Setapak demi setapak, lorong yang dilalui itu semakin samar-samar dan 'berbau' misteri...
TING! Tong!
Ting! Tong!
Keluhan terluah jua apabila rumah berkenaan tidak punya penghuni. Bungkusan tadi terpaksa dibawanya balik tanpa berfikir untuk meninggalkan benda alah itu di luar pagar.
Setelah pulang dari situ, D merenung bungkusan tadi sambil menongkat dagu. Dirinya diasak ingin tahu akan kandungan benda alah berkenaan.
"Nak buka ke, tidak eh?" soalnya sendiri sambil mula menyentuh barang kepunyaan orang itu.
"Ah, buka sajalah." Tekad D seraya mengoyak pelekat sebelum isi sampul dikeluarkan.
Terbang pergi segala ketakutan pada ketidakjujurannya pada kala itu. Sesuatu telah menggamit anak mata lelaki belasan tahun tersebut.
"Eh? Ini kan keratan akhbar..." Langsung sahaja keinginan D untuk menyiasat perkara itu berkobar-kobar.
Dia cuba menyusun serta mencantumkan semula cebisan berkenaan demi memudahkan pembacaannya. Namun selepas beberapa detik, dahi si anak muda berkerut.
"Letupan... bergema... di pulau misteri." Tajuk utama akhbar tersebut dibacanya dengan perlahan-lahan.
Hal itu semakin memancing ingin tahunya.
"Pulau Batu merupakan pulau yang dahulunya pernah dihuni oleh 100 buah keluarga. Tetapi ia terpaksa ditutup sebelum diganti dengan sebuah pusat kesihatan..."
D menjeda pembacaannya. Puas dia mencungkil isi benak akan kewujudan tempat berkenaan. Tetapi ia sememangnya belum pernah dia ketahui lagi.
"Aku tak pernah tahu pulak pasal pulau ni. Dan..." D menyambung pembacaannya sebelum menyimpulkan pemahamannya.
"Oh, tempat ni! Ia tidak jauh dari Pekan Serai Wangi? Wah, menarik. Tapi..."
Malang sekali, cebisan kertas itu tidaklah sesempurna mana. Ada bahagian-bahagian yang hilang menyebabkan pelbagai andaian terlintas di fikiran D.
Jenuh menyental isi otak, D teringat pula akan 'suatu' sumber. Maka telefon pintar dalam saku ditarik keluar sebelum mendail nombor seseorang.
Tut! Tut!
Tidak lama kemudian, panggilan bersambung.
"Ha, D. Ada hal apa tiba-tiba telefon pak cik ni? Baru sekejap tadi pak cik keluar rumah, takkanlah dah rindu?" Mior bersuara di sana.
D menepuk dahi, "Eh, eh pak cik ni. Bukan pasal itulah. Tapi..."
"Tapi apa? Kamu nak duitlah ni? Aik, bukan ke pak cik ada tinggalkan duit untuk kamu di tempat biasa? Takkan dah habis?" celah Mior lagi.
"Aduh, pak cik. Benda ni tak ada kaitan dengan duitlah. Tapi D nak tanya sesuatu ni."
"Ha, nak tanya pasal apa pulak tu? Kamu ni kan, time pak cik dekat luar jugak kamu nak tanya itu ini. Haih."
D terpaksa menahan telinga dek leteran pak cik angkatnya itu.
"Pak cik ni, macamlah D pergi berjoli dengan duit pak cik tu. Hm... D cuma nak tahu pasal Pulau Batu itu. Pak cik tahu pulau tu dekat mana?"
Mior terperanjat.
"D, dari mana pulak kamu tahu pasal Pulau Batu itu? Kamu jangan berani-berani nak pergi ke sana, D. Kalau tidak, pak cik potong kaki kamu!"
D melihat telefonnya sekilas, 'Macamlah dia sanggup nak potong kaki anak angkat kesayangannya ni...'
"D, kamu dengar tak apa yang pak cik cakapkan ni?"
D menggulingkan bebola matanya, "Ya. D dengarlah, pak cik. Ha, tak apalah. D off dulu. Bye."
Tut! Talian diputuskan serta-merta.
*****"AISH, budak ni kan!"
"Kenapa tu, Mior? Ada sesuatu yang tak kena ke?"
Mior berpaling ke kanan sambil menampal senyuman hambar, "Err... tak ada apalah."
"Jadi kita boleh teruskan rancangan kita?" soal lelaki yang menemani Mior dalam kereta tersebut.
Mior mengangguk perlahan, "Hmm... kita teruskan saja. Tak ada hal."
Jauh di sudut hatinya, tertimbus jutaan tanda tanya dan risau. Dia khuatir anak angkatnya itu akan menjejakkan kaki ke pulau berkenaan. Dia amat kenal dengan diri D yang sebenarnya - apabila dia punya tanda tanya, sampai ke lubang cacing dia mencari tahu.
Tetapi Mior berasa pelik lagikan curiga secara tiba-tiba.
'Tak. Jangan kata, bungkusan itu adalah punca D bertanya macam-macam? Aduh!'
Dia berharap sangat agar si anak angkat tidak nekad menyiasat. Itu saja.
*****PUAS dia bertanya di sana sini, malah lelaki itu bersoal jawab pula dengan beberapa kakitangan polis di situ. Lantaran penerimaan mereka, membuatkan simpulan persoalan semakin rumit serta menggasak jiwanya.
"Pulau Batu atau orang sini panggil Pulau Penyakit sebab pulau tu dulu, tempat pesakit-pesakit misteri dan kronik ditempatkan. Sampailah pesakit-pesakit tu mati, tak berani orang lain nak jejak ke sana."
"Orang kampung sebelah panggil pulau tu, Pulau Keramat. Kata mereka, tempat tu berhantu. Mungkin sebab roh-roh pesakit di situ tak dikebumikan dengan betul, jadi 'mereka' bergentayangan di sana."
"Kamu jangan pergi ke sana, D. Dulu, dah ramai orang pergi meninjau pulau tu. Tapi mereka tak pernah kembali sampailah sekarang ini."
Begitulah penerangan dan buah mulut penduduk di sekitar perumahan. Walaupun pak ciknya melarang, tetapi D tetap juga berkeras untuk ke sana. Seakan-akan ada magnet yang menariknya untuk melakukan sesuatu.
"Pak cik, saya nak pergi ke Pulau Batu itu. Pak cik boleh tolong hantarkan?" Soalan D membuatkan beberapa orang nelayan kecil menjauhkan diri daripadanya.
Mereka semua beriak ketakutan.
"Aish! Apa dah jadi dengan orang-orang dekat sini? Kena sampuk dek hantu Pulau Batu ke?" D berjalan di sekitar pantai sambil mencari perahu atau bot yang mahu menghantarkannya ke seberang sana.
Akan tetapi, ia tidak membuahkan hasil. D hampa. Satu tin kosong disepak perlahan sebelum terkena pada sebuah bot yang bersederhana besar.
Pada mulanya, dia tidak mengambil peduli. Namun apabila corong telinga tertangkap nama pulau tersebut, otak D mula bergeliga.
"Jangan biarkan orang kampung tahu yang kita nak ke Pulau Batu itu. Faham!" Seorang lelaki yang mempunyai corak helang di lengan bersuara dengan tegas.
"Faham, tuan." Seorang lelaki yang berusia pula menjawab dan patuh.
Tepat pada firasat anak muda itu - ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat yang ingin dia tuju ini. Jadi, dia kena berusaha keras untuk mencari tahu.
D cuba menyelinap masuk ke dalam kenderaan air berkenaan dengan menyembunyikan diri dalam sebuah bekas ikan yang berwarna oren.
Tidak lama kemudian, bekas tersebut diangkat masuk ke dalam bot lalu diletakkan di bahagian bawah tempat duduk. Apabila suasana semakin sunyi, D keluar dari tempat persembunyiannya.
"Fuyoo! Inilah kerja gila yang pernah aku buat selama aku hidup." Dia berbicara sendiri.
Beg sandang dikenakan semula sebelum dia berpatah balik kepada bekas tadi. Ada sesuatu yang mengganggu kantung fikirannya.
Tutup bekas ikan dibuka semula dan segenap bekas itu diteliti.
"Eh? Kenapa bekas ikan ni dibiarkan kosong?"
Sambil-sambil menganyam ingin tahu, pelbagai rahsia pula yang memunculkan diri...SEL-SEL otak D sama sekali tidak berfungsi tatkala bekas ikan yang berwarna oren tadi kosong.'Hmm... dia orang nak buat apa sebenarnya pergi ke Pulau Batu?' bisik anak muda itu dalam hati sebelum suara seseorang kedengaran jelas menderu laju masuk ke deria pendengarannya."Jangan risau. Kami dah nak sampai..." Panggilan telefon lantas dimatikan."Err... tuan.""Ha. Kenapa Pak Hanif?""Anak pak cik, macam mana? Dia baik-baik saja, kan?"Lelaki yang dipanggil 'tuan' itu tersenyum sinis."Selagi Pak Hanif tak buat bukan-bukan, anak pak cik masih dalam keadaan yang 'memuaskan'...""Err... tapi sampai bila tuan nak 'simpan' dia? Dia masih remaja. Tak sesuai lagi bila dia ha
Keadaan semakin rumit tatkala ramai pula pihak yang terbabit. Walaupun mereka tiada langsung kaitannya. Umpama orang asing yang sedang duduk di gurun pasir sambil membuat unggun api di tengah panas terik mentari...TUBUH Pak Hanif ditolak kasar menuju ke sebuah bangsal yang besar. Dalam keterpaksaan, tubuh tua itu hanya menurut tanpa bantahan. Namun sebaik sahaja dia masuk ke dalam sana, matanya berkaca."Hifza!""Ayah, tolong Hifza!"Seorang gadis yang sedang duduk terikat di sebuah kerusi kayu cuba meronta-ronta melepaskan diri untuk memeluk si ayah. Akan tetapi, ia percuma sia saja."Aku bagi masa kau orang anak-beranak melepaskan rindu. Tapi hanya semalam saja. Esok dan hari seterusnya, ucapkan selamat tinggal kepada dunia ni. Hehe..." ujar Bob sebelum menutup rapat dan mengunci pintu bangsal tersebut."Ya Allah, Hifza! Kamu
Benarlah orang kata yang bernafas dalam lumpur itu... payah.JALA ikan yang sedikit terkoyak dipandang sedih oleh Pak Hanif. Orang tua itu menampal keluhan dengan sebuah senyuman tipis."Hmm... tak apalah. Sikit saja ni. Kalau dah dijahit balik, masih boleh pakai lagi," bicaranya sendiri demi memujuk diri yang serba kelelahan.Selepas solat subuh lagi, Pak Hanif sudah turun ke laut untuk menjala sesuap rezeki. Padahal, tubuhnya tidaklah berapa sihat. Namun, dipaksakan juga demi mengisi perut mereka dua beranak.Tiba-tiba, ada sebuah suara yang menyapa deria pendengarannya."Hei, pak cik tua. Hantarkan aku ke Pulau Batu. Nanti, aku akan bayar kau sebanyak RM500. Nak tak?" tanya orang yang tidak dia kenali itu dengan 'sopan' sekali.
Selagi mana karat dengki tidak disental bersih, maka akan selama-lamanya mata hati menjadi tunanetra. Perselisihan faham juga tiada berpenghujung...PANGKALAN K.O.DDUDUKNYA dikemaskan sambil merenung keluar tingkap besar 'bersalut' kaca penuh. Tampuk fikiran asyik teringat akan sejarah lampau yang kelam. Setiap kali nafas ditarik dan dihembuskan, hatinya menjadi gosong."Saya tak sangka yang kamu akan belot kepada saya dan seluruh anggota K.O.D ini, Mior!"Glock 17 'setia' mencium dahi milik Kapten Naz. Sedangkan Mior pula hanya beriak biasa - tenang tanpa berasa hormat mahu pun gentar."Kapten kena dengar penjelasan saya. Bukan saya yang buat onar. Percayalah. Saya bukan dalangnya." Mior cuba untuk diberikan peluang demi meluruskan segala perkara yang telah menyimpang dalam organisasi tersebut.Dia
Andai masih sangsi dan curiga, cuba sisipkan kepercayaan walau sekelumit dan perhatikan tindak-tanduk sewaktu bersamanya. Nanti setelah selesai, terpulang kepada diri sendiri - ingin berterima kasih atau memaki..."SYAZ!" Tangan D menggenggam sesuatu sebelum kelopak matanya terbuka lebar.Wajah Hifza yang sedang memerah menjadi santapan pertama pandangan si lelaki. Dia tersedar akan tindakan yang tidak elok - tangan Hifza digenggamnya. Entah sudah berapa lama."Maafkan aku." D melepaskan tangan itu dan berdiri agak jauh daripada si gadis. "Err... aku... tak.. sengaja..." Belakang tengkuk digosok beberapa kali. Dia khilaf dan menyesal akan ketidaksedarannya itu.Rupa-rupanya sebentar tadi, Hifza ingin menggejutkan D agar segera bangun daripada lena kerana perempuan itu terdengar akan suara ramai yang tidak jauh dari tempat mereka bere
Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci."Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.56 panggilan tidak dijawab.33 mesej tidak dibaca
Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya."Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi mema
Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit."Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.Kalau lama pula, entah berapa jam.Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati."Hei, siapa tu?" soalnya pula.Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.Figura
Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D
Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D
Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan
Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib
Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.
Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se
Dah namanya pun... dunia - bertimbun sangat penipuan di sana sini. Objektifnya demi kepentingan sendiri. Mungkin juga mereka terpaksa melakukannya demi seseorang atau sesuatu. Tetapi apakah ia? POV LIAN AKU menatap langit nan kelabu. Keluhanku terluah jua. Sebentar lagi mesti awan akan memerah air matanya. Haih. Sejak semalam aku terfikir akan sesuatu. Mengenai seorang lelaki yang bernama Albert. Dia mengaku selaku seorang ayah kepada anaknya seorang. Hmm. Kenapa firasat aku mengatakan hal yang aneh? Siapakah Albert yang sebenarnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mengaku yang dia telah kehilangan seorang anak yang tak diketahui akan jantinanya berbelas tahun yang lepas? Entah mengapa, aku jadi curiga.
Hidup ini bak air laut. Bergelora dan bergelombang lalu menghempas pantai. Namun, ia tidaklah percuma sia. Ada hidupan air ia muntahkan ke gigi pantai. Engkau akan mengerti jika engkau menyelami makna di sebalik 'semata'. MENTARI pagi menyinari alam. Seusai selesai menunaikan kewajipan, manusia bersaing dengan hidupan lain untuk menangguk secupak rezeki. Akan tetapi, ia tidak terjadi terhadap keluarga Pak Haris. Dia dan Hilman sudah terpacak di hadapan balai polis seumpama pokok padi. "Pak cik dan Hilman boleh masuk dulu. Kami akan ambil keterangan yang selanjutnya pasal laporan ini." Kedua-dua mereka mengangguk serentak sebelum memasuki ruangan dalam. Mereka menceritakan perihal mengenai Mior - mangsa yang diyakini telah hilang tanpa jejak. Pelbagai perso
Bayangannya kabur dan semakin kelam. Sehingga kini, ia masih tiada penghujung... atau... lebih baik begini? Bersendirian di dalam sepi. "ERR... kalau boleh pak cik tahu. Ayah Lian meninggal disebabkan apa?" Lian perlahan-lahan berpaling sebelum bersuara, "Oh itu. Ayah Lian terlibat dalam kebakaran di sebuah kapal besar, tempat ayah bertugas. Tak ada yang selamat sewaktu tragedi itu berlaku. Kebanyakan jasad mangsa dah tak utuh lagi. Hanya gelang bertanda nama ayah Lian saja yang jadi pengesahan identiti..." Albert terdiam. Kantung fikirannya terbenak dek sesuatu. "Kapal besar Tee Y-K tu ke?" Si anak muda menoleh kepadanya. "Pak cik tahu nama kapal tu?" Soalan berbalas soalan. "Tentu saja pak cik tahu. Konon perancangan aw