Selesai sarapan pagi ayah meminta aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya untuk berjumpa dengan tetamu ayah itu. Aku hanya turut tidak berbicara.
Setibanya kami di ruang tamu, lelaki yang agak tinggi lampai menoleh ke arah kami lalu segera dia bangun dari duduknya memberikan tundukkan sebagai tanda hormat kepada ayah."Dah sarapan?" soal ayah mesra dan lelaki itu mengangguk laju."Kenalkan ini anak saya, Nur Hara. Kamu akan bekerja dengan dia. Hara, kenalkan ni Irfan. Pembantu sekaligus pengawal peribadi kamu." ujar ayah sambil memperkenalkan Irfan kepada aku.Aku hanya mengangguk tanda mengerti, jadi tetamu ini bakal bekerja dengan ayah sebagai pengawal peribadi aku? Huh, terbaik!"Mulai hari ni, ayah nak ke mana saja kamu pergi. Irfan perlu ikut. Dia yang akan jaga keselamatan kamu diluar sana. Faham?" tegas ayah kepada aku lagi."Baik ayah." jawab aku ringkas dan ayah tersenyum ke arah Irfan."Jadi kamu dah boleh mula kerja hari ni, anak saya ni nak ke pejabat. Hari ni hari pertama dia laporkan diri di pejabat jadi kamu ikutlah dia sekali. Saya nak gerak ke tempat kerja dulu." terang ayah kepada Irfan.Aku berdiri kaku, tidak tahu mahu berkata apa selain daripada mengukirkan senyuman saja. "Ayah pergi dulu." ujar ayah. Aku hendak bersalaman dengan ayah namun ayah segera beredar tanpa edahkan huluran tangan aku.Aku hanya beriak bersahaja kerana tidak mahu Irfan memandang janggal. "Err jadi cik Hara sekarang saya perlu buat apa?" soal Irfan dengan nada penuh sopan."Awak..." belum sempat aku mahu bersuara, Nur Sara menyampuk."Hi awak, nama saya Nur Sara." luru Nur Sara ke arah Irfan membuatkan aku terkedu seketika. Dari mana Nur Sara ni datang tiba-tiba je muncul di sebelah Irfan."Hi... Irfan." huluran tangan Nur Sara kepada Irfan tidak disambut pemuda itu."Ni adik saya Irfan, dia memang macam tu. Saya nak terus ke pejabat. Awak boleh pandu kereta saya?" ujar aku kepada Irfan dan dengan segeranya Irfan mengangguk laju lalu bergerak menjauhi Nur Sara.Nur Sara mencebik manja kerana Irfan tidak mahu melayaninya. Setelah Irfan keluar dari pintu utama rumah. Aku menjegilkan mata ke arah Nur Sara manakala dia hanya menjeling aku tajam."Jagalah sikap kau tu Nur Sara, jaga maruah kau." pesan aku dengan tegas namun nasihatkan aku disambut dengan ejekan dari Nur Sara. "Apa-apa jela Sara, janganlah bersikap tak ada maruah macam ni. Malulah ayah dengan mama nanti." sambung aku sambil membuka langkah mahu meninggalkan ruang tamu."Kau pun apa kurangnya, sama je dengan aku. Dua kali lima, depan mama dengan ayah buat-buat baik. Belakang alah lagi teruk dari aku." ujarnya membuatkan telinga aku panas seketika."NUR SARA!" tinggi nada suara aku melontarkan intonasinya. Aku menoleh ke arah Nur Sara namun langkah kakinya segera mendekati aku."Okey okey, I'm sorry. Janganlah marah-marah. Pergilah cepat, kesian abang kacak tu tunggu." pujuk Nur Sara dan aku tidak jadi mahu memarahinya. Inilah sikap Nur Sara, kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan sikapnya namun aku tetap menyayanginya kerana dialah satu-satunya adik yang aku ada dunia dan akhirat.Segera kaki aku melangkah keluar dari rumah menuju ke garaj kereta. Kereta jenama Honda Civic milik aku dibuka kuncinya dari kunci yang berada di tangan aku. Irfan segera ke arah kereta itu.Sebaik saja dia berdiri di tempat pemandu, aku terus menyerahkan kunci kereta kepadanya. Langkah kaki aku pula laju menuju ke tempat duduk di sebelah pemandu.Ketika aku meloloskan diri ke dalam kereta, Irfan memandang aku dengan wajah hairan."Kenapa pandang saya macam tu?" soal aku ingin tahu."Kenapa cik duduk depan?" soalan dibalas soalan oleh Irfan membuatkan aku tersedar."Oh! Tak apalah, lain kali je duduk belakang. Jalan Irfan." arah aku kepadanya dan pemuda itu hanya mengangguk tanda mengerti. Tali pinggang kaledar dipakainya begitu juga dengan aku.Enjin kereta dipanaskannya sebelum menggerakkan kereta.🍂🍂🍂Setibanya kami di hadapan sebuah syarikat ayah, aku segera keluar dari kereta sementara Irfan mencari tempat letak kereta. Aku yang berdiri tegak di hadapan bangunan pejabat ayah ini mula mendonggak ke atas mahu melihat ketinggian bangunan di hadapan aku ini."Tingginya lahai..." ujar aku sendirian sambil mengeluh sendirian bukan maksudnya aku takut tinggi namun tinggi-tinggi nak pergi mana? Cecah langit ketujuh ke? Tak faham betul aku dengan pembangunan pesat zaman sekarang ni, setiap negara mahu berlumba-lumba mencipta bangunan tertinggi. Itu semua untuk apa? Akhir nanti semuanya binasa juga.Irfan mendekati aku yang sudah selesai memakirkan kereta di tempat yang strategik katanya. Aku hanya mengukirkan senyuman dengan kemesraan yang cuba Ifran tonjolkan.Dia menemani aku masuk ke dalam bangunan tinggi ini. Sebaik saja aku masuk ke dalam, kawasan lobi tersebut amatlah luas membuatkan aku rasa kekok pula nak teruskan langkahan. Aku berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling.Tiba-tiba muncul seseorang yang entah dari mana pun aku tak tahu mula menengur aku. "Ya cik... boleh saya bantu?" soalnya membuatkan aku segera mengangguk."Ya ya... saya ke sini mahu bertemu dengan Encik Sufian." pinta aku kepada gadis tinggi lampai di hadapan aku ini."Cik dah buat temu janji?" soalnya kembali sambil mengerutkan dahi memandang aku. Aku terdiam seketika, setelah itu aku menggelengkan kepala aku."Cik kena buat temu janji dulu, baru boleh berjumpa dengan pembantu pengarah." ujar gadis itu dengan lembut kepada aku."Oh..." hanya itu yang aku keluarkan dari mulut aku."Cik sila ikut saya, untuk setkan temu janji cik dengan Encik Sufian." ajak gadis itu dan aku hanya menurut langkahnya namun sebaik saja aku tiba di kaunter pertanyaan.Seseorang menghampiri kami dengan wajah cerianya. "Cik Hara!" panggilnya dan aku segera menoleh dan terkejut melihat seorang lelaki yang aku sangat pasti aku kenali siapa."Encik kenal ke dengan cik ni?" soal gadis itu kepada lelaki yang memanggil nama aku tadi. Lelaki itu tersenyum mesra lalu mengangguk laju."Mestilah saya kenal, dia lembaga pengarah syarikat. Mari Cik Hara ke bilik kerja cik." ujar lelaki itu.Aku hanya mengukirkan senyuman kepada gadis di hadapan aku itu. Dia menunduk sedikit memberi hormat mungkin kerana tidak tahu siapa aku yang sebenarnya? Mungkin!Langkah aku dan Irfan segera mengekori langkahan lelaki yang berjalan di hadapan aku itu. "Awalnya awak sampai? Bukan sepatutnya pukul sembilan ke?" soalnya dengan mesra sambil melirik ke arah jamnya.Aku mengukirkan senyuman kekok ke arahnya. "Seronok bertemu dengan awak semula." ungkapnya sambil tangannya segera menekan butang lif. Setelah itu, wajahnya ditolehkan ke arah aku dengan sebuah senyuman mesra.Beberapa saat menunggu, pintu lif mula terbuka dan kami bertiga melangkah masuk ke dalam lif tersebut. "Awak makin cantik Hara." ujar lelaki itu membuatkan aku tidak selesa namun aku hanya memberikan senyuman saja."Tak sangka pula senior kerja dengan ayah?" ujar aku yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak bercakap tentang apa."Baru nak masuk setahun kerja dengan Tuan Li. Lepas tamat belajar di UK, saya dapat tawaran kerja dari syarikat ni jadi siapa mahu lepaskan peluang kan?" terang Sufian yang merupakan senior aku di sekolah menengah dahulu."Oh." jawabku ringkas.Pintu lif terbuka dan kami mula melangkah keluar dari lif tersebut."Ikut sini..." Sufian menunjukkan arah kepada aku dan aku mengangguk. Langkahan kami menyamai untuk tiba di bilik kerja yang dimaksudkan oleh Sufian itu."Lisa..." panggil Sufian dengan ceria membuatkan tuan empunya badan segera bangun dari duduk. "Eh duduk-duduk, ni saya nak kenalkan pengarah syarikat kita yang baru. Anak Tuan Li." ujar Sufian memperkenalkan aku kepada gadis itu."Ni Lisa, dia adalah setiausaha awak di sini." Sufian mula memperkenalkan gadis itu kepada aku pula. Serasa aku umur gadis itu lebih tua dari aku. Mungkin sebaya dengan Sufian? 25 tahun? Mungkin!"Selamat datang ke Ho Creative Crops Hara. Nilah pejabat awak." kata Sufian sebaik saja pintu bilik pejabat aku dibukanya dengan luas. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu dan melihat keadaan sekeliling.Pandangan aku terperasan akan gambar-gambar yang tergantung di dinding bilik kerja itu. Gambar ayah bersama dua orang rakan baiknya yang mungkin rakan kongsi syarikat ni? Gambar keluarga aku juga tergantung disitu dan gambar aku seorang diri."Bilik ni Tuan Li yang hiaskan sendiri, katanya untuk anak kesayangan." kata Sufian sambil tersenyum melirik ke arah aku. Aku turut membalas senyuman itu."Saya bukan anak kesayangan." balasku membuatkan Sufian ketawa kecil kerana tahu sikap rendah diri aku bagaimana. Ketika di bangku sekolah menengah kami bersahabat baik walaupun dia adalah senior aku yang berbeza umur 3 tahun."Jadi inilah bilik kerja awak. Kalau ada apa-apa boleh terus tanyakan pada saya tak pun Lisa. Kejap lagi saya minta Lisa bawakan awak tengok-tengok pejabat dan syarikat ni." pesan Sufian dan aku hanya memberikan anggukan saja kepadanya sebagai tanda aku mengerti.Irfan mendekati aku namun masih mengekalkan jaraknya. "Cik nak saya tunggu disini atau diluar?" soalnya dengan penuh hormat kepada aku."Saya rasa, saya nak minta mereka sediakan satu lagi meja untuk awak dalam bilik ni." ujar aku sambil memerhati kawasan yang strategik untuk aku sediakan meja untuk Irfan."Eh cik! Tak usahlah sampai begitu sekali, saya boleh je berdiri." jawabnya cuba menolak cadangan aku itu membuatkan aku tersenyum ke arahnya."Awak pekerja ke saya pekerja?" soal aku kepadanya semula membuatkan wajah Irfan mula menunduk ke bawah."Saya..." jawabnya perlahan."Jadi biarlah saya nak sediakan ruang untuk awak duduk di sini, tak ada masalah pun lagipula awak adalah pembantu peribadi saya. Saya mungkin lama berada disini takkan sepanjang waktu itu awak nak berdiri saja? Sakitlah kaki awak tu encik Irfan." omel aku dengan panjang lebar membuatkan Irfan tersenyum namun senyuman itu lebih kepada sengihan."Terima kasih cik Hara, saya belum pernah bertemu dengan majikan seperti cik. Ambil berat tentang pekerjanya." ungkap Irfan membuatkan aku menggeleng kepala."Saya tak mahu anggap awak pekerja, awak dan saya sama saja Irfan. Manusia biasa." balasku membuatkan Irfan mengangguk tanda mengerti.Dari tadi aku duduk membelek segala fail yang diserahkan oleh Lisa kepada aku. Segala fail berkaitan dengan keluar masuk audit syarikat, segala dokumen urusan perniagaan syarikat, kertas kerja setiap bahagian unit syarikat.Aku membelek semua fail itu dan tertanya-tanya apa yang perlu aku lakukan? Tak ada ke orang yang sudi bantu aku yang dalam kebuntuan ini? Aku melirik sekilas ke arah Irfan yang sedang duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik kerja ini. Itu pun sebab aku yang suruh dia duduk di situ jika tidak, berdiri sampai ke petanglah jawabnya."Kenapa cik?" baru aku sedar yang dari tadi Irfan perhatikan kebuntuan aku. Aku menggeleng ke arahnya.Tiba-tiba pintu bilik ini diketuk oleh seseorang dan aku segera menyuruh orang yang ketuk itu masuk ke dalam. Daun pintu ditolak oleh orang itu dan muncullah wajah Sufian menyapa mata aku dan Irfan."Cik Hara, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Maaflah saya ada urusan tadi tak sempat nak terangk
Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku melirik ke arah Irfan yang masih setia menanti disofa itu. Aku menutup segala fail yang tertera di hadapan aku. Setelah itu, aku menyandarkan tubuh aku ke badan kerusi.Sufian sudah balik ke biliknya untuk masuk mesyuarat lepas makan tengah hari tadi. Katanya, nanti dia akan ajar aku selok belok urusan mesyuarat pula. Aku mengembungkan pipi aku sambil mata aku melirik ke syiling pejabat ini. Baru aku tahu macam mana rasanya kerja masuk pejabat, selalu aku nampak dekat dalam televisyen kerja pejabat ni lagi senang dari kerja-kerja lain walhal dalam televisyen hanyalah sebuah drama yang jauh bezanya dengan realiti."Cik..." tiba-tiba Lisa menjenggahkan kepalanya ke dalam bilik aku memandangkan aku sengaja biarkan pintu bilik itu terbuka. Aku menoleh ke arahnya dengan riak terkejut. "Maaf kalau saya buat cik terkejut." ungkap Lisa sambil menunjukkan riak bersalahnya. Aku menggeleng perlahan."Kenapa
Jong In menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Setibanya dia di situ, kelibat kakak keduanya menjamu mata."Ha... Jong In, lewat hari ni?" soal Ju Na sambil mengunyah roti di dalam mulutnya."Hari ni tak masuk gim, nak pergi jumpa suplier barang kafe. Nunaa tu dah kenapa makan berdiri?" tegur Jong In kepada kakaknya itu yang sedang makan sambil berdiri."Tulah Jong In, hyung pesan dah makan duduk. Nunaa kamu tu degil." sampuk Min Yoongi, suami kepada Ju Na yang baru selesai membersihkan tangan disingki."Eh, hyung tak kerja hari ni?" soal Jong In terkejut melihat abang iparnya itu berada di rumah."Kerja separuh hari, nunaa kamu ni mengidam nak jalan-jalan beli barang baby hari ni jadi terpaksalah hyung turutkan." jawab Yoongi lalu mendekati isterinya yang sedang memuncungkan bibir kerana Yoongi mengadu kepada adiknya tentang perkara itu."Haha... layankan jela hyung, nunaa ni memang mengada dari sebelum kahwin lagi."
Aku melangkah laju menuruni anak tangga, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku segera membuka pintu rumah dengan tergesa-gesa aku keluar dari rumah dengan hanya memakai pakaian tidur.Kunci kereta aku tekan untuk membuka pintu kereta. Ketika aku mahu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Suara seseorang memanggil aku dari belakang membuatkan aku terkejut seketika."Cik Hara!" panggil orang itu. Aku menoleh terkejut sambil memengang dada aku sendiri."Ya Allah! Irfan! Janganlah terkejutkan saya macam tu. Lemah jantung saya. Semangat." seloroh aku sambil mengurut dada aku sendiri. Irfan tersengih namun tidak lama, "Cik tergesa-gesa ni nak ke mana?" soalnya sambil mengerutkan dahi."Saya nak ambil Nur Sara, dia ada di kelab malam. Kawannya telefon kata, dia khayal teruk. Tak boleh bawa kereta, jadi saya terpaksa ambil dia." jawab aku jujur kepada Irfan."Bahaya ni cik, biar saya yang pandu." Irfan memerhatikan keadaan sekeliling yang
Sufian melangkah masuk ke dalam pejabat Hara, wajah Lisa menyapa matanya. "Lisa! Cik Hara dah masuk pejabat?" soal Sufian ingin tahu."Belum lagi Encik..." jawab Lisa sambil menggelengkan kepalanya. Sufian mengangguk perlahan, "Kalau dia dah masuk, beritahu saya ya?" pinta Sufian kepada setiausaha Hara itu. Lisa hanya mengangguk perlahan.Langkah Sufian dibuka semula untuk menuju ke bilik kerjanya, "Menyesal pula aku tak minta nombor telefon dia semalam. Aish!" ujar Sufian sendirian. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya, telefon pejabat yang tersedia di bilik itu mula berdering dengan nyaring membuatkan Sufian segera menjawab panggilan tersebut."Hello?" sapa Sufian. "Sekarang ke Tuan?" soal Sufian sambil melirik ke arah jam ditangannya ketika itu."Baiklah, dalam setengah jam lagi saya sampai." ujar Sufian lalu meletakkan ganggang telefon itu.Langkahnya dibuka semula untuk
"In dah sampai dah lapangan terbang." ujar Jong In yang tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa Incheon."Okay appa... In letak dulu." sambung Jong In sambil dia menutup telefonnya itu mahu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya.Tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Jong In menunduk untuk mengambil semula telefon bimbitnya itu."Mianhee - maaf." ujar Jong In setelah itu dia segera menjauhi orang yang dilanggarnya itu sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket jaket. Tiba-tiba matanya dapat menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan oleh ayahnya. "Chogiyo! - maafkan saya!" jerit Jong In ke arah gadis itu. "Nur Sara shi?" soal Jong In sambil mendekati gadis itu yang menoleh ke arahnya dengan pandangan terkejut."Ya saya..." jawab gadis itu dengan nada teragak-agak membuatkan Jong In tersenyum ke arahnya. "Saya Ki
Kami tiba di rumah milik Tuan Kim. Aku dan Irfan segera keluar dari kereta dan melihat keadaan sekeliling rumah tersebut. Besar malah lebih besar dari rumah aku di Malaysia."Jemput masuk..." lawa Jong In yang sudah meloloskan diri ke dalam kawasan rumah."Cik... saya rasa macam janggal." tiba-tiba Irfan bersuara yang sejak keluar dari kafe tadi hanya berdiam diri. "Dia ramah sangat dan dia anak keluarga Kim." sambung Irfan membuatkan aku tersenyum lalu mengangkat bahu."Memang sikap dia begitu?" jawab aku membuatkan Irfan mengeluh perlahan."Mungkin." balasnya ringkas."Masuk-masuk! Selamat datang ke Korea Sara." ujar seseorang ke arah aku lalu mendakap aku dengan erat.Kejap kenapa dia panggil aku dengan nama Sara? Kenapa tidak dengan nama sebenar aku? Bukan ke ayah kata nak beritahu yang aku bukan Nur Sara? Musykil juga aku dibuatnya.Kami dibawa masuk ke dalam rumah, kelibat keluarga Kim di ruang tamu menja
Sufian melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan raut wajah tegang. Sebaik saja dia membuka kasutnya, ibunya yang berada di ruangan dapur sedang memasak menengur dirinya."Lambat balik hari ni. Banyak kerja ke?" tanya Puan Senah kepada anak bujangnya itu. Rumah apartment yang diduduki oleh mereka dua beranak itu mula berasap menyebarkan bau masakan Puan Senah di segenap ruang membuatkan perut Sufian mula berkeroncong."Iyalah ibu..." balas Sufian acuh tidak acuh."Ni dah kenapa tegang je muka tu?" tanya Puan Senah yang perasan akan raut wajah Sufian itu."Pian kena buat dua kerjalah ibu. Itu yang penat fikirkannya." jawab Sufian sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Tubuhnya dijatuhkan di atas sofa putih yang terletak di ruang tamu itu."Dua kerja apa pula?" soal Puan Senah tidak mengerti sambil berkerut dahi."Tuan Li minta Pian tengok-tengokkan anak bongsunya tu." jawab Sufian dengan nada malas."Dah
Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada
Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang
Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.
"Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk