?" Dia bergegas menuju ke pejabat utama. Kakitangan K.O.D yang berpusu-pusu keluar dari sana, tidak diendahkan. Dia ingin bertemu dengan seseorang.

"Kapten Naz!" Mior berlari masuk ke dalam ruangan yang menempatkan ketua tertinggi organisasi tersebut.

Namun, dia telah disajikan dengan pemandangan yang tidak baik.

"Ada apa ni, Koby? Kenapa kau nak tembak Kapten Naz?" tanya Mior yang langsung tidak tahu akan hujung pangkal cerita. Segala yang berlaku, terlalu drastik untuk ditelan bulat-bulat. Maka, dia ingin menampi penjelasan.

"Tepat pada masanya, kau datang jugak Mior. Hehe." Koby mengacukan muncung pistol kepada Kapten Naz yang tidak sedarkan diri di sebuah kerusi.

"Koby, apa sebenarnya berlaku ni? Aku tak faham."

"Aku bukan Kobylah tapi Cobra!"

Mior pantas mengacukan Glocknya kepada si teman baik sambil berjalan mendekati mereka berdua.

"Aku dah cakap, Mior. Aku buat semua ni ada sebabnya dan sekarang... inilah aku, Cobra. Sisi jahat yang aku nak tunjukkan pada kau sebelum ni. Tapi baru sekarang boleh aku serlahkan. Haha."

"Koby, ini bukan diri kau yang sebenar. Sahabat baik aku takkan pernah sanggup nak cederakan orang yang tidak berdosa. Aku kenal kau, Koby. Hei, sedarlah. Apa yang kau buat ni, salah."

"Tch. Kau kata apa yang kubuat ni, salah? Huh. Kau silap, Mior. Justeru aku nak membantu K.O.D!"

"Bantu K.O.D dengan cara nak bunuh Kapten Naz, macam tu? Entah apa yang ada di fikiran kau ni, Koby."

"Hahaha. Macam nilah, Mior. Alang-alang kau ada dekat sini, marilah ikut aku. Kita pergi dari sini dan sertailah kumpulan aku pulak. Tambahan pula, kau bukan lagi salah satu daripada anggota organisasi ni..."

Lagi sekali Mior kebingungan.

"Eh, sekejap. Aku bukan lagi anggota K.O.D? Apa makna semua ni, Koby? Dah tu, kumpulan apa pulak yang kau cakapkan ni?" Bertubi-tubi soalan terkeluar dari bibir. Benaknya membeku dan tidak dapat mencerna tentang apa yang dia dengarkan.

"Haih... Mior, Mior. Kau lurus sangatlah. Hmm. Macam nilah. Aku akan beritahu kau hal yang sebenarnya tapi kau kena tembak mati orang tua ni dulu. Untuk pengetahuan kau, dia bukanlah ketua yang terbaik!"

"Koby... kau-"

"Aku bagi kau masa, Mior. Kau buatlah sebelum dia sedar. Aku gerak dulu. Hehe..."

Mior ingin sekali menghalang Koby. Tapi semuanya telah terlambat tatkala Kapten Naz telah pun tersedar. Dia hanya meletakkan muncung Glock 17 di dahi sang ketua. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata sahabat baiknya sebentar tadi.

"Saya tak sangka yang kamu akan belot kepada saya dan seluruh anggota K.O.D ini, Mior!"

Belot. Satu perkataan yang terdengar perit buat diri Mior. Dipejam seketika matanya sebelum menampal riak yang biasa. Padahal dada berdebar kencang.

"Kapten kena dengar penjelasan saya. Bukan saya yang buat onar. Percayalah. Saya bukan dalangnya."

"Tch... kamu dah tubuhkan kumpulan lain untuk menghentam K.O.D, sekarang kamu tak nak mengaku? Habis tu... nama Mior sebagai pengasas kumpulan penjahat itu, kamu nak salahkan siapa pulak? Dengan berlatar-belakangkan salah seorang bekas daripada anggota K.O.D ini, tangkas dalam bermain senjata api dan pelbagai lagi data diri kamu yang persis dengan orang itu. Takkan kamu nak berdalih pulak!"

Mior kebingungan, 'Bekas anggota K.O.D? Apa yang Kapten Naz maksudkan ni?' bisiknya lagi.

"Tak, kapten. Itu bukan saya. Saya juga tak tahu kenapa nama saya boleh ada di sana. Kapten kena percaya cakap saya. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi bom jangka dalam organisasi ini."

"Habis tu... sebulan lebih kamu menghilang dari K.O.D, kamu pergi ke mana? Padahal pada waktu yang sama, team teroris telah pun ditubuhkan. Jadi... tak mungkin itu semua adalah kebetulan, Mior!"

"Kapten-"

Fiuh!

Sebutir peluru meluncur laju dari gelongsongnya sehingga mengakibatkan Kapten Naz terbaring lemah sambil memegang bahu kanan.

Mior terkejut. Bukan dia yang tembak ketuanya itu. Apabila dia menoleh, Koby sudah tersenyum sinis kepadanya.

"Kau!"

"Kau lambat sangatlah, Mior. Dah, jom kita pergi dari sini."

Mior dilanda dua hati- antara ingin menyelamatkan Kapten Naz atau mengikuti rancangan Koby.

Namun ternyata... demi sebuah penjelasan, dia mengejar langkah Koby.

"Cuba jelaskan pada aku, Koby. Apa maksud semua ni? Kenapa kau serang Pangkalan K.O.D dan kenapa Kapten Naz kata yang aku ni bekas anggota K.O.D?"

"Huh! Nanti kau tahulah apa sebabnya. Sekarang ni, kita akan pergi ke sebuah tempat."

*****

"BOS MIOR..."

Beberapa orang lelaki sedang tunduk hormat kepada Koby. Hal tersebut menyebabkan Mior terbeliak.

"Koby, jelaskan cepat. Apa semua ni? Kenapa mereka semua panggil kau dengan-"

"Aku sengaja buat macam tu. Em... kalau kau sertai kumpulan aku, aku akan bagitahulah dekat diorang hal yang sebenarnya yang nama aku bukan Mior tapi Cobra. Lagi pun, kau kan dah dibuang daripada K.O.D. Haha..."

"Kejap. Jangan kata kau yang-"

"Yup! Betullah sangkaan kau tu. Aku yang rancang supaya kau bertugas di luar bandar dan semasa kau tak ada, senang sikit aku nak buat kerja. Tapi... aku buat demi menyelamatkan pasukan kita, Mior. Daripada kita ditendang macam bola, lebih baik kita sendiri yang jadi pembela."

"Selamatkan pasukan kita? Jadi pembela? Eh, Koby. Tindakan kau ni bukanlah menyelamatkan tapi kau dah menjerumuskan aku dan yang lain ke lurah kematian. Kau sedar tak?"

"Wei, Mior. Kalaulah kau tahu apa sebenarnya yang terjadi di makmal bawah tanah K.O.D, mungkin kau akan tarik balik apa yang kau cakapkan ni."

Mior menggeleng seketika. "Aku tak sangka sahabat baik aku ni ada niat nak memberontak dan menentang tuan punya pangkalan dengan mereka cerita yang bukan-bukan. Huh. Kau memang manusia yang kejam! Bukan seorang dua yang jadi mangsa kau tapi ramai..."

"Mior, aku takkan jadi jahat kalau tak ada orang yang bikin masalah dengan aku. Tapi apa yang K.O.D buat dalam sisi gelapnya, itu semua tak boleh aku maafkan!"

Glock 17 kepunyaan Mior diacukan kepada Koby. Dengan rasa amarah yang menggunung, terluncur juga ayat-ayat 'keramat' itu.

"Aku tak faham cara pemikiran kau, Koby. Jadi aku nak minta maaf awal-awal. Mulai detik ini, kau bukan lagi sahabat baik aku!"

Fiuh! Tembakan rambang Mior lepaskan.

Wajah diraup kasar. Peristiwa hitam yang berlaku beberapa tahun lepas, menggamit resah di hatinya.

Sehingga kini, Mior tidak tahu mengapa dia disenarai hitamkan daripada K.O.D. Koby sendiri tidak pernah menceritakan hal sebenar akan nama pengasas kelompok yang menentang organisasi berkenaan. Sedangkan dia langsung tidak tahu-menahu tentang kelompok tersebut.

Jika diberi kesempatan, dia mahu tahu dari akar sehingga ke pucuknya.

Malang seribu kali malang, Koby telah tidak ada. Dia tewas dalam letupan di Pulau Batu. Jadi Mior takkan pernah tahu asbab mengapa bekas teman rapatnya itu bertindak sedemikian.

'Koby, aku nak sangat tahu hujung pangkal ceritanya supaya aku tak duduk dalam kebuntuan sebegini. Tapi... kenapa kau degil sangat tak nak bagitahu aku apa-apa yang aku tak tahu? Haih.'

Related chapters

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sepuluh

    Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci."Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.56 panggilan tidak dijawab.33 mesej tidak dibaca

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sebelas

    Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua belas

    Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tiga belas

    Wahai bayu malam... tolong kirimkan seawan rindu ini dan kemudian, siramilah hati yang gersang tanpa kasih sayang. Paling tidak pun, suburkanlah sifat perikemanusiaannya dengan setitik titisan kebaikan..."KITA akan bertolak sekarang!" Fid memberi arahan dan para anak buahnya menurut jua."Baik, bos!"Sejak semalam lagi, si ketua menimbang akal untuk bergerak terlebih dahulu daripada orang-orang K.O.D. Sakit hati dan perasaan tidak puas hati yang menggunung membuatkan dia bertindak mengikut rancangan tersendiri.Sejujurnya, Fid berada pada dua persimpangan. Pertama, dia ingin sekali membalas dendam kepada 'orang itu' angkara tragedi silam. Tetapi jauh di sudut hati nurani pula, dia mahu melenyapkan kesumat yang telah lama berkarat.Kerana baginya, ia langsung tiada manfaat.Cuma terkadang, Fid tidak boleh

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Empat belas

    Satu di atas, dua di tengah dan tiga pula di bawah iaitu :Satu kebenaran, satu kepercayaan, satu ikatan, satu keputusan.Dua hati - salah atau benar, percaya atau tidak, terima atau menolak .Tiga sudut pandang - orang yang melaluinya, orang yang bercerita selepas melihat/mendengar serta orang yang langsung tidak tahu-menahu akan perkara berkenaan."OH. Rupa-rupanya, kau tak mati lagi. Ya, budak?"Mata D membulat serta-merta apabila dia 'dihidangkan' dengan sepucuk pistol di dahi.Dia terkaku tetapi sempat meraba-raba sebiji batu di tanah dan membaling tepat ke wajah salah seorang daripada mereka."Argh! Tak guna punya budak mentah!" jerit lelaki berbaju T yang berwarna hitam.Rakan-rakannya turut sama panik.Di kesempatan

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Lima belas

    Di kala hati berkabuskan gundah-gulana, setiap ceruk tindakan menjadi serba tidak kena. Jika si pengirim surat itu diumpamakan sang camar, maka siulan asingnya pula sudah tentu dikatakan sebagai alamat mahunya 'kiamat'...DUA batang pendayung, serawan jala, bekal makanan, tong ikan berwarna oren, lampu strong king serta beberapa alatan untuk menangkap ikan diletakkan ke dalam bot laju oleh Pak Cik Haris.Pada waktu yang sama, Mior memerhati ke arah lelaki yang telah berusia 57 tahun itu."Pak cik nak turun ke laut, kan?" soalnya demi pemula bicara.Si empunya gerangan mengangguk."Ha'ah, Mior. Cuaca elok saja, hari ini.""Err... kalau saya nak ikut pak cik ke laut, boleh?""Eh, bolehlah Mior. Kenapa pulak tak bolehnya? Hmm. Tapi... luka-luka di badan kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi, k

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Enam belas

    Suatu hubungan itu utuh disebabkan oleh kepercayaan dan juga segumpal janji. Tapi... akan tiba suatu masa di mana wasilah tersebut diuji dengan pelbagai pancaroba.Hidup ini hanya punya dua pilihan:Pilih positif atau pun bukan."KEPUNG pulau ni. Jangan biarkan sesiapa pun yang terlepas!""Siap, kapten!"Kapten Naz memberi arahan sambil meninjau keadaan Pulau Batu dari jarak jauh dengan binokular hitam.Kapal besar yang mereka gunakan semakin menghampiri tempat tersebut. Segala kelengkapan serta senjata api dipersiap sebelum mereka bertempur di sana.Telah lama dia tidak jejakkan kaki ke pulau itu selepas satu-satunya si darah daging menghembuskan nafas terakhir angkara sang pengkhianat.Kesumatnya berakar. Bencinya menggunung dengan 'mereka' yang sudah menikam

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tujuh belas

    -K.O.D-KodifikasiOrganisasiDominan"TM, markas kita kena serang!"Apabila si empunya gerangan mendengar akan jeritan tersebut, dia lantas bergegas mengemaskan senjata api kepunyaannya."Celaka!" TM mencarut sambil memuntahkan isi peluru ke arah pihak musuh.Lelaki itu cuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan para anak buah yang sedang bertungkus-lumus berbalas tembakan.Langkah kaki diorak laju menuju ke suatu tempat. Seusai kata kunci ditekan, terpampang sebuah ruangan yang telah dibanjiri dengan 'patung mainannya'.Senyuman sinis terukir."Aku nak, kau orang semua kena persiapkan diri dengan senjata masing-masing. Sesiapa yang berjaya menumpas bersihkan pihak penceroboh, dia

    Last Updated : 2021-08-01

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tiga

    Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh dua

    Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh satu

    Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw

DMCA.com Protection Status