Nur Sara dan Sufian saling menduduk ke bawah kerana mata Puan Senah sedang mencerlung ke arah mereka berdua.
"Sekarang ni bagitahu ibu, kenapa dia panggil kamu PERVERT! PIAN?!" suara Puan Senah ditinggikan dihujung ayat.Tangan Puan Senah pula sedang memengang rotan dan ditalakan ke arah anak terunanya dan juga Nur Sara.Nur Sara yang mendengar nama Sufian dipendekkan menjadi Pian segera menoleh ke arah lelaki itu yang berdiri di sebelahnya."Pian?" soal Nur Sara sambil menahan rasa ingin ketawanya dari meletus.Sufian menoleh ke arah Nur Sara dengan pandangan mengejut begitu juga dengan Puan Senah."Hahahahaha!" Nur Sara terus ketawa terbahak-bahak sambil memengang perutnya. Langsung tidak hirau dengan pandangan maut dari Puan Senah."Weh nama kau Pian?" laung Nur Sara sambil membongkokkan badannya kerana tidak mampu menahan sakit diperut akibat ketawa terlalu kuat.'Pak pak!'Tiba-tiba Nur Sara terKini aku berada di dalam kereta milik Jong In. Tuan empunya kereta pula sedang memandu dengan wajah serius. Aku tak tahu mahu berbual dengannya bagaimana kerana ada aura lain yang dapat aku rasakan dari lelaki ini.Irfan pula tidak ikut aku sekali, kerana dia ada hal hendak diuruskan bersama-sama dengan Tuan Kim. Pelik pula aku setahu aku, Tuan Kim dan Irfan saling tidak mengenali jadi bagaimana mereka boleh jadi serapat itu.Aku melirik ke arah Jong In di tepi aku. "Awak..." panggil aku perlahan. Serasa macam tak terkeluar suara aku dari kerongkong suara ni."Hm..." sahutnya juga dengan perlahan."Saya tak tahu pula awak sebenarnya anak Tuan Kim, kenapa awak tak kenalkan diri awak semalam sebelum kita gerak ke rumah awak?" soal aku entah apa yang aku fikirkan pun aku sendiri tidak tahu. "Kau tak tanya." jawabnya sepatah. Ringkas dan padat. Aku mengangguk tanda mengerti."Sebab saya ingat awak pekerja Tuan Kim." jawabk
Muncul Tuan Li di hadapan pintu bilik kerja Nur Hara itu. Sufian mendekati Tuan Li yang berjalan masuk dan terus menuju ke arah sofa."Duduk..." arah Tuan Li kepada Sufian. Sufian hanya menurut tanpa banyak soal. Sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa itu. Tuan Li mula merenung tajam ke arah Sufian."Anak saya Nur Sara tak balik malam tadi." ujar Tuan Li dengan serius membuatkan Sufian berdehem seketika."Kamu hantar dia ke mana?" tanya Tuan Li dengan tegas. Sufian pula yang terasa gerun disitu."Saya tak hantar dia ke mana-mana, saya terpaksa bawa dia pulang ke rumah saya. Dia mabuk dan jatuh pengsan di hadapan kereta saya. Saya bawanya ke hospital untuk diperiksa dan bila semuanya dah selesai saya mahu menghantarnya pulang tapi anak Tuan tak nak balik. Jadi saya terpaksa bawa dia balik ke rumah saya." terang Sufian dengan panjang lebar.Mengundang kerutan dahi Tuan Li."Eh tapi Tuan jangan salah fa
"Jadi betullah nunaa ni bakal isteri hyung?" soal Jungkook sambil membeliakkan matanya ke arah aku.Aku teragak-agak mahu memberikan anggukan kepala ke arah mereka berdua."Macam mana nunaa boleh terpikat dengan hyung ais batu tu?" tanya Jungkook lagi membuatkan aku tersenyum terkejut. Ais batu dia panggil Jong In?"Tak terpikat, ini kan aturan keluarga." ujar aku memberikan penjelasan kepada mereka."Eh tapi takkan tak ada rasa suka langsung?" soalnya lagi membuatkan aku terdiam seketika. Aku tak pasti apa jawapan yang patut aku berikan kepada mereka."Sudah-sudahlah tu Kook oi, kau ni dah macam polis aku tengok. Selamat berkenalan, aku Jiwon." ujar Jiwon pula sambil menghulurkan tangannya ke arah aku.Aku mengangkat tangan lalu melambai perlahan membawa maksud aku tak boleh bersalam dengannya. Kepala aku turut digelengkan juga. Jiwon mengangguk tanda mengerti lalu dia menarik tangannya semula. "Nur Sara eh nama kau?"
Nur Sara dan Puan Zara melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan western untuk makan tengah hari mereka. Sebaik saja mereka melabuhkan punggung seorang pelayan datang memberikan menu kepada mereka berdua."Bagi saya chicken cop satu, carrot susu satu." pesan Nur Sara. "Mama?" tanya Nur Sara sambil memandang ke arah Puan Zara."Bagi saya bihun sup dengan apple jus." pesan Puan Zara pula. Selesai mereka memberi pesanan makanan, pelayan itu pun beredar."Ha... apa yang mama nak bincangkan dengan Sara tadi?" soal Nur Sara sambil meletakkan tangan di atas meja menghadapkan wajah betul-betul ke arah Puan Zara."Tentang anak kesayangan ayah kamu tulah." nada menyampah Puan Zara kedengaran di halwa telinga Nur Sara."Hara? Kenapa dengan dia?" tanya Nur Sara acuh tidak acuh. Dia sendiri pun rasa menyampah apabila mendengarkan panggilan Puan Zara kepada Hara itu."You know right? Dia dah masuk pejabat sekarang?" tanya Puan
Aku dan Jiwon melangkah masuk ke dalam kafe. Kedatangan kami menjadi perhatian ramai termasuklah Jungkook dan juga Jong In. Jungkook segera mendekati kami berdua yang sudah terduduk di atas kerusi tidak jauh dari kaunter pesanan. Jong In yang masih berada di dalam gim melirik ke arah kami dan wajah tertanya-tanya mendekati kami."Hyeong! Kenapa ni?" tanya Jungkook dengan nada terkejutnya melihatkan wajah Jiwon sepertinya bengkak sebelah dan mulutnya berdarah."Kena ragut tadi." ujar Jiwon bersahaja membuatkan Jungkook terkejut beruk."Siapa kena ragut? Sara ke?" tanya Jungkook kepada aku pula. Aku hanya mengangguk dalam keadaan lemah."Kena ragut yang muka hyung sampai berlebam ni kenapa? Ragut bukan beg ke kenapa muka pula jadi mangsa?" tanya Jungkook seolah-olah sengaja bersikap bebal atau tidak pun aku dan Jiwon tak faham.Jiwon segera menarik beg tangan aku lalu dicampakkan ke arah Jungkook namun sempat disambut jejaka itu.
"Hello sayang..." tegur wanita itu ke arah Sufian membuatkan Sufian dan Rose segera menoleh ke arahnya."Do you remember me?" soalnya membuatkan Sufian menoleh semula ke arah Rose."Kalau ada apa-apa hal mustahak panggil saya." arah Sufian lalu dia mendekati wanita itu dan menarik lengan bajunya masuk semula ke dalam bilik pejabat. Pintu segera ditutupnya membuatkan Rose hanya mendiamkan diri.Dia sendiri pun rasa seram sejuk dengan wanita itu. Gayanya seolah-olah mahu menggoda Sufian pun buatkan Rose geli sendirian."Apa awak dekat office saya ni?" tanya Sufian ingin tahu. Wajahnya yang berkerut seribu membuatkan wanita itu ketawa kecil kerana geli hati."Kenapa takut semua staff kau fikir bukan-bukan ke?" tanya wanita itu sambil terangkat kening kanannya memandang tepat ke wajah Sufian."Bukan sebab itu, cumanya macam mana awak tahu ini pejabat saya?" soal Sufian yang kelihatan agak resah dengan kehadiran wanita itu
Aku dan Jong In melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian yang agak berjenama. Jong In memandang aku sekilas sebelum memandang ke arah pelayan butik di hadapan kami berdua."Selamat datang, boleh saya bantu?" tanya pelayan itu dengan ramah."Tolong carikan dress yang sesuai dengan warna kulit dia." pinta Jong In lalu dia menolak aku ke hadapan mendekati pelayan butik itu."Baiklah encik, mari cik kita ke sudut sana." pinta pelayan butik itu kepada aku membuatkan aku hanya tersenyum simpul sambil melirik ke arah Jong In yang hanya melihat telefon bimbitnya.Setelah puas pelayan butik itu mencari beberapa helai dress yang sesuai akhirnya dia perolehi. "Saya rasa dress ni sesuai untuk cik. Cuba cik masuk dalam bilik salin dulu. Cuba." pinta pelayan butik itu dan aku hanya menurut. Dress itu aku gapai dengan cermat lalu masuk ke dalam bilik salin dengan segera. Setelah selesai aku menyalin. Aku diarahkan keluar untuk diperlihat
Nur Sara melangkah masuk ke dalam kelab malam yang selalu dikunjungi olehnya bersama teman-teman liarnya. Sebaik saja Nur Sara melangkah masuk tubuhnya mula mengikut rentak lagu yang dipasang kuat di dalam kelab malam tersebut.Dalam keseronokkan yang dialaminya itu untuk menghilangkan rasa stress akibat kereta mewahnya ditarik oleh jabatan JPJ kerana meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya.Lelaki bernama V yang perasan akan keghairahan Nur Sara menari mula membuang puting rokoknya dan mula membuka langkah mendekati Nur Sara.Perlahan-lahan tubuhnya mengikut rentak lagu sambil mendekati Nur Sara. Apabila tubuh mereka tersangat dekat, pinggang Nur Sara dipeluknya erat sambil menari bersama-sama dengan gadis itu.Nur Sara mula tidak selesa dengan kehadiran V disitu membuatkan Nur Sara segera menolak tangan V melepaskan pinggangnya. Namun V langsung tidak hiraukannya, tangannya dinaikkan semula memeluk erat pinggang Nur Sara."