Share

Enam

last update Last Updated: 2021-07-29 19:21:22

Keadaan semakin rumit tatkala ramai pula pihak yang terbabit. Walaupun mereka tiada langsung kaitannya. Umpama orang asing yang sedang duduk di gurun pasir sambil membuat unggun api di tengah panas terik mentari...

TUBUH Pak Hanif ditolak kasar menuju ke sebuah bangsal yang besar. Dalam keterpaksaan, tubuh tua itu hanya menurut tanpa bantahan. Namun sebaik sahaja dia masuk ke dalam sana, matanya berkaca.

"Hifza!"

"Ayah, tolong Hifza!"

Seorang gadis yang sedang duduk terikat di sebuah kerusi kayu cuba meronta-ronta melepaskan diri untuk memeluk si ayah. Akan tetapi, ia percuma sia saja.

"Aku bagi masa kau orang anak-beranak melepaskan rindu. Tapi hanya semalam saja. Esok dan hari seterusnya, ucapkan selamat tinggal kepada dunia ni. Hehe..." ujar Bob sebelum menutup rapat dan mengunci pintu bangsal tersebut.

"Ya Allah, Hifza! Kamu tak apa-apa, nak? Dia orang ada buat benda tak elok pada kamu ke?" soal Pak Hanif dengan nada yang tersangat cemas. Manakan tidak, anak gadisnya yang sedia berhijab, kini tiada sehelai benang pun menutupi mahkota hitamnya.

Sudah tentulah dia gusar, juga berfikir yang bukan-bukan.

Hifza menggeleng, "Tak ada, ayah..."

"Alhamdulillah!" Pak Hanif memanjatkan kesyukuran. Dia juga berusaha meleraikan tali yang membelenggu si anak.

Apabila simpulan telah terhurai, mereka berdua lantas berpelukan pula. Wajah mereka dibasahi dek air mata kerinduan beserta ketakutan.

"Ayah, macam mana kita nak keluar dari sini?"

Pak Hanif berasa sayu dengan pertanyaan anak gadisnya.

"Err... maafkan ayah, nak. Ayah sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Mereka sangat ramai dan kejam. Belum tentu kita dapat keluar dari sini dengan selamat. Tapi Hifza jangan risau. Ayah akan cuba sedaya-upaya bebaskan Hifza dari sini. Walaupun tanpa ayah... selepas ini."

Mata Hifza membulat. Terperanjat dengan kata-kata Pak Hanif seketika tadi.

"Jangan cakap macam tu, ayah. Kita akan sama-sama keluar dari sini. Hifza takkan pergi tanpa ayah. Hifza sayangkan ayah. Jadi Hifza takkan tinggalkan ayah!"

Sekali lagi pelukan dieratkan sebelum cuping telinga mereka berdua terpancing akan suatu bunyi.

Blam! Bunyi benda berat terjatuh. Ia mengakibatkan Pak Hanif mencapai sebatang besi yang berkarat untuk dijadikan sebagai senjata. Hifza pula menyorok di belakangnya.

"Hei, siapa tu?" Lelaki tua itu mula bersuara tatkala sumber bunyi tadi datangnya daripada seorang lelaki yang misteri. Sekaligus mata tertancap pada sebingkai jendela di hujung sana. Menurut firasat Pak Hanif, 'penceroboh' itu masuk melalui 'jalan' berkenaan.

"Maafkan saya, pak cik. Tapi jangan risau. Saya bukan daripada kalangan penyangak-penyangak tu. Nama saya, D..."

D muncul dalam kesamaran cahaya sebelum berhadapan dengan Pak Hanif. Senyuman manis disimpulkan seraya kedua lelaki itu berjabat tangan. Pemula salam perkenalan.

"Oh. Nama kamu, D. Nama pak cik, Hanif. Anak perempuan pak cik ni pulak bernama Hifza. Ha. Dah tu, kamu nak buat apa dekat sini? Atau kamu ni tengah sesat?" soal ayah si gadis ramah. Perlahan-lahan rasa gugup yang bermaharajalela sebentar tadi beransur surut. Lega bila mana remaja tersebut bukanlah orang jahat.

"Eh, bukan. Saya tak sesat cuma saya ada hal yang perlu saya selesaikan dekat sini."

Pak Hanif mengangguk. Benda alah yang dia genggam sejak tadi diletak ke tepi kembali. Tidak lama kemudian, dia teringat akan sesuatu.

"Maaflah, nak. Anak pak cik, Hifza ni tak pakai tudung. Jadi... err..."

"Oh, faham. Sekejap ya, pak cik." D membuka zip beg sandangnya seraya mengeluarkan sehelai hoodie berlengan panjang yang berwarna hitam. "Nah. Ambil ni, pak cik. Suruh dia pakai," sambungnya lagi sambil memalingkan wajah ke tempat lain.

Beberapa minit kemudian, barulah Hifza duduk dengan tenang. Topi pakaian itu diperketatkan agar rambutnya tidak kelihatan.

Mujurlah auratnya terjaga kembali.

"Terima kasihlah, nak." Pak Hanif wakilkan penghargaan daripada anaknya. D cuma tersenyum.

"Hmm... kamu kata ada hal yang nak diselesaikan dekat sini. Kalau boleh pak cik tahu, hal apa yang anak maksudkan tu?"

D terlebih dahulu memerhati ke sekitar bangsal sebelum membuka bicara. Almaklumlah. Takut ada orang lain selain mereka pula di situ.

Orang tua-tua selalu pesan... cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Jadi kenalah berwaspada selalu.

"Maaflah kalau pak cik ni sibuk hal kamu pulak..."

"Bukan macam tu, pak cik. Tapi sebelum saya bagitahu tujuan saya ke mari, pak cik boleh ceritakan sebab-munasabab pak cik dan anak pak cik boleh berada dekat sini?"

Riak wajah Pak Hanif serta-merta berubah keruh apabila ditanyakan sedemikian.

"Em... sebenarnya macam ni..."

******

SEPULUH digit telefon kepunyaan si anak angkat didail beberapa kali. Tetapi malangnya, tiada satu pun talian yang bersambung. Mior diserbu dengan rasa amarah, geram serta pelbagai lagi rasa yang bukan-bukan.

"Manalah si budak D ni? Ditelefon banyak kali pun, tapi tak reti juga nak mengangkat. Entah apalah yang dia buat agaknya? Aish!"

Untuk kesekian kali, dia cuba mengulangi perbuatannya. Namun ternyata, ia juga tidak membuahkan hasil.

"Mior, kau tengah buat apa tu?" Fid muncul di ruangan tersebut sambil membawa dua buah cawan yang berisi kopi panas. Secawan disuakan kepada Mior seraya melabuhkan duduk berhadapan dengan lelaki itu.

"Eh, Fid. Tak adalah. Aku tengah cuba call anak angkat aku ni, ha. Tapi dari tadi lagi tak ada respon. Dia pergi ke mana pun, aku tak pastilah. Haih."

Dalam tidak sedar, bebelannya itu menyebabkan Fid tertawa kecil. Nampak kelakar pula bila Mior berleter serupa mak-mak.

"Haha. Maybe dia ada hallah tu. Kalau tak pun, dia dah masuk tidur ke? Manalah tahu, kan?"

"Hmm. Masalahnya, dari tadi petang lagi aku cuba call dia. Aku risaulah kalau terjadi sesuatu pada dia pulak. Dia tu bukan boleh percaya sangat. Degil dia mengalahkan budak-budak tadika yang tak nak masuk ke kelas. Yang dia tahu... main, main dan main. Huh."

"Hahaha..." Sekali lagi terletus tawa Fid. Hatinya seumpama digeletek.

Mior mencerlung tajam ke arahnya.

"Yang kau ni beriya sangat gelak, pasal apa? Tersampuk dek jin kopi panas ke? Hei. Kau jangan macam-macam, Fid. Jenuh aku nak meruqyah kau nanti..."

Fid cuba menghabiskan sisa-sisa geli hatinya sambil menggeleng beberapa kali. Wajah merah akibat terlalu banyak ketawa tidak dia endahkan.

"Bukanlah, Mior. Cuma aku ketawa sakan ni disebabkan kaulah. Kau tu membebel macam orang perempuan yang hilang anak. Hailah... Mior, Mior. Eh, tapikan... sayang juga kau dekat dia tu walaupun bukan darah daging kau."

Mior meletakkan telefon pintarnya di atas meja seraya mencapai cawan putih buatan Inggeris berkenaan. Dia sempat mencicip sekali dua sebelum bersuara, "Mestilah aku sayangkan dia. Dialah bayi yang dahulunya ikut pulang dengan aku selepas letupan tu berlaku. Hanya kami berdua yang selamat..."

Fid hanya mendengar. Dia turut dihurung dengan rasa sedih kerana tragedi tersebut melibatkan nyawa sang abang kesayangan.

"Hurm. Aku tak tahu dari mana Oji dan Fateh dapat budak tu. Tapi last-last minute, dia orang bagi bayi tu pada aku dan suruh aku pergi tinggalkan pulau tu."

Bayangan D muncul di fikiran Mior. Remaja yang berusia 19 tahun itu memiliki kulit yang sedikit cerah berbanding dengan dia. Warna rambut agak keperangan dan anak matanya pula berwarna abu-abu. Sedangkan dia berkulit sawo matang, rambut pula berwarna hitam dan anak matanya yang berwarna coklat.

Nampak sangat mereka tidak punya apa-apa pertalian darah. Maka dengan itu, Mior nekad menggelarkan dirinya sebagai 'pak cik' bukan pula 'ayah'. Walaupun dia teringin sekali menyandang gelaran berkenaan. Tetapi untuk menceritakan tentang hal sebenar, tidak akan pernah dia sanggup untuk mekakukannya. Ia sangat sulit lagikan perit.

Biarlah semuanya menjadi rahsia.

"Oh, ya. Siapa nama anak angkat kau itu?" soal Fid yang sengaja memecahkan kesunyian apabila dia sedar akan si teman bicara sedang larut dalam kolam perasaan.

Mior menatapnya lalu menjawab, "Nama dia, D."

"Takkanlah nama dia cuma D? Nama panjang dia pulak?"

"Oh, nama panjang dia... Dddddddddd..."

Fid tepuk dahi. Entah mengapa malam ini perangai aneh Mior keluar berterabur. Tak sanggup dia nak melayannya.

"Come on, Mior! Aku bukan budak-budaklah yang senang kau perkotak-katikkan. Aish, kau ni pun."

"Alah. Nanti-nantilah kau tahu nama penuh dia tu. Bukannya penting sangat pun..."

Fid menggulingkan bebola mata, "Hmm... okeylah macam tu, Mior. Kau rehatlah puas-puas. Jangan lupa awal pagi esok, kita akan bertolak ke sana."

Mior mengangkat ibu jari kanan tanda mengerti. Tidak lama kemudian, kelibat Fid menghilang di sebalik pintu. Jadi tinggallah dia seorang diri yang masih memikirkan tentang keadaan 'orang itu'. Dia teringat kembali akan perbualannya dengan D tadi siang.

"Hm... D cuma nak tahu pasal Pulau Batu itu, pak cik. Pak cik tahu pulau tu dekat mana?"

Mior tidak senang duduk setelah itu. Kekhuatirannya menimbun. Beraneka persoalan bergayutan di pohon fikiran.

"Macam manalah D boleh tahu pasal pulau tu pulak? Atau jangan-jangan... sampul yang aku suruh dia hantar tu ada kaitan dengan semua ni. Aduh!"

Related chapters

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tujuh

    Benarlah orang kata yang bernafas dalam lumpur itu... payah.JALA ikan yang sedikit terkoyak dipandang sedih oleh Pak Hanif. Orang tua itu menampal keluhan dengan sebuah senyuman tipis."Hmm... tak apalah. Sikit saja ni. Kalau dah dijahit balik, masih boleh pakai lagi," bicaranya sendiri demi memujuk diri yang serba kelelahan.Selepas solat subuh lagi, Pak Hanif sudah turun ke laut untuk menjala sesuap rezeki. Padahal, tubuhnya tidaklah berapa sihat. Namun, dipaksakan juga demi mengisi perut mereka dua beranak.Tiba-tiba, ada sebuah suara yang menyapa deria pendengarannya."Hei, pak cik tua. Hantarkan aku ke Pulau Batu. Nanti, aku akan bayar kau sebanyak RM500. Nak tak?" tanya orang yang tidak dia kenali itu dengan 'sopan' sekali.

    Last Updated : 2021-07-30
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Lapan

    Selagi mana karat dengki tidak disental bersih, maka akan selama-lamanya mata hati menjadi tunanetra. Perselisihan faham juga tiada berpenghujung...PANGKALAN K.O.DDUDUKNYA dikemaskan sambil merenung keluar tingkap besar 'bersalut' kaca penuh. Tampuk fikiran asyik teringat akan sejarah lampau yang kelam. Setiap kali nafas ditarik dan dihembuskan, hatinya menjadi gosong."Saya tak sangka yang kamu akan belot kepada saya dan seluruh anggota K.O.D ini, Mior!"Glock 17 'setia' mencium dahi milik Kapten Naz. Sedangkan Mior pula hanya beriak biasa - tenang tanpa berasa hormat mahu pun gentar."Kapten kena dengar penjelasan saya. Bukan saya yang buat onar. Percayalah. Saya bukan dalangnya." Mior cuba untuk diberikan peluang demi meluruskan segala perkara yang telah menyimpang dalam organisasi tersebut.Dia

    Last Updated : 2021-07-30
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sembilan

    Andai masih sangsi dan curiga, cuba sisipkan kepercayaan walau sekelumit dan perhatikan tindak-tanduk sewaktu bersamanya. Nanti setelah selesai, terpulang kepada diri sendiri - ingin berterima kasih atau memaki..."SYAZ!" Tangan D menggenggam sesuatu sebelum kelopak matanya terbuka lebar.Wajah Hifza yang sedang memerah menjadi santapan pertama pandangan si lelaki. Dia tersedar akan tindakan yang tidak elok - tangan Hifza digenggamnya. Entah sudah berapa lama."Maafkan aku." D melepaskan tangan itu dan berdiri agak jauh daripada si gadis. "Err... aku... tak.. sengaja..." Belakang tengkuk digosok beberapa kali. Dia khilaf dan menyesal akan ketidaksedarannya itu.Rupa-rupanya sebentar tadi, Hifza ingin menggejutkan D agar segera bangun daripada lena kerana perempuan itu terdengar akan suara ramai yang tidak jauh dari tempat mereka bere

    Last Updated : 2021-07-30
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sepuluh

    Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci."Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.56 panggilan tidak dijawab.33 mesej tidak dibaca

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Sebelas

    Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema

    Last Updated : 2021-07-31
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua belas

    Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Tiga belas

    Wahai bayu malam... tolong kirimkan seawan rindu ini dan kemudian, siramilah hati yang gersang tanpa kasih sayang. Paling tidak pun, suburkanlah sifat perikemanusiaannya dengan setitik titisan kebaikan..."KITA akan bertolak sekarang!" Fid memberi arahan dan para anak buahnya menurut jua."Baik, bos!"Sejak semalam lagi, si ketua menimbang akal untuk bergerak terlebih dahulu daripada orang-orang K.O.D. Sakit hati dan perasaan tidak puas hati yang menggunung membuatkan dia bertindak mengikut rancangan tersendiri.Sejujurnya, Fid berada pada dua persimpangan. Pertama, dia ingin sekali membalas dendam kepada 'orang itu' angkara tragedi silam. Tetapi jauh di sudut hati nurani pula, dia mahu melenyapkan kesumat yang telah lama berkarat.Kerana baginya, ia langsung tiada manfaat.Cuma terkadang, Fid tidak boleh

    Last Updated : 2021-08-01
  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Empat belas

    Satu di atas, dua di tengah dan tiga pula di bawah iaitu :Satu kebenaran, satu kepercayaan, satu ikatan, satu keputusan.Dua hati - salah atau benar, percaya atau tidak, terima atau menolak .Tiga sudut pandang - orang yang melaluinya, orang yang bercerita selepas melihat/mendengar serta orang yang langsung tidak tahu-menahu akan perkara berkenaan."OH. Rupa-rupanya, kau tak mati lagi. Ya, budak?"Mata D membulat serta-merta apabila dia 'dihidangkan' dengan sepucuk pistol di dahi.Dia terkaku tetapi sempat meraba-raba sebiji batu di tanah dan membaling tepat ke wajah salah seorang daripada mereka."Argh! Tak guna punya budak mentah!" jerit lelaki berbaju T yang berwarna hitam.Rakan-rakannya turut sama panik.Di kesempatan

    Last Updated : 2021-08-01

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tiga

    Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh dua

    Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh satu

    Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw

DMCA.com Protection Status