All Chapters of Siling ( BAHASA MALAYSIA ): Chapter 11 - Chapter 20

29 Chapters

Sebelas

Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema
Read more

Dua belas

Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?  D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura
Read more

Tiga belas

Wahai bayu malam... tolong kirimkan seawan rindu ini dan kemudian, siramilah hati yang gersang tanpa kasih sayang. Paling tidak pun, suburkanlah sifat perikemanusiaannya dengan setitik titisan kebaikan..."KITA akan bertolak sekarang!" Fid memberi arahan dan para anak buahnya menurut jua."Baik, bos!"Sejak semalam lagi, si ketua menimbang akal untuk bergerak terlebih dahulu daripada orang-orang K.O.D. Sakit hati dan perasaan tidak puas hati yang menggunung membuatkan dia bertindak mengikut rancangan tersendiri.Sejujurnya, Fid berada pada dua persimpangan. Pertama, dia ingin sekali membalas dendam kepada 'orang itu' angkara tragedi silam. Tetapi jauh di sudut hati nurani pula, dia mahu melenyapkan kesumat yang telah lama berkarat.Kerana baginya, ia langsung tiada manfaat.Cuma terkadang, Fid tidak boleh
Read more

Empat belas

Satu di atas, dua di tengah dan tiga pula di bawah iaitu :Satu kebenaran, satu kepercayaan, satu ikatan, satu keputusan.Dua hati - salah atau benar, percaya atau tidak, terima atau menolak .Tiga sudut pandang - orang yang melaluinya, orang yang bercerita selepas melihat/mendengar serta orang yang langsung tidak tahu-menahu akan perkara berkenaan."OH. Rupa-rupanya, kau tak mati lagi. Ya, budak?"Mata D membulat serta-merta apabila dia 'dihidangkan' dengan sepucuk pistol di dahi.Dia terkaku tetapi sempat meraba-raba sebiji batu di tanah dan membaling tepat ke wajah salah seorang daripada mereka. "Argh! Tak guna punya budak mentah!" jerit lelaki berbaju T yang berwarna hitam.Rakan-rakannya turut sama panik.Di kesempatan
Read more

Lima belas

Di kala hati berkabuskan gundah-gulana, setiap ceruk tindakan menjadi serba tidak kena. Jika si pengirim surat itu diumpamakan sang camar, maka siulan asingnya pula sudah tentu dikatakan sebagai alamat mahunya 'kiamat'... DUA batang pendayung, serawan jala, bekal makanan, tong ikan berwarna oren, lampu strong king serta beberapa alatan untuk menangkap ikan diletakkan ke dalam bot laju oleh Pak Cik Haris.Pada waktu yang sama, Mior memerhati ke arah lelaki yang telah berusia 57 tahun itu."Pak cik nak turun ke laut, kan?" soalnya demi pemula bicara.Si empunya gerangan mengangguk."Ha'ah, Mior. Cuaca elok saja, hari ini.""Err... kalau saya nak ikut pak cik ke laut, boleh?""Eh, bolehlah Mior. Kenapa pulak tak bolehnya? Hmm. Tapi... luka-luka di badan kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi, k
Read more

Enam belas

Suatu hubungan itu utuh disebabkan oleh kepercayaan dan juga segumpal janji. Tapi... akan tiba suatu masa di mana wasilah tersebut diuji dengan pelbagai pancaroba.Hidup ini hanya punya dua pilihan:Pilih positif atau pun bukan. "KEPUNG pulau ni. Jangan biarkan sesiapa pun yang terlepas!""Siap, kapten!"Kapten Naz memberi arahan sambil meninjau keadaan Pulau Batu dari jarak jauh dengan binokular hitam.Kapal besar yang mereka gunakan semakin menghampiri tempat tersebut. Segala kelengkapan serta senjata api dipersiap sebelum mereka bertempur di sana.Telah lama dia tidak jejakkan kaki ke pulau itu selepas satu-satunya si darah daging menghembuskan nafas terakhir angkara sang pengkhianat.Kesumatnya berakar. Bencinya menggunung dengan 'mereka' yang sudah menikam
Read more

Tujuh belas

-K.O.D-KodifikasiOrganisasiDominan"TM, markas kita kena serang!"Apabila si empunya gerangan mendengar akan jeritan tersebut, dia lantas bergegas mengemaskan senjata api kepunyaannya."Celaka!" TM mencarut sambil memuntahkan isi peluru ke arah pihak musuh.Lelaki itu cuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan para anak buah yang sedang bertungkus-lumus berbalas tembakan.Langkah kaki diorak laju menuju ke suatu tempat. Seusai kata kunci ditekan, terpampang sebuah ruangan yang telah dibanjiri dengan 'patung mainannya'.Senyuman sinis terukir."Aku nak, kau orang semua kena persiapkan diri dengan senjata masing-masing. Sesiapa yang berjaya menumpas bersihkan pihak penceroboh, dia
Read more

Lapan belas

Dalam sesebuah cerita, pasti ramai orang terbabit dan ada beberapa pihak yang bertanggungjawab untuk melengkapkan plot kisahnya. Setiap seorang memiliki alur cerita tersendiri sehingga bila ia disambung serta disusun elok-elok, barulah peristiwa tersebut tersergam lengkap.  SEBUAH rumah dua tingkat dipandang oleh seorang lelaki separuh umur. Naluri hatilah yang membuatkan dia menginjakkan kaki ke sana. Itu pun setelah bertahun lamanya mencari si empunya gerangan.Individu berkenaan merupakan satu-satunya orang harapan baginya demi menemukan 'sesuatu' yang hilang sejak dahulu lagi.Ting! Tong! Ting! Tong!Loceng rumah di luar pagar ditekannya beberapa kali. Namun, ia tiada jawapan mahu pun respon daripada sang tuan rumah.Ting! Tong! Sekali lagi bunyi loceng tersebut bergema sebelum ada sebuah suara yang berada di bela
Read more

Sembilan belas

Simpulan itu semakin sulit untuk dihuraikan kerana ia berantaikan kesumat dendam yang telah lama berakar... LANGIT diterangi cahaya fajar jingga. Awan mula mengembang di kejauhan sana.Di sebuah bangunan tinggal, ada seorang lelaki yang sedang berusaha menghubungi akan sang ketua untuk memberitahu perkembangan misinya. Namun setelah beberapa ketika, figura tersebut mematikan niatnya. Individu yang terikat di sebuah bangku kayu dihampiri sebelum dia berbicara."Sebelum aku bawa kau kepada Kapten Naz, aku akan seksa kau cukup-cukup dekat sini. Supaya kau rasakan sendiri macam mana yang aku rasakan sebelum ini, Mior."Si empunya nama yang baru sahaja tersedar daripada pengsan lantas meronta-ronta minta dlepaskan."Lepaskan aku!""Tak semudah itu aku nak lepaskan kau, Mior!"Turun naik sa
Read more

Dua puluh

Biar dua jasad manusia terpisah jauh, namun ada seutas tali sebagai 'jambatan' dan 'orang tengah' yang menghubungkan kedua mereka. Kendatipun terhalang dek lebarnya benua serta tingginya tembok pemisah. Perasaan itu turut menjangkar diri masing-masing. Maka, jangan larut dalam arus kekhuatiran...  LIAN menatap langsung gugusan berlian yang menghiasi cakerawala. Fikirannya menerawang memikirkan beberapa hal.Tentang dia menerima 'kerja' daripada seorang lelaki yang baru sahaja dia kenali. Kolam benaknya berkocak dengan keputusan yang telah dia bulatkan.Tiba-tiba, ada sesuatu yang membuatkan dia mengalihkan perhatiannya lalu memerhati ke sekeliling ruangan. Dengan perlahan, figura tersebut menapak laju seraya berdiri di hadapan sebingkai tingkap kaca kamar.Sebaik sahaja kain langsir diselak lebar, dia mendapati ada seseorang yang
Read more
PREV
123
DMCA.com Protection Status