"In dah sampai dah lapangan terbang." ujar Jong In yang tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa Incheon.
"Okay appa... In letak dulu." sambung Jong In sambil dia menutup telefonnya itu mahu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya.Tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Jong In menunduk untuk mengambil semula telefon bimbitnya itu."Mianhee - maaf." ujar Jong In setelah itu dia segera menjauhi orang yang dilanggarnya itu sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket jaket.Tiba-tiba matanya dapat menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan oleh ayahnya. "Chogiyo! - maafkan saya!" jerit Jong In ke arah gadis itu."Nur Sara shi?" soal Jong In sambil mendekati gadis itu yang menoleh ke arahnya dengan pandangan terkejut."Ya saya..." jawab gadis itu dengan nada teragak-agak membuatkan Jong In tersenyum ke arahnya."Saya KiKami tiba di rumah milik Tuan Kim. Aku dan Irfan segera keluar dari kereta dan melihat keadaan sekeliling rumah tersebut. Besar malah lebih besar dari rumah aku di Malaysia."Jemput masuk..." lawa Jong In yang sudah meloloskan diri ke dalam kawasan rumah."Cik... saya rasa macam janggal." tiba-tiba Irfan bersuara yang sejak keluar dari kafe tadi hanya berdiam diri. "Dia ramah sangat dan dia anak keluarga Kim." sambung Irfan membuatkan aku tersenyum lalu mengangkat bahu."Memang sikap dia begitu?" jawab aku membuatkan Irfan mengeluh perlahan."Mungkin." balasnya ringkas."Masuk-masuk! Selamat datang ke Korea Sara." ujar seseorang ke arah aku lalu mendakap aku dengan erat.Kejap kenapa dia panggil aku dengan nama Sara? Kenapa tidak dengan nama sebenar aku? Bukan ke ayah kata nak beritahu yang aku bukan Nur Sara? Musykil juga aku dibuatnya.Kami dibawa masuk ke dalam rumah, kelibat keluarga Kim di ruang tamu menja
Sufian melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan raut wajah tegang. Sebaik saja dia membuka kasutnya, ibunya yang berada di ruangan dapur sedang memasak menengur dirinya."Lambat balik hari ni. Banyak kerja ke?" tanya Puan Senah kepada anak bujangnya itu. Rumah apartment yang diduduki oleh mereka dua beranak itu mula berasap menyebarkan bau masakan Puan Senah di segenap ruang membuatkan perut Sufian mula berkeroncong."Iyalah ibu..." balas Sufian acuh tidak acuh."Ni dah kenapa tegang je muka tu?" tanya Puan Senah yang perasan akan raut wajah Sufian itu."Pian kena buat dua kerjalah ibu. Itu yang penat fikirkannya." jawab Sufian sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Tubuhnya dijatuhkan di atas sofa putih yang terletak di ruang tamu itu."Dua kerja apa pula?" soal Puan Senah tidak mengerti sambil berkerut dahi."Tuan Li minta Pian tengok-tengokkan anak bongsunya tu." jawab Sufian dengan nada malas."Dah
"Siapa kau?" tanya Nur Sara dengan nada meninggi. Matanya mencerlung tajam ke arah Sufian.Sufian pula mengeluh perlahan lalu memperkenalkan dirinya kepada gadis itu. "Saya Sufian..." jawab Sufian secara ringkas membuatkan Nur Sara memandangnya dengan pandangan seperti mahu menelannya."Kau ni pengintipkan?" jerkah Nur Sara sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah hidung Sufian. Sufian mengerutkan dahinya lalu menggeleng perlahan. "Bukan." jawabnya ringkas."Saya ditugaskan untuk bawa cik pulang ke rumah." jawab Sufian dengan nada lebih jelas daripada tadi agar Nur Sara mengerti."Aku tak nak baliklah! Kau ni siapa? Aku tak kenal kau." bahu Sufian ditunjal kasar lalu langkah Nur Sara mahu dibuka meninggalkan Sufian disitu.Namun sempat Sufian menarik lengan Nur Sara lalu mengeluh sekali lagi. "Jom balik!" ajak Sufian dengan nada tegas. Sufian terpaksa menengaskan nada suaranya agar Nur Sara dengar kata tetapi lain pul
Aku terjaga dari lena kerana terkejut mendengarkan ketukan pintu diluar bilik tidur ini. Aku segera melirik ke arah meja kecil yang di mana telefon bimbit aku berada. Telefon itu segera aku gapai lalu melihat jam baru pukul tujuh setengah pagi dan aku segera menyelak kain selimut aku sambil mengeliat seketika. Aku bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Wajah seorang wanita yang tidak aku kenali menyapa mata aku. "Cik Sara dah pukul 8.30 dah ni, Cik Sara tak nak sarapan?" soal wanita itu kepada aku membuatkan aku terpingga-pingga. Sekarang pukul 8.30? Aik jam aku baru pukul 7.30. Aku yang silap ke mereka yang silap? "Saya mandi dululah lepas tu baru saya turun sarapan. Err Puan ni siapa ya?" soal aku ingin tahu sebelum wanita itu beredar pergi."Makcik pembantu rumah ni, tak usahlah panggil Puan. Panggil aje Ahjumma Min." ujarnya kepada aku lalu memberikan senyuman manisnya ke arah aku."Oh..." ha
Nur Sara dan Sufian saling menduduk ke bawah kerana mata Puan Senah sedang mencerlung ke arah mereka berdua."Sekarang ni bagitahu ibu, kenapa dia panggil kamu PERVERT! PIAN?!" suara Puan Senah ditinggikan dihujung ayat. Tangan Puan Senah pula sedang memengang rotan dan ditalakan ke arah anak terunanya dan juga Nur Sara.Nur Sara yang mendengar nama Sufian dipendekkan menjadi Pian segera menoleh ke arah lelaki itu yang berdiri di sebelahnya. "Pian?" soal Nur Sara sambil menahan rasa ingin ketawanya dari meletus.Sufian menoleh ke arah Nur Sara dengan pandangan mengejut begitu juga dengan Puan Senah."Hahahahaha!" Nur Sara terus ketawa terbahak-bahak sambil memengang perutnya. Langsung tidak hirau dengan pandangan maut dari Puan Senah."Weh nama kau Pian?" laung Nur Sara sambil membongkokkan badannya kerana tidak mampu menahan sakit diperut akibat ketawa terlalu kuat.'Pak pak!' Tiba-tiba Nur Sara ter
Kini aku berada di dalam kereta milik Jong In. Tuan empunya kereta pula sedang memandu dengan wajah serius. Aku tak tahu mahu berbual dengannya bagaimana kerana ada aura lain yang dapat aku rasakan dari lelaki ini.Irfan pula tidak ikut aku sekali, kerana dia ada hal hendak diuruskan bersama-sama dengan Tuan Kim. Pelik pula aku setahu aku, Tuan Kim dan Irfan saling tidak mengenali jadi bagaimana mereka boleh jadi serapat itu.Aku melirik ke arah Jong In di tepi aku. "Awak..." panggil aku perlahan. Serasa macam tak terkeluar suara aku dari kerongkong suara ni."Hm..." sahutnya juga dengan perlahan."Saya tak tahu pula awak sebenarnya anak Tuan Kim, kenapa awak tak kenalkan diri awak semalam sebelum kita gerak ke rumah awak?" soal aku entah apa yang aku fikirkan pun aku sendiri tidak tahu. "Kau tak tanya." jawabnya sepatah. Ringkas dan padat. Aku mengangguk tanda mengerti."Sebab saya ingat awak pekerja Tuan Kim." jawabk
Muncul Tuan Li di hadapan pintu bilik kerja Nur Hara itu. Sufian mendekati Tuan Li yang berjalan masuk dan terus menuju ke arah sofa."Duduk..." arah Tuan Li kepada Sufian. Sufian hanya menurut tanpa banyak soal. Sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa itu. Tuan Li mula merenung tajam ke arah Sufian."Anak saya Nur Sara tak balik malam tadi." ujar Tuan Li dengan serius membuatkan Sufian berdehem seketika."Kamu hantar dia ke mana?" tanya Tuan Li dengan tegas. Sufian pula yang terasa gerun disitu."Saya tak hantar dia ke mana-mana, saya terpaksa bawa dia pulang ke rumah saya. Dia mabuk dan jatuh pengsan di hadapan kereta saya. Saya bawanya ke hospital untuk diperiksa dan bila semuanya dah selesai saya mahu menghantarnya pulang tapi anak Tuan tak nak balik. Jadi saya terpaksa bawa dia balik ke rumah saya." terang Sufian dengan panjang lebar.Mengundang kerutan dahi Tuan Li."Eh tapi Tuan jangan salah fa
"Jadi betullah nunaa ni bakal isteri hyung?" soal Jungkook sambil membeliakkan matanya ke arah aku.Aku teragak-agak mahu memberikan anggukan kepala ke arah mereka berdua."Macam mana nunaa boleh terpikat dengan hyung ais batu tu?" tanya Jungkook lagi membuatkan aku tersenyum terkejut. Ais batu dia panggil Jong In?"Tak terpikat, ini kan aturan keluarga." ujar aku memberikan penjelasan kepada mereka."Eh tapi takkan tak ada rasa suka langsung?" soalnya lagi membuatkan aku terdiam seketika. Aku tak pasti apa jawapan yang patut aku berikan kepada mereka."Sudah-sudahlah tu Kook oi, kau ni dah macam polis aku tengok. Selamat berkenalan, aku Jiwon." ujar Jiwon pula sambil menghulurkan tangannya ke arah aku.Aku mengangkat tangan lalu melambai perlahan membawa maksud aku tak boleh bersalam dengannya. Kepala aku turut digelengkan juga. Jiwon mengangguk tanda mengerti lalu dia menarik tangannya semula. "Nur Sara eh nama kau?"
Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada
Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang
Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.
"Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk