Share

Dua puluh empat

last update Last Updated: 2021-08-10 21:51:38

Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan.

Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan...

NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana.

Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya.

'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?'

Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia sedar daripada pengsan akibat dipukul dengan sesuatu itu, dia akan mengekori jejak Leo. Akan tetapi, cuaca tidak berpihak kepada dia pula.

Lantas dia kembali ke rumah untuk menyusun strategi. Selain membalut luka yang telah dia dapatkan apabila berdepan dengan Leo beberapa jam yang lalu.

'Hm. Kali ini, aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk perbetulkan segalanya. Semua yang terjadi adalah berpunca daripada aku. Jadi aku kena tamatkan ia.'

Kelopak mata dia pejam seketika. Ada beberapa tayangan peristiwa menari-nari di benak sehingga menyebabkan empangan air matanya bocor.

'Maafkan aku, Mior.' Mata dicelikkan kembali. Tapak tangan kanannya pula menyentuh permukaan kaca.

'Sebelum aku mati, aku nak langsaikan 'hutang-hutang' aku pada kau. Kalau pun masa tu kau dah berasa kurang senang dengan tindakan aku sebelum ini, aku terima segala hukuman yang bakal kau timpakan pada aku...'

Jeda.

Manik-manik jernih dia usap lagi. Sejujurnya, dia terasa sungguh pilu di atas apa yang telah dia lakukan pada suatu ketika dahulu.

'Aku berjanji, cukup-cukuplah permusuhan kita selama ini. Aku akan perbaiki wasilah yang kita simpulkan... dahulu. Aku tahu, nak mengembalikan sebuah kepercayaan setelah semua ini terjadi amatlah sukar. Tapi aku akan mencuba dan...'

Koby menarik nafas. Wajahnya menjadi serius tanpa perasaan tatkala bayangan figura seseorang bergentanyangan di fikiran.

'Kalau dengan menamatkan riwayat 'dia' boleh mengembalikan kedamaian kita semua, sudah tentu aku akan lakukannya. Percayalah cakap aku, Mior.'

Aura kebencian menyerlah kini. Tatapan mata Koby seolah-olah menembusi kaca tingkap dan seisi alam.

Mengapa pula sedemikian?

Kerana dia hanyalah seorang manusia biasa yang turut memiliki gumpalan-gumpalan dendam dek goresan kisah silam.

* * *

LANGKAH kaki gadis itu semakin perlahan. Dia sudah mula tercungap-cungap. Akhirnya, dia berhenti berjalan.

"Tung... gu... se... kejap, D. Say... a penat..."

D berpaling ke belakang melihat Hifza yang telah membongkok sambil memegang kedua lututnya.

Nampak sangat gadis itu keletihan. Dia mengangguk.

"Hm, baiklah. Kita berhenti sekejap dekat sini. Kau rehatlah dulu. Sementara itu, aku akan meninjau persekitaran kita. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, panggil aku. Okey?"

Hifza hanya mengangguk. Nak berkata-kata pun dia dah tak berdaya gamaknya.

Menghilang sahaja kelibat si lelaki 'ditelan' semak, Hifza duduk bersandar di bawah sebuah pepohonan dengan mata yang tertutup.

Letih, sejuk, lapar, takut dan pelbagai lagi perasaan yang menyelimuti. Namun, si gadis sudah tidak mempedulikannya.

Yang dia inginkan hanyalah... melelapkan mata. Melupakan sebentar keperitan dengan hanyut dan lemas ke dasar mimpi.

Beberapa ketika, titisan air dari langit tidak lagi kelihatan. Dia sedar akan hal itu lantas menarik nafas lega.

Tiba-tiba, ada bunyi daripada dedaunan serta ranting kayu yang terkesan di telinga. Tapi Hifza langsung tidak mampu lagi untuk bergerak.

Gigil tubuhnya juga semakin kuat. Memakai pakaian basah dalam keadaan cuaca lembap sebegitu, memang amat menyeksakan. Warna kulitnya juga turut menjadi kian pucat.

Bunyi tadi semakin jelas kedengaran. Ini bermakna 'sesuatu' itu semakin menghampiri. Hifza tidak jua mampu untuk membuka kelopak matanya.

Dia fikir, itu hanyalah bunyi dari telapak kasut kepunyaan D. Jadi, dia biarkan saja sebelum sesuatu yang aneh dia rasai pula.

"Argh!!"

Jeritan tersebut mengakibatkan D berpatah balik dengan larian yang sangat laju. Awalnya, dia memang tidak larat juga dek luka cedera, lapar serta sakit di setiap ceruk sendi.

Tetapi suara itu kepunyaan Hifza, orang yang telah diamanahkan untuk dia jaga. Makanya, dia cuba bersaing dengan segala kesukaran.

"Hifza!" D berteriak seusai dia tiba di tempat gadis itu berehat.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati di hadapan Hifza tika itu ada seekor ular sawa batik.

Saiz binatang reptilia itu bersederhana besar dan panjangnya pula dalam anggaran tiga atau keempat meter.

"Shh..." D meletakkan jari telunjuk di bibirnya sambil memandang ke arah Hifza.

Dia tidak mahu si gadis terlalu banyak melakukan pergerakan. Khuatir pemangsa yang seekor itu bertindak agresif.

Hifza mengangguk dalam deraian air mata. Dia menutup mulutnya agar esak tangis tidak memancing sang ular tersebut.

Hasil penerokaan ilmu di 'gelanggang merah', D perlahan-perlahan menarik badan ular sawa tadi ke arahnya.

Dia tahu. Binatang itu tidak berbisa dan tidak mematuk mangsanya.

Namun, senjata terkuat ia adalah belitan. Jika tersilap tingkah, renyuk bak kertaslah dirinya nanti. Jadi dia berhati-hati sebelum memegang kepala sang ular.

Hal berkenaan mengakibatkan sang batik mula membelitnya. D pula segera meletakkan kepala binatang itu pada lipatan bawah lutut kaki kanan sambil berusaha meleraikan 'pelukan erat' tadi.

Hifza melihat kesukaran si lelaki dan dengan rasa ragu-ragu, dia cuba menghampiri.

"D..."

"Kau boleh tolong tarikkan badan ular ni, tak? Tapi jangan tarik ekor dia. Nanti dia belit makin kuat pula. Aku cuma nak bebas dan selesa dalam membuat gerakan saja."

Gadis itu tampak naif, juga cemas. Bulu romanya tegak berdiri. Tetapi dia cuba melawan geli-geleman yang dia alami.

Kulit sawa yang licin itu dia sentuh seketika sebelum dia menarik kembali jemarinya.

"Saya... takutlah, D. Saya... geli... dengan ular..." Terluah jua apa yang terbuku di hatinya sejak tadi.

"Tak apa, Hifza. Justeru dengan melalui dan menghadapi ketakutan kau tulah yang akan buat kau dah tak takut bila berdepan dengan ular, lepas ni. Aku jamin. Kau percayalah cakap aku."

Sempat D memberi semangat. Dia berkata sedemikian kerana teringat akan pesanan daripada seorang doktor.

Ahli perubatan itu mengatakan hal yang sama kepada dirinya apabila dia mengalami trypophobia atau apa-apa saja jenis trauma serta ketakutan.

Cuma ia kenalah dipantau oleh orang yang berpengetahuan juga agar dapat mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jika perkara sebegitu terjadi, trauma si pesakit akan lebih berakar lagi.

"Baik..." Hifza mengangguk. Semakin tangannya menyentuh kulit ular itu, dia menjadi semakin menggigil.

"Tahan sikit, Hifza. Sikit lagi ni nak terlerai."

Hifza memejamkan mata dan mengumpul semangat. Hasil tunjuk ajar serta arahan daripada pemuda itu, belitan tadi berjaya terleraikan.

"Alhamdulillah!" D terduduk di lantai tanah. Ular sawa yang berbelit di sebatang pohon dia perhatikan.

"Mujurlah awak tak apa-apa, D."

"Kau pun, okey jugak kan?"

Gadis itu mengangguk sudahnya. Tubuh yang menggigil ketakutan dan kesejukan tadi diganti dengan bahang keringat yang membasahi diri.

"Hm..."

D tersenyum seketika sebelum dia terlihat akan suatu 'kelibat' yang melintasi pokok tadi.

"Hei, tunggu dulu!" Jeritan D yang secara tiba-tiba itu menyebabkan Hifza mengejar lariannya.

"D, awak nak pergi ke mana?"

"Aku nampak 'seseorang'. Berkemungkinan besar dia ialah Syaz."

"Syaz? Siapa Syaz?"

"Nanti aku ceritakan. Sekarang ni, kita ikut saja jejak dia. Jangan sampai terlepas pandang.

Hifza semakin pelik melihat perubahan si anak muda. Terlintas di fikirannya pula bahawa D adalah seorang yang kurang waras.

'Tapi masalahnya, saya tak nampak sesiapa pun dekat sini...' Ayat tersebut hanya berlagu dalam hati.

Dia cuba mengusir sangkaan yang tidak sepatutnya lantas setia dengan pencarian D.

* * *

POV SESEORANG

TEMPAT ni macam jalan rahsia atau mungkin juga adalah tempat persembunyian jika terjadinya keadaan yang darurat seperti ini.

Kusuluh laluan sempit itu dengan head lamp dan ada sesuatu yang kutemui.

Sebaik jemariku menyentuh cecair merah likat tersebut, aku syak ada kes pembunuhan dekat sini. Tapi aku tak tahu lagi siapa dan apa motif si pembunuh.

Boleh jadi untuk menutup mulut si mangsa, menghapuskan saksi serta bukti-bukti yang ada.

Glock 19 aku halakan ke hadapan sebagai tanda berjaga-jaga. Lorong itu sangat panjang dan aku terdengar akan bunyi sesuatu pula iaitu bunyi desiran ombak pantai.

Ada sebuah lubang kecil yang muncul di hujung sana. Cantiklah! Mungkin itu adalah pintu keluarnya.

Aku kena cepat keluar dari sini. Kalau tak, aku akan mati gara-gara kehabisan oksigen.

Sebaik sahaja aku menolak sebuah pintu yang bersalut kayu jati berkenaan, mataku disajikan dengan pemandangan pantai yang cukup indah.

"Subhanallah!" pujiku automatik.

Udara segar aku hirup sepuasnya sebagai bekalan.

Di kejauhan sana, ada sebuah jeti batu. Aku menghampiri kawasan itu dengan penuh waspada.

Tiba-tiba...

Fiuh!

Peluru sesat muncul entah dari mana. Ia menyebabkan aku segera menyembunyikan diri.

Tak guna! Hampir saja aku mati katak dekat sini. Hei. Mujurlah tak kena. Kalau tak, aku akan mati untuk kedua kalinya.

Fiuh! Fiuh!

Lagi sekali kedengaran hujan peluru. Aku mengintip dari celahan batu sambil meninjau situasi.

Ada sebuah kapal besar terdampar di hujung jambatan sana. Mungkin si penembak itu menyorok di situ.

Aku cuba keluar senyap-senyap dari tempat persembunyian. Malang pun bertandang tanpa dijemput apabila kakiku terlanggar dek sesuatu.

Serta-merta membulat mataku!

Ada mayat dekat sini!!

END POV

Related chapters

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

    Last Updated : 2021-08-16
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

    Last Updated : 2021-08-19
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

    Last Updated : 2021-08-24
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

    Last Updated : 2021-08-28
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

    Last Updated : 2021-09-05
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Satu

    KAMPUNG KELAPA PANDAN, PULAU BATU.Tahun 2001"ALHAMDULILLAH. Akhirnya, dapat juga kita beli rumah baru." Izzat tidak dapat membendung rasa teruja serta beruntungnya sebaik menatap lama akan sebuah rumah batu di hadapan.Selepas tempat tinggal mereka hangus terbakar tempoh hari, kini dapat juga keluarga kecil itu memiliki sebuah kediaman yang bebatuan lagi. Di dalamnya terdapat lima buah bilik tidur, sebuah dapur dan juga tiga buah bilik air. Cukuplah untuk mereka yang empat beranak itu berlindung daripada hujan serta panasnya mentari.Sofea memeluk erat pinggang sang suami sambil tersenyum, "Betul tu, abang. Mujurlah rumah ni tak mahal sangat. Tambahan pula, penduduk kampung dekat sini pun mesra-mesra belaka.""Ha'ah. Semoga Allah permudahkan urusan kita selepas ini.""Aamiin. InsyaAllah, bang. Allah bantu."

    Last Updated : 2021-07-22
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua

    Dua pasang mata menjadi saksi. Namun, empat buah nyawa pula yang melayang...SOFEA meronta-ronta untuk melepaskan diri sebaik sahaja mereka tiga beranak dibawa ke hujung bukit Pulau Batu."Lepaskan kamilah, Majid!""Hei! Kau diamlah, perempuan!" jerit Majid sekaligus sebuah tamparan melekap ke pipi kanan wanita itu."Aduh!" erang Sofea dan serentak itu mutiara-mutiara jernih terbit di hujung mata. Perit terasa apabila dirinya dikasari."Padan muka kau, Sofea!" Tubuhnya ditolak oleh Majid dengan kuat. Tanpa dia sedari, perbuatannya itu mengundang bahaya terhadap si empunya badan."Argh!" Sofea hampir terjatuh ke bawah bukit tapi tangannya sempat digapai oleh Izzat."Sofea!""Abang, tolong Sofea!"Penderitaan sepasang suami isteri berkenaan hanya disaksikan o

    Last Updated : 2021-07-22
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tiga

    ~♥~Tatkala dendam menguasai diri, yang berteman pun boleh jadi saling berbunuhan...~♥~PEKAN SERAI WANGITahun 2021RUMAH kedai tersebut amat sunyi lagikan sepi. Pada awal pagi sebegini, seorang lelaki yang berumur 47 tahun sedang duduk sambil membaca surat khabar di sebuah kamar. Walaupun dia berada di situ, tetapi fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain.Ia menembusi kabus kenangan di masa lampau yang 'jaraknya' boleh dikatakan mencecah ribuan batu. Di kala itu, dia dan beberapa rakan sekerja yang lain sedang bergegas menuju ke sebuah pulau misteri."Kita kena beritahu pasukan keselamatan, Mior. Mereka sangat ramai berbanding dengan kelompok kita yang sekarang ini." Fateh mengutarakan usul apabila tempat yang bakal mereka tuju itu merupakan sebuah markas besar si anasir jahat.

    Last Updated : 2021-07-22

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tiga

    Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh dua

    Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh satu

    Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw

DMCA.com Protection Status