Share

MLS | TAMAT

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2023-11-26 00:00:44

Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.

Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.

Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.

Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara

Bab Terkunci
Lanjutkan Membaca di GoodNovel
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terkait

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ SATU

    Aku menuruni anak tangga dengan malas sambil memeluk tubuh. Jam menunjukkan angka 3 pagi dan mulut aku dari tadi tidak henti-henti menguap dengan luas. Semua ini gara-gara Nur Sara! Kalau bukan kerana dia yang suka pulang lewat pagi begini sudah pasti tidur aku tidak akan terganggu. Dari bawah tangga kaki aku melangkah laju ke arah pintu utama rumah banglo milik ayah kami ini.Sebaik saja pintu dibuka, maka muncullah wajah mabuk Nur Sara menyapa mata aku yang sudah disepetkan kerana tidak suka dengan bau yang menusuk ke rongga hidung aku ini. Tidak lain tidak bukan bau busuk semerbak minuman akohol melekat di tubuh badan Nur Sara."Pehal lambat sangat buka pintu?" Marahnya dengan nada separuh menjerit membuatkan tangan aku segera menekup mulutnya. Aku cuba memimpinnya ke dalam rumah namun tubuh aku ditolaknya kasar. Setelah itu, langkahnya dibuka dan mula berjalan terhuyung-hayang. Nama pun mabuk, mestilah dia akan jalan begitu dan lagi manalah dia nak sedar apa yang dia tengah lakuka

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-13
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ DUA

    "Ini keputusan muktamad ayah!" tegas suara ayah menekankan itu adalah keputusannya jadi tiada sesiapa boleh membantahnya termasuklah Mak Jah mahu pun Kak Tina. Eh."Abang!" namun mama tidak mahu berdiam diri, suaranya lantang memanggil ayah. Aku dan Nur Sara hanya menjadi penonton saat ni kerana masih terkejut."Ayah! Sara tak nak kahwin! Kenapa ayah suka sangat masuk campur urusan hidup Sara? Sara dah besarlah ayah!" marah Nur Sara dan mama mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Nur Sara tu."Dah besar?" soal ayah dengan nada tinggi. "Besar apa kalau perangai tak berubah-ubah? Sejak umur kamu 19 tahun sampai ke umur 22 tahun ni. Ayah tak nampak satu perubahan besar dalam hidup kamu pun. Yang ayah nampak, kamu keluar pagi balik pagi setiap hari." nada keras ayah sama seperti pandangan tajamnya ke arah Nur Sara. "Abang tak boleh aturkan hidup Sara macam ni, tentang jodoh dia semua abang tak pernah bincang dengan saya sikit pun." sampuk mama pula dan pandangan ayah dialihkan ke arah

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-13
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ TIGA

    Korea SelatanSuara azan subuh kedengaran dari telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil tepi katil. Seorang lelaki yang sudah lama terjaga dari lenanya segera menggerakkan kaki menuju ke kamar mandi.Selesai saja dia mengambil wudhuk, dia melangkah keluar dari kamar mandi sambil menguak rambutnya yang basah berstailkan slightly disheveled quiff itu ke belakang.Dia mengapai kopiah yang terletak elok di atas meja kecil di tepi katilnya. Setelah itu, kopiah itu disarungkan ke kepalanya sambil kakinya laju melangkah ke arah pintu bilik."Hyung! Cepatlah!" jerit adik bongsunya, Kim Jong Ho yang berdiri di luar bilik itu. "Nanti waktu subuh habis!" rengek adiknya itu yang baru saja berumur 12 tahun."Ya! Ya! Kejap!" balas tuan empunya badan sambil membuka pintu biliknya tu. Jong Ho terus menerkam tubuh tegap milik abangnya. "Khajja..." ajak lelaki itu.Jong Ho melangkah masuk dengan membawa sejadah kecil miliknya. Lelaki itu membentangkan sejadahnya di atas lantai dan diikuti oleh

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-13
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ EMPAT

    Aku melangkah turun ke bawah untuk mencari kelibat Kak Tina. Aku sebenarnya tak boleh tidur. Jam sekarang menunjukkan pukul 10 malam. Aku asyik terfikirkan rancangan Nur Sara pagi tadi.Langkah aku menapak ke arah dapur dan kelibat Mak Jah menyapa mata aku. Tanpa berfikir panjang aku terus memanggil Mak Jah. Wanita tua itu menoleh ke arah aku dan bertanyakan mengapa."Kak Tina mana? Hara nak minta tolong kak Tina jap." soal aku sambil meninjau keadaan keliling mencari kelibat Kak Tina namun hampa tiada pun di ruangan dapur ni."Ada dalam bilik dia, pergilah cari." ujar Mak Jah dan aku mengukirkan senyuman manis ke arah wanita itu. "Terima kasih Mak Jah. Hara pergi dulu ek." pinta aku lalu Mak Jah mengangguk tanda memberi izin. "Sayang Mak Jah." flying kiss aku tebarkan ke arah Mak Jah membuatkan wanita tua itu ketawa geli hati dengan teletah aku.Kaki aku dibuka langkahannya menuju ke arah bilik Kak Tina. Pintu bilik Kak Tina tertutup ra

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-14
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ LIMA

    Selesai sarapan pagi ayah meminta aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya untuk berjumpa dengan tetamu ayah itu. Aku hanya turut tidak berbicara.Setibanya kami di ruang tamu, lelaki yang agak tinggi lampai menoleh ke arah kami lalu segera dia bangun dari duduknya memberikan tundukkan sebagai tanda hormat kepada ayah. "Dah sarapan?" soal ayah mesra dan lelaki itu mengangguk laju."Kenalkan ini anak saya, Nur Hara. Kamu akan bekerja dengan dia. Hara, kenalkan ni Irfan. Pembantu sekaligus pengawal peribadi kamu." ujar ayah sambil memperkenalkan Irfan kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda mengerti, jadi tetamu ini bakal bekerja dengan ayah sebagai pengawal peribadi aku? Huh, terbaik!"Mulai hari ni, ayah nak ke mana saja kamu pergi. Irfan perlu ikut. Dia yang akan jaga keselamatan kamu diluar sana. Faham?" tegas ayah kepada aku lagi. "Baik ayah." jawab aku ringkas dan ayah tersenyum ke arah Irfan."Jadi kamu dah boleh

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-15
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ ENAM

    Dari tadi aku duduk membelek segala fail yang diserahkan oleh Lisa kepada aku. Segala fail berkaitan dengan keluar masuk audit syarikat, segala dokumen urusan perniagaan syarikat, kertas kerja setiap bahagian unit syarikat.Aku membelek semua fail itu dan tertanya-tanya apa yang perlu aku lakukan? Tak ada ke orang yang sudi bantu aku yang dalam kebuntuan ini? Aku melirik sekilas ke arah Irfan yang sedang duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik kerja ini. Itu pun sebab aku yang suruh dia duduk di situ jika tidak, berdiri sampai ke petanglah jawabnya."Kenapa cik?" baru aku sedar yang dari tadi Irfan perhatikan kebuntuan aku. Aku menggeleng ke arahnya.Tiba-tiba pintu bilik ini diketuk oleh seseorang dan aku segera menyuruh orang yang ketuk itu masuk ke dalam. Daun pintu ditolak oleh orang itu dan muncullah wajah Sufian menyapa mata aku dan Irfan."Cik Hara, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Maaflah saya ada urusan tadi tak sempat nak terangk

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-16
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ TUJUH

    Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku melirik ke arah Irfan yang masih setia menanti disofa itu. Aku menutup segala fail yang tertera di hadapan aku. Setelah itu, aku menyandarkan tubuh aku ke badan kerusi.Sufian sudah balik ke biliknya untuk masuk mesyuarat lepas makan tengah hari tadi. Katanya, nanti dia akan ajar aku selok belok urusan mesyuarat pula. Aku mengembungkan pipi aku sambil mata aku melirik ke syiling pejabat ini. Baru aku tahu macam mana rasanya kerja masuk pejabat, selalu aku nampak dekat dalam televisyen kerja pejabat ni lagi senang dari kerja-kerja lain walhal dalam televisyen hanyalah sebuah drama yang jauh bezanya dengan realiti."Cik..." tiba-tiba Lisa menjenggahkan kepalanya ke dalam bilik aku memandangkan aku sengaja biarkan pintu bilik itu terbuka. Aku menoleh ke arahnya dengan riak terkejut. "Maaf kalau saya buat cik terkejut." ungkap Lisa sambil menunjukkan riak bersalahnya. Aku menggeleng perlahan."Kenapa

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-17
  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS ¦ LAPAN

           Jong In menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Setibanya dia di situ, kelibat kakak keduanya menjamu mata."Ha... Jong In, lewat hari ni?" soal Ju Na sambil mengunyah roti di dalam mulutnya."Hari ni tak masuk gim, nak pergi jumpa suplier barang kafe. Nunaa tu dah kenapa makan berdiri?" tegur Jong In kepada kakaknya itu yang sedang makan sambil berdiri."Tulah Jong In, hyung pesan dah makan duduk. Nunaa kamu tu degil." sampuk Min Yoongi, suami kepada Ju Na yang baru selesai membersihkan tangan disingki."Eh, hyung tak kerja hari ni?" soal Jong In terkejut melihat abang iparnya itu berada di rumah."Kerja separuh hari, nunaa kamu ni mengidam nak jalan-jalan beli barang baby hari ni jadi terpaksalah hyung turutkan." jawab Yoongi lalu mendekati isterinya yang sedang memuncungkan bibir kerana Yoongi mengadu kepada adiknya tentang perkara itu."Haha... layankan jela hyung, nunaa ni memang mengada dari sebelum kahwin lagi."

    Terakhir Diperbarui : 2023-09-18

Bab terbaru

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | TAMAT

    Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | LIMA PULUH

    Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH SEMBILAN

    Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH LAPAN

    Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH TUJUH

    Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH ENAM

    Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH LIMA

    Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH EMPAT

    Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.

  • My Love Story ( Bahasa Indonesia )   MLS | EMPAT PULUH TIGA

    "Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk

Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status