Aku melangkah turun ke bawah untuk mencari kelibat Kak Tina. Aku sebenarnya tak boleh tidur. Jam sekarang menunjukkan pukul 10 malam. Aku asyik terfikirkan rancangan Nur Sara pagi tadi.
Langkah aku menapak ke arah dapur dan kelibat Mak Jah menyapa mata aku. Tanpa berfikir panjang aku terus memanggil Mak Jah. Wanita tua itu menoleh ke arah aku dan bertanyakan mengapa."Kak Tina mana? Hara nak minta tolong kak Tina jap." soal aku sambil meninjau keadaan keliling mencari kelibat Kak Tina namun hampa tiada pun di ruangan dapur ni."Ada dalam bilik dia, pergilah cari." ujar Mak Jah dan aku mengukirkan senyuman manis ke arah wanita itu."Terima kasih Mak Jah. Hara pergi dulu ek." pinta aku lalu Mak Jah mengangguk tanda memberi izin. "Sayang Mak Jah." flying kiss aku tebarkan ke arah Mak Jah membuatkan wanita tua itu ketawa geli hati dengan teletah aku.Kaki aku dibuka langkahannya menuju ke arah bilik Kak Tina. Pintu bilik Kak Tina tertutup rapat membuatkan aku cuba mengentuk perlahan pintu itu sambil melaung nama Kak Tina dari luar."Kak Tina!" panggil aku diiringi dengan ketukan di pintu bilik tu. Tak perlu menunggu lama, Kak Tina pun membuka pintunya dengan cepat."Ha... Hara kenapa? Kak Tina baru lepas mandi." tanya Kak Tina dengan nada suara terkejut melihatkan aku mencarinya waktu-waktu begini. Selalunya waktu begini aku sudah pun lena dibuai mimpi tak pun melayan drama korea kegemaran aku di siaran TvN, KBS, SBS tak pun Oh K!"Hara nak minta tolong akak kejaplah." pinta aku dengan wajah meminta simpati. Kak Tina mengerutkan dahinya melihat ke arah aku."Nak minta akak tolong pilihkan baju yang sesuai untuk masuk ke pejabat esok. Hara rasa tak ada baju yang sesuailah." ujarku kepadanya membuatkan kerutan di dahi Kak Tina mula kendur."Akak ingatkan apalah tadi. Dah jom cari baju untuk Hara esok." pintu biliknya ditarik dan ditutup rapat semula. Tudung sarung berwarna hitam digapai setelah itu disarungkan kepalanya.Setelah itu, langkah kami berdua dibuka menuju ke bilik aku di tingkat tiga. "Ingatkan Hara nak minta tolong akak masak tengah-tengah malam ni terkejut akak." gurau Kak Tina sambil ketawa kecil.Aku menggeleng, "Tak naklah kak. Malam-malam makan makanan berat, Hara dah lama tak keluar peluh nanti berat naik." ujar aku menjawab gurauan Kak Tina dengan nada bersahaja."Tak apalah, itu tandanya bahagia." jawab Kak Tina lagi lalu ketawa geli hati melihatkan aku menggeleng laju."Bahagia ternak lemak ya?" soal aku dan sejurus itu ketawa aku turut meletus.Kami tiba di bilik aku, kami masuk ke dalam bilik dan terus menuju ke pintu bilik kecil yang di mana di sebalik pintu itu adalah bilik pakaian aku. Kak Tina membuka pintu bilik pakaian itu selepas meminta izin dari aku.Sebaik saja dia buka pintu bilik almari tu, kelibatnya hilang disebalik timbunan baju, kasut dan beg di dalam bilik pakaian tu."Ni banyak baju ni, kata tak ada?" laung Kak Tina dari dalam bilik tu. Aku yang berdiri di luar hanya tersengih seperti kambing tak pernah nak wangi ke arahnya."Memang ada tapi yang sesuai untuk ke pejabat mana ada." jawab aku semula membuatkan Kak Tina menggeleng perlahan. Baju aku yang tergantung banyak tu diselak satu persatu."Ha baju ni sesuai. Lagipun Hara baru masuk pejabat kan? Tak apalah pakai pakaian yang tak sesuai pun tapi dress ni cantik." ujar Kak Tina sambil menghulurkan dress itu ke arah aku. Tangan aku segera menyambut pakaian itu dan membeleknya.Dress yang berada di tangan aku ni ada kisahnya tersendiri. Selepas satu kejadian yang berlaku di sekolah disebabkan dress ni terus aku tak mahu memakainya lagi. Bila pakai asyik teringat kejadian yang memalukan tu."Hm... baju lain kak?" soal aku dengan berat hati. Rasa macam tak mahu memakainya."Tak ada dah yang elok. Dress tu je yang elok akak tengok. Pakailah untuk esok je, nanti ada duit beli baju lain yang sesuai untuk ke pejabat." nasihat Kak Tina membuatkan wajah aku bertukar muram. Nak atau tak terpaksa aku memakainya esok. Tak apalah Hara, untuk satu hari je!"Okey dah? Tu je?" soal Kak Tina membuatkan lamunan aku terhenti dan terus mengangguk. "Kalau macam tu akak turun dululah, tidur awal. Esok nak bangun awal kan?" pesan Kak Tina yang tersenyum girang ke arah aku. Aku hanya mengangguk."Selamat malam kak." ucap aku sebaik saja Kak Tina melangkah keluar dari bilik aku. Ucapan aku dibalas semula oleh Kak Tina. Pintu bilik aku tutup rapat dan langkah aku menuju ke arah katil. Aku ambil dress itu dan gantungkannya di bilik pakaian.Lampu di bilik pakaian aku tutup setelah itu pintunya pula aku tutup rapat. Langkahan aku dibuka semula menuju ke arah katil. "Terpaksalah pakai baju tu. Haaaa..." keluh aku sendirian sambil membuka lampu tidur ditepi aku. Selimut aku tarik dan remote lampu dalam bilik aku tekan. Tak sampai 10 minit, aku sudah terlena dibuai mimpi.🍂🍂🍂Keesokkan paginya,Aku bangun seperti biasa tepat jam enam pagi aku sudah terjaga dari lena yang indah ni. Aku segera mengapai tuala di penyidai dan melangkah masuk ke kamar mandi.Beberapa minit yang diambil untuk aku bersihkan diri, selesai saja mandi aku terus mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat subuh dua rakaat. Aku mohon agar hari ini semuanya berjalan dengan lancar kerana aku gugup untuk hadirkan diri ke pejabat seperti yang diminta oleh ayah.Dress paras lutut yang Kak Tina pilihkan untuk aku semalam, aku ambil dan salinnya di bilik pakaian. Entahlah disaat aku pakai pakaian ni rasa tak selesa mula bertandang di lubuk hati. Mungkin dress ni agak terbuka kerana kainnya hanya labuh paras lutut aku je membuatkan aku tak selesa untuk memakainya. Namun, aku terpaksa kerana ini sajalah baju yang aku ada.Perlu ke aku minta wang dengan ayah untuk beli baju baru? Aish! Aku kan dah besar takkanlah aku nak meminta-minta wang dari ayah lagi? Umur aku sekarang dah 22 tahun. Seorang gadis yang sebaya aku ni sudah pasti berjaya dalam bidang yang mereka ceburi namun aku pula masih disini menanam anggur dan menternak lemak di dalam rumah banglo serba mewah ni.Aku melangkah keluar dari bilik tidur aku. Seraya langkahan kakiku bergerak pintu bilik Nur Sara terbuka membuatkan langkahanku terhenti. Mataku melirik ke arahnya yang sedang menguap sambil tangan mengusutkan rambutnya yang sememangnya serabai.Aku hanya memerhatikan dia saja tanpa banyak bicara. Selesai dia menguap, matanya dilirikkan ke arah aku sambil memisat-misat matanya itu. "Asal awal sangat kau bangun? Siap berpakaian macam ni lagi? Kau dah buang tabiat ke Nur Hara?" tanyanya membuatkan aku tergeleng kepala dibuatnya."Kau waras lagi kan? Hari ni aku kena masuk pejabatlah cik Nur Sara oii..." jawab aku selamba setelah itu aku segera membuka langkah menuju ke arah tangga manakala Nur Sara sedia membuntutiku di belakang."Kau dah pujuk ayah?" soalnya mendatar.Aku dengar tapi sengaja buat-buat tak dengar sebab aku malas nak kusutkan kepala dengan fikir tentang rancangan gilanya semalam. Dia menarik tangan aku kasar menyebabkan tubuhku tidak seimbang dan hampir-hampir nak terjatuh."Kau ni sejak bila jadi pekak tuli ni?" marah Nur Sara kepada aku kerana tidak menjawab soalannya itu. Aku dengan tegasnya menepis tangannya."Aku baru keluar dari bilik kan? Jangan nak main tarik-tarik, kita atas tangga ni." balasku dengan tegas membuatkan Nur Sara mencebik geram.Aku mula menyambung semula langkahan aku dan diikuti oleh Nur Sara. Setibanya kami di meja makan wajah mama dan ayah menyapa mata aku. Aku dapat rasakan pandangan tajam daripada mama menusuk ke mata aku ketika kami bertemu anak mata sebentar tadi.Tiba-tiba bulu roma aku merinding, seolah-olah aku bersalah terhadap sesuatu hal yang aku sendiri tak pasti apa. Aku melabuhkan punggung bersebelahan dengan Nur Sara."Kau nak ke mana pakai baju macam ni? Kelab malam?" bidas mama membuatkan aku terdiam seketika. Ada saja yang salah di mata mama. Aku sendiri tidak tahu mahu berbuat apa lagi supaya mama terima aku seadanya."Tuan... ada tetamu, katanya cari tuan." ujar Kak Tina yang datang dari arah pintu utama rumah kami dan mata aku melirik ke arah ayah yang sedang menghirup air teh o panasnya sambil memberikan anggukan kepala."Dah suruh dia masuk Tina?" soal ayah tanpa memandang ke arah Kak Tina kerana mata ayah fokus membaca surat khabar sebelum sarapan."Dah, saya suruh dia masuk dan duduk di ruang tamu." jawab Kak Tina dengan penuh hormat."Kenapa tak panggil dia ke sini?" kali ni barulah ayah mengalihakan wajahnya memandang Kak Tina yang berdiri di sebelah ayah."Saya dah ajak tapi dia tak nak, dia nak tunggu tuan di ruang tamu je katanya." balas Kak Tina membuatkan ayah mengangguk perlahan."Kalau begitu, hidangkan makanan untuknya di sana." arah ayah dan Kak Tina mengangguk tanda akur dengan arahan tersebut. Langkah Kak Tina mula menjauh ke arah dapur."Siapa ayah?" soal Nur Sara, dari riak wajahnya nampak sangat dia mahu tahu siapakah tetamu ayah itu."Tetamu..." jawab ayah ringkas.Selesai sarapan pagi ayah meminta aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya untuk berjumpa dengan tetamu ayah itu. Aku hanya turut tidak berbicara.Setibanya kami di ruang tamu, lelaki yang agak tinggi lampai menoleh ke arah kami lalu segera dia bangun dari duduknya memberikan tundukkan sebagai tanda hormat kepada ayah. "Dah sarapan?" soal ayah mesra dan lelaki itu mengangguk laju."Kenalkan ini anak saya, Nur Hara. Kamu akan bekerja dengan dia. Hara, kenalkan ni Irfan. Pembantu sekaligus pengawal peribadi kamu." ujar ayah sambil memperkenalkan Irfan kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda mengerti, jadi tetamu ini bakal bekerja dengan ayah sebagai pengawal peribadi aku? Huh, terbaik!"Mulai hari ni, ayah nak ke mana saja kamu pergi. Irfan perlu ikut. Dia yang akan jaga keselamatan kamu diluar sana. Faham?" tegas ayah kepada aku lagi. "Baik ayah." jawab aku ringkas dan ayah tersenyum ke arah Irfan."Jadi kamu dah boleh
Dari tadi aku duduk membelek segala fail yang diserahkan oleh Lisa kepada aku. Segala fail berkaitan dengan keluar masuk audit syarikat, segala dokumen urusan perniagaan syarikat, kertas kerja setiap bahagian unit syarikat.Aku membelek semua fail itu dan tertanya-tanya apa yang perlu aku lakukan? Tak ada ke orang yang sudi bantu aku yang dalam kebuntuan ini? Aku melirik sekilas ke arah Irfan yang sedang duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik kerja ini. Itu pun sebab aku yang suruh dia duduk di situ jika tidak, berdiri sampai ke petanglah jawabnya."Kenapa cik?" baru aku sedar yang dari tadi Irfan perhatikan kebuntuan aku. Aku menggeleng ke arahnya.Tiba-tiba pintu bilik ini diketuk oleh seseorang dan aku segera menyuruh orang yang ketuk itu masuk ke dalam. Daun pintu ditolak oleh orang itu dan muncullah wajah Sufian menyapa mata aku dan Irfan."Cik Hara, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Maaflah saya ada urusan tadi tak sempat nak terangk
Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku melirik ke arah Irfan yang masih setia menanti disofa itu. Aku menutup segala fail yang tertera di hadapan aku. Setelah itu, aku menyandarkan tubuh aku ke badan kerusi.Sufian sudah balik ke biliknya untuk masuk mesyuarat lepas makan tengah hari tadi. Katanya, nanti dia akan ajar aku selok belok urusan mesyuarat pula. Aku mengembungkan pipi aku sambil mata aku melirik ke syiling pejabat ini. Baru aku tahu macam mana rasanya kerja masuk pejabat, selalu aku nampak dekat dalam televisyen kerja pejabat ni lagi senang dari kerja-kerja lain walhal dalam televisyen hanyalah sebuah drama yang jauh bezanya dengan realiti."Cik..." tiba-tiba Lisa menjenggahkan kepalanya ke dalam bilik aku memandangkan aku sengaja biarkan pintu bilik itu terbuka. Aku menoleh ke arahnya dengan riak terkejut. "Maaf kalau saya buat cik terkejut." ungkap Lisa sambil menunjukkan riak bersalahnya. Aku menggeleng perlahan."Kenapa
Jong In menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Setibanya dia di situ, kelibat kakak keduanya menjamu mata."Ha... Jong In, lewat hari ni?" soal Ju Na sambil mengunyah roti di dalam mulutnya."Hari ni tak masuk gim, nak pergi jumpa suplier barang kafe. Nunaa tu dah kenapa makan berdiri?" tegur Jong In kepada kakaknya itu yang sedang makan sambil berdiri."Tulah Jong In, hyung pesan dah makan duduk. Nunaa kamu tu degil." sampuk Min Yoongi, suami kepada Ju Na yang baru selesai membersihkan tangan disingki."Eh, hyung tak kerja hari ni?" soal Jong In terkejut melihat abang iparnya itu berada di rumah."Kerja separuh hari, nunaa kamu ni mengidam nak jalan-jalan beli barang baby hari ni jadi terpaksalah hyung turutkan." jawab Yoongi lalu mendekati isterinya yang sedang memuncungkan bibir kerana Yoongi mengadu kepada adiknya tentang perkara itu."Haha... layankan jela hyung, nunaa ni memang mengada dari sebelum kahwin lagi."
Aku melangkah laju menuruni anak tangga, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku segera membuka pintu rumah dengan tergesa-gesa aku keluar dari rumah dengan hanya memakai pakaian tidur.Kunci kereta aku tekan untuk membuka pintu kereta. Ketika aku mahu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Suara seseorang memanggil aku dari belakang membuatkan aku terkejut seketika."Cik Hara!" panggil orang itu. Aku menoleh terkejut sambil memengang dada aku sendiri."Ya Allah! Irfan! Janganlah terkejutkan saya macam tu. Lemah jantung saya. Semangat." seloroh aku sambil mengurut dada aku sendiri. Irfan tersengih namun tidak lama, "Cik tergesa-gesa ni nak ke mana?" soalnya sambil mengerutkan dahi."Saya nak ambil Nur Sara, dia ada di kelab malam. Kawannya telefon kata, dia khayal teruk. Tak boleh bawa kereta, jadi saya terpaksa ambil dia." jawab aku jujur kepada Irfan."Bahaya ni cik, biar saya yang pandu." Irfan memerhatikan keadaan sekeliling yang
Sufian melangkah masuk ke dalam pejabat Hara, wajah Lisa menyapa matanya. "Lisa! Cik Hara dah masuk pejabat?" soal Sufian ingin tahu."Belum lagi Encik..." jawab Lisa sambil menggelengkan kepalanya. Sufian mengangguk perlahan, "Kalau dia dah masuk, beritahu saya ya?" pinta Sufian kepada setiausaha Hara itu. Lisa hanya mengangguk perlahan.Langkah Sufian dibuka semula untuk menuju ke bilik kerjanya, "Menyesal pula aku tak minta nombor telefon dia semalam. Aish!" ujar Sufian sendirian. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya, telefon pejabat yang tersedia di bilik itu mula berdering dengan nyaring membuatkan Sufian segera menjawab panggilan tersebut."Hello?" sapa Sufian. "Sekarang ke Tuan?" soal Sufian sambil melirik ke arah jam ditangannya ketika itu."Baiklah, dalam setengah jam lagi saya sampai." ujar Sufian lalu meletakkan ganggang telefon itu.Langkahnya dibuka semula untuk
"In dah sampai dah lapangan terbang." ujar Jong In yang tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa Incheon."Okay appa... In letak dulu." sambung Jong In sambil dia menutup telefonnya itu mahu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya.Tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Jong In menunduk untuk mengambil semula telefon bimbitnya itu."Mianhee - maaf." ujar Jong In setelah itu dia segera menjauhi orang yang dilanggarnya itu sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket jaket. Tiba-tiba matanya dapat menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan oleh ayahnya. "Chogiyo! - maafkan saya!" jerit Jong In ke arah gadis itu. "Nur Sara shi?" soal Jong In sambil mendekati gadis itu yang menoleh ke arahnya dengan pandangan terkejut."Ya saya..." jawab gadis itu dengan nada teragak-agak membuatkan Jong In tersenyum ke arahnya. "Saya Ki
Kami tiba di rumah milik Tuan Kim. Aku dan Irfan segera keluar dari kereta dan melihat keadaan sekeliling rumah tersebut. Besar malah lebih besar dari rumah aku di Malaysia."Jemput masuk..." lawa Jong In yang sudah meloloskan diri ke dalam kawasan rumah."Cik... saya rasa macam janggal." tiba-tiba Irfan bersuara yang sejak keluar dari kafe tadi hanya berdiam diri. "Dia ramah sangat dan dia anak keluarga Kim." sambung Irfan membuatkan aku tersenyum lalu mengangkat bahu."Memang sikap dia begitu?" jawab aku membuatkan Irfan mengeluh perlahan."Mungkin." balasnya ringkas."Masuk-masuk! Selamat datang ke Korea Sara." ujar seseorang ke arah aku lalu mendakap aku dengan erat.Kejap kenapa dia panggil aku dengan nama Sara? Kenapa tidak dengan nama sebenar aku? Bukan ke ayah kata nak beritahu yang aku bukan Nur Sara? Musykil juga aku dibuatnya.Kami dibawa masuk ke dalam rumah, kelibat keluarga Kim di ruang tamu menja
Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada
Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang
Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.
"Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk